Sunday, 24 May 2009

A tale from Rouffiac - Prologue

Assalamualaikum

insyaAllah utk post² yg akan datang, aku akan bercerita mengenai pengalaman aku ber'stage di Rouffiac. nk tau sebab kenapa? sebab dalam seminggu berstage, bermacam² pengalaman dan didikan yg aku terima, dari segi geology mahupun dari segi seorg islam

Rouffiac yg berada dalam region Aquitane, terletak lebih kurang 700 km perjalanan kereta atau 5 hari 17 jam perjalanan kaki dari Besançon

stage ini ditunggu² oleh promo kami, kerana ia merupakan stage-yg-berhari² yg pertama kali utk kami. kiranya, dalam masa seminggu itu, kami akan merasa pahit getir seorg geologist ketika field work. dan aku... pahit getir seorg islam yg akan hidup bersama org² perancis, tiada org islam disekeliling mahupun suasana islam.

Bagaimana aku adapt suasana yg penuh cabaran ini?

Bagaimanakah aku membawa imej islam di dalam kelompok manusia yg sememangnya tak
faham erti sebenar islam?

Apa pandangan mereka?

Apa pula pandangan aku terhadap budaya dan pemikiran masyarakat France?

Dan apa pula rahsia Allah yg disembunyikan disini?



COMING THIS JUNE

Saturday, 23 May 2009

and the winner is...

assalamualaikum wbt


sudah masanya utk wotpog menamatkan undian gambar dan lagu. terima kasih atas undian anda semua ^^



gambar yg menang : gambar bunga di padang yg hijau

lagu yg menang : Legend comes to life


oh ye, korg tau kan wotpog dah setahun bertungkus-lumus mengeluarkan post² sejak mei tahun lepas? donc, for celebrating its a year of 'working' (hehehe), voila entry² yg memenangi award² tahunan. hehe..


Post yg paling popular (berdasarkan jumlah comment)

Kenduri Kahwin


Entry berantai paling panjang

Gaza


Entry paling kontroversi

Ia tidak berhenti disini (I-II-III)


Entry ke 100

24 jam


rasanya ada kot cara nk tau berapa ramai yg baca artikel kita.. haish.. ni la silap buta IT nih.. hehe..

oh oh.. setelah ditambah tolak darab dan bahagi, wotpog menerima kunjungan 8-9 org setiap hari dalam masa setahun (waaahhh!!!!)... alhamdulillah syukur..



setinggi² terima kasih dan penghargaan pada korg yg setia membaca wotpog yg serba kurang ni.. tanpa korg, apalah sgt blog bernama wotpog itu.. terima kasih juga pada mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan entry (terutama voyages) dan terima kasih juga pada mereka yg memberi sokongan dan kritikan pada wotpog. insyaAllah lepas nih aku akan cuba menghasilkan enrty² yg lebih bermutu, berinformasi dan yg paling penting mendidik para pembaca..

(sudah la.. ko ingt grammy awards ke apa...?)

terima kasih sekali lagi..





p/s: tak lupa juga pada 'haters' blog nih. walaupun korg sentiasa meninggalkan comment yg berbau provokasi dan kritikan kurang membina dgn 'anonymously', tapi at least korg baca entry aku kan? (paling kurang masuk blog aku, hehe..)

nah kek kukus, buat korg utk sarapan =p


Monday, 18 May 2009

Hidden story from Loire Valley

Assalamualaikum wbt

pengembaraan aku ke west, aku tak mao citer.. apa kata korg cuba teka pengembaraan aku berdasarkan gegambo nih? pictures speaks a thousand words kan? hehe..














maka

hantar cerita rekaan anda ke adf36@hotmail.com. sesapa yg berjaya mereka cerita yg hampir sama dgn kejadian sebenar (paling tidak pun menarik giler), aku blanja makan sampai kenyang. kalau pemenang dari france aku blanja flunch tak pun assiette kebab. kalau pemenang dari malaysia... err.. cari jer la buffet memana yg best. hehehe.. tak tipu ^^

oh ye, sementara korg duk pikir² idea bernas utk cerita tuh, aku jemput korg utk dgr lagu² dalam blog nih. kesemuanya ada 5 buah lagu. maka, VOTE FOR YOUR FAVOURITE THEME SONG!!. aku sedang survey lagu² theme terbaik. utk apa? hehe.. rahsia..

Alang² dah vote-menvote nih, korg vote la jugak gambar favourite korg dalam post nih. undian² korg boleh dihantar melalui ruangan komen, chatbox mahupun email. hehehe.. participation korg amat dihargai.. ^^

sekian

p/s : gambar diambil dari digicam biase jer....

Breeze to the south

Assalamualaikum wbt

Bulan april lepas, ada cuti sem break selama 2 mggu. Apa lagi, aku pun menghayunkan langkahku utk kuar dari kepompong biliku ini. Al maklumlah, asyik takde kelas jer, karat n lembab otak aku buat nya.

Ke mana destiansi aku kali ini? ke selatan... nk lebih tepat:


AIX-EN-PROVENCE


Voyages d'y aller aku pada waktu pagi around 0005 pagi. kirenya pada hari ahad 20/4.
Perjalanan dari besançon mengambil masa dalam 5-6 jam train dan aku perlu tukar train di Marseille. Train yg aku naik ala² senandung malam, tapi takde bunyi 'kcoh-kcoh' la..
Actually ada je bahagian utk tdo katil, tapi mahal sikit berbandiung kerusi tapi selesa utk tidur. Aku ambil je kerusi. Alhamdulillah nyenyak gak aku tidur.. hehe..

Aku sampai kat Gare Marseille around 6 pagi. Oh ye aku datang ke sud nih ngan setiausaha sulit aku yg bernama Airis. ngehehe.. Siapakah gerangannya itu? dia kecik, putih² dan chomey² gituh.. hehe.. pendek cerita, dia teman baik ku sekarang =p



dalam 640 pagi baru aku gerak ke Aix atau dalam roman yg bermaksud '6'

Kenapa 6? masa zaman roman empire dulu, kat sini ada 6 fontaine (tmpt air pancut). Sebab tuh di panggil 6. en-provence tuh maksudnyer (aku rasa) bahagian selatan² kot.. tidak pasti disini

Bandarnyer sederhana jer, tapi jelas nampak cam ada 2 bahagian. Ada baru ada lama. yg bahagian baru tuh aku dapat impression cam putrajaya pun ada! Sbb colour n design kot yg diorg pakai..








oh ye, kat selatan 'il y a le soleil!!' (ada matahari!!). Aku yg datang dari region yg mataharinya tidak cukup terik, dah start rasa bahang dah. Nih bukan bahang cam kat msia, ni bahang rasa cam nk pecah kulit. (sbb kurang kelembapan dalam udara)

Nk ke Aix nih mengambil masa 40 train dari Marseile. Dan train ke sini agak frekuen skali. Mungkin sbb pekan nih pekan pelancongan kot. Oh ye, takleh gak nk kata Aix nih tempat jin bertendang, ada flunch yg siap ada wifi gituh! hehe.. kalah besac tau ^^








Yg aku teruja kat Aix nih adalah, banyak betul tempat nk makan. Kebab² tuh lain cerita tapi ngan kedai india yg boleh makan bernama Maharaja. Student kat sini kata kalau nk mentekedarah, boleh lah gi sana kot. Aku tak sempat nk gi sana memandang trip aku ke selatan nih kejap jer. Sekadar utk makan angin sebentar sambil berkenalan ngan warga² france yg baru dari malaysia^^


Kiranya skrg, ada around 30 org student msia kat Aix. Ada kenalan aku yg sekrg nih nk balik msia buat prepa kat Aix dulu. Kirenye, Aix nih mmg bandar utk student msia buat preparation language agaknya.. tapi kenap mesti di tempat² yg menarik seperti ini? begitu juga colmar.. mungkin sbb nk biasakan mereka ngan suasana yg tenang kot.


Tapi perlu diingat, walau di mana jua kita dicampak, biarlah kita mewarna org disitu dgn warna yg betul, bukannya membiarkan mereka mewarnai kita dgn warna mereka yg serba tidak betul itu.

Malam tuh, aku menumpang di sebuah bilik sorg sahabat di cité. Saiznya yg kecil mengingat aku akan kekecikan Kaestler suatu ketika dahulu.. huhuhu.. tapi apa pun, member aku yg sorg nih pandai masak n alter lauk dari luar. aku senyum sokmo jer.. hehe ^^


MARSEILLE




keesokan paginya, aku pergi ke Marseille pula. Kata informant aku, Marseille merupakan pintu masuk ke france dari laut mediteranean terutama utk Roman Empire. Maka di Marseille ada sebuah gerbang ala² cam kat paris tuh. Gerbang zaman dulu ini diberi nama Porte de Aix.
Kalau dari segi umur Marseille nih, dah dekat 2000 tahun rasanya.

Masa aku kluar jejalan kat marseille nih, aku rasa aku bukan di France sbb byk warga bukan perancis. Nk cari boulanger yg tukang jualnya bertudung? Mai datang marseille. hehe..










Kat sini ada juga shopping centre tapi takde la bersaiz gergasi cam di tanah air kita. Bak kata informant aku, dari luar tgk ala² kinta city ipoh jer. hehehe.. kat dalam dier design ala² the gardens tuh! (tapi takde touch scrin la). kira ok wat? ada juga tempat diorg nk bershopping. Kedai² plak tak mau sebuah² dalam satu bandar, bersepah. ^^

oh ye sebut pasal kedai, kat sini byk kedai makan halal. Dari kebab biasa sampai la cam ala² resto rapid. ok la tu kan? fyi, kat Marseille taburan penduduk islam adalah paling ramai. Tapi kan..ada certain² tempat yg islam hny sekadar nama bukan kata kerja..







di Marseille juga ada jeti mendarat ikan. Teringat aku kat Pasir Penambang near Kuala Selangor tuh. dulu weekend mesti singgah sana beli ikan fresh otw balik dari Sabak Bernam. kenapa gi Sabak Bernam? hurm.. kene follow apak gi clinic kalau tak terkapai² keseorangan kat umah. =p

Bukan takat ikan aje, tempat pasar tani pun ada! harga pun murah²! hish, tetiba rindu plak ngan pasar tani kat msia.. takper².. sket je lagi.

ada bas ke Marseille dari Aix. 5 min sekali. harga dalam 3.50€ avec reduction carte. so kalau trasa selalu datang Aix, buat la carte nih, leh naik ngan murahnyer ke Marseille dan membedal kuskus yg serba mantap. ^^



Train aku balik ke besac dalam pkol 1 tghri. Aku akan singgah di Lyon utk tukar train. Yg paling best, aku naik train tgv Duplex (2 tingkat). rezeki aku dapat tiket murah first class. alhamdulillah.. dapat la aku tgk pemandangan kat luar dgn lebih jauh lagi. hehe.. ^^

next stop: the west!

sekian..







p/s: siapa sebenarnya Airis? nama dah omputih dah, jeng jeng jeng












jgn marreee....

Sunday, 17 May 2009

A definite come back!



Assalamualaikum wbt~!

wotpog in da house! (eee geli geleman aku!). hehehe... setelah slebih sebulan aku mendiamkan diri, aku kembali menulis blogku yg serba serdehana ini. haha rindu tak ngan aku?? (weekk..)

kenapa boleh tak menulis dekat sebulan? hehe.. biasala, kerja² menulis nih ada kalanya perlu berehat utk mengumpul maklumat, mencari ilham baru, mahupun membuat kerja² yg lebih priority dari menulis blog. hehehe.. aku yg mana satu? hah; teka la ye? =p

so insyaAllah lepas nih aku akan kembali rancak menulis. alhamdulillah.. aku akan cuba mengekalkan tema penulisan wotpog seperti terdahulu. kalau ada perubahan pun insyaAllah tak banyak. tapi mungkin ada certain² tajuk akan lambat post terbaru. biar lambat, jgn sampai takde. hehehe^^


oh ye kalau nk diikiutkan, post pertama wotpog dipost sekitar awal bulan mei 08 walaupun, aku mendaftar jadi blog pada bulan januari. maka cukup setahun umor wotpog. tak salahkan dier tukar layout? sila komen ^^

p/s: imeem dah tak kasi dgr lagu secara full ka? huhu.. baru tau..


Semangat guntur tidak berkala,
Digenggam arang menjadi bara;
Penat lelahku sudah dihela,
Aku bangkit terus mengembara.




maka bermula 'buku' kedua wotpog