Friday, 27 March 2009

The Castle


Assalamualaikum wbt



entry nih ditulis bile balik dr Tours n sblum ke German, baru arini jer siap.. sori. ^^



Kita kembali lagi dalam siri Black n White jungle. Aku mengambil peluang sehari kat umh nih utk meneruskan penulisan² kat blog aku yg serba tak hensem ini. Al maklumnlah, tidak sehat mggu lepas telah membantutkan sedikit perjalanan hidup. Buat pengetahuan semua, aku dah sembuh dr demam, sakit2 badan dan sebagainya. Ubat pun dah abis makan. Cuma tinggal tonsil yg degil (mcm tuannya) nk kecilkan dirinya semaksima mgkn. Tak per la, asalkan tak demam lagi, aku dah cukup bersyukur..

Ok ok, hari ini aku nk cerita sedikit pasal 'Castle' atau namanya yg lebih manja 'Rook'. Kenal yg mana satu?

Setiap pemain ada 2 buah, n diorg terletak kat penghujung barisan catur2 yg lain



Secara peribadinya, aku mmg tak reti yg guna castle secara maksima. Biasanya diorg mmg ditinggalkan kesepian kat hujung board, sbb mata aku lebih tertumpu kat tengah2 board. hehe... Salah tau nih. Kita tidak patut overlook seseorg itu memandangkan dia kat tepi, kat hujung2 atau tidak menyerlah.

Kenapa? Sbb castle nih actually kekuatannya hampir bersamaan dgn Queen (if 2 castle combined).. Ye la kan, kita tgk sorg tuh mgkn rendang sket dr ketinggiannya, muka pun jambu2 gituh.. Sure kita anggap dier sorg yg tak mempunyai karisma dan kepimpinan. Ntah2 secara realitinya, dier merupakan panglima perang yg paling disegani bahkan dihormati oleh rakan2 yg lebih tua. Jeng jeng.. so dont judge a book from its cover. Everyone has their own unique potential. Its up to that person to exploit it to the maksimum, n in a correct way of course.. sebagai tanda kita bersyukur nikmat skill yg diberi. (bijak tp hati buta, tak guna juga bak kata karam singh)

Castle bergerak secara menegak dan melintang (horizontally and vertivcally). Yg ajaibnya castle nih, jumlah petak yg dier boleh kawal adalah sama tak kita di mana posisinya. Tak caya try kire kat gambar bawah nih.



Seperti gambar di atas, castle tidak boleh pergi ke C7 atau C8 sbb ada pawn (halangan). So castle takleh 'lompat' unit² lain. Dalam kes atas, castle ada option utk makan pawn hitam.

Castle merupakan long-range operator (Unit jarak jauh) yg hebat. Jika pemain berjaya memposisikan castle di tempat yg strategy pada awal permainan, dia boleh mengawal permainan. Namun, perlu diingat. Pada awal permainan biasanya pergerakan pemain lebih kepada menyusun line of defense (susunan pawn, knight serta bishop). Nilai Castle agak tggi (lebih tggi dari knight dan bishop), maka kehilangan Castle pada awal permainan merupakan satu kerugian yg agak besar. Macam korg kehilangan minyak masak kerana ada org curi. Biler time ayam siap diperam, alih² takde minyak menggoreng. Korg boleh grill, tapi rasanya tak sama dgn goreng. Maka tak merasalah kelazatan ayam goreng berempah ciptaan sendiri. hehe... (note: grill adalah baik utk kesihatan.)

Mungkin sbbnya aku dulu seperti membiarkan Castle di tmpt mereka sehingga aku terasa nk pkai mereka. Actually ni taktik yg salah. Placing the castle at the correct n safe place in the beginning might help u along the way in the middle-game or the end-game. Ini apa yg aku rasa, tak semestinya betul kan? Chess takde manouvre or 'exact-tactic', korg yg discover semasa permainan.

Dari pemerhatian aku,castle is a very strong unit. dier long-range, versetile dalam defence-offence. Maka apa yg aku dapat rumuskan, jika chess dicpta dgn castle mudah keluar menghadapi musuh, the chess itself will be unbalance. Maybe for certain people best la kan, unit yg power² perlu la keluar secepat mungkin utk memastikan swift victory. But perlu diingt, strength its not everything. Kenapa?

For exemple, sorg badang yg mmpunyai kekuatan yg sama dgn namanya. Rilek jer dier angkat guni beras mahupun bergusti dgn Big Show. Tapi dapatkah dia resists serangan virus dmm denggi? Sememangnyer korg tau virus tak dapat hidup lama dalam kondisi normal (suhu bilik pun rasanya diorg tak tahan). So virus nih quiet vergile kan? tapi dier yg kecik nih boleh 'melumpuhkan' badang nih menyebabkan dier terbaring atas katil berminggu² dan kepingin air kelapa muda. Adakah anda jelas dgn repekan aku ini? (note: org yg kuat adalah org yg boleh menahan marahnya. bukannyer kuat time marah sbb boleh angkat meja..hehe... ^^)

So kalau kita kagum melihat sesuatu yg invincible, ingtlah bahawa ada jer cara nk menjatuhkan mereka. Dan ingtlah juga, tiada yg berkuasa melainkan yg Maha Kuasa iaitu Allah swt.

Ok back to chess. Actually ada jer pergerakan chess yg membolehkan castle berada terus di tgh² line of units. This manouvre nih juga melibatkan King. Ini dinamakan castling.

Ini merupakan satu²nya pergerakan dalam chess yg melibatkan 2 unit pada satu masa iaitu King dan Castle.

Sebelum castling


selepas Castling

Haha, sure macam komplicated kan? tak tak.. cara nk buat adalah, pastikan King dan castle yg hendak di-duetkan berada di tempat default.

Kalau contoh kat atas, King bergerak 2 petak ke arah kiri dan castle yg di-duetkannya melompat ke sebelahnya.

Contoh kat bawah kalau king plih utk ke arah kanan



Mudah jer step dier. King bergerak 2 petak ke arah kanan atau kiri, then castle di bahagian yg dipilih mengapit King di sebelah luar. Kirenye nmpk macam castle sedang menghimpit King ke arah bucu papan.

Tapi ada beberapa syarat nk buat castling nih. Antaranya:

I. King dan Castle yg di-duet itu, tidak boleh bergerak seblum iniate a castling. Maksudnyer, kalau king atau castle dah gerak dulu ke mana², maka peluang utk castling terbang bak angin di bulan spring.. hehe..

II. King tidak boleh dalam keadaan check semasa nk buat Castling. Contoh seperti di bawah:



III. 2 petak yg king perlu lalui itu mesti 'kosong' dari unit² lain dan juga mesti selamat itu di lalui.


King takleh castling ke arah kanan sbb ada Knight halang..


Laluan King tidak selamat utk castling sbb ada Castle hitam jaga.


Sure korg dah pening lalat. Takper, sket je lagi nk habis. Castling nih mmpunyai byk advantage dari segi offence dan defence. Ye la, king dapat di'sorok'kan ke kawasan yg lebih terpencil dan castle plak berada di tgh² waiting utk menerkam mangsa yg lalai. So amat digalakkan utk melakukan castling pada awal permainan.

Akan tetapi, perlu diingat, jika anda tersilap langkah dalam percaturan strategi, castling boleh menempah maut kerana anda telah mencampak King ke kawasan yg mudah dikepung (tepi papan). Maka terpulang pada taste masing² utk menyiapkan strategi. Life is an adventure rite?


Castling advantage


So apa yg aku dapat simpulkan utk entry kali ini adalah, castle adalah satu unit power utk serangan dan juga pertahanan. Biasanya, castle mula aktif bergerak ketika mid-game session di mana unit² di atas papan mula berkurangan. Oleh sebab die agak terceruk diawal permainan, maka kita perlulah berusaha utk mengeksplotasi setiap kelebihan castle utk memastikan kemenangan.

Kita pula? takkan kita nk sia² kan ilmu² dan didikan yg kita terima dari Allah sepanjang kita hidup? Masih tidak sedar apa kelebihan anda? Take a few minits utk buat reflection diri.. dah jumpa, gunakan sebaik mungkin selari dgn garis panduan dari Allah. Tak nmpk apa benefit yg kita boleh buat dgn kelebihan kita? Allah maha mengetahui dan sebaik² perancang.. kan? kan? ^^

p/s: strong as its name and as its creation, Castle. Are we equal to the name human which its creation is to obey god n become Khalifah?


Dalam siri ini:
The Pawn
The King

4 comments:

Anonymous said...

org yg mengharap ehsan org lain untuk hidup senang atau memudahkan kehidupannya seperti meminjam kereta atau menggunakan wang org itu dan pada masa yang sama suka menabur tohmah dan bersikap kurang ajar terhadap org yang menolong nya adalah manusia yang kurang akal dan keji

Simon Malik said...

ya btul, sgt stuju ngan pendapat mr.anonym. ^^

Adi said...

salam adam, abg D nak share sikit satu tag line yg sensasi baru-baru ini:

" Singh is King " - Karpal Singh

Rasa-rasa dah terbayang buah King atas kerusi roda....

Jazakallah Brother and Cheers!

Simon Malik said...

wasalam
ahahaha~~ kesian 'castle'nya perlu menolak kerusi rodanya itu.. =p