Wednesday, 25 February 2009

A small history of 'Tekak Raja'


assalamualaikum wbt

pada hari ini, sakit yg aku dapat ari ahad lepas makin reda. boleh je aku gi kelas td, tapi mcm bdn suro aku duk rumah plak. so dari aku terlebih dose of tidur, baik aku cuba² fokus on buat kerja type blog or somthing. nk test boleh fokus ke tak kalau datang sakit kepala? kalau datang, brapa lama aku dapatkah aku resist paracetamol yg diberi seperti dahulu sehingga bertimbun² painkiller ini di dalam peti ais umh aku di msia? huhu..

ok ok, para pembaca mesti nk tau aku sakit apa. aku demam tonsil. bende kecik je kan? tapi bagi aku bende nih besar, sbb ia berjaya mematahkan keegoan aku utk tidak pergi ke klinik bila sakit sepanjang aku di france. secara pendeknya, semalam merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam sebuah klinik di france, memakan ubat buatan france dan yg paling best, first time in mylife gi klinik persendirian! haha.. masih lagi bende kecik? =p

aku mcm nk citer sket plak my medical history alang² time aku sakit nih, if u all dun mine la. al maklum la, biasanya time² aku sakit duk tak bergerak atas katil tu la, byk memori² sejarah yg lama disimpan dalam otak mula muncul balik. alang² masih lagi fresh from the oven, apa salahnya aku kongi sket². hehe.. 'sihat sebelum sakit', ye tak?





aku tak ingt plak sakit pertama aku yg aku terpaksa jumpa doktor, ye la kan, kecik² mana sgt ingt. tapi yg pastinya, around 1990 aku pernah dimasukkan ke hospital sebab bronkitis (radang peparu tak silap aku). aku tak pernah ingt satu benda pun pasal hal nih. cerita pasal aku masuk hospital pasal sakit nih datang dari mulut bonda aku. aku apa yg aku pasti, masa aku tadika, aku akan tak pergi sekolah sekali sebulan, biasanya ari senin, utk ke hospital (bahagian pakar kanak²). aku kecik² mana la tau aku sakit apa. aku ikut je la cakap mak aku kan? ada la diorg timbang berat, ukur tggi, jumpa doc.. oh ye, around time nih la 'inhaler' menjadi teman rapat aku. hasil bronkitis itu aku mendapat lelah. aku kecik² tak reti sedut, kena ada alat bantuan kalau nk pkai. hehe.. ngada²... ada juga ubat² lain, tapi aku tak ingt apa. yg pastinya semuanya dalam bentuk cecair. kenapa? sebab adam tak reti nk telan pil! hehe.. ngada² sekali lagi..







teman rapat dr kecil, nasib baik dier tak kawan ngan aku lagi skrg.. XD


masuk dejah 1, pada pertengahan tahun 1995 kalau tak silap aku, itu la kali terakhir aku perlu gi ke bahagian pakar kanak², aku ingt lagi doc cakap ngan aku 'tahniah adik, lepas nih adik tak perlu datang lagi' aku angguk senyum tak paham. sbb aku aku kecik² anggap bahagian pakar nih tmpt pesakit luar! hehehe.. namun ceritanya belum berakhir..





mmg benar setelah aku mula alam sekolah rendah, aku dah jarang athma sebab aku masuk kelab taekwando. tapi satu lagi penyakit yg allah beri kat aku. iaitu 'super-sensitive tonsil' (saja nk exagerate)

aku ingt lagi, aku berada di sebuah klinik kerajaan utk pesakit luar bernama klinik anika (sesapa duk klang tahu kot klinik nih). Klinik nih nk kurangkan jumlah pesakit luar kat hospital tengku ampuan rahimah. aku dan bonda sampai skrg gi tmpt nih nk ambil ubat. ala, kan tak yah bayar apa². kalau hilang kad atau pendaftaran baru cuma bayar singgit je! takde standrd or no-class? hehe.. actually tmpt² sebegini yg byk mendidik aku pasal 'the true side of the world' =)




ok ok balik kat cerita aku, doc yg rawat aku tuh lelaki, bonda teman aku. aku plak bawak salah satu mainan kesukaan aku utk bersuka ria di dalam alam fantasy (model plastik F-14 Tomcat berwarna kuning! ntah mana la gi menatang nih..) doc tuh cakap aku demam sebab tonsil aku bengkak. mak aku tny la apa bende yg menyebabkan tonsil aku bengkak? dier mula kasi contoh, macam buah² yg jual tepi jalan, makanan yg tak bersih, dan juga tomcat yg aku bawak kalau aku suka gigit². (aku masa tuh ckp dalam hati, apa plak kne mngena demam aku ngan mainan aku nih?)





so basically aku terpaksa mengeksperimentkan diri terhadap bende² yg aku boleh menyebabkan aku nyer tonsil bengkak. so dalam pada mengeksperimentkan diri aku itu, ulang alik gak la bonda ngan aku ke klinik nih, dan aku plak duk kerap jer telan antibiotic. dah la pahit dan tak sedap.. (aku ketika masih lagi bergantung pada ubat cecair, hehehe..)

so benda yg buat aku nyer tonsil bengkak or athma, akan dimasukkan di dalam 'Adam's ban list'. antaranya, segala jenis ais krim, air sejuk berais, makanan dr gerai tepi jalan yg meragukan, buah²an kecuali dr rumah, pets yg berbulu, soft toys yg berbulu, udang, ketam, and the list goes on.. bonda yg buat list nih. aku plak mana la ingt benda² yg aku tak leh makan. so kekdg aku aku tny la kenapa aku takleh mkn sekian² (terutama ais krim). bonda ngan selamba menjawab 'ko tuh tekak raja! dah demam besok nyusahkan org!'

nota kecil: bunyi macam brutal je bonda aku nih kan? dulu kecik² lom reti pikir tak terasa, dah beso tapi still tak reti pikir panjang, aku mmg terasa la, tetapi dewasa ini, baru la paham msg bonda itu. maksudnyer, 'ko kena la jaga kesihatan ko sendiri dari awal, jgn harapkan mak atau org lain'. oh! ku sayang bonda ku!!







Masuk darjah 4, ia meningkat to the next level. dgn resdung sekali, bila time aku demam, lelah ngan tonsil bergabung. So kalau aku demam lelah, aku akan dapat batuk selsema, kahak dan hingus serta tonsil merah di dalam satu package of sickness, dan kalau aku demam tonsil aku akan dapat demam n sakit kepala, tonsil besar n merah somtimes ada tompok putih, batuk dan selsema sekali dalam satu package of sickness. menarik tak?
so masa aku skolah rendah, mmg selalu je la gi klinik anika amik ubat. secara tak langsung juga aku tak pernah dapat kedatangan penuh time sekolah rendah. maka bermula juga time² itu, antibiotic, ubat batuk, paracetamol menjadi element utama di dalam peti ais rumah kerana diorg ada je sepanjang tahun. kenapa? dah adam nih asyik sakit jer, kan dier tekak raja? =p



hehe.. actually time sekolah rendah aku selalu aku nahas sendiri. ye la, mana leh resist the temptation kat kantin sekolah macam cold-aised sirap masa time panas? atau tembikai merah or betik? or Mat Kool ais krim? hehe.. memang naya la..



so rasa sedap bende² itu dibayar dgn rasa ubat yg lidah aku kecik² muak dah. sampai warna ubat pun aku dah tau dah ubat apa. (ni masa aku still ngengada tak mao pil). warna merah cam sirap ubat demam (paracetamol), warna cam gula perang gelap skit², ubat batuk, tiada warna, rasa cam ais krim soda ( sedap, tp jarang dapat hehe..), ubat lelah dan last but no least, musuh ketat aku, warna pink ala² sirap bandung kunun mcm strawberry milk, antibiotic...

kedegilan aku nk ubat cecair melekat till aku form 1 or form 2. tp around akhir dejah 4, doc mula kasi aku pill gak sbb dos ubat dalam bentuk cecair dah tak cukup utk aku. so terpaksa la bonda larutkan dalam sudu kecik dan aku pula terpaksa mengharungi rasa pahit diluar jangkauan rasa..

mak tak kasi aku panadol kalau aku demam sejak kecik. die guna method kampung. kasi aku minum plain water bebayk, n kepala aku disapu lidah buaya (aloevera) utk membuang haba kat kepala. hehe.. thx mom ^^ sbb tuh menimbun² painkiller nih kat umh dulu sbb tak pakai. hehe...


n biasanya, antibiotic tuh mmg habis aku telan. ubat batuk aku mkn tapi ada je baki yg berlebihan. mgkn sebab dah lepas mkn ubat nih takleh minum air kot? huhu... bagaimana aku leh telan ubat² nih? ntah.. bonda tak pernah kerja aku utk makan ubat. mulutku setia terbuka utk menerima ubat dan ledah redha dgn kepahitan. ms aku kecik² antibiotic aku perlu amik sebiji setiap 6 jam. mak aku yg jadi nurse. so around 6 pagi, mak aku akan kejut, suapkan aku antibiotic yg die dah larut dulu, kasi aku minum air, then aku pun tidur balik.
dah masuk menengah atas, aku dah jarang sakit. tapi kalau sekali kene mmg kaw² la terutama demam tonsil. jadi perkara ini berterusan sampai la aku kat France..


aku pernah je demam kat sini, tp most of it flu, di mana, hnya demam, selsema, batuk, kahak, dan tonsil sikit je radang, tiada lelah.. so bila demam² picisan nih, aku maleh nk jumpa doc. kalau ada temperature, aku minum air bebnyk, aku telan pil minyak ikan, ngan pil vitamin B concentrated, buah perlu ambil, rehat cukup, tidak mandi mlm, tidak bersejuk.. kalau badan sesengal ke sakti kepala ke, ala biasa la tuh, dah nama pun sakit.. sengal² celah ketiak atau bahu itu normal sbb kat situ tertumpunya kelenjar² sel darah putih. so diorg tgh giat buat immunity.
biler badan aku dan mula berpeluh (petanda ada metabolisme), aku akan stop telan vitamin but still maintain water. aku akan mula go fizikal plak, cam jalan kaki gi kedai ke, lari² naik tgga ke..
alhamdulillah semua ini diilhamkan oleh allah sepanjang tempoh aku duk sakit bertahun² kat msia..

so takde la aku jumpa doc, tak datang kelas, kurang nota dan sebagainya (even tahun lpas, aku mcm dah cronik batuk n kahak, aku berdegil tak gi jmpe doc. sbb aku check kat web sakit aku, simptom penyakit disebabkan oleh virus, antibiotic hny works on bakteria je. pegi pun tara guna. so its worth hold on n not going to see a doc, hehehe...)

Dari tahun 2006, setiap demam yg aku dapat, paracetamol aku takkan sentuh. nama manja bende nih ada panadol. nk tau kenapa? masa time form 4 ke form 5, aku baru tau yg paracetamol nih cuma pain killer jer, bukan nyer membantu melawan penyakit dan placebo effect. ceh, baik tak yah makan.

sehingga la kelmarin, ego aku itu berkecai.. aku demam tonsil n tonsil aku membesar kepada saiz yg lebih besar yg aku tak pernah dapat n kedua² belah meradang, dan aku nk telan air liur pon sakit. mcm biasa, aku fight demam aku dulu ngan method 'rumah' aku. then bila kebah, aku gi jumpa doc semalam di klinik persendirian berdekatan. maka aku pun diberi 3 jenis ubat yg salah satunya adalah antibiotic.



yg hampehnyer, doc kasi aku gak ubat demam. dah la casing lawa.. aku teruja je nk telan sebijik mlm tadi. hehe.. tahan.. tahan... selagi leh tahan, painkiller nih tak yah amik.. bukan nk tunjuk kuat but ever heard of moms giving out birth without painkillers? i respect them.

oh ye, ubat yg kedua yg doc kasi menyebabkan mata aku bengkak dan sepet (simptom alergic). aku tepon doc pagi nih, dier kata tak yah amik yg kedua tuh. teruskan dgn antibiotic. yg kelakarnya mlm tadi masa aku tgk muka aku kat cermin, aku gelak sorg² sbb mata aku berubah exactly macam mata makcik aku di Alor gajah! hehe.. ye la.. kalau dah 2² parents pun ada darah cina, menjadi satu keharusan mataku boleh menjadi sepet. ^^

secara peribadinya, aku mcm dah jelak mkn ubat. dari masa aku form 4, aku seboleh² nk cover aku sakit. kalau dah dari kecik duk telan bende nih je, msti tau effect sebenar. aku rasa senang lemah kalau aku telan antibiotic. sama cam hari nih, aku rasa larat je aku gi kelas rasanya, tp body berkeras nk duk umh. yg masa aku kronik batuk tahun lepas aku rilek je fight back. aku gi minum air madu. tak lama lepas tuh mlm exam di mana aku nk peaceful sleep, baru aku telan ubat batuk. itu pun aku bawak dr msia.. hehe..


antara ubat yg aku bawak 3 tahun lps, ada yg dah expired n tak sentuh lansung. Ubat selsema je aku mkn kalau hidung aku mengalir cam air paip tp hembus tak kuar apa



so perlu diingatkan disini, perlulah kita bersyukur dgn nikmat sehat. apabila diberi sihat, gunakan lah ia secara bermanfaat. 5 sebelum 5, sihat sebelum sakit..para pembaca tahu kan bakinya itu? tak perlu aku hurai..^^

sekian



p/s: Plain water is exceptionnally delicious. try it urself. money back guaranteed if unsatisfied

4 comments:

fanramli said...

salam adam.

alahai. sedih aku baca. byk² sabar, kawan. sakit, tanda Tuhan ingat.

:)

aku tak igt la klinik anika kat mana. tapi sgt familiar la nama dia.

haha. depan hospital tu ada deret rumah. kat situ ada umah mak long aku. pastu, ada umah liza hanim kan? siap ada umah mona fendi jugak.

kan? kan?

ke abang sepupu aku kelentong aku je time kcik².

pastu, umah sewa ktrg before pindah jalan tepi sungai, ialah kat deret tadika fazulina tu.

pegh. nama tadika pun nak dekat sama kan ngan aku. tp aku tak suka gila pegi tadika tu weyyy.

ish. kalau nak cita pasal klang, boleh buat satu entri ni, adam. haha.

kecik², aku slalu pegi klinik banu raja. haha. (tatau kau tau ke tak.)

anyway, kau alergik ubat france ke? bahayanya. jaga diri elok². seb baik, byk malaysian kt besac.

hehe.
selamat sembuh, insyaAllah.

anumz sarah said...

Sy pun baru baik dr flu dan batuk. Sakit ni Allah bg kaffarah. Semoga anda semakin sembuh dan better.
p/s: best ar lagu ni.

Simon Malik said...

to fan:
wasalam, kenapa ko bunyi mcm org Klang juge?? haha, nnti entry pasal klang kene collaborate ngan ko la camnih, =p

pasal umh liza hanim ngan mona fendi tuh, adalah REAL.

aku tak elergik ubat france cuma satu ubat nih aku elergik tak tau ubat apa. hehe..

to anum:
trimas. =)
lagu nih first time dgr dlm playlist kawan, terjatuh hati plak. hehe..

nu-hja said...

ish ish ish....
sy sgt bersimpati kt mak awk, huhu.
dh sakit, degil plk.
tp terima ksh la sbb buat blog yg kelakar pd masa yg sesuai :D
trgelak2 baca kerenah awk ni XD

p/s : get well soon :)