Tuesday, 23 June 2009

seminggu kat msia (cam sebulan aku rasa)

salam wbt


ya..!! aku kembali menulis entry 'real-time' setelah membuhsankan para pembaca dgn cerita panjang.

A tale from Rouffiac menutup tirainya dgn entry The Farewell. jika ada yg degouté, terasa, kecik hati mahupun tak paham apa aku tulis sbb byk sgt typo, mohon ampun dan maaf bebyk..

ketika entry ini ditulis, aku dah semggu+3 hari kat msia. dalam jangka waktu tuh, aku jarang berada di rumah. hehe.. tenaga pemuda perlu digunakan sebaik mungkin ye tak?

sebelum aku masuk cerita aku di malaysia, biar aku kasi sedikit facts and info sebelum aku balik msia.

  • lps stage, kami ada exam dan kelas yg agak pack. actually tahun dua kami patut tamat pada hari terakhir stage, oleh sbb kes mogok itu hari, tarikh akhir tahun dua dianjak sehingga 5 jun
  • kebanyakan student tiada mood nk study atau nk score exam. tidak seperti tahun² sebelumnya.
  • utk exam Paleotonlogie, ada 30 lebih nama spesis yg perlu dihafal, bersama dgn age dan strate mana yg selalu dijumpai. berpeluh² aku menghafal diorg
bygkan ada fosil yg agak² sama, beza sikit, menyebabkan namanya berbeza, totally.
  • aku balik ke msia dgn tangan kosong. hny brg makanan tempatan jer aku bawak balik. (bertuah pny adam)
  • aku patut balik pada 12 jun. tapi atas masalah teknikal, agent de voyages tuh kata aku perlu tukar tarikh, so aku pilih utk balik msia pada 11 jun. (gimme the idea to suprise mak, ngehehe)


masa aku balik itu hari, kat airport takde la sgt org pakai mask. pelik gak la walaupun virus H1N1 sedang giat merebak ke seluruh dunia skrg nih.

dalam flight aku tak dpt merehatkan diri sgt. susah mau tidur. nih dah kali kedua dalam flight aku tak dapat tidur. flight MH 20 punya entertainment plak takde yg best utk ditonton. dalam pada aku tgh memilih² movie buhsan utk memberi aku rasa ngantuk, mata aku tertarik ngan satu tajuk movie cina.

'wah, layan nih best kot. mcm tgk citer cina kat tv3 zaman dulu kala, ngehehehe...'


movie red cliff II ini bukanlah citer tangkap leleh cam 'green green grass by the river', citer kelakar cam 'Mischiveous Princess' tak pun citer kungfu yg ada pencak silat beraura cam 'Legend of condor heroes'. citer ini dibikin oleh John Woo berdasarkan sejarah sebenar peperangan Red Cliff. citer epic battle nih ,bagi aku yg suka sejarah n suka tgk citer perang², tersgt lah best. movie nih sgt berlainan berbanding dgn mana citer epic battle yg lain seperti LoTR. Red Cliff II ini adalah sambungan movie Red Cliff.

yg buat aku hilang plak ngantuk bukan lah adegan peperangan, tapi adegan penyusunan strategy peperangan dan tipu helah kedua² belah pihak. yg paling aku suka part tipu helah watak zhuge liang (hensem siot mamat nih) camne dier dapat 100 000 anak panah dalam masa 3 hari.

movie yg bertotal 3 jam nih, terlampau byk sgt adegan perang, tapi dalam flight dier pendekkan dgn memotong sedikit adegan perang. yg menariknya, filem ini menunjukkan kualiti² yg baik dan ditunjukkan dari kedua² belah pihak seperti leadership, pentingnya memahami alam, persaudaraan, pengorbanan dan sebagainya.

overall citer ini byk pengajaran jika dilihat dari perspektif yg lain, bukan sekadar taktik perang jer. nk tau lebih citer nih, try tny encik wiki. ( citer ini menyebabkan aku berminat nk mencari 'arts of war' karya Sun Tze yg dibaca oleh CEO² kompeni besar sebagai tips management)


ok enough with the film


aku sampai di msia subuh ari jumaat. di KLIA ada juga mesures utk mengwaal H1N1, tapi masa aku sampai takde la plak lalu heat camera.

dgn bantuan ERL dan teksi putrajaya, aku jadikan umh kakak aku di hospital serdang sbg transit sblm ke klang. oleh sbb jet lagg yg menjadi², aku boleh tertidor sampai 4 ptg. hehe..

malam tuh aku berjaya main 'cak-cak' ngan bonda. hehehe... terkejut gak rr mak aku sbb dier expect aku sampai ari sabtu. ^^

soknya, aku keluar ngan family gi JJ bukit tinggi mencari baju ngandung kak long aku (hoh, anak sedara kedua on the way!)

ari ahd nyer, aku gi lawat umh abg aku n secara tak langsung jumpa ngan anak sedara aku yg pertama!! ni first time yg aku jumpa dier. baru 8 bulan kot umur nyer. namanya adreana nur sarah ^^


hehe chumel tak?


then pada hari yg sama ditemani abg aku, aku gi restoran Pak Mat (pak cik aku) di bandar baru selayang yg bernama 'Suria Station cafe'. pak cik aku takde, adik tiri aku ada tgh kerja kat situ as runner pak mat aje yg ada. puas hati gak la aku makan kat situ (aku tak makan free k? beli ngan harga standard, itu baru menolong sedara, hehehe..)

then seblom aku ke KLIA utk mengantar batch petronas ke-6 to france, aku singgah di low yat mencari brg. seperti biasa, low yat mmg pack ngan manusia mencari the best electronics on market. tahun lepas aku balik, mmg rasa agak heaven la bila ke sini, sbb kat france mmg tak tempat² camni.



oh ye, bagi senior² yg agak rajin dan care dgn batch² yg akan fly ke france, pegi la jumpa diorg jika ada peluang. bukan mencapub (cari publitisi) ye? tapi pegi la dgn niat utk membantu mereka utk survive di france yg sebagaimana kita tau, byk dugaan dan cabaran tersendiri.

aku bermalam di rumah kak long aku sekali lagi, ari senin baru balik dan aku merehatkan diri yg agak kepenatan.. hehe

hari selasa aku menghabiskan sehari suntuk membaca novel terbaru bertajuk Mikhail karya Ramlee Awang Murshid. dier adalah satu²nya penulis novel melayu yg aku baca hasil karyanya. (tidak termasuk novel time sekolah dulu ye? itu terpaksa)

penyampaian karya beliau adalah dalam bentuk thriller. ( tapi biasa la ada gak element cinta tapi sikit). biasanya anda akan tertny² apa yg akan berlaku seterusnya. dier juga byk menggunakan kaedah flashback dan paling best, ia berinformasi, bukan novel 'kosong'. novel terbaru ini, mempunyai 'hidden-message' mengenai tipu helah new-world-order. apa dia? baca la sendiri. ^^









semenjak aku beli novel beliau bertajuk A.D.A.M ( yg skrg ini telah ditranslate to english bertajuk Personal Justice), sampai skrg aku masih membeli karya² beliau yg seterusnya (actually, bonda pun dah suka baca, tu yg bila aku balik ada jer novel beliau yg baru, ngehehehe)

dalam byk² karya beliau, aku suka Laksamana Sunan Trilogy. kenapa? sbb ada byk element islam terutama individu muslim dan element tarbiyyah ditampilkan menerusi watak Laksamana Sunan atau nama sebenar Saifuddin. dari ketiga² trilogy tuh, aku suka no 2 yg bertajuk, Cinta Sang Ratu. (sbb ada element bercinta kerana allah kot, ngan element keluarga islam, ngehehehhe). voila puisi pendek dari novel tuh

Tatkala cinta berbisik
suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik
rasulnya jadi pilihan



yg ada kat pasaran sekarang, hny Hijab Sang Pencinta, trilogy terakhir laksamana Sunan. nk cari yg lelama kene order rasanya.

huh? adam layan novel cintan? tak rrr, novel thriller jer ^^
hny karya terpilih jer aku layan. hehe.. dari novel ini aku kenal dgn 'mati itu pasti hidup itu insyaAllah' ^^


u should stop bout the novel now...


ok ok, hehe.. mlm itu, aku gi makan² kat Andalas Corner ngan kawan² aku sejak sekolah rendah lagi. ada yg dah jd pilot, ada yg jadi org, ada yg tak.. kesian pun ada, traser nk pukul pun ada. sikit je la aku nk komen.

terima kasih kerana menghancurkan mereka... nuff said


hari rabu? gi melawat sekolah dan cikgu² tersayang. hehe.. pasal sekolah nih aku akan criter dalam entry lain insyaAllah, sbb byk betul kenangan dan cerita² menarik pasal sekolah lama aku nih. hehe..

dipendekkan cerita, sehari suntuk aku berada kat sekolah, sbb nk jumpa cikgu sesi petang sekali. ada sorg cikgu tuh sejak aku dejah 5 lagi dier ngajar aku, then dier masuk menengah pun ajar aku lagi, hehehe...

naper aku begitu obses dgn sekolah aku? hurm.. kalau dicampur dgn tempoh sekolah rendah, 11 tahun aku berada dalam la salle. umh yg aku duk skrg baru 6 tahun aku duduk. bebaru fly, asyik mimpi sekolah, bukan mimpi rumah. ^^

bangunan buruk kanan tuh skolah menengah, yg kuning kiri skolah rendah



hari kamis hingga sabtu, aku mengembara ke perak. ipoh la lebih tepat. aku ke sana utk melawat apak aku yg sememangnya bekerja di ipoh, dan hny hari minggu jer dier balik ke klang. ye la kan, balik summer, time weekend la aku takde kat umh. so better aku spend quality time ngan dier seawal mungkin kan? kalau tak, kecik ati apak aku..

entry mengenai pengembaraan aku disana juga akan ditulis berasingan, tapi aku kasi sedikit sneak peek. ehehe..











hah.. amacam? ada menarik tak? tunggu..... ^^

hari ahadnyer, aku gi open house umh kawan, tapi tak sempat makan kuih lopes mahupun bubur hitam yg semestinya tiada di france... arghhh!!!

malam itu, selepas makan² di andalas corner (lagi) dgn kawan² yg berlainan pula, aku ditemani muhammad hanis (bagi mngelak salah faham aku bubuh nama penuh) ke Uptown Shah Alam.


jika anda ke sini tanpa ada brg utk dibeli, baik jgn datang. nnti anda akan rambang mata n nk beli kesemuanya! sbb brg kat sini, nk kata ciplak, mcm ori sperti cam bebetul ori. harganya.. aku rasa even student msia pun boleh beli, apatah lagi student oversea yg elaunnya melimpah ruah tu kan?

aku kesini utk membeli sepasang kasut utk dilanyak² di malaysia. kasut yg aku bawa dari france.. terlalu... erm... berharga. (hehe) ^^

dan semalam aku hny duduk di rumah, menghabiskan cerita panjang wotpog.

actually, aku 'kurang sehat' smalam. tuh yg duduk rumah. kalau tak aku dah merayap keluar gi sana sini.

haish.. adam nih mmg tak reti nk duk rumah.. naseb baik bondanya faham..



sekian...

2 comments:

Amira said...

Salam dam,

Bestnye. Byk mende ko dah buat eh. Profites bien tes vacances. Moga istiqamah juge dgn kerja2 & mutabaah amal ^^

Simon Malik said...

wasalam

aku dah agak dah ko guna nama samaran. ngehehehe... takde definisi cuti, cik amir-a. insyaAllah akan dijaga mutabaah amal semasa di msia.
no worries cik amir-a. ( ngehehehe)