Sunday, 7 June 2009

Sun and Rain

aku berlindung dgn Allah yg Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yg terkutuk


Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. (13)

(An-Nahl:13)

Day 3 : 7 mei 09


Kali ini aku subuh di rumah kecil yg sentiasa sunyi around 610 pagi. Ye la, dah aku sorg jer mandi pagi. hehe..

subuh.. tiada perkara yg lebih baik utk kita mulakan hari kita. Percaya tak kalau aku katakan org islam yg bangun subuh (yg solat pada waktu kecederaan tak termasuk), adalah org yg efisyen? tak caya? cuba la sendiri di rumah ^^

Pagi aku ditemani oleh vincent, sorg french berambut perang dan juga 1st student badge aku. aku tertarik ngan die nih. bangun lebih kurang jer cam aku, dan aku dapat tau semalam yg dier tak minum arak. Dan sampai sekarang pun aku tak pernah tgk dia gelabah, tenang semacam jer, walau dalam dewan kuliah ketika prof tgk memberi nota dgn kelajuan TGV tanpa muatan. kalau dier buat lawak pun, dier buat lawak terkawal (hah?? camne tuh??)

Baguette yg dibeli semalam, aku jadikan bekal utk lunch aku selain dari sebiji limau, 1 cereal bar, 2 slice daging ayam yg serba nipis dan roti coklat. haha, kan dah kata, makanan type survival

hari ini, kami 8 org bersama sorg prof pergi ke kawasan 1, yakni kawasan selatan area kajian. kitrg di follow oleh satu lagi group lain. tugas pertama kami, melukis panorama sebuah bukit kecil bernama Tabourc

Tabourc

Pech Capel. ptg nnti kitrg gi kat area land slide



'Ee, seronoknya lukis pemandangan!' ?? believe me, nih bukan kelas seni. skala perlu bersesuaian, details penting perlu ada dalam lukisan. senang citer, sketch-yg-beri-info'. aku yg jenis tak minat perndidikan seni suatu ketika dulu sbb tak suka collage, dan tak suka crayon-colouring, terpaksa melatih sendi² tangan utk menghasilkan sketch yg terbaik. aku mmg disadvantage bab² lukis nih. sejak di tertegur time sem 2, aku tak leh bagi alasan 'tiada bakat' utk melukis. tak lawa takper, asal ada information sudah.


Setelah itu, bermula kerja kami sebagai geologist-wannabe, dgn mula mengetuk² dan mengukur. actually, kami perlu juga tahu mengenai ilmu tempatan. sebagai contoh, di Rouffiac ini org tanam anggur. tanah apa yg diorg pakai? maka kat sini, dapat clue² penting utk kami memenuhkan peta hitam puith kami dgn colour.

so tanah apa yg diorg pkai? erm.. ntah, tapi kitrg panggil Marne Santonian. dalam marne (tanah lumpur/liat) dari epoc Santonian (period cretaceous) nih ada fosil micraster. apa menatangnya nih? ia adalah spesis landak laut yg bentuk love suatu ketika dulu. (kalau gediks, sure dah jakun giler jumpa fosil nih..)


then kitrg berkenalan juga dgn calcaire (batu kapur) dari epoc Cenomanian yg mempunyai 'life-traces of living organisme'. kiranya dalam calcaire nih kita leh nmpk la bekas habitat organisme bernama caprine

the catch of rock-hunting nih apabila berjumpa dgn susunan batu² yg umurnya tak ikut turutan. dalam geologie, kami akan menggunakan principe 'superposition' dalam penentuan strate (lapisan batu) mana yg lebih tua. principe ini mengatakan, strate yg berada di bawah, adalah lebih tua berbanging dgn strate diatasnya


sebelum aku memeningkan korg dgn vocab french-geo, biar aku beri analogy sket mengenai konsep nih. kenalkan kuih seri muka? okeh, katakan semasa nk buat kuih ini kan, kita ambil skala 'tahun' utk membuatnya.
bahagian pulut, mengambil masa setahun utk siap, sebelum lapisan hijau seri muka boleh diletak. maka secara tak langsung, lapisan pulut lagi tua dari lapisan hijau tuh kan?

so, amatlah pening kepala biler jumpa lapisan tua diatas lapisan muda (cam gambar serimuka yg blur sket tuh). so, ini juga antara kerja kami, membuat hipotesis kenapa boleh lapisan tua tuh boleh berada diatas.. paling pening kalau jumpa seri muka yg terbalik kat tetgh dulang seri muka yg normal. jeng jeng jeng.

dalam kes kami, kami jumpa, strate umurnya jauh lagi tua dari strate disekeliling nya.. haish.. tapi kerja kami di field nih, hanyalah mencatat dan fikir sikit² jer. nk perah otak, malam nnti lepas makan. kalau duk kat situ lelama utk perah otak, alamat mmg tak habis sortie kitrg.



hari ini, allah beri cuaca panas dan terang. alhamdulillah.. walaupun semalam, kami di grill mentari (tapak tgn aku grill dan muka aku ada garisan horizontal), hari ini kami lebih bersedia utk di grill kembali. kalau nk diikutkan, kita nih bagai nk rak nk memutihkan diri. aku rasa iklan krim pemutih dalam tv tuh sejak aku kecik lagi kot. cuma modelnya yg berubah².
kat sini.. erm.. krim peng'tan' kulit atau secara kasarnya, penggelap kulit. dah nama pun manusia.. bukankan kita nih sentiasa alpa dan tidak bersyukur?






dalam pkol 1 kami akhirnya berhenti mengisi perut. apa yg aku dapat perhatikan, org french nih pun penting makan. bila time makan, benda lain tak boleh kacau. kalau lewat sikit jer, masing² dah moody n hilang fokus. actually bagus makan tepati waktu. kalau korg ada kenalan berbangsa cina, mereka juga sgt mementingkan waktu makan. so apa kebaikan makan ketika waktu makan? hehe.. takkan aku nk bagitau kot, korg cari la sendiri ek?

masa time makan ini, aku juga baru tau yg bila diorg masuk hutan, diorg amat gentar ngan tique (kutu).
mereka ada la cerita kat aku yg tique ini bawah penyakit. bukan main lagi diorg cerita dgn aku kutu nih, siap gaya dah expressi hiperbola lagi.





bukan kutu ini setakat hisap darah je ke?

......


kalau tak buang, 3 hari 3 malam dia sedut??! kalau buang pun, kepala dier still ada terbenam dalam kulit, dah terus menghisap darah??

....

padanlah diorg takut. kutu nih bila dah kenyang, diorg muntahkan balik darah yg disedut dgn segala macam toxin dan bacteria ke dalam badan hos. jenis penyakit yg akan dapat adalah pelbagai, paling teruk adalah lumpuh di sebelah badan. (tak caya?)

explorasi kami terpaksa dipercepat sbb ada tanda² nak hujan. bukan kami takut hujan. tapi prof mementingkan keselamatan kami kut² kena panah petir. bukan itu sahaja, dah nama pun kawasan tanah liat, bila hujan, sudah tentu akan menyukarkan keadaan kitrg nk bergerak turun nnti. namun alhamdulillah, sempat juga kami catat mana yg patut.

sebelum balik kitrg singgah di bukit Pech Capel sekejap. penting sebenarnya, nk se lier (kait/hubungkan) kawasan² yg sah kitrg tahu umur nyer. kiranya main jig-saw puzzle la jugak..

kat Pech Capel. nmpk umh kecil pagi tadi?



dalam pikul 5 ptg kami pulang ke Trillol. ramai pula nk mandi. hehe.. aku offer nk mandi last sebab aku nk kejar zuhur yg tamat pada pukul 540 camtuh. alhamdulillah, allah mudahkan aku utk solat dgn bagi aku privacy.

biasanya time² petang, aku terperap dalam bilik; bukan apa.. ada jer beer time² diorg lepak² or buat kerja. aku cam tak biasa la dgn suasana ginih.. kenapa? bukan ke aku dah masuk tahun kedua kat sini? believe or not, aku blom penah jejakkan kaki kat umh kawan² french aku walaupun diorg ajak datang umh. aku conservatif? oh tidak, cuma aku kurang selesa. baik aku duk umh buat entry blog, ahahahaha~~

actually, pengalaman aku yg baru masuk hari ketiga ini mula 'break-the-ice' ngan kengkawan aku yg lain. ntah kenapa aku boleh 'lay-tersgt²²²-low' sampai ada yg tak tau pun nama aku. best tak? ^^ apa pun alhamdulillah syukur, mereka yg lain di Trillol ini pula jenis yg bukan gila² sgt (kecuali mabuk la), diorg nk berkenalan gak ngan aku. aku takde la makan org sgt. (mungkin muka default aku serius sgt kot, sampai dirog takut nk cakap ngan aku, kene ubah nih.. hehe ^^)

oh ye, mungkin ada satu lagi faktor kot yg buat org jarang nk cakap ngan aku. dalam 2 tahun kat Uni, aku baru 2 kali jer makan kat dining hall. hehe..
so, dgn aku dah 3 kali makan dinner ngan diorg, aku boleh la borak² sket. (tapi still risau bila ramah sgt, kang tak pasal² kene pass jug bberisi wine kat diorg.)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”

Riwayat Anas



satu benda yg aku tak paham. dah tau lepas makan nih kene perah otak, bincang n siapkan repot sket², diorg leh bantai wine cecukup. nih yg malas nih nk group discussion. bau arak jer kuar dari mulut diorg. tapi aku tak leh komplain. maka time² nih, aku akan work alone, dgn start mewarnakan peta dgn data yg dikutip. nih pun satu lagi perangai aku kalau kat skolah, prefer to study alone, walaupun aku tau 2 heads are better than 1. maka makin rendah lah 'spotlight' kat aku, hehehe..

jgn pula salah faham yg aku sombong ngan org² french nih. bukan².. aku still tegur org borak sikit². tapi korg mesti perasan bertapa ketaranya nisbah peramah drop bila ngan diorg. hehe;;

aku punya groupmates tak komplain dgn sifat aku yg kurang bercakap ngan diorg dan . mgkn sbb aku cam build-up imej pendiam di kalangan org french (di mana di kalangan org msia, aku antara org yg tak henti² cakap). asal aku siapkan bahagian tugasan aku sudah n tak bawa masalah pada group. (bincang included kalau diorg tak mabuk)

ini baru hari ketiga aku disini. sebelum aku tidur, aku cam tetiba rasa 'susah' nk hadapi esok'.

end of day 3

3 comments:

fanramli said...

salam adam.

aku pun jarang makan kat RU. kalau makan pun dgn mochenkt dan anis.

heh.


http://www.sangpelangi.com/pertandingan-entri-terbaik-hari-bapa-2009.html

adam, jom join. aku da join. haha.

anumz sarah said...

Salam adam,

En geologist. Tabahkan hati! Chaiyok!!

Simon Malik said...

to fan

wasalam fan

hoho, masuk arini aku baru 4 kali makan kat RU, itupun sbb org belanja. (kira aku sampai skrg takde kad makan) =p

ala.. kalau nk tunjuk penghargaan kat apak aku, kene tulis english. hehe.. insyaAllah, aku akan tulis pasal apak aku. (lepas aku selesai cerota panjang yg masih ada lagi 5 episode)

to anum
nih tgh tabah la nih.. ^^