Friday, 27 March 2009

The Castle


Assalamualaikum wbt



entry nih ditulis bile balik dr Tours n sblum ke German, baru arini jer siap.. sori. ^^



Kita kembali lagi dalam siri Black n White jungle. Aku mengambil peluang sehari kat umh nih utk meneruskan penulisan² kat blog aku yg serba tak hensem ini. Al maklumnlah, tidak sehat mggu lepas telah membantutkan sedikit perjalanan hidup. Buat pengetahuan semua, aku dah sembuh dr demam, sakit2 badan dan sebagainya. Ubat pun dah abis makan. Cuma tinggal tonsil yg degil (mcm tuannya) nk kecilkan dirinya semaksima mgkn. Tak per la, asalkan tak demam lagi, aku dah cukup bersyukur..

Ok ok, hari ini aku nk cerita sedikit pasal 'Castle' atau namanya yg lebih manja 'Rook'. Kenal yg mana satu?

Setiap pemain ada 2 buah, n diorg terletak kat penghujung barisan catur2 yg lain



Secara peribadinya, aku mmg tak reti yg guna castle secara maksima. Biasanya diorg mmg ditinggalkan kesepian kat hujung board, sbb mata aku lebih tertumpu kat tengah2 board. hehe... Salah tau nih. Kita tidak patut overlook seseorg itu memandangkan dia kat tepi, kat hujung2 atau tidak menyerlah.

Kenapa? Sbb castle nih actually kekuatannya hampir bersamaan dgn Queen (if 2 castle combined).. Ye la kan, kita tgk sorg tuh mgkn rendang sket dr ketinggiannya, muka pun jambu2 gituh.. Sure kita anggap dier sorg yg tak mempunyai karisma dan kepimpinan. Ntah2 secara realitinya, dier merupakan panglima perang yg paling disegani bahkan dihormati oleh rakan2 yg lebih tua. Jeng jeng.. so dont judge a book from its cover. Everyone has their own unique potential. Its up to that person to exploit it to the maksimum, n in a correct way of course.. sebagai tanda kita bersyukur nikmat skill yg diberi. (bijak tp hati buta, tak guna juga bak kata karam singh)

Castle bergerak secara menegak dan melintang (horizontally and vertivcally). Yg ajaibnya castle nih, jumlah petak yg dier boleh kawal adalah sama tak kita di mana posisinya. Tak caya try kire kat gambar bawah nih.



Seperti gambar di atas, castle tidak boleh pergi ke C7 atau C8 sbb ada pawn (halangan). So castle takleh 'lompat' unit² lain. Dalam kes atas, castle ada option utk makan pawn hitam.

Castle merupakan long-range operator (Unit jarak jauh) yg hebat. Jika pemain berjaya memposisikan castle di tempat yg strategy pada awal permainan, dia boleh mengawal permainan. Namun, perlu diingat. Pada awal permainan biasanya pergerakan pemain lebih kepada menyusun line of defense (susunan pawn, knight serta bishop). Nilai Castle agak tggi (lebih tggi dari knight dan bishop), maka kehilangan Castle pada awal permainan merupakan satu kerugian yg agak besar. Macam korg kehilangan minyak masak kerana ada org curi. Biler time ayam siap diperam, alih² takde minyak menggoreng. Korg boleh grill, tapi rasanya tak sama dgn goreng. Maka tak merasalah kelazatan ayam goreng berempah ciptaan sendiri. hehe... (note: grill adalah baik utk kesihatan.)

Mungkin sbbnya aku dulu seperti membiarkan Castle di tmpt mereka sehingga aku terasa nk pkai mereka. Actually ni taktik yg salah. Placing the castle at the correct n safe place in the beginning might help u along the way in the middle-game or the end-game. Ini apa yg aku rasa, tak semestinya betul kan? Chess takde manouvre or 'exact-tactic', korg yg discover semasa permainan.

Dari pemerhatian aku,castle is a very strong unit. dier long-range, versetile dalam defence-offence. Maka apa yg aku dapat rumuskan, jika chess dicpta dgn castle mudah keluar menghadapi musuh, the chess itself will be unbalance. Maybe for certain people best la kan, unit yg power² perlu la keluar secepat mungkin utk memastikan swift victory. But perlu diingt, strength its not everything. Kenapa?

For exemple, sorg badang yg mmpunyai kekuatan yg sama dgn namanya. Rilek jer dier angkat guni beras mahupun bergusti dgn Big Show. Tapi dapatkah dia resists serangan virus dmm denggi? Sememangnyer korg tau virus tak dapat hidup lama dalam kondisi normal (suhu bilik pun rasanya diorg tak tahan). So virus nih quiet vergile kan? tapi dier yg kecik nih boleh 'melumpuhkan' badang nih menyebabkan dier terbaring atas katil berminggu² dan kepingin air kelapa muda. Adakah anda jelas dgn repekan aku ini? (note: org yg kuat adalah org yg boleh menahan marahnya. bukannyer kuat time marah sbb boleh angkat meja..hehe... ^^)

So kalau kita kagum melihat sesuatu yg invincible, ingtlah bahawa ada jer cara nk menjatuhkan mereka. Dan ingtlah juga, tiada yg berkuasa melainkan yg Maha Kuasa iaitu Allah swt.

Ok back to chess. Actually ada jer pergerakan chess yg membolehkan castle berada terus di tgh² line of units. This manouvre nih juga melibatkan King. Ini dinamakan castling.

Ini merupakan satu²nya pergerakan dalam chess yg melibatkan 2 unit pada satu masa iaitu King dan Castle.

Sebelum castling


selepas Castling

Haha, sure macam komplicated kan? tak tak.. cara nk buat adalah, pastikan King dan castle yg hendak di-duetkan berada di tempat default.

Kalau contoh kat atas, King bergerak 2 petak ke arah kiri dan castle yg di-duetkannya melompat ke sebelahnya.

Contoh kat bawah kalau king plih utk ke arah kanan



Mudah jer step dier. King bergerak 2 petak ke arah kanan atau kiri, then castle di bahagian yg dipilih mengapit King di sebelah luar. Kirenye nmpk macam castle sedang menghimpit King ke arah bucu papan.

Tapi ada beberapa syarat nk buat castling nih. Antaranya:

I. King dan Castle yg di-duet itu, tidak boleh bergerak seblum iniate a castling. Maksudnyer, kalau king atau castle dah gerak dulu ke mana², maka peluang utk castling terbang bak angin di bulan spring.. hehe..

II. King tidak boleh dalam keadaan check semasa nk buat Castling. Contoh seperti di bawah:



III. 2 petak yg king perlu lalui itu mesti 'kosong' dari unit² lain dan juga mesti selamat itu di lalui.


King takleh castling ke arah kanan sbb ada Knight halang..


Laluan King tidak selamat utk castling sbb ada Castle hitam jaga.


Sure korg dah pening lalat. Takper, sket je lagi nk habis. Castling nih mmpunyai byk advantage dari segi offence dan defence. Ye la, king dapat di'sorok'kan ke kawasan yg lebih terpencil dan castle plak berada di tgh² waiting utk menerkam mangsa yg lalai. So amat digalakkan utk melakukan castling pada awal permainan.

Akan tetapi, perlu diingat, jika anda tersilap langkah dalam percaturan strategi, castling boleh menempah maut kerana anda telah mencampak King ke kawasan yg mudah dikepung (tepi papan). Maka terpulang pada taste masing² utk menyiapkan strategi. Life is an adventure rite?


Castling advantage


So apa yg aku dapat simpulkan utk entry kali ini adalah, castle adalah satu unit power utk serangan dan juga pertahanan. Biasanya, castle mula aktif bergerak ketika mid-game session di mana unit² di atas papan mula berkurangan. Oleh sebab die agak terceruk diawal permainan, maka kita perlulah berusaha utk mengeksplotasi setiap kelebihan castle utk memastikan kemenangan.

Kita pula? takkan kita nk sia² kan ilmu² dan didikan yg kita terima dari Allah sepanjang kita hidup? Masih tidak sedar apa kelebihan anda? Take a few minits utk buat reflection diri.. dah jumpa, gunakan sebaik mungkin selari dgn garis panduan dari Allah. Tak nmpk apa benefit yg kita boleh buat dgn kelebihan kita? Allah maha mengetahui dan sebaik² perancang.. kan? kan? ^^

p/s: strong as its name and as its creation, Castle. Are we equal to the name human which its creation is to obey god n become Khalifah?


Dalam siri ini:
The Pawn
The King

Monday, 23 March 2009

Tours-Karlsruhe-Konstanz (part end)




Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah part terakhir pengembaraan aku siap juga akhirnye. Aku sejak akhir² ini macam rasa 'kurang' jer masa nk menaip². Kalau tgk statistik bulan lepas lebih dari sepuluh entry aku tulis. Tp bulan nih, aku dgn penuh bergayanya menulis kurang dari sepuluh, (buat masa nih la.. hehe..)

Masa part lepas, aku berhenti di rumah kawan² di Karlsruhe. Mlmnyer tdo awal gak dalam pkol 1030 mlm. Kitrg plan nk gi Konstanz keesokkan harinya. So dah siap² tgk train kat net, kitrg pun tdo dgn jayanya..

Subuh di German lebih kurang sama ngan Besançon. Tapi ntah macam mana kitrg nih payah nk bangun pkol 6 tuh.

Kitrg ambil train around 8 pagi rasanya. Tiket berharga 27€ utk group 5 org. Haa.. Nk tau tak? Tiket nih actually utk perjalanan sehari, dan boleh kemana dalam wilayah Baden nih. (tiket termasuk bas dalam bandar tau!). Untung betul student duk german, transportation murah sgt berbanding dgn france.Kat sini ada reduction card pun rasa cam mahal jer angka yg tertera.. Huhu.. takper.. di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung.. eceh.. =p


Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam. Dalam 3 jam nih kitrg borak² mengenali teman german dgn lebih mendalam. Dalam pada borak² tuh, mata aku terlekat kat tingkap tatkala train melalui kawasan pergunungan yg bersnow. Apa lagi menangkap² gambar la aku.. hehe ^^






Actually korg mesti nk tau Konstanz nih kat mana kan? Bandar nih terletak berdekatan dgn sempadan Swiss dan Austria. Yg menarik nih tmpt nih, die actually sebuah tanjung di sebuah tasik yg saaangat besar. Dah macam laut dah actually. Mengingatkan aku Tasik Leman kat Geneva jer. nama tasik tuh Tasik Constance (Bodansee dalm german).






Bukan rezeki kami mendapat cuaca yg agak mendung dan hujan renyai². Tapi takper, mengembara perlu tahan ngan apa jua weather conditions, ye tak? ^^
Tmpt pertama yg kami kunjungi adalah tasik Constance. Yg best nyer tmpt nih, anda boleh berada di 2 buah negara pada masa yg sama. Hehe.. menarik tak? Ke tak paham? =p
mungkin gambar kat atas boleh membantu korg.







nk berjalan atas air.. hehe..



cuaca yg sejuk² berangin nih menyebabkan tgn aku cam kebiruan jer. hehe.. bukan ke aku bercita² nk duk kat artic? hehe.. masa aku memain baling batu 'skip' atas air, tetiba ada plak kereta peronda yg berhenti berdekatan kitrg. 2 pegawai penjaga border kuar dan mintak passport dari kami. masa nih, aku tringat plak vid yg muhsin tunjuk kat aku suatu ketika dahulu. nk tau pa? saksikan..


after passport kami dilihat, kitrg gi kat aquarium ala² aquaria kat klcc tuh. tapi kitrg tak masuk sbb macam tak cukup masa nk gi lawat teman² lain yg tinggal kat Konstanz nih. So kitrg berhujan sekali lagi menuju ke patung yg berpusing². aku pun tak tau apa significant patung nih. yg aku tau di pusing².. hehe..







Sedikit info pasal konstanz, tasik disini dikongsi bersama 2 buah negara yg lain. Macam swiss tak byk bahagian air dier dapat, So dier diberi lebih banyak tanah yakni pergunungan alps. Dari Konstanz boleh tgk Mount blanc jika cuaca baik. Kalau sesapa yg familiar ngan sungai Rhine yg bermula dari Alps, sungai nih melalui tasik nih dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke utara. (lalu Alsace sungai nih). Bagi pendapat aku la kan, biler sesebuah sungai melalui sebuah tasik, sungai nih mengalami 'proses filter'. Ye la, kat tasik mana ada sgt arus air. So benda² yg terapung, partikel² mendak di dasar tasik. Magnificent kan sistem yg Allah cipta kan? Air diberi percuma, di'filter' lagi.. kita lak nk sibuk sombong ngan Allah? astagfirullah..

Transportation boleh tahan, frequent dan mudah difahami. (yg penting ke bersungguh nk paham la, kalu setakat tgk² gituh, sori la...). Tempat nk hang out.. ada kot.. tak perasan.. hehehe.. Impression bandar? Macam bandar² kat swiss. Mungkin dah terlampau dekat ngan swiss tu yg ada pengaruh atmosphere agaknya. Masa aku jalan² kat sini, macam terasa jalan kat Bale. Oh ye.. kalau korg nk tau, swiss tak suka bangunan² pencakar langit. Rendang² jer bangunan diorg. Langit diorg 'tak gatal' kot sebab tuh tak perlu pencakar.. hehehe..

Kitrg tak explore sgt bandar nih sebab kitrg mmg nk balik hari kan, so takde semua kitrg cover. Ada byk muzium kat sini terutama muzium industry. oh ye.. pernah dgr Zeppelin? bukan kumpulan Led Zeppelin tau! Zeppelin nih... cam belon udara panas tapi panjang². biasanya org panggil airship. erm.. kalau sesapa main Red Alert, mesti kenal unit nama Kirov Airship. hah, itu la dier..



Mamat yg cipta zeppelin dilahirkan disini. Jadi disini ada muzium mengenainya. Sounds exciting kan? Rasanya boleh naik bende nih, ada service dier. Kena bayar sket la.. tapi sapa tak nk kan? Kalau kat msia ada sky-diving or bungee jumping, dah lama aku buat.. hehe...

Dalam tghri kitrg gi melawat ke rumah student msia yg menetap kat sini. hehe.; rezeki datang bergolek! Ayam paprik tuan rumah sungguh kaw! Hehe.. dapat aku simpulkan, student yg study oversea, skill masak mereka akan di stretch to da limit. Balik msia buka catering ye? hehe..
Konstanz nih merupakan salah satu bandar prepration utk student msia di german. Ala² colmar, la rochelle etc..

Perjalanan ke rumah diorg adalah dalam 10 min cam tuh. Diorg duk di banguan ala² student residen rasanya. Oh ye, dalam perjalanan ke sana, aku ternampak sebuah bangunan yg teramat² mewah sekali. Aku pkir 'Sir' mana la punya rumah... Rupanya rumah org tua²... tny aku personally, nk jer aku duk sni! ngehehe..


Kucing² beware! Kami akan mengambil gambar kamu semua!
(model kucing: tak tau sapa pny, main angkut jer)

Around pkol 5 kitrg bergerak balik ke banhoff nk amik train balik. Masa nih aku mencari² ultimate prize aku setiap kali melawat tmpt baru. buat collection. Nk tau apa? Badge jata bandar tuh. Kalau dalam french, ecuisson. Aku tak kisah kalau tak dapat bende lain, asalkan dapat bende nih kire aku puas hati la.. ^^ (malangnyer aku tak dapat.. huhu..)

Dalam pada tgh tunggu train balik, kitrg terserempak ngan student msia yg baru sampai 2 bulan di german. Diorg datang konstanz sebab nk selesaikan hal² rasmi. Diorg pre-uni kat bandar lain yg 3 jam juga dari Karlsruhe. Boleh katakan melambak gak rr kat german student msia.. otw balik Karlsruhe dalam, snow trun! suka aku! hehe..

Aku rasa takat nih jelah citer pengembaraan aku di tanah german ini.. Kang berjela² kang tak terbaca korg. hehe.. Maaf salah silap jika ada tersalah info dan terkasar bahasa. Trimas pada mereka yg accueil kitrg di German. Rumah best, makanan pun best.. hehe.. mata aku tertumpu kat german jer akhir² nih.. Tapi france lom habis conquer lagi.. bila ye nk habis? ^^

sekian..


tapak kaki adalah unkown... hehe

TAMAT~~

Friday, 13 March 2009

Tours-Karlsruhe-Konstanz (part 2)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah part 2 siap gak akhirnyer.. Maaf ye kalau korg tertggu² part 2 nih. Maklum lah, Aku skrg sudah masuk ke bulan kritikal. Aku tinggal kurang dari sebulan utk selesai Sem 4 dan skrg nih dah 2 subjek tamat kuliah. Brapa byk bende perlu ingt.. erm.. Aku rasa kitrg geology leh challenge mereka yg amik medic kot. Subjek tak byk tp inti subjek yg berselirat byknyer dan berkaitan antara satu sama lain. Tak grip bebetul alamat tempah maut utk tahun seterusnya..

-------

3 org berbaju uniform tuh tercegat memandang aku. Aku actually macam 'terlompat' sket terkejut. Dah diorg terpacak kat situ bukan nk bagi salam ke apa ke, nih cam tggu aku pandang diorg baru nk sapa aku.. huhu.. naseb baik tak melatah..

Diorg nk tgk passport aku ngan titre de sejour (cam kad pengenalan di europe). Lg aku peliknyer sorg tgk passport n sorg lagi tgk titre de sejour. Lagi menakutkan biler diorg start calling² org tertentu. Aku cam tak biasa plak kene hal nih. Dulu takde la sampai diorg call ke apa, setakat tgk jer bende² tuh. Aku diam try menenangkan diri. Dalam kepala tgh susun ayat bende² nk cakap kalau diorg soal apa². haish.. ternyata tak berjaya menenangkan diri..

Naseb baik takde apa².. Al maklum la, kalau diorg nk soal siasat aku gerenti dalam bahasa german.. huhu.. Sorg tuh tny aku, aku cakap francais ke tak. Aku cakap la ye, Dier kata nama apak aku pelik. Aku diam jer dan senyum.. Dalam hati, lantak la ko nk pikir apa... Muhsin bgtau yg dier check aku bebetul sbb aku mcm travel sorg. Diorg ingtkan aku nih remaja lari dari rumah ke apa ke.. (dah ada janggut pun org leh pkir aku cam budak menengah rendah. payah nih!)


Dalam pkol 230 aku sampai kat Karlsruhe. Maka masuk la aku ke alam serba german, huruf yg panjang² yg sekali pandang susah nk eja. Words cam ausgang (exit) ngan achtung (attention) dah kenal. Ini pasal masa prep-U kitrg dekat Colmar. Maka secara tidak sengaja kitrg pun ada terbelajar german words. Aku tak tau lebih dari tuh kecuali schumacher, volkswagen ngan ballack.. hahaha~

Masa aku keluar, aku dapat dis impression of.... a well discipline city. Macam pekan Freiburg. cam.. ada this quietness yg tidak janggal. Bukan diorg serious sepanjang masa tapi diorg nampak seperti masyarakat yg mementingkan efficiency. Ntah la, mungkin aku discribe tak betul. huhu.. (baru brapa minit jejak German dah judge org.. haish..). Keluar jer Bahnhoff (Gare atau stesen ketapi), kami disapa oleh ratusan basikal yg sedang menunggu tuannya balik.. sangat respect diorg.. kita 10 m pun nk naik moto atau kereta.


Di Karlsruhe, kami menumpang di sebuah rumah pelajar² msia di german. Diorg dah setahun brada di sini. Mereka kongsi rumah bertiga. tapi sorg tuh gi jejalan mesir, so tak sempat berkenalan ngan die.


Umah diorg.. tersgt²² BESAR! Nk buat perbandingan.. bilik air diorg sebesar bilik tidor Iz di Fontaine Ecu. Kitrg cakap ngan diorg gak, kalau kat france nih, mau sewa lebih seribu euro nih!

Secara peribadi, aku sgt² teruja umh diorg.. dapur beso.. bilik lak ada carpet (tak mcm di sini, sejuk kaki den) n yg paling best ada impression cam surau kat Planoise. hehe.. mungkin sebab ada tangga kaki naik yg agak cerun ke attic. satu attic nih diorg dijadikan bilik. pergh.. syok oo.. ^^

Kedatangan kami ke rumah nih disambut juga ngan kari ayam yg serba masyuk. hehe.. Dah mkn buffet nih sumbat plak kari ayam. Dah rezeki datang bergolek plus tak manis tetamu menolak pelawaan tuan rumah, btul tak? hehe..



Then ptg itu, mereka bawa kami jejalan bandar Karlsruhe nih. Diorg kata takde bende kat sini, cuma ada satu taman belakang istana jer la yg cantik nk gi. Oh ye, kat rumah diorg pun ada sorg lagi kawan mereka yg dtg bertandang. Maka dier pun sama² join adventure kitrg...








Speaking of german transportation, Diorg amat terkenal dgn grouping-tikets. So kalu nk travel di german, paling masyuk cari 4 org, then + 1 travel guide, jadi 5. haa.. one-day tiket nk bas n tram adalah dalam 7.10€ rasanya. Nk pergi istana nih ada naik tram dalam 10 min. Dekat jer. Sekali lagi masa berada di jalan utama Karlsruhe, aku still merasakan impression bandar Freiburg. Maka aku rasa, mungkin ni la kot bandar German.. huhu.. tak pun nih sebab cross-culture. So aku perlu ke Berlin atau Frankfurt utk lihat sendiri bagaimana masyarakat ini..

Istana nih cam takde info plak. Tak mencari aku sebenarnya. hehe.. so aku tak tau la kisah istana nih. Tapi aku mcm dapat impression cam Istana kat Klang tuh, di mana ia kosong dan hanya ada org biler time event. huhu.. mungkin istana nih jadi cam museum. Tapi tak nmpk plak signboard nyer. So takper la.. yang penting kitrg ke tmpt seterusnya iaitu park belakang istana nih.






Di europe, cuaca sedang berada dalam peralihan Winter ke Spring. InsyaAllah kita akan disajikan dengan bunga² ciptaan Allah, tiada lagi pohon 'mati' takde daun (tapi aku suka biler ada frost). Mogo² kita memanfaatkan nikmat penglihatan dgn melihat kecantikan alam ciptaan Allah swt.


Hah! nih ada sedikit nasihat. tau la dah abis winter n nk masuk spring, maka jagalah mata kita dari pandangan² yg tak patut (ni tuju direct kat kengkawan laki aku!). lagi² kalau ada yg tak balik time summer, lagi la..

Setelah puas gambar itik diambil dan setelah berjaya meneka yg mana jantan yg mana betina, kami pun bergerak pulang. Tidak ramai yg berada di Park ini ketika ini, mungkin masih lagi sejuk utk keluar bersiar² agaknya.



Cepat jer rasanya nk masuk waktu maghrib. Mungkin byk sgt berenti ambil gambo kot.haha, kalau burung pun reti pulang ke sarang, apatah lagi manusia kan? maka kami pun bergerak pulang..

Setelah maghrib berjemaah (kpd para pembaca, solat berjemaah lagi syok dr solat solo. lagipun byk hikmahnyer kan?) kami pun mengisi perot kami. Mata plak menonton rancangan magic show ala² david blaine.. (diorg yg buat rancangan camni mmg takde keje ke? hish.. ni la kalau tak faham tujuan hidup..). Mula² cam melekat gak rr aku depan tv sbb tgh makan. Abis jer makan aku dah buhsan dah.. Baik aku layan dengkur lagi best.

Mmg betul! Aku kemudian masuk dalam sleeping beg then terus padam! Mali plak nk study sket tp dier jelez tgk aku dah dengkur tak sampai 5 min aku tutup mata, maka dier pun join tidor gak. hehe.. penat travelling nih.

Maka kami bertiga pun mewarnai suasana bilik dgn dengkuran yg bersahut²an bagaikan orkestra di philharmonik petronas. hehe.. apa pula pengembaraan esok? tggu part akhir.. ^^

bersambung..

Monday, 9 March 2009

Tours-Karlsruhe-Konstanz (part 1)

assalamualakum wbt

Selama seminggu lebih aku berada dalam 'hiatus'. Aku actually tiada di rumah selama seminggu, pergi mengembara (melancong gi jejalan). Dari hari jumaat hingga jumaat seterusnya aku tak tidor atas katil aku. Mak aku nyakat aku yg kalau lama sangat takde org kat dalam bilik, nnti ada 'org' menumpang bilik aku.. hehe.. ntah macam mana la plak bilik aku kat klang itu? ^^

Dah berjeman entry utk 'Mes Voyages' tak berusik. Tak kuar mengembara masa sem lepas. kemalasan yg agak membara masa tuh..

Ok ok biar aku mula kisah pengembaraan aku. Seperti biasa, stiap kali kluar mengembara, mesti lawat 3 bandar yg berlainan. Tak kisah la dah pernah pergi ke belum.


27 february

Around 330 ptg, aku mengambil train dari Besançon ke Tours. Actually aku nk amik pkol 5 punya sbb aku tak nk kaco kelas ptg tuh. Ntah macam mana, prof batal kelas. Maka aku ngan suka suki nya menukar tiket. hehe.. alhamdulillah...

Train transit di bandar Dijon selama 20 min setelah kami sampai pada pkol 430 ptg. Sempat gak beli roti kecik secoet utk makan malam. Sbb aku masih on ubat, perlu makan.. n aku masih ada lagi 5 jam perjalanan!!

Nk gi Tours nih ada 2 cara. Cara yg aku amik nih yg memakan masa dekat 6 jam. dan satu lagi cara, dalam 4 jam gituh. Jauh sgt ke tours nih? Erm adalah dalam 521 km from besançon..


We are here! (besançon dekat belah kanan near swiss)

Dalam pkol 10 mlm baru sampai Tours after enduring perjalanan selama 5 jam backwards... huhu.. Naseb balik ada mp4 ZEN farid yg aku pinjam. Dapatlah aku layan dokumentari² yg aku dload from internet. Bukan kah kita perlu sentiasa mendidik diri kita dgn benda yg bermanfaat? ^^ (mmber dah ada lagi gempak; dah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi. baik aku yg takde apa² nih amik tanduk tuh kan? hehe..)

Keluar jer Gare (Stesen Ketapi), kitrg meluru cari kedai kebab. Lapar! huhu.. oh ye, aku travel ke Tours nih berempat. Aku actually dah lama nk gi Tours nih. Itu hari ada Majlis jamuan raya kat sni tapi aku tak gi.. huhu.. then masa time cuti nih boleh la aku angkat kaki gi sana!

Byk jer kengkawan aku turun Tours nih. Tapi ada sikit tak kena rr mase time nih. Aku masih lagi on antibiotic. So mcm lembik semacam. Takde la aku kuar jejalan sgt. Aku main bola (larat plak!), borak² ngan org tempatan kat sana, bincang hal² penting antara batch, layan video bermanfaat, masak², makan², dan juga tidor².. hehe.. nih baru vacation!!! hehehe...

Aku tak amik gambar sgt (dah tak kuar umh sahabat..huhu..). So izinkan aku mencopet gambar² mengenai Tours dari Google. hehe... ^^



Hari senin pagi aku balik besançon. Kejap jer aku kat Tours nih memandangkan aku kurang sehat, trasa cam nk berdengkur jer.. hehe.. oh ye! Cara aku mengembara adalah, aku beli jer tiket pergi dan tak beli tiket balik! hehe.. mengembara perlu la spontan kan? ngehehe.. aku dah pasang niat nk gi kat bndr sekitar Tours dah, apa kan daya.. huhu.. insyaAllah, akan aku gi lagi Tours! (aku nih jenis tak pernah jemu gi satu tmpt! for example cam colmar n Dijon, aku dah lost count dah!) -gambar muhsin baru diambil!! -


Alat pengukur gempa baru.. hehe..

Warga dekat ingin pulang (warga jauh tak reti² nk pulang ^^)


Bibik kesayangan kami! ^^


2 mac 2009

Maka aku amik keputusan utk pulang ke rumah. Aku amik train yg agak pagi around pukul 8 pagi dan sampai besançon dalam pkul 1 ptg. Time aku balik nih aku berdua jer. Yg lain ada plan vacances masing². ^^

Aku balik rumah, restock pakaian, kluarkan mana tak perlu dan trtdo kejap. Aku terbangun around maghrib. haish.. eventho antibiotic aku habis pada hari ahad mlm, aku still cam letih² jer nih.. tak leh jadi nih!!

Maka around pkol 8 mlm, aku bertandang ke rumah muhsin! hehe.. umh dier dah jd umh kedua aku. insyaAllah bebila aku tinggalkan ubat gigi, tuala, sikit pakaian kat sana.. ngehehe..

Aku seronok gi umh muhsin nih.. Sebab ada bnyk bende nk baca kat umh dier dan carpet dier sgt best utk bergolek² suka hati. Hehe.. plus, dgn aku berada di rumah org, maka aku telah berjaya menjauhkan diri dari alam komputer. Bak kata bonda, menatang yg aku dan korg ngadap skrg nih 'berhantu'! Ye la kan, kita sentiasa berhadapan dgn dier dan byk menghabiskan masa dpn komputer. Kalau niat nk pkai 30 min jer, akan jadi sejam dan seterusnya... jeng jeng jeng.. adakah anda seorg yg terkena sumpahan sebuah komputer? tnyla diri ye? hehe.. ^^


Aku menghabiskan 2 mlm di rumah muhsin. Dapat la baca² sket buku² ilmiah. hah! satu lagi! Majalah science&vie sampai lagi around dis time! total edisi termasuk edisi khas, dan edisi-satu sbuject- dah masuk dekat 10 buah. Yg aku selesai baca baru 2.. huhu.. so aku mengambil peluang utk catch-up kat umh muhsin. Tapi biasanya tak jauh beza.. sure masuk page ke10 aku dah pening kepala.. kene baca slow n steady majalah nih.. huhu..

Selama 2 mlm itu juga, aku menjadi Bibik kat umh muhsin. (aku mmg ginih kalau kat umh muhsin). Hehe.. sebagai 'bayar sewa'... Hehe.. tak nk aku jadi freeloader gituh². tak selesa sungguh! baik aku masak² sket ke.. kemas dapur diorg ke.. beli barang ke.. hehehe..Photobucket


Kedatangan aku ke umh muhsin juga ditemani oleh sorg junior dr Colmar bernama Akmali (atau lebey manja panggil Mali, ngehehe..) . Agak lively sket umh muhsin sbb ada kitrg. Hehe.. takper². muhsin pun suka. kan? kan? ^^ Masa ari selasa malam tuh, muhsin tetiba cakap.
'Jom gi German!' mata aku bersinar² nk ikut! hehehe...Photobucket

Aku takde contact di German, maka aku perlu ikut someone utk jejalan sana (maka aku merebut peluang nih!). Lagipun, rekod aku paling jauh german pernah masuk adalah bandar Freiburg. tmpt shopping pelajar² pre-U malaysia di Colmar kerana hanya 20 km barang jauh lebey murah di German!



4 mac 2009

Maka pada pkul 10 aku bertiga (Muhsin+Mali) memulakan pengembaraan di German. Kami akan tukar train di Strasbourg. Perjalanan gi sana adalah dalam 2 jam lebih. Kalau tgk map td, Strasbourg terlekat kat Utara besançon.

Masa aku kat colmar dulu, tak lebih 5 kali aku gi bandar nih walaupun hanya sejam dari Colmar.
Sekali tuh, sbb ada medical check-up. Sekali sbb ada apa ntah.. tapi yg penting, kalau aku bawak org gi sana gerenti sesat. sbb aku sendiri tak tau.. ngehehehe...



Strasbourg adalah ibu negeri utk region Alsace. Hanya pada jun 2007, region ini berjaya dihubungkan dgn line TGV. Alsace merupakan region yg paling last dimerdekakan oleh france dr pihak german ketika WWII. Maka di region ini terdapt cross-culture antara france dan german. (korg mesti familiar ngan colmar bukit tggi msia kan? Colmar sebenar berada dalam region nih!)

Kitrg bergambo depan gare yg betul cam cengkerang siput. Masa dulu aku sampai, lom Up cam nih lagi, masih dalam construction. Takper, aku mengembara.. tak salah bergambo sepuasnyer kan?


Mali dan Muhsin

Kitrg ada sejam 45 min transit di Strasbourg. So kitrg ambil keputusan utk makan buffet halal yg bernilai 9€. hehe.. insyaAllah akan ku datang lagi utk mentekedarah! hehe..

antara rezeki yg diberi Allah utk mengisi perot..



First round..



2nd Round..


pencuci mulut..

Nmpk cam byk jer kan aku makan? Tak byk sebenarnya. aku amik in small portion bende² buffet tuh. Bukankah lebih elok jikga kita berenti makan sebelom kenyang? ^^

Around pkol 130 ptg, kitrg kembali ke gare utk mengambil train ke Karlsruhe. Nasib baik tak jauh tmpt buffet ngan gare. hehe.. Konon nk zohor kat masjid Strasbourg, tapi macam tak sempat plak. so kitrg niat nk solat di Karlsruhe. Tetiba kitrg masing² tetiba angau kat pencuci mulut yg kitrg amik. rasa cam nk byr 9€ makan bende tuh jer.. hehe..




Kitrg ambil TGV utk ke Karlsruhe. adalah dalam 50 min perjalanan.. mali dan muhsin gi lepak tmpt lain sbb nk charge handphone. aku duk sorg² layan video 'Why we fight' yg menceritakan propaganda USA. tetiba terpacak 3 org pegawai beruniform. mata diorg tepat memandang aku...

bersambung..

p/s: gambar yg best² ada dalam kamera muhsin. lom ambil lagi. insyaAllah bila dah ambil akan dimasukkan dalam post nih! ^^