Thursday, 4 June 2009

Hammer Falls

aku berlindung dgn Allah yg Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yg terkutuk



Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. (47)
(al-furqan:47)

Day 2 - 6 mei 2009

Alhamdulillah aku dapat bgn dan solat subuh. Tapi sebelum itu aku bertungkus lumus-utk tidak melakukan sebarang bunyi dgn niat utk tidak mahu mengganggu lena kawan sebilik.

Akhirnya aku pilih utk solat di depan tangga naik ke bilik berhampiran dapur utk solat subuh. Selesai solat cabaran kedua pula menanti. cabaran utk keluar dari rumah utk mandi tanpa melakukan sebarang bunyi. bunyi apa? bunyi aku berjalan, bunyi aku buka dan tutup pintu dan juga bunyi² lain yg boleh mengganggu dengkur kengkawan yg tidur di sekitar ruang tamu. ye la kan, warga perancis mmg susah/tak suka utk bangun awal pagi, lagi² kalau mereka bersuka ria dan mabuk pad malam sebelumnya.

rezeki aku ketika itu, mudah je jumpa kunci rumah kecil utk mandi dan pintu utama yg regang. dapat la aku kluar mandi undetected. hehehe..

bukan nk kutuk atau apa, tapi aku rasa org perancis mmg tak mandi pagi. (tak tau la kalau sbb nk keluar masuk hutan, diorg decide utk tidak mandi, tapi tak semua org sekali kot). mungkin kita malaysia dgn cuaca yg agak panas, tidur sure berpeluh². sbb itu agaknya kita mandi pagi. plus, ngan mandi telaga/kolah yg cukup sejuk itu, bukan ke menyegarkan kepala yg masih mamai dibuai selimut dan bantal busuk? hehe...

Breakfast pada pagi ini aku makan agak berat sikit. kelaparan perut sudah mencapai maksimum. perlu makan, boleh pengsan kalau tak mkn nih.. secara peribadi aku jenis yg selalu skip breakfast.
sejak form 4 lagi. Paling maximum aku minum air milo ngan sekeping roti. minimum? tak ya cerita la kot.

Ye aku tau, mmg tak betul cara pemakanan.. tapi dah jadi tabiat, nk buat camne? lain pula dgn pagi ini. lapar tahu perut ber'orkestra dan berbunyi kreuk-kreuk, tak ubah seperti nama famili awek dalam smallville.
kes semalam sudah menjadi tanda awal bahawa perut aku menutup extra² tank yg ada bagi mengelakkan rasa lapar.

(gambar hiasan; tiada kene mengena)

org french makan apa time sarapan? hurm.. terpulang pada individu. Ada yg makan cereal, ada yg makan biskut, ada yg teguk beer gak tapi mostly mereka makan baguette (roti). senang cerita,

exactly typical bukan melayu.. dgn toast nya, jem nya, butter nya.. kita?

teh tarik buih lebih, nasi lemak telur extra ngan sambal sotong, paling tidak roti canai kuah banjir.. padan la org malaysia lemah semacam je pepagi walaupun mandi. tenaga lmbt digenerate...

oh ye, diorg minum air kopi/hot coco dalam mangkuk. pelik kan? mungkin senang nk cicah baguette diorg yg sedia liat kalau tak fresh.. ruang lebih besar utk celup dan makan. ^^

Kami sampai di Rouffiac selepas 10 minit perjalanan. kami diberi briefing ringkas mengenai perjalanan stage selama seminggu, tak ubah seperti yg keluar dari mulut Matt mlm tadi. kami juga diberi peta kawasan yg perlu dicungkil rahsia dan sejarahnya. besarnya...12 helai A4 yg dicantumkan..

nak tau apa kelengkapan seorg wannabe-geologist?
  • marteau (tukul)
  • loop ( kanta 10x)
  • multipurpose compass (dah pesan ngan prof, tak dapat² lagi)
  • sebotol kecil asid HCL (aku tak beli lagi)
  • teropong (aku tak beli lagi)
  • buku log kecil utk catatan
  • quad-colour pen
  • mekanikal pensel
  • pemadam
  • colour pensel
  • baju pemantul cahaya
  • topi
  • beg saku doraemon (actually ni beg saku yg pkai kat pinggang, aku tak beli sbb baju+seluar dah byk sgt saku)
  • sun glasses (aku tak bawa )
  • sun-block (aku tak pakai sbb aku sanggup berpanas dgn berlengan panjang dan berkolar)
  • A4 utk melukis panorama
  • peta sektor
  • benda makan
  • air sebotol mengikut consumation
walaupun wannabe punya items, tapi ini la mostly yg kitrg ada setiap kali field work. nmpk cam byk jer kan? tu yg penting ada saku doraemon tuh for easy excess items. hehe



seperti apa yg diceritakan oleh Matthieu, hari ni hanya sekadar pengenalan. berkenalan dgn batu² local, ciri spesific mereka, umur yg mereka dan penerangan secara general mengenai structure geology.

nk tau apa kerja kami? erm.. cari affleurement(tempat ada batu, seperti lereng bukit, kuari etc) dgn meredah hutan, masuk kawasan larangan, ladang ternak/kebun org. then bila dah jumpa, kitrg akan localisé kedudukan kitrg dalam map then agak² batu apa secara kasar berpandukan pengalaman dan ilmu?
seterusnya ketuk batu. agak² dah dapat seketul yg best, tiup sikit²... then.. jilat...

ya JILAT!

dah jilat, tgk kawasan yg lembab tuh dgn kanta. tgk cirinya dan tgk strucure dalaman batu utk confirm ke tak agakkan.kekadang memain dgn asid. catat criteria yg ada pada spesimen, posisikan kedudukan kita dimana dalam map, orientasikan kedudukan affleurement, tanda dan warna kawasan mengikut code warna batu, teruskan pencarian.

pencarian juga berdasarkan tekaan. biasanya dalam map dah tunjuk mana batu nk cari, just terpulang pada kita nk cri kat tmpt lain ke tak. just nk bagitau kat sini, kalau mmg jenis yg curios gila, setiap ceruk kawasan biasanya akan diredah walau hujan badai. tapi beringat² la, bukan semua selasak dan se-terrer-ist anda.

oleh sebab kerja kitrg dalam hutan, tersgt la tidak praktik utk keluar dari hutan utk lunch. so kitrg mmg akan bekal utk lunch. tapi bukan la lunch dalam bentuk mangkuk tingkat mahupun picnic basket, tapi se-simple mungkin. biasanya 'makan utk hidup'-food-type.

seperti? hurm... imagine-toi. (try ler imagine ye?)

yg bestnya time lunch ini adalah, kitrg mungkin akan stop lunch di kawasan paling teruk nk makan seperti di tebing curam mahupun dalam semak-samun bertemankan segala jenis haiwan kecik dan besar atau kawasan yg mempunyai view yg paling best ciptaan Maha Besar yg takde sapa tahu tmpt tuh.





selepas lunch, tugas pencarian dan kajian perlu dilakukan. pemilihan kawasan utk di'explore bukan lah secara membabi-buta atau main pilih jer. mcm² kene put into account. terpaksa lalu ladang org ke.. rumah org ke.. kubur ke..

(ini adalah padang ragut, penuh dgn 'periuk api')


maka, demi secebis informasi yg tak tentu dapat melainkan ketentuan allah, maka kami, org² geo akan ke kawasan itu utk dikaji. mengapa aku kata begitu?

sbg contoh:
anda jumpa satu kawasan ini, tapi anda tak pasti samada batu A atau batu B. jika anda menjumpai fossil X di kawasan ini, maka anda boleh buat kesimpulan bahawa itu ada batu A.

TAPI! katakan fossil itu bersaiz 1mm, dan kawasan itu bersaiz 50m².. sure anda 'where to start??' plus, sudah pastinya semasa anda ketuk batu, anda tidak boleh kawal cara pecahan batu tapi anda mahukan pecahan batu itu mempunyai fossil X.

maka berapa peratuskah kebarangkalian anda menjumpai fossil X di kawasan itu?


(Maths and Islam, SPM 2030)


Agak tension juga la bila kita ketuk bagai nk rak, tak jumpa². org ketuk sekali dua dah jumpa.. Allah itu maha pemberi rezeki..fikirkan lah, kebarangkalian yg begitu kecik itu, ada juga org jumpa.. apa tah pula dgn kebarangkalian kita utk mati yg sudah pastinya = 1

mengapa kita asyik tidak sedar, selalu lupa. bahawa kita ada tuhan yg menciptakan kita? dan telah Allah jawab soalan paling popular dalam dunia melalui alquran, y are we here?

Allah dah sediakan semua benda cukup kat dunia khas utk kita. Nk ego? Nk bongkak kata, 'aku la paling berkuasa. aku kawal minyak dunia'?

minta maaf.. anda tak kata begitu kalau anda tahu, process nk jadi minyak amat la rumit dan banyak songeh. sikit ilmu alam yg aku dapat semasa kuliah bagaikan kepingan jig-saw puzzle yg bila disatukan mereka, mereka menunjukkan satu gambaran yg sama.



tiada tuhan melainkan allah




biasanya kami geo, berkongsi work-effect dgn pekerjaan² lain yg outdoor dan lasak seperti buruh kasar. apanya?? kulit hitam di-grill matahari..

sebut pasal grill, malam itu dinner yg diberi adalah ayam bakar. bila ayam itu sampai ke pinggan aku, aku terus bagi org sebelah.

aku ditegur pakcik auberge (pakcik yg kerja kat restaurant+rumah tumpang)


'Hang tak makan ayam ka?'


'kawe vegetarié (vegeterian yg di-kelantan-kan.. agaknyer)
make ike dan sayor je..


abih tuh hang nk makan apa??


time nih, bisikan² seperti 'ko takkan survive seminggu kalau tak makan daging, sbb ko keja berat' atau 'ko dah darurat dah ni, takper' mahupun 'nnti apa org lain fikir aku ngengada pulak' mula menerjah masuk dalam fikiran aku..

time nih satu hall makan, senyap... bagai menunggu jawapan aku
.....
..
..
..



ada lagi soup sayur lagi?




Bukannya mereka mahu hina atau apa, tapi sbb tak tau. even our prof pon tak tau, halal itu apa sbenarnya. maka adalah menjadi tanggungjawab pada kita utk sampaikan pada mereka yg tak tau. mungkin ada yg fikir, tidak mahu menyusahkan mereka utk menyediakan somthing yg lain utk kita yg islam ini. kalau kita sendiri yg tidak tetap pendirian, lagi lah mereka tak paham akan islam.

tapi kalau rujuk al-maidah 5,
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu..(5)
(al-maidah:5)

oleh sebab ilmu aku tersgt lah cetek, maka aku ambil jalan selamat yakni, tak yah makan. dalam fikiran aku, kita makan utk hidup, bukan hidup utk makan. tak salah kan tak merasa masakan org perancis yg sememangnya kita tak pernah merasa, dari sanggup menumbuhkan sel dari sumber haram,kan?

maybe dalam situasi ini, mereka akan melihat, islam adalah satu agama yg penuh dgn larangan plus penerangan mengenai iman amatlah tidak sesuai di meja makan. bagi aku ketika itu, impression yg menunjukkan islam bukan budaya dan suruhan dan larangannya perlu dipatuhi tak kira dimana jua, sudah cukup.

begitu juga dgn solat. perlu didirikan tak kira tempat atau waktu

tapi aku ketika hari kedua ini masih lagi takut² utk solat jika roomate aku berada di dalam bilik dan juga takut² ada housemate yg masuk dalam bilik. ntah la, takut diorg stereotype dgn aku kot. namun alhamdulillah, setiap kali aku solat, roomate aku balik lmbt dan biasanya takde org yg akan naik bilik aku. siapa lagi yg perlu kita syukuri selain Allah?

bukankah kita mengucap syukur stiap kali awal rakaat dalam solat?


alhamdulillah, tamat hari kedua, dan aku tidor dgn gayanya.

end of day 2


p/s: album 1st day dan 2nd day di link ini.

2 comments:

fanramli said...

salam.

rupa²nya kau schedulekan entri². maksudnya da siap la kan sume entri ni.

haha.

membaca cerita kau, aku pun teringat cerita-ceriti aku yg hampir sama.

aku teringat waktu aku jalan² dgn yana. waktu pegi armsterdam. punya nak duduk hostel murah, skali terbook hostel youth = hostel kristian. lalu ktrg buat dek je redah masuk dgn tudung di kepala.

tp masa tu aku belajar sumthing yg sgt berharge. drpd yana tau.

mase tu aku cuak nak solat. aku msg yana yg tak sama dorm.

'yana, cmne nak solat?'

pastu, yana reply.

'solat je la. dorang nak buat apa pun kalo ko solat?'

pastu, aku trus brani solat. tp solat subuh je la. sbb asar+zohor dan maghrib + isya', ktrg buat kt masjid.

tp, it was different at that time sbb aku di kalangan org yg aku x knal. kau mcm susah sikit, sbb sekeliling kau ialah kawan² sendiri kan?

aku sendiri tak pasti, mcm mana aku akan react kalau aku di tempat kau.

mungkin kita bole interview yana pasni. she must be very experienced.

hehe.

Simon Malik said...

to fan

wasalam. lom siap secara total la semua, tapi part² awal nih mmg dah siapkan. 3 hari intervale tuh kasi aku 'pressure' sikit nk siapkan entry² seterusnya, hehe

yana ada special kes sket kot. haha, betul² kne tny dier. dier kan suvivolist, masakan dier berani gi pau suatu ketika dahulu?

takper², nnti kan post² yg seterusnya.. tunngguuu.. ^^