Friday, 13 March 2009

Tours-Karlsruhe-Konstanz (part 2)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah part 2 siap gak akhirnyer.. Maaf ye kalau korg tertggu² part 2 nih. Maklum lah, Aku skrg sudah masuk ke bulan kritikal. Aku tinggal kurang dari sebulan utk selesai Sem 4 dan skrg nih dah 2 subjek tamat kuliah. Brapa byk bende perlu ingt.. erm.. Aku rasa kitrg geology leh challenge mereka yg amik medic kot. Subjek tak byk tp inti subjek yg berselirat byknyer dan berkaitan antara satu sama lain. Tak grip bebetul alamat tempah maut utk tahun seterusnya..

-------

3 org berbaju uniform tuh tercegat memandang aku. Aku actually macam 'terlompat' sket terkejut. Dah diorg terpacak kat situ bukan nk bagi salam ke apa ke, nih cam tggu aku pandang diorg baru nk sapa aku.. huhu.. naseb baik tak melatah..

Diorg nk tgk passport aku ngan titre de sejour (cam kad pengenalan di europe). Lg aku peliknyer sorg tgk passport n sorg lagi tgk titre de sejour. Lagi menakutkan biler diorg start calling² org tertentu. Aku cam tak biasa plak kene hal nih. Dulu takde la sampai diorg call ke apa, setakat tgk jer bende² tuh. Aku diam try menenangkan diri. Dalam kepala tgh susun ayat bende² nk cakap kalau diorg soal apa². haish.. ternyata tak berjaya menenangkan diri..

Naseb baik takde apa².. Al maklum la, kalau diorg nk soal siasat aku gerenti dalam bahasa german.. huhu.. Sorg tuh tny aku, aku cakap francais ke tak. Aku cakap la ye, Dier kata nama apak aku pelik. Aku diam jer dan senyum.. Dalam hati, lantak la ko nk pikir apa... Muhsin bgtau yg dier check aku bebetul sbb aku mcm travel sorg. Diorg ingtkan aku nih remaja lari dari rumah ke apa ke.. (dah ada janggut pun org leh pkir aku cam budak menengah rendah. payah nih!)


Dalam pkol 230 aku sampai kat Karlsruhe. Maka masuk la aku ke alam serba german, huruf yg panjang² yg sekali pandang susah nk eja. Words cam ausgang (exit) ngan achtung (attention) dah kenal. Ini pasal masa prep-U kitrg dekat Colmar. Maka secara tidak sengaja kitrg pun ada terbelajar german words. Aku tak tau lebih dari tuh kecuali schumacher, volkswagen ngan ballack.. hahaha~

Masa aku keluar, aku dapat dis impression of.... a well discipline city. Macam pekan Freiburg. cam.. ada this quietness yg tidak janggal. Bukan diorg serious sepanjang masa tapi diorg nampak seperti masyarakat yg mementingkan efficiency. Ntah la, mungkin aku discribe tak betul. huhu.. (baru brapa minit jejak German dah judge org.. haish..). Keluar jer Bahnhoff (Gare atau stesen ketapi), kami disapa oleh ratusan basikal yg sedang menunggu tuannya balik.. sangat respect diorg.. kita 10 m pun nk naik moto atau kereta.


Di Karlsruhe, kami menumpang di sebuah rumah pelajar² msia di german. Diorg dah setahun brada di sini. Mereka kongsi rumah bertiga. tapi sorg tuh gi jejalan mesir, so tak sempat berkenalan ngan die.


Umah diorg.. tersgt²² BESAR! Nk buat perbandingan.. bilik air diorg sebesar bilik tidor Iz di Fontaine Ecu. Kitrg cakap ngan diorg gak, kalau kat france nih, mau sewa lebih seribu euro nih!

Secara peribadi, aku sgt² teruja umh diorg.. dapur beso.. bilik lak ada carpet (tak mcm di sini, sejuk kaki den) n yg paling best ada impression cam surau kat Planoise. hehe.. mungkin sebab ada tangga kaki naik yg agak cerun ke attic. satu attic nih diorg dijadikan bilik. pergh.. syok oo.. ^^

Kedatangan kami ke rumah nih disambut juga ngan kari ayam yg serba masyuk. hehe.. Dah mkn buffet nih sumbat plak kari ayam. Dah rezeki datang bergolek plus tak manis tetamu menolak pelawaan tuan rumah, btul tak? hehe..



Then ptg itu, mereka bawa kami jejalan bandar Karlsruhe nih. Diorg kata takde bende kat sini, cuma ada satu taman belakang istana jer la yg cantik nk gi. Oh ye, kat rumah diorg pun ada sorg lagi kawan mereka yg dtg bertandang. Maka dier pun sama² join adventure kitrg...








Speaking of german transportation, Diorg amat terkenal dgn grouping-tikets. So kalu nk travel di german, paling masyuk cari 4 org, then + 1 travel guide, jadi 5. haa.. one-day tiket nk bas n tram adalah dalam 7.10€ rasanya. Nk pergi istana nih ada naik tram dalam 10 min. Dekat jer. Sekali lagi masa berada di jalan utama Karlsruhe, aku still merasakan impression bandar Freiburg. Maka aku rasa, mungkin ni la kot bandar German.. huhu.. tak pun nih sebab cross-culture. So aku perlu ke Berlin atau Frankfurt utk lihat sendiri bagaimana masyarakat ini..

Istana nih cam takde info plak. Tak mencari aku sebenarnya. hehe.. so aku tak tau la kisah istana nih. Tapi aku mcm dapat impression cam Istana kat Klang tuh, di mana ia kosong dan hanya ada org biler time event. huhu.. mungkin istana nih jadi cam museum. Tapi tak nmpk plak signboard nyer. So takper la.. yang penting kitrg ke tmpt seterusnya iaitu park belakang istana nih.






Di europe, cuaca sedang berada dalam peralihan Winter ke Spring. InsyaAllah kita akan disajikan dengan bunga² ciptaan Allah, tiada lagi pohon 'mati' takde daun (tapi aku suka biler ada frost). Mogo² kita memanfaatkan nikmat penglihatan dgn melihat kecantikan alam ciptaan Allah swt.


Hah! nih ada sedikit nasihat. tau la dah abis winter n nk masuk spring, maka jagalah mata kita dari pandangan² yg tak patut (ni tuju direct kat kengkawan laki aku!). lagi² kalau ada yg tak balik time summer, lagi la..

Setelah puas gambar itik diambil dan setelah berjaya meneka yg mana jantan yg mana betina, kami pun bergerak pulang. Tidak ramai yg berada di Park ini ketika ini, mungkin masih lagi sejuk utk keluar bersiar² agaknya.



Cepat jer rasanya nk masuk waktu maghrib. Mungkin byk sgt berenti ambil gambo kot.haha, kalau burung pun reti pulang ke sarang, apatah lagi manusia kan? maka kami pun bergerak pulang..

Setelah maghrib berjemaah (kpd para pembaca, solat berjemaah lagi syok dr solat solo. lagipun byk hikmahnyer kan?) kami pun mengisi perot kami. Mata plak menonton rancangan magic show ala² david blaine.. (diorg yg buat rancangan camni mmg takde keje ke? hish.. ni la kalau tak faham tujuan hidup..). Mula² cam melekat gak rr aku depan tv sbb tgh makan. Abis jer makan aku dah buhsan dah.. Baik aku layan dengkur lagi best.

Mmg betul! Aku kemudian masuk dalam sleeping beg then terus padam! Mali plak nk study sket tp dier jelez tgk aku dah dengkur tak sampai 5 min aku tutup mata, maka dier pun join tidor gak. hehe.. penat travelling nih.

Maka kami bertiga pun mewarnai suasana bilik dgn dengkuran yg bersahut²an bagaikan orkestra di philharmonik petronas. hehe.. apa pula pengembaraan esok? tggu part akhir.. ^^

bersambung..

7 comments:

Niealex said...

maji.. panjang juga postnya. semput2 ha baca sampai habis. pa-to 1 n 2.

jauh berjalan nampaknya.. ii ne.
urayamashii wa. pengalaman macam2 kan.

yappari cemburu.

Simon Malik said...

panjang sebab byk letak gambar

haha, actually tmpt² nih dekat ngan border. takde jauh cam korea-Uk kan?

hehehe..

fanramli said...

nama bandar tu kacak seh.
aku sebut kashrul.

agagaga.

Simon Malik said...

haha! dah dekat² ngan bunyi 'caserole'! ^^

nu-hja said...

assalamualaikum ! ^-^
akhirnya, gmbr adam dh x nmpk garang !
tu la, lain kali kne senyum =)

k-riey said...

oliver kahn mule2 main bola kat kelab kalsruhe laa.
teringat kuiz bola kat tv yang shebby jadi hos dlu.

btw aritu jumpe sorang brader name mustafa.
dia kate dlu dia duk besancon knal ko, farid ngan iz.

Simon Malik said...

to hajar:
haha.. sy dah senyum dah dulu.. tp awk still rasa sy bermuka garang.. huhu..

to k-riey
oh yeke? tak tau plak aku.. kalau tak dah cari rumah dier dah.. hehe...
mustafa? mamat algeria kan? biler ko jumpa dier? ^^