Monday, 1 June 2009

The Journey

aku berlindung dgn Allah yg Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yg terkutuk



Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. (117)
(al-baqarah : 117)



Day 1 : 5 mai 2009

bermulalah Stage de Terrain aku selama seminggu ( 8 hari kalau lebih tepat ). kepenatan dari Spring camp seminggu lepas belum lagi hilang. Aku hanya dapat rehat sehari suntuk saja, itupun diisi dengan kerja² membasuh baju terutama pakaian dalaman.. alhamdulillah semalam panas.. nikmat cuaca yg baik utk basuh baju ini hanya datang daripada Allah swt.

aku , dgn traveller beg pack yg serba berat berisi baju dan segala macam peralatan, beg sandang kecil dgn segala macam benda dan sleeping beg Hadi yg sampai sekarang aku belum pulang², rondoh-randah menaiki bas bernombor 2 yg setia membawa kami ke Université de Franche Comte selama ini. Kali ini bukan dgn beg berisi homework yg serba tak lengkap, tapi beg berisi dari laptop kecilku hingga ke hammer..

Aku tiba di tempat rendezvous tepat pada pukul 7.30 pagi. ramai dah sampai dan masing² muka tak sabar utk memulakan voyage. aku pun tak sabar gak. tak sabar nk naik van dan... tidur... Selepas memberi cek berharga 45€ pada prof utk deposit tempat tinggal, aku bersama, Mikael Rabin, Ludovic Dore, Anthony Gilles (Group terrain aku pada awal sem 3 dan juga group terrain utk stage kali ini) , Vincent Thiery, Jérémy Lerat, Jérémy Torche, dan Maxime Gaillard, menaiki van putih yg agak besar saiznya.

Van ini bukanlah mcm MPV yg mmg utk bawak ramai sambil bersiar², tapi van ini kalau dicorakkan dgn warna tentera, atau di'tinted'kan window dan berwarna gelap, org gerenti kata 'Ni van mafia mana nih???'

Mmg nampak gangster konvoi kami yg berjumlah 6 buah van. masing² diberi code-name. code-name van kami? Transit.. otai kan?
Pemandu Transit merupakan prof yg belum pernah mengajar kami yg diber nama Sophie Denimal. Ketua konvoi? dia berada di hadapan sekali, code-name 'volkswagen' yg dipandu Steinmann.
setiap van ada keistimewaan tersendiri. ada yg luas giler, ada yg takde tingkap utk dibuka, ada yg pickup laju giler dan ada juga yg seat belt takleh pakai. hehe.. dipendekkan cerita, all these van nampak je cikai dan selebet, tapi actually tough luar dan dalam. hehehe...

utk sejam pertama perjalanan, aku banyak mendiamkan diri. bukan aku sorg, tapi semua pun. co-pilot pula asyik tukar² stesen radio. baru nk layan lagu, die tukar. cheish..

mata aku kerap kali memandang pemandangan luar. musim bunga mula menampak kehijauannya dihiasi dgn bunga² kecil yg tidak aku kenali. lama juga aku tenung pemandangan di kiri dan kanan padahal aku duduk di tgh² yg 'memaksa' aku utk memandang ke depan.


macam aku time kecil² jer... mesti kene paksa duduk tetgh.. bila la korg nk tertdo nih?

aku toleh kanan..

hah! ada yg dah terlelap! thats my cue! ZzzzZZZ...


dua jam kemudian...

apasal berhenti kat stesen minyak ini? nih mesti ada org yg tak tahan nk buang air..


oro? Rupa²nya org perancis kalau drive jejauh akan berhenti setiap 2-3 jam driving. stop makan ais krim ke, basuh muka ke, minum kopi ke... sungguh effisen diorg. melaburkan sedikit masa utk rehat utk menjamin fokus dan kualiti kerja.. respek.. kalau kita, 'lagi cepat lagi bagus'. itu yg ramai yg berdesup² kat lebuhraya time perayaan. haish.. ingt la org tersayang, biar lambat asal selamat kan?


Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 10 jam telah menjadi lebih kurang 12 jam. ini termasuk sejam mmbeli barang² makanan selama semggu di Perpignan. tempoh perjalanan yg panjang di mana hampir sama dgn balik msia dipendekkan dgn cara berikut:

  1. tidur selepas termenung di luar selama 10 minit
  2. tidur selepas mendengar 6 lagu dalam mp3
  3. tidur sebaik sahaja kenderaan bergerak selepas berhenti rehat
  4. Borak dgn seseorg mengenai topik yg korg suka (dimana aku tak buat, pendiam+pemalu)

Semasa singgah di Perpignan, skill membeli barang secara effisen diperlukan. katakan anda perlu menyediakan makanan sendiri utk sarapan dan makan tghri selama semggu. berdasarkan consumation anda, berapa byk stock bhn utk dibeli? jika wang terhad? sanggupkah anda utk mengikat stock makanan? jeng jeng jeng... jgn kata hanya isteri anda saja yg perlu s'occupé brg² dapur. anda juga perlu tahu. skill utk akan datang... tak salah sedia awal =p



agak kecoh sebentar di Carrefour Perpignan nih dgn suara Promo kami yg sibuk mencari barang. aku? aku dgn penuh bergayanya dgn bakul plastik merah, menonong-nonong mencari brg² makanan bagai org yg selalu datang sini. hehe.. dari dgr diorg bertikam lidah nk beli apa (memandangkan kitrg akan kongsi hidup selama semggu), baik aku cari brg aku dulu. alhamdulillah ada juga section halal.. pengalaman beli brg rumah n stock makanan sendiri hampir setiap mggu tidak dipersiakan. ecece.. ^^

sebagaimana yg disebut tadi, kitrg perlu sedia sendiri sarapan dan lunch. hanya makan malam sahaja disediakan. lunch tu pula kalau nk lebih mudah dalam bentuk piknik. so aku takde la beli bawang, dan segala macam rempah. sekadar barang² 'beli dan makan'. junk food? oh tiidaakk.. kat sini popular ngan bende² mudah. ala² makanan dalam tin tapi lagi segar. hehe..



sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti mengisi minyak dimana pam dulu baru bayar. kenapa org tak lari? sbb ada satu pintu masuk, 6 tmpt pam dan satu pintu keluar. nk tak nk kene lalu gak booth mak cik kaunter yg duduknya bebetul sblom pintu kluar. ala, lagipun, pemikiran org sini lebih 'matang' berbanding ngan kita.. teringat pula kata bonda pada sorg kawan ini, 'apa gunanya kemudahan 1st class tapi mentalitinya masih 3rd class?'..




-------------------------------------------------------------

730 mlm.. sampai gak gak Rouffiac nih!



oh ye, ada 10 org antara kami (termasuk aku) akan tinggal berasingan dari org lain, yakni 10 min dari kampung Rouffiac. jeng jeng jeng jeng~

maka, dapat la kami sebuah rumah kecil diberi nama Trillol (sebutnya tri-yol). kecik n typical rumah get-away org french. ada sebuah jer bilik yg ada 2 buah katil single (attic). org lain akan tidur atas tilam yg disediakan atas lantai. aku dah mula risau...

mana aku solat nih?? kalau aku lepak bawah alamat tak dapat solat la.. takper, baik aku rebut bilik.

alhamdulillah, kengkawan aku yg lain pula lapang dada. dapat juga aku berbilik. oh ye, segempak² rumah nih, nk mandinya kene pergi satu lagi rumah kecil khas utk mandi. bukan takde bilik air. tapi air panasnyer tercemar. tercemar dgn apa? erm... apayg terlintas dalam fikiran anda kalau air tersebut berbau seperti sulfat?

namun dalam pada aku dapat bilik, keadaan masih lagi belum settle down. aku akhirnya jamak qasar asar dan zohor kat tepi rumah kecil tuh. alas dgn apa? jaket aku.. ala, bumi allah nih kan mmg khas utk kita gunakan utk beribadat?


kenapa kat luar? hehe.. aku masa nih tak reti lagi nk bukak kunci rumah kecik nih. mekanisme lama.. huhu


cabaran sebagai org islam masih belum berhenti disini. utk setiap kali makan malam, kami perlu ke Rouffiac. dan hari ini, kami dihidangkan dgn lauk daging lembu yg sekali pandang gerenti sebut 'sedap giler!!!'

dua kali pandang.. la.. tak halal rupanya. actually kitrg dah bagitau kitrg punya prof pasal bende nih, tapi diorg ingtkan halal itu 'bukan khinzir, tiada alcool'... lorr.. payah nih.. mlm pertama, perut aku berisi dgn nasi kosong dan beberapa keping roti. dugaan.. dugaan.. nih cabaran utkmu..ya adam..


oh ye, selain nama² yg aku sebut apa awal cerita ada 2 org lagi yg join kami di Trillol. (Mathieu Leboucher dan Boris Gentelet) en total ada 10 org dan 2 van. aku kongsi bilik ngan mathieu. aku berjaya solat sebelum dia sampai ke rumah. kemudahan ruksah membolehkan tempoh aku solat agak pendek. apa yg merisaukan aku bila tempoh aku musafir tamat.

kat mana aku nk solat subuh esok? time tgri sempat tak aku zohor?

kat bawah diorg dah bising² kerana mabuk. diorg berani nk terpekik terlolong kerana jiran terdekat lebih kurang 5 km dari sini. tak nk join diorg? tak per la, mengkasih bebyk..

for the first time aku rasa, 'tidak selamat' utk solat. hish.. takper ada jalan insyaAllah

kalau boleh aku nk tamatkan hari pertama aku dgn seberapa segera. bila dah off lights, si mat nih ajak pula aku borak! ces! baru jer nk lelap mata. tapi apa pun, aku baru tau yg dia student repeat dan dia pernah datang sini tahun lepas. so dalam 15 min pencarian rasa ngantuk, dia cerita perjalanan sepanjang stage nih berdasarkan pengalamannay itu..

hampeh... apsal la ko berjaya masukkan rasa risau dalam hati aku nih dgn cerita ko?

.....


zz..zzzzZZZzzzzzz.....zzzzzz..

end of day 1

4 comments:

fanramli said...

salam adam.

stage terrain boleh voyage plak tu. huhu. mesti seronok. tp rouffiac ni area perpignan tu ke? wauuu. jauh²!

singgah sebelah jenguk yana di pau lah. haha.

tapi yana pun stage terrain di espagne kan masa tu?

hehe.

adam².
seminggu cabaran sebagai org islam di kalangan org bukan islam.musti byk kamu telah belajar.

aku tunggu post akan datang.

Simon Malik said...

wasalam, a'ah masa tuh gak dier stage kat spain.

actually aku guna 'schedule' dgn intervale 3 hari. kiranya ari kamis nih kuar next post. nk aku cepatkan ke? hehehe..

anumz sarah said...

Kuat benar dugaan di tempat orang. Tabahkan hati,pasti akan dapat ganjaran yg besar. Allah bersma-sama org yg sabar.^^

Bestnye jalan2. And mentality issue disentuh dgn baik. Di sini,dalam KTM sesak dan padat tahap max masih ada manusia yg berniat x baik,sempat meraba-raba.

p/s: Tag buat lambat pun xpe.^^ Anum pun slalu buat lambat juga.^^

Simon Malik said...

to anum
insyaAllah.. time² exam nih pun penting utk bersabar gak.

jalan²? erm.. boleh katakan la kot. hehe..KTM still sesak? tgk time, by 4 pm till 8 tuh biasanya tgh peak.