Wednesday, 18 February 2009

-Untitled-

Assalamualaikum wbt

Hari ini adalah hari yg agak 'eventfull' sikit. Dr aku bangun dr tidur sampai la aku start type blog nih. Of coz, each day yg kita lalui adalah unik. Tetambah plak umur kita mustahil utk meningkat setiap hari bahkan ia hilang sikit demi sikit mcm lilin yg sedang membakar diri..

Pagi ini aku disambut oleh salji tebal. Sehingga perkhidmatan bas terpaksa dihentikan setika. (baru semangat nk gi kelas). Dalam hati, boleh jer aku mengencap 40 min gi Uni dr rumah. mengenangkan salji turun dgn non-stopnya diluar, aku bertambah bersemangat nk jalan gi Uni. Biler lagi nk training nk duk artic or antartika? hehehe..



[...]dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu (ais) itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya[...]
An-Nur:43



Ntah camne semangat itu terganggu mengenangkan pula para prof yg sedang giat mogok. Ala.. prof nih dah dkt 3 kali cancel klas. Kang kalau aku menapak kang tetiba takde kelas? Nyesal jer..

So aku amik keputusan utk tak gi kelas Sedimentologie pkul 930 pagi. Mata aku terlekat dgn PC melihat update perkhidmatan bas. Sambil² tuh, aku ulangkaji sikit Statistique. Patutnya hari ini ada test pertama kami, tapi oleh sebab mggu lps dier mogok, so tak tau arini ada test tak. Tgk la camne.

then around pkol 1015 pg, aku tgk web bas, perkhidmatan bas diteruskan, cuma mgkn lmbt sampaia atau tidak melalui certain² bus stop. Alhamdulillah.. asalkan aku nk gi kelas hari ini.

kelas Histoire de Sciences (Sains History) berjalan cam biasa. Dan seperti biasa, sebelum bermulanya kelas, pelajar atau prof akan memberi sepatah dua ata pasal kegiatan mogok yg diorg buat. Masing² ada pandangan tersendiri. tapi apa yg sama, diorg tak mahu Gov Fr utk meneruskan dasar penswastaan pada Universiti².

dan yg paling aku terkejut bila aku dgr ' kamu semua tidak digalakkan hadir utk kuliah ptg ini sbg tanda protes juga. bukannya kamu akan didenda sbb tak hadir tp anda akan didenda kalau datang. prof bengang kalau ada pelajar still nk study time² ginih!'. aaahh.. sudah.. sampai mcm nih sekali ke? Kalau kat msia nih sure bebudak happy giler. ye la kan? prof sendiri yg galakkan tak yah datang kuliah.

tak cukup ngan itu 'ptg ini dalam pukul 2 ptg, akan diadakan kelas alternatif di Stesen keretapi. pastikan anda hadir beramai²' perghh!!! siap buat kelas kat luar Uni nih!

sepanjang kelas sejarah sains yg menyentuh Archimedes aku tak fokus langsung. Sebaliknya aku tetiba teringat-ingt guru² yg pernah mengajar aku di sekolah rendah dan menengah.. Diorg dah berhempus pulas mengajar kitrg. Plus bonda juga seorg guru, jadi mmg aku paham sgt kehidupan sebagai seorg pengajar.

Aku ingt la Cikgu fizik form 5 aku pernah ckp ngan aku, yg sebenarnya cikgu-cikgi nih sebenarnya dibebankan ngan kerja² yg tak sepatutnya. Rekod mengajar itu lain cerita. Tp ngan rekod pelajar yg kene update la, rumah sukan pny repot la, mesyuarat persatuan la dan tuh tak termasuk kursus² yg menyebabkan bebudak suka sebab 'cikgu tak datang'. macam kes penukaran bahasa utk subjek math n sains. guru² sure dihantar ke kursus yg mettre à niveau (standardize). Tp lihat apa jadi. Kejap BM,kejap BI. penat dan pening tau cikgu²! Ngan nk tahan karenah bebudak lagi. kalau guru itu perempuan, dia juga perlu menjalankan tugas sebagai seorg isteri dan juga ibu di rumah. Sbb tuh ramai jer cikgu² yg berenti then, dier jadi guru tusyen.

maaf kalau aku ter'emo kat sni. Tapi aku takleh kawal ke'sensitif'an aku dalam benda² yg kurang adil dan penindasan terutama pada org² yg aku sayang. Namun aku sgt respek guru² kat msia yg telah mengajar kami badge 1988. Tak kisah la guru sekolah mahupun guru tusyen. Aku tak tau cikgu² zaman skrg setanding diorg ke tak. Tp yg pastinya, cikgu² era kami mmg sah tidak setanding cikgu² yg pernah mengajar parents kita suatu ketika dahulu.



Terus aku set dalam mind aku, aku nk gi kelas alternatif tuh. biar la aku tak gi statistik (kelas sedimentologie juga cancel pagi tuh rupanya). maka dalam pkul dua, aku mengambil bas utk ke gare tuk menghadiri kelas alternatif disana. tema yg diajar. Sejarah Ireland.



tak ramai yg hadir. dalam 20 org je. tindakan ini diambil oleh para pendidik sebagai satu tanda protes. tp yg klakarnya, ada plak kes kat msia yg guru terpaksa mengajar kat bawah pokok sbb pintu pagar dikunci. mcm²..

then 30 min kemudian, Chief Gare datang utk 'menghalau' kami. apa yg aku respect pasal pak cik nih, dier boleh cakap ngan elok atau ngan lebih tepat, takde maki hamun pun. walapun terpaksa merah muka menahan geram pada para pelajar yg bertindak utk mem'back-up' tindakan prof kami mmbuat kelas diluar.

ajaib bukan? pelajar mempertahankan guru.. susah nk cari kan? Kita? bila ada guru.. dimaki, ditendang disepak. Apa jua tindakan guru mengajar pelajar tuk menjadi 'org', dipersalahkan ibu bapa. Result sekolah tak naik atau gagal maintain reputasi, guru kena sekali lagi.. haih...


Kelas alternatif terpaksa dihentikan. Masing² memahami kedudukan dan masalah masing². Masing² juga bertolak ansur. huhu..after that, semua org pulang.. Hari ini sggh meninggal kesan. Dan juga kenangan sekolah juga muncul dr segenap sel otak aku.. bunyi mcm ada siri baru je yg bakal menjelma..



sekian

p/s: setiap pendidik di france perlu bekerja 192 jam setahun. Jumlah masa wajib mengajar it tidak termasuk masa utk research atau administration. namun jumlah wajib kerja itu bergantung directly dr kerajaan. Ternyata ada Uni yg prof nyer kurang waktu wajib mengajar, dan lebih masa utk research dan juga sebaliknya. ketidaksamaan ini juga menyebabkan para prof mogok. Penggubalan dasar pendidikan france ini (pengurangan post jawatan, penambahan waktu kerja dan sebagainya) merupakan salah satu langkah gov fr utk melaksanakan dasar pensyarikatan dan penswastaan secara menyeluruh pada jangka masa panjang. Dasar ini membolehkan gov fr gain profit dr syarikat² swasta yg mmpunyai link dgn mereka dr sektor pengangkutan, perubatan, pendidikan serta mengurangkan kadar spend pada rakyat. utk pengetahuan, sektor pengangkutan, perubatan, dan pendidikan buat masa ini dibiayai oleh gov fr utk kepentingan dan kemudahan rakyat.

4 comments:

anumz sarah said...

what an entry. Serious betul masalah penswastaan pengajian di sana. Mmg xde alternatif lain ke?

Niealex said...

adeh.. terbaca sampai habis pulak sbb nk tahu cerita.. >_<"

(sakit pinggang angkut baju kotor banyak2 nih..)

がんばってね!

Simon Malik said...

ada jer, gov fr perlu akur pada permintaan rakyat. sbb penggubalan ini sejak tahun lepas. dah tahun² sebelum ini, sektor lain juga terkena.

uni tak setuju nk diswastakan sbb perlu cari sponsor pada syarikat luar di mana syrkt² ini biasanya akan layan Uni yg popular dan besar. tindakan mogok para pendidik adalah utk menyelamat institusi itu sendiri dan tak mahu pelajar² dikenakan yuran yg tggi.

gov fr perlu menarik balik dasar ini, itu jer yg diorg mintak actually. (plus, mmg budaya org france utk buat mogok..haih..)

nu-hja said...

semangatnyaaa !!!
betullah, pemikiran student kt sana mmg matang, sgt kagum.
xmcm student sini, asal parents ada duit byk skit, mesti nk complain prkara2 remeh, ugut nk saman la, mcm2. smua ckgu slh. pastu bila dh dpt result, pujuk2 ckgu supaya bg mrkah extra, xmalu.

mmg sy sokong dgn tindakan para pengajar yg xnk menswastakn uni sbb x adil bg student yg xde pndapatan tinggi. Lgpun, kalau byr mahal2 pun utk swasta, mengarut je.. Bukan duit tu diorg gne utk keutamaan student mahupun para pengajar tp diorg sndri yg kebas.
berkecai hati hati bila byr mahal2 then tgk kelas sempit, tunggang langgang, pdhal byr punyela mahal. nk g kelas kne naik tingkat 10 tiap2 hari, buatla lift skit, buat ape duit yuran yg dh byr tu? xde faedahnya pun diswastakan.

jgn hrp nk smbung sini next yr.
maaf, ter'emo'.