Saturday, 13 June 2009

Way up high

Day 5 : 9 Mei 09


seperti pagi² sebelumnya, aku mulakan hari aku dgn 'gaya-jengket²-ala-perompak' bila nk klar subuh. org french nih pantang bangun awal, so aku pun kne la diam² keluar umh kan?


hari ini merupakan hari terakhir, sortie bersama prof. kali ini, dgn Fabbri-sensei. (apsal aku pggl dier sensei bukan prof? adalah.. hehe^^ )


dia merupakan prof pertama utk menyebut nama 'mohd' dgn betul, bahkan menyebut nama org msia dgn betul. kehkeh. plus, die sgt mengambil berat pasal kitrg tiga org, cam lebih² pula berbanding org lain. (masa sem 2 dulu lagi teruk, lebih² sampai aku rasa org french anggap kitrg chouchou fabbri. chouchou= anak emas).


sebenarnya, fabbri-sensei melanjutkan pelajaran kat japan. mgkn dia tau susah payahnyer hidup diperantaun sambil belajar bahasa asing. so, kalau anda mendapat prof yg agak care terhadap anda, explotasi lah sebaik mungkin. jgn jadi bini sudah.


sektor 3 menjadi medan explorasi hari ini. walaupun semalam aku cam nk teriak sbb penat, hari ini aku cam semangat giler la pulak. mungkin sbb fabbri-sensei. kehkeh..

takde la, first time aku sortie terrain, group aku ngan die. so aku rasa cam lebih 'senang' sikit kot. plus, fabbri-sensei jenis sorg yg curious. segenap ceruk hutan die pergi, aku bende² lasak nih (trekking), mmg aku suka. ^^





explorasi kali ini, aku rasa lebih best. sbb kitrg 'hunt-the-fossil'. fabbri-sensei tak suka percaya directly apa jenis teori yg keluar dari mulut sesiapa. jadi mmg kerja kitrg hari ini utk mmbuktikan lapisan² batu, adakah dia sama dgn hipotesis kitrg.


our goal, to search Orbitoline atau nama famousnya chapeau-chinois (chinese-hat). sejenis microfossil yg boleh di jumpai dalam lapisan batu epoc Vraconian
cuaca yg agak berkabus menghadkan jarak penglihatan kitrg. tapi still boleh nmpk la group kedudukan group lain di sektor 1. hehe..


nk buru fosil nih pun kne guna instinct. kalau main ketuk meng'khinzir'-buta, mmg tak akan jumpa. sekali lagi kena guna animal-instinct. hehe.. satu lagi element yg org selalu lupa nk sebut, rezeki dari allah swt.
actually sampai satu ketika kita cam dah putus asa mencari microfosil nih. sampai la sorg hamba allah nih akhirnya jumpa seketul yg begitu jelas, tak dapat sangkal lagi itulah chapeau-chinois. (itu gmbr hiasan, fosil yg kitrg jumpa lagi kecik)


kitrg menghabiskan pagi kitrg, dgn menurunu bukit berhampiran Tabourc. makin turun makin tak paham apa yg berlaku. sampai la our gifted student, Guilleume melontar idea bernasnya mengatakan kat sini ada plissement (lipatan) yg agak complicated. ni satu lagi student top-gun batch kami. padahal kalau korg igt entry pasal mogok itu hari, mamat nih kuar tv kata dier sanggup korbankan tahun-2 geo. haish.. kuliah pun tak datang, tensi aku.


dalam pukul 12 lebih kami sampai kat kaki bukit dan lunch dekat ngan sungai kecil. time makan adalah time yg paling best utk merapatkan silaturrahim, tak gitu? time ni la semua org berkumpul, meng'update pasal diri dan sebagai.. maka, yg mana yg dah balik malaysia, selalu-selalulah makan sesama ngan family. diorg rindu giler ngan korg tau. ^^


time lunch kat luar, biasanya share² makanan tuh mmg common. tapi aku nk kasi satu conseil d'ami (friendly advice), berhati utk menerima makanan yg nk dikongsi, kang tak pasal² dapat potongan keju yg baru dipotong dgn pisau yg baru jer 'tercemar' (pepaham la baru digunakan utk potong apa). haish.. payah payah. takper, kalau tak trima, tak salah kita hulurkan juga makanan kita kan? ^^


habis jer makan, kitrg kena retrace back jalan yg kitrg lalu tadi. senang jer nk jumpa, tapi mendaki tahap nk tercabut lutut la. time tghri ni, cuaca makin panas. so kami mendaki kembali bukit yg menjadi padang ragut lembu.


tak sampai 10 min aku rasa cam nk putus nafas. mungkin sbb badan dah cool-down. tuh yg penting kene warm-up kan?
sekali lagi aku cam nk putus asa.. dah la cerun tahan kalau jatuh, gerenti akan tergolek berpanjangan sampai bawah. tak cukup ngan itu, ada juga duri² dari pokok renek thornbush dan segala macam pokok berduri yg lain (kaktus takde ye? hehe)


dalam keadaan camni, tidak kira walau sekuat mana badan anda, sehebat mana stamina anda, tapi kalau jiwa tak kuat, u can easily break down. nk tau salah satu benda yg boleh menguatkan jiwa? zikrullah.. tak caya? try la buat (^^)v


aku pohon kekuatan kekuatan dari Nya. cash Dia bayar. terus aku terlintas,


bahagian selatan near spain, islam conquer masa campaign towards paris. their campaign swipe the southern france towards north until Loire Valley. for sure diorg pun ada daki bukit ini memandangkan ada kota di bahagian utara. apa la sgt perjuangan aku ini berbanding dgn diorg. diorg dgn penat jalan, kurang makan dan mcm hal lagi, tetap teguh berperang utk menyebarkan kalimah allah. bukankah aku juga sedang berjuang bersama mereka?


tak semena² aku rasa mcm aku punya semangat naik. dan tidak semena², satu lagi perkara terlintas:


..bila ko hiking jarak jauh, ko maintain pace n speed. melangkah serdehana dan stabilkan kelajuan...

itu tips yg diberikan kepada aku sewaktu aku muda² dulu oleh cikgu scout sekolah. alhamdulillah
pendakian selama 20 minit tanpa henti tidak terasa langsung dan aku org keempat sampai kat tmpt van diparking. dapat juga aku menghelakan nafas selama 10 min. alhamdulillah..


Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66)
(al-anfal : 66)






next destinasi? Chateau Peyperteuse atau Kota Peyperteuse. kota di atas bukit yg kini dimakan zaman dan hny menjadi tmpt tatapan pelancong² yg datang ke area ini.
tapi kitrg datang bukan la nk sighseing, study beb!
tapi kitrg dinasihatkann utk tanggalkan gilet (baju pemantul cahaya) dan utk tidak membawa tukul. ye la kan tempat pelancongan. kang tak pasal² adanya kehadiran ktrg, tourist lagi plak. hehehe..


(Chateau Peyreperteuse)



ada juga berlaku kejadian, di mana kitrg dipandang pelik, dan tidak kurang juga dikutuk. haih.. tapi itu bukan jadi tumpuan kami. tumpuan kami teralih kepada fabbri-sensei ketika adegan dikutuk itu.
fabbri sensei sorg yg sgt byk cakap ngan student, tapi kalau ngan org awam, dier leh jadi sgt pendiam. yg paling kelakar, tgk muka dier yg mengukir senyuman beracun n th sabar dari nk terkam mamat yg duk kitrg gologist nih. hehehe..



















lukisan panorama anticlinal dan synclinal ambil masa yg lama gak. maka kitrg pulang agak lewat harituh. so patutnya kitrg kene pergi Rouffiac pada pukul 8 utk makan mlm, kitrg leh datang pkol 9, hehe.. special sikit hari ni. dapat rehat lebih


lepas makan, kitrg meneruskan kerja² mewarnakan peta sikit demi sikit, menyiapkan log yg belum siap². tapi overall kitrg agak rilek gak arini. kitrg lebih tertumpu pada perbincangan explorasi kawasan


oh ye, kan hari ini hari mengundi Masaf? hehe.. aku suruh farid vote utk aku. hehe.. jenuh aku cari line hantar email n password aku. mlm tuh aku kene kaco ngan farid, tepon tny kabo. hehe.. biasa lah, kitrg saling merindui. (ahahaha, jgn jelez!)
oh ye, patut farid follow sekali ngan kitrg, tapi atas sbb masalah kesihatan, die dinasihati oleh doc utk tidak pergi. huhu.. sedih gila die tak dapat nk follow. oh, utk report dier, kene buat tesis pendek pasal pyrénes.


aku actually dapat sms keputusan Masaf tuh. best gak jadi org yg masuk bertanding² nih. tapi c'est pas mon truc. (its not my thing). aku takde benda nk jual n aku takde benda nk janji. sbb aku sentiasa rasa org lain yg menyaingi aku itu jauh lebih baik dari aku.


at least aku takde la keluh kesah nk tidur ye tak? hehe...


lah.. 1210 dah.. dah 21 dah aku..




end of day 5



masaf : malaysian student at france association (aku tak tau betol ke tak nih ahahaha!!!)


No comments: