Friday, 20 February 2009

mengapa kami mogok?

Assalamualaikum wbt.

'sekali lagi entry adam berkenaan ngan mogok para pendidik, dah takde subjek lain dah'

Mgkn ramai yg tak tau mengapa prof+students mogok bersungguh ngan gov fr. Aku memula takde la amik kisah sgt pasal hal nih, but aku actually tertarik betapa mereka amik kisahnya mengenai hak mereka dan mereka sentiasa mahu gov mengutamakan kebajikan org awam.

Penggubalan dasar² pendidikan tahun lps sememangnya menyebabkan para pendidik mula berang. jadi pada 22 jan, president ada buat sikit speech utk back-up balik kenapa dia gubal dasar sebegitu. Vid kat bawah nih ada respons pada kata² president yg byk menggunakan fakta palsu utk mengelirukan org. Actually aku tgk vid nih dlm français sbb prof kitrog tyg dalam kelas. Smlm aku terjumpa yg ada subtititle dalam english.

So jgn malu, jgn segan utk tgk balik atau pause mana² bahagian yg korg tak paham..





So, ini baru kemarahan dan terkilan para pendidik. Belum lagi dasar² yg pelik yg dilaksanakan pada bulan lepas. Dgnnya ada ecomoic burst, gov fr sedang sedaya upaya mengukuhkan ekonominya. Hasilnya, 1 pound dah hampir dgn 1 euro!! Akan tetapi tindakan gov fr yg lebih mengutamakan 'bisnes' dan neglect public services, meletopkan semua org. Maka, tanggal 29 jan 09, berlaku 'Black Thursday', di mana rakyat dr pelbagai sektor termasuk sektor pendidikan, bersatu melakukan demonstrasi besar²an.



(1:27, apa yg akak tuh sebut adalah anger, bukan hunger)

Itu adalah tarikh bermulanya tindakan agressif para pemogok. So fokus aku hanyalah pada scope para pendidik+pengkaji dan student. Sememangnya budaya masyarakat france yg suka buat mogok. Tp mogok mereka takde la sampai pecah kereta, baling batu, maki hamun sbb sememangnya mereka masih lagi rasional, waras walaupun meluap² rasa geram ngan gov (eventho mereka semua bukan islam...)

Jadi kebykkn Uni di france melancarkan counter-attack besar²an terhadap gov fr yg sengaja buta dan pekak seperti tidak melakukan/hadiri kelas, atau buat kelas diluar Uni, tunjuk perasaan, sebaran risalah dan sebagai.

Jadi di région (Negeri) Franche-Comte nih juga membuat tindakan mereka. Pada 10 feb, penuntut dan pengajar Uni di bandar Besançon turun ke bandar utk melakukan tunjuk perasaan secara aman. (still jerit² tuh ada la..)

Sebelum aku tunjuk next vid, biar kau terang sedikit sebyk penyiaran tv di france. Di france ada saluran tv utama ala tv3 bernama TF1 dimana, scope news jam 8 merangkupi semua tempat.
Akan tetapi, di France juga ada saluran Regional (saluran France 3) dimana, scopenya hny bertumpu pada region sahaja. Contohnya, jika kat msia ada saluran nama tv7 yg regional ini, time warta berita hny tumpu kat negeri masing². Tv7 kelantan, hny siar news dalam kelantan, tv7 perlis siar news dalam perlis.

So France 3 Franche-comte juga membuat liputan pasal mogok nih. (prime time diorg 730 mlm, kire diorg tak kaco TF1 punya news la).



(huhu.. sori tak dapat translate semua. secara generalnya mereka cakap sebab mereka buat greve )

oh ya, dalam vid tuh ada muka salah sorg prof kitrg yg kuat mogok. Sejak tahun lepas lagi. Dier prof geochimie kitrg tahun lepas dan paleontologie tahun ini. Seorg prof yg exceptionally good in explaining things. (dan juga gemar memancing). Beliau muncul ada mamat yg muncul pada 0:54

Seminggu kemudian (17 feb), sekali lagi tindakan University kami mendapat liputan. Kali ini tindakan departement geology dan pelajar²nya di mana, kami menyebarkan risalah² yg menerangkan pada masyarakat yg kedudukan kami terancam dgn dasar yg baru, kelas di luar Uni , dan even praktikal lab di jalanan.





Sekali lagi prof aku muncul pada 0:43 dimana ia ada lah org yg sama cuma dier tak pakai snowcap utk cover rambutnya yg serabai itu. Macam tak mandi? haha.. aku tak terkejut kalau betul. Dari pemerhatian aku, dier menjadikan University, pejabat dan makmal kepunyaannya adalah rumah utamanya. Dier begitu passionate dgn buat research. bahkan subjek paleontologie bukannya dalam bidang dier, tp dier mempunyai knowledge yg cukup utk mengajar budak.

Apa yg dier katakan ialah,' masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai perkara ini. Gov fr menuduh kami membazirkan budget yg diberi, padahal tidak. Gov juga menuduh kami, para pengkaji tidak melakukan kerja dgn baik dimana tuduhan itu juga tida betul. no 1 di europah dan no 4 di dunia.'. (sila rujuk vid pertama entry di mana france menduduki tpt pertama dalam bidang research dan industry)


Nk tgk rupa antara top student kitrg? Dier muncul pada 1:11. Dier takde lah top no 1, tp dier genius, pandai terang, pandai cakap. Actually hati aku tergerak nk korek pasal hal nih pasal dier rr bila dier kasi speech seblum kelas mula mggu lepas. Huhu.. (sepanjang aku kelas ngan dier, aku tak pernah nmpk dier menguap)

Apa yg dier sebut tuh actually mewakili apa yg student² rasa. 'kami tidak boleh duduk diam goyang kaki. Sebenarnya kami mmpunyai kesedaran politik dan ingin memprotes dasar university yg baru dan kami mahu University utk semua org. kami sggp mengorbankan semester kami asalkan kami dapat pengajar yg berkualiti yg mempunyai kemudahan yg cukup' (sori kalau aku silap translate,siapa² paham lebih baik sila betulkan ek?)

Msti korg pelik, apa significant buat kelas di jalanan atau di tmpt² awam? Ia adalah satu simbol melanbangkan, apabila dasar baru ini dilaksanakan, maka secara tak langsung universiti yg sepatutnya tmpt utk menimba ilmu (bukanya money making) dah tak wujud.



kenapa aku berapi² sgt cerita pasal mogok nih, takde kerja lain?


Actually apa yg tertarik dalam mogok nih adalah:

-masyarakat sgt lantang apabila hak mereka terabai. lantang² pun tapi takde la sampai bakar kereta, pecah kaca, baling batu dan sebagainya

-kesedaran para pelajar akan masa depan diorg di mana mereka mahu pendidikan yg berkualiti dan boleh dinikmati oleh semua pelajar (kaya, miskin,pandai, tak pandai, dalm france, luar france, mahupun berkelulusan bac atau tidak)

-pendidik dan penuntut mahu institusi pendidikan kekal sebagai satu institusi pendidikan, bukannya satu tmpt bisnez dimana University adalah 'syarikat', penuntut adalah 'pelanggan'

-tindakan mereka dalam menyedarkan masyarakat yg masih lagi tak tau kenapa mogok, sgt effectif (secara jujurnya, aku terkena gak)

-masyarakat sentiasa mengambil tahu pasal decision gov, dan memikirkan pro-contranyer, bukan terima bulat²

-ketidakterimaan masyarakat terhadap dasar penswastaan dalam certain² sektor kerana masyarakat tahu, dasar ini hny akan menguntungkan segelintir pihak dan bukannya rakyat secara keseluruhannya.

-kagum melihat ketertiban dan kewarasan masyarakat dalam menunjukkan rasa tidak setuju mereka.

-terpegun melihat tindakan² yg persistant dan membuahkan hasil dalam melawan prob ini. bukan dgn hny laungan² kosong, semangat berapi sekejap.

-masyarakat meletakkan perkara utama terlebih dahulu, dalam kes ini, kesejahteraan masyarakat dalam mengharungi economic burst.




jauh sekali kan dgn negara kita kan?



.. apa la nk jadi..




p/s:hari ini prof larang kitrg datang kelas lagi sbb ada demonstrasi di bandar. aku telah turun padang dan rasa sendiri. insyaAllah lain kali aku cerita ye =)


2 comments:

nu-hja said...

assalamualaikum,
isu besar eh.. ingtkn biasa2 je, xsngka sampai cmni skali..
kt melb ni, mmg student dh jd mcm "pelanggan", lbh2 lg bila diorg tgk student kt melb ni byk yg dr luar negara.

p/s : mmg hebat sesapa yg boleh ckp french. pening dgr XD

Simon Malik said...

wsalam
haha, kalau awk perasan kat msia pun sama gak. tmpt2 pengajian after sekolah menengah dah jadi mcm satu bisnes, n student jadi pelanggan...