Monday, 22 June 2009

Into the Mist

Day 7 : 11 mei 09

Hari terakhir utk explore kawasan yg masih diragui kesahihhan faktanya sebelum terpaksa berkurung diri menyiapkan rapport de terrain (terrain report).

Bagi group kami, tiada kawasan yg particulier (particuler) yg ingin kami explore. Cuma kami ingin explore sekali lagi kawasan Tabourc dan petangnya group aku bebas. Kemudian selepas itu tiada lagi ketukan batu, melainkan kerja² bertulis yg aku rasa... merimaskan.



Aku cam 'lain' sikit hari ini. Actually sepanjang pengembaraan aku di Rouffiac, aku akan pastikan sebelum aku kluar rumah, aku mempunyai wuduk. Then dalam perjalanan gi Rouffiac, aku akan membuka hari aku dgn surah alfatihah. tapi hari ini aku baca slow sket, sebutir² aku baca.. cam lain jer.. macam.. aku akan menghadapi sesuatu.

awal pagi, pendakian semula Tabourc dari arah depan. selama nih kitrg daki dari tepi. Pengembaraan kami bermula dgn pencerobohan beramai² ladang anggur milik petani tempatan. hehe.. lupa plak. yg lead group di kawasan ini adalah Fabbri-sensei. Sememangnya, dia berpegang pada no bounderies when it comes to knowledge. en totale ada 5-6 group. kira hampir 25 org follow fabbri-sensei hari ini!

Kitrg actually mencari ada satu lapisan batu kat bukit nih, yg dari jauh bentuknya cam huruf 'C'. kitrg nk pastikan itu lapisan Cenomanian. Fabbri-sensei tak mudah percaya cakap org. Dia nk gak pastikan itu bebetul Cenomanien, tak main la agak2 dari jauh.

Namun pendakian dan pencarian kitrg gagal. Sbb pendakian secara menonong² dan hanya pakai instinct. Last² bila kitrg dah sampai tgh bukit.. 'rasanya bende tuh kat bawah nun tuh kot' - ayat pendek dan ringkas yg bermaksud, give up cari. then Fabbri-sensei kata
'kat atas sekali tuh batu apa?

vraconian jawab kami

betul??

dah gi tgk?


.....


jom!



so, kitrg nih follow jer la fabbri-sensei membuta-tuli. hehe.. seperti biasa aku org kelima paling depan. tapi ini bukan perlumbaan siapa sampai dulu. tapi aku mmg last² aku end up kat bahagian² depan. sbb byk yg berhenti berehat dan sebagai.. Iz depan aku dah 'meluahkan perasaan secara aggressif' sepanjang pendakian. aku duk senyum jer.. nih belum lagi hutan msia!





meredah segala macam pokok, onak dan duri. heh, nih bukan jalan utk org yg manja. (familiar tak ayat nih?) Dan aku merasa gak la, ulat beluncas masuk baju kat bahagian tengkuk.. hehe.. alhamdulillah tak melatah. if not aku dah jatuh golek² n tak balik msia. Bukan nk kata macho tak melatah, tapi mungkin sbb kat sekolah dulu, kitrg dah biasa dgn ulat bulu bungee jumping kat kitrg, or beluncas berani-mati masuk dalam seluar kitrg dari bawah. Seteruk² displin sekolah kami, sekolah kami masih mmpunyai ekosistem yg terpelihara. ular ada, ikan longkang ada, belut ada, burung hantu ada, 'monyet-beruniform sekolah' ada, harimau jer takde.. hehehe..


Semasa pendakian tabourc nih ada sesuatu yg berjaya menangkp perhatian aku.. kitrg sebenarnya sedang mendaki bukit yg curam. Tapi dengan adanya pokok² renek, alhamdulillah kami dapt mendaki dgn baik. pangkal pokok aku jadikan tmpt utk dipijak, dahan utama pokok lain aku gunakan sebagai tempat berpaut utk panjat. Bukankah allah memang dah ciptakan semua benda atas bumi ini utk kita? Elok² jer ada pokok² nih, kalau tak gerenti satu problem utk panjat tabourc nih


dah la kabus tebal. kitrg tak nmpk sgt pemandangan. Bila kitrg sampai ke kawasan 'near puncak', Kabus dah tebal giler. jarak vision... erm... korg leh tgk jer la gambar kat bawah ek? hehe.. masa ini ada satu kes yg malang berlaku. tgn salah sorg dari rakan kami dihempap batu besar. nasib baik tak lenyek or patah, cuma fractured.. but the real prob was, dier kene tahan sakit sampai kitrg turun la, sbb kita kat near puncak!




selepas kitrg rehat dalam suku jam camtuh, kitrg teruskan perjalanan despite ada yg cedera. then baru kami sampai ke destinasi kami. puncak yg diselubungi kabus semata².

dalam kabus² tuh, kami memulakan kerja² memburu fosil. alhamdulillah, jumpa gak fosil yg dicari, takde la pendakian kami nih in vaine gituh jer..




encik siput nih berada di puncak Tabourc! siput yg lmbt pun tak berhenti berusaha memanjat tau!

(dis pic is nominated for the pic of the year)

nk turun pun mencabar. byk sgt thornbush dan bermacam tumbuhan berduri. Luka² jugak la peha n kaki aku, naseb baik la ada laluan kecik yg lembu2 ternak buat. tapi kene perhatikan bebetul baru nmpk jalan tuh. ye la, dah la tnggi pinggang pokok, kabus dgn jarak penglihatan kurang 10 meter. kalau nk jalan solo, tak nk teamwork, mmg boleh sesat gituh² jer.



ehsan kamera kawan aku

namun alhamdulillah semuanya selamat sampai kat kereta (ada yg volunteer gi amik tadi). time nih kitrg makan tghri dgn lunch kami yg sentiasa tak seberapa itu, hehe..



then after that,group lain hendak ke sektor lain. group aku takde plan apa petang tuh, nk follow fabri-sensei, into the the mist...

prof nk pastikn batu di berhampiran chateau peyrepertuse adalah batu calcaire peyrepertuse.
maka bermulalah pengalaman aku, rock climbimg... tanpa tali



so apa equipement yg aku pakai?

  • 2 hands
  • 2 legs
  • one guts


aku bersyukur ada kabus, so aku tak nmpk bawah, kalau tak, sure dah gayat dgn ketinggian beratus2 meter above sea. masa aku baling batu ke bawah... lama gak la baru aku dgr batu tuh jatuh.. hish.. allah telah permudahkan satu cabaran.

masa aku duk memanjat tebing2 curam nih, ada satu part aku rasa cam izrael dah tunggu aku nk cabut nyawa. bergegar jiwa tika ini, muka aku sure gerenti tgh pucat. n setiap kali aku teringat bende nih, mesti tapak tangan aku sejuk² kebas

aku sedang berhadapan dgn permukaan licin yg tiada tempat utk pijak dan hanya boleh berpaut dgn jari jemari. aku kat belakang sekali. aku tgk kengkawanan aku rilek jer naik, tapi aku bloquée. buntu apa nk buat. masa nih aku dah fikir yg bukan2. nih kalau jatuh n mati nih, lama gak diorg nk cari mayat aku sbb kabus. lom masuk part yg diorg tak sedar aku dah jatuh!

masa tuh rasa cam keadaan sgt slow. dimensi masa cam bergerak perlahan (panic actually) aku tak dgr apa2, aku cuma dgr suara2 dalam kepala otak aku.


tapi suara yg paling jelas adalah, 'no matter what, u must get to the top'. tanpa menghiraukan risiko tergelincir lalu jatuh, aku redah jer obstacle tuh. alhamdulillah aku selamat gak naik.

tapi semasa minda aku dalam dunia kecelaruan minda, aku teringat
satu mimpi suatu ketika dahulu, dimana aku telah ditny mengenai kematian. as clean as glass aku ingat mimpi tuh, sampai skrg.. tiada watak, tiada back drop alam fantasy, hanya kegelapan.. cuma ada 2 suara, yg bertanya dan yg menjawab. aku yakin sekali yg menjawab itu... ruh aku..



mungkin aku tringat mimpi nih, aku terus panic stricken. dalam minda aku 'must get to the top, must get to the top'.. dats wat made my body to keep on climbing, walaupun aku dapat rasakan kepucatan muka aku, dan tapak tangan berpeluh dingin.



di puncak patut aku rasa aku capai kegemilangan, tapi tak, jiwa sedang melayan rasa gementar.. fabbri-sensei sibuk tanya² 'ca va? ca va?'.. aku hny mengangguk jer, dan tersenyum.. aku tau, muka aku tgh ikut program 'fear'..

aku tak brani berdiri kat atas tuh, geletar lutut.. perasaan bercampur baur, gembira sampai puncak ada, takut terjatuh pun ada.. ye la.. 1.5m depan aku ada tebing curam, 2m blakang aku, tebing yg aku baru panjat.. dgn angin lagi..

jgn pandang bawah!


kami lagi tinggi dari pokok tertinggi di sektor ini


antara tebing dan tebing, kami diantaranya



turun pun satu hal gak, syukur ada kabus, kalau tak, aku lagi tak nk trun.. dgn risiko binatang yg tetiba muncul celah batu, batuan tetiba runtuh, dah tergelincir. geo mmg liferisking! (naseb baik mak tak reti sgt pkai internet n baca blog aku. kalau dier tau nih, gerenti dier suro aku tuka kos. ^^)

aku tau, mungkin aku melakukan kerja gila yg melibatkan nyawa. tapi ini adalah passion aku.. aku kenal dan mencintai allah menerusi ciptaan²Nya yg sungguh mengagumkan. demi allah, aku sanggup mati ingin mengenaliMu lebih dalam lagi..

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14)
(Al-Mulk)


'peringatan' yg aku terima ketika aku mendaki tadi, mengingatkan kembali dan mendesak aku supaya jgn lupa tggjwb sebagai seorg islam di muka bumi.


nah... petang itu aku terus tanpa segan silu bertanyakan mengenai budaya meminum arak di france. dan tanpa segan silu aku declare yg sebagai seorg islam kami dilarang meminum arak. 'proud to be a muslim' itu yg aku luper sepanjang aku ber'stage di sini. dan secara tidak langsung aku tidak menunaikan hak aku terhadap mereka sepanjang aku lupa tggjwb aku itu.

pertanyaan dan declare itu menyebabkan aku ditanya mengenai 5 tiang islam. dan menerusi pertanyaan ini membolehkan aku berani solat walaupun roomate aku di dalam bilik. malang seribu kali malang, hampir hari terakhir baru aku nk tunjukkan..

actually aku tak patut aku gentar akan diorg; mungkin sbb aku rasa bahasa french aku terlalu lemah dan takut mereka akan stereotype. actually bende tuh bukan lah satu penghalang yg besar.. hny kita jer yg besar²kannya..

Islam ini sempurna, jika dibandingkan tempoh kita solat wajib aje, tidak sampai 30 minit out of 24 jam dimana 24 jam it,30 minit ada 48 tempoh. nk di'bahasa-math'kan, 5/240 atau 1/48 je sehari. tak kacau pun kerja² seharian kita yg lain.



perasan tak, yg wahyu memerintahkan utk kita solat, adalah satu²nya wahyu yg diambil sendri Rasullullah dari langit? ini menunjukkan yg solat itu penting dalam seharian kita. sehinggakan kita diberi pelbagai rukhsah (kemudahan) solat tak kira di mana kita atau keadaan kita.

ye la kan dah solat itu sebenarnya cara kita contact dgn allah.. kalau kita boleh tepati waktu jumpa seseorg, pakai baju cecantik, spend time lelama bila kluar dgn seseorg even sanggup cancel appointment lain semata² nk jumpa sseseorg, inikan pula allah swt yg maha kuasa yg sepatutnya kita cintai kerana dia adalah tuhan yg satu yg menciptakan kita dgn sebaiknya. hang pikiaq sendri la ya?


end of day 7

2 comments:

fanramli said...

salam adam.

bila aku baca, aku plak yg meremang bulu roma, takut kau jatuh.

huii. bahaya betul.

Alhamdulillah, Tuhan masih mahu tiupkan denyutan pada kamu.

n aku rasa, Allah mcm sengaja lampiaskan cabaran tu hari tu, taktik Allah utk berikan kau keberanian sbb lepas tu ko declare dpn kawan-kawan.

and ça tombe bien, sbb waktu tu, officially, ko berumur 21 tahun.

maka, betullah org kata.
injakan umur boleh mematangkan kita.

which i approved in your case.

=).

p/s: anyway, skali lagi. byk gila typo wei. kau tulis masa bila ni.

Simon Malik said...

wasalam

kalau ko baca pun leh meremang bulu roma.. haish.. tapi yg aku pelik, balik tuh aku leg excitedly citer kat farid.. tak paham aku..

oui, c vrai. masuk jer umur 21, terus aku diberi didikan yg up lagi, alhamdulillah..

aku tak hengat bila masa aku tulis, tapi yg aku tau, berhari², di tempat yg berlainan, dan jenis keyboard yg berlainan.. afwan..