Monday, 2 February 2009

The Pawn


Assalamualaikum wbt..

sbg permulaan siri 'The Black and White Jungle', aku nk memperkenal pada anda watak² utama atas papan catur. utk entry ni, cukup dulu aku cerita pasal Pawn.

Pawn; dari segi bahasa: utk dikorbankan. (kalau dalam english-BM pawn=gadai. soo sesuai kot dinamakan 'unit-utk-digadai', hehehe).



setiap pemain mempunyai 8 pawn pada permulaan permainan, tersusun rapi pada baris 2 ( utk lawan tersusun pada baris 7) seperti rajah di atas. cantik kan saf pawn? straight je.. kalah saf kita masjid.





pawn bergerak straight je asalkan tiada unit lain dihadapannya. so bila pawn bergerak ke depan, die takde hak nk patah balik atas reason takut berada di tgh² medan perang.jika die bergerak ke depan dan sampai pada baris ke 8, dia akan dpt 'promotion'. so kalau ada pawn yg berusaha tanpa putus asa dan akhirnya sampai pada baris 8, die akan dinaikkan pangkat ke Knight atau Bishop atau Castle atau Queen, terpulang pada selera kita. (tp mostly semua nk queen kan? sbb unit paling power)



oleh sebab pawn hny boleh ke depan, die ada beri sket advantage berbanding watak² lain. pawn diberi pilihan utk melompat kotak pertama utk permulaan pergerakan pawn tersebut jika takde unit kat depan dier. mcm rajah diatas, pawn hitam yg asalnya dr D7 bergerak terus ke D5 kerana itu adalah gerakan die yg pertama. boleh je kalau dier tak nk lompat, maka die hny ke D6

advantage ni hny sekali je dalam hidup pawn. lepas tuh, die perlu berusaha sendiri bergerak satu per satu kotak di hadapannya. takde lagi handicap. tiada lagi tmpt lagi utk bergantung. pepandai la pawn utk hidup di tgh² medan perang itu. jadi adakah die akan meluru membabi-buta berseorangan ke barisan musuh semata² nk dapat promotion? atau dier bergerak seiringan dgn pawn² yg lain utk mencapai objektif bersama²?



Pawn adalah satu²nya unit yg gerak-'makan'nya berlainan dgn gerakannya. (agak² korg paham tak apa yg aku ckp nih?). pawn bergerak ke depan. so gerak-'makan'nya adalah melintang. (lagi korg tak paham)

ok ok, kita amik contoh. mcm gambar kat atas, pawn putih boleh mkn pawn hitam yg di C4. namun kalau takde pawn hitam di C4, pawn putih takleh gerak memana sbb ada pawn hitam depannya. special kan pawn?





ada satu lagi pergerakan pawn yg aku awal² dulu tak tau. pergerakan ini dinamakan 'en passant'. dlm english 'in passing'. dalam BM..kalau direct translate...melintas rasanya.. nk lebih tepat.. dalam-pada-die-melintas.. ahahaha!! memandai je aku.

ok ok, back to the subjek. pergerakan ini 'muncul' kekadang je. syarat pertama utk pawn utk menggunakan en passant adalah, pawn mesti berada di baris 5.

syarat kedua adalah, pihak lawan menggunakan 'advantage melompat' pawnnya dan pawn itu mendarat kat kotak sebelah pawn kita. so kalau ini berlaku, kita ada hak utk makan pawnnya itu bagaikan pawn lawan hny bergerak satu langkah.

utk memudahkan penjelasan tgk kejap, gambar kat bawah.



pawn hitam bergerak dr D7 ke D5. maka, salah satu pawn putih yg mengapitnya itu boleh mkn pawn hitam dan bergerak ke D6.

arrow merah dalam gambar adalah gerak-makan yg legal utk pawn putih dalam kes ini.

en passant is a one time chance. so kalau tak amik peluang utk mkn secara en passant, say bye² en passant, see u next itme. XD

anyway, kalau korg tak phm en passant camne, its ok. aku rasa, korg boleh je main chess tanpa tahu en passant. cuma jgn terkejut la kalau tetiba lawan make a move mcm tuh.




jadi korg dah tau mcm mana pawn bergerak dan makan. maka, apakah role pawn² di atas papan catur? role mereka adalah mengawal centre dan membentuk asas pertahanan utk mempertahankan King.Malangnya, sebhgian mgkn menganggap, kewujudan mereka hny lah sbg unit utk dikorban ketika di medan perang, tidak lebih dari itu..bila satu mati dibunuh, kita tak rasa rugi. sbb ada 7 lagi. kalau habis semua pon, ada la unit² yg lebih kuat, ye tak?

namun bagi aku, pawn lebih significant dari unit korban. jika kita perhati elok² sifat² pawn, kita dapat kaitkan dgn hidup kita.

pawn sgt hopeless bila berseorangan. akan tetapi pawn sgt menyerlah di medan perang bersama rakan²nya yg lain. walaupun pawn hny bergerak berdua sahaja secara seiringan, ia mmpu mmbuat lawan teragak.mcm contoh kat bwh. di bahagian belah kiri papan, kuda hitam A5 sure teragak nk mkn pawn kat B3. kalau die mkn, sure la cari nahas, sbb pawn B3 dijaga oleh pawn A2


di bahagian kanan papan pula, pawn putih bergerak dr G5 ke G6 utk mengorbankan dirinya utk rakannya di H6 utk mara ke depan dan dapat promotion. die tidak kisah dirinya dimakan oleh pawn hitam, asalkan pengorbanannya itu membolehkan rakannya menjadi queen dan akhirnya membawa kemenangan


itu baru berdua? kalau lebih dr itu, pawn akan membentuk structure pertahanan yg kukuh asalkan mereka bersatu hati dan tidak mementingkan diri sendiri. mcm gambar di atas, anda rasa, yg mana satu mempunyai pertahanan yg lebih kukuh? ternyata apabila diorg bergerak seiringan adalah lebih bermanfaat pada semua.




Begitu la sifat pawn di medan perang. apabila bergerak, sentiasa beriringan dgn teman seperjuangan dan tidak pula mereka berundur. lantak la apa nk berlaku kat dier. tidak mengapa pengorbanannya tidak menjadi buah mulut pemain² seperti pengorbanan queen, atau castle. bg pawn, asalkan pengorbanannya itu sedikit sbnyk membawa kemenangan. itu sudah memadai bagi mereka..


secara personally, pawn adalah unit favoret aku (bebaru nih je) kerana sifat² pawn yg aku sebutkan td sedikit sebyk mempunyai pengajaran mengenai sifat yg perlu ada dalam diri kita.

seperti pawn yg bersatu hati membina structure pertahanan apakah kita tidak mengambil pengajaran disitu?Bahkan Allah swt sendiri ada menyebut:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (4)
As-Saff ayt 4

tak perlu utk aku kaitkan secara panjang lebar..sedikit persoalan utk para pembaca.. walaupun pawn hny unit gadaian, pendek dan berkepala botak, namun adakah sifat kita setanding dgn sifat mereka?

wallahualam

sekian..

p/s: Never underestimate, the pawn

6 comments:

Anis Liyana said...

huhu... sgt b'mkna laa post kau kali nie... btul tue... b'gerak bersama2 is better dr gerak sorg2... n Allah tgk usaha n not da hasil. so, x kesah laa kita x dpt tgk akhir dier mcm mana pun... juz like this pawn... x kesah laa dia kena korban pun... at least, dia sumbang sst... just do it.. rite? (aku x tau laa yg aku melalut nie kau phm x incek adam...huhu...)

nu-hja said...

owh, cmni rupanya.. haha, slalunya main gerak je.

and tak trpke pulak yg dia tu ada pengorbanan yg besar.. slalu rasa mcm yg paling lemah n loser sbb xle gerak byk..
alamak, dh ter-underestimate...huhu
tp sy pke cmni sbb xtau main chess, mngkin kalau tau peraturan dia semua, mngkin sy xpndang rendah kt dia.

disbbkn blog ni, sy dh nmpk kelebihan dia, huhu. plus, dh tau peraturan betul utk gerakkn pawn XD

fanramli said...

bravo adam! *clap clap*

ops. salam.

sape sangka, permainan catur kalau dikaitkan dgn hidup dicampur rasa dgn islam, akan jadi satu kisah yang mantap.

kisah pawn = kisah bergerak scr jemaah. heh.

aku tak pernah tahu-menahu bila pawn naik tingkat ke 8 boleh dapat promotion. yang aku tau, bab promotion ni, mase main dam, nak naik aji. haha.

anyway,

di bahagian kanan papan pula, pawn putih bergerak dr G5 ke G6 utk mengorbankan dirinya utk rakannya di H8 utk mara ke depan dan dapat promotion.

aku konfius. kawan dia kat H6, kalau bergerak maju ke depan, bukankah H7? oh, maapkan aku kalau salah.

kau lebih arif.

merci utk entri.
mantap bila kau signifikasikan dgn fungsi pawn dari pandangan islam.

i like.

Simon Malik said...

to maman:
takper², aku paham. ko tak melalut. =)

to hajar:
yup, sebab itu kita jgn sesekali pandang rendah org yg dr luarannya mcm takde apa².. =)

to fan:
wasalam. ngko la pengkritik tetap blog aku. nampak ajer typo aku, hehe..

actually patutnya:

[...]utk mengorbankan dirinya utk rakannya di H6 [...]

jzkk sbb perasan kesilapan aku. bahaya kalau trsalah sampai kan?

warungkampung said...

salam ziarah dari Jepun.
merci (nak ckp bahasa perancis gak tu, tak nak kalah) kerana sudi menjenguk warungkampung. ;)
haha, bila baca blog ni, terasa yg we have something in common. tulisan ala-ala sempoi dan berjenaka, at the same time ada message nak disampaikan.
keep it up!

Simon Malik said...

arigato warungkampung~!

blog anda is one of my fav spot! XD