Saturday, 14 February 2009

The King






assalamualaikum wbt..

Kembali kita dalam siri 'The Black n White Jungle'. Sblum nih kita telah sentuh Pawn, dan entry kali ini kita sentuh pasal watak penentu kemenangan atau kekalahan iaitu King.

Teringat aku masa kecik² kalau kalah chess, boleh nanges (cememeh sungguh!). Biasanya kalau lawan ngan apak aku... Tak leh menerima kekalahan.. huhu.. ye la. Sapa tak nanges. Biler aku kalah, apak aku akan gelak evil n perli² aku.. huuu...

Dah, dah.. flash back tamat. sori sori.. Terbabas plak.

King dalam bahasa mudahnya, Raja, (Roi dlm french, nk sebutnyer, Rwa) merupakan buah yg menjadi objektif utama pihak lawan. Yup, jika musuh berjaya makan King, maka sudah terang lagi bersuluh yg anda terpaksa gulung tikar. So maksudnyer, walaupun anda masih ada lagi buah catur lain tetapi King anda telah dimakan, anda dikira telah kalah. So tak leh nk memandai kata belum lagi sbb ada lagi buah catur atas papan. Kiranya, bile king mati, yg lain dah takde semangat nk perang lagi so menyerah diri je. (memandai je aku)

Maka, apabila bermain chess, kita msti mengatur strategy utk menyerang king lawan tp pada masa yg sama mempertahankan king kita juga. Bunyi cam komplex? InsyaAllah, setelah main beberapa kali, korg pasti tahu secara automatik apa yg perlu dibuat.

King hanya ada satu je atas papan. Takleh ada 2. Kalau ada dua tuh akan bawa masalah bagi buah² yg lain utk ikut arahan. Ye la kan, kalau sorg kata kiri, sorg lagi kata kanan, tak ke payah tuh?



Berdasarkan gambar kat atas, itu merupakan tmpt initial king utk setiap pemain. Aku 'hilang'kan semua buah lain agar korg boleh nmpk kat mana king perlu berdiri pada awal permainan. King putih di E4 dan king hitam di E8

So, mcm mana king bergerak? kalau dier penentu kemenangan, sudah tentu dier ada super-power yg best². hoho.. anda silap sama sekali. King, walaupun dier penting, tp dier la yg paling sengal. Dier hny boleh gerak ke kotak yg kosong yg tidak dikawal musuh.
so actually, dier mcm pawn gak, di mana satu kotak satu langkah. Tp dier boleh gostan.



Oleh sebab, pihak lawan akan menumpukan serangan utk menjatuhkan king, maka setiap kali king diserang, pemain yg menyerang akan sebut 'check'. Ini bagi memberi satu 'amaran' pada king yg kita serang 'weh, aku tgh nk mkn ko nih, baik ko bergerak'.



Mcm gambar kat atas, pawn putih sedang menyerang King hitam. So king hitam dalam keadaan 'check' dan perlu melarikan diri. So mana dier nk lari? Hanya pada kotak yg berwarna hijau je yg dier boleh lari. Dier tak boleh lari ke kotak merah or makan pawn sebab king putih menjaga pawn dan dua kotak tersebut.

Jadi, jika permainan sampai ke tahap, masing² tinggal King saja, permainan dikira 'draw' yakni 'seri' (bukan tiang seri mahupun krim penyeri muka).

Ada 1 lagi kes utk draw. Mari kita lihat gambar kat bawah.



White to move. King putih perlu bergerak tp dier bukan dalam keadaan 'check'. Namun dier tak leh ke mana² sebab semua kotak dikawal musuh. Kesian dier.. tapi actually keadaan ini sgt menguntungkan dier. Oleh sebab dier tak leh gerak tp dier bukan dalam keadaan check, game akan di'declare' seri. Keadaan ini dinamakan 'stalemate'



So, kalau korg tiba² berada dalam keadaan dimana, buah² yg lain stuck takleh jalan, tggl king je boleh gerak. Maka korg perlu menggunakan kelicikan korg agar pihak lawan tersungkur dalam perangkap 'stalemate'. Draw lebih baik dr lose bukan? bukan kah itu lebih baik. berjuang mati²an, bukannyer menyerah kalah toute suite biler tgk kita sorg² terkontang-kanting yg boleh gerak.



jika terdapat buah catur yg anda masih boleh gerakkan (mcm kes diatas), keadaan belum lagi stalemate. nk senang citer, keadaan stalemate terjadi biler ko takleh gerak king, dan juga buah² catur yg lain.

secara amnya, semua buah² catur yg lain akan bertungkus lumus mempertahankan king nih. so kirenya kita leh label dier sbg ketua angkatan tentera atau flag bearer dalam medan perang.
Namun, kalau kita tgk sejarah kan? Masa time medieval dulu, biasanya ketua angkatan perang yg duk dibaris depan kan? Sbb karisma seseorg ketua perlu berada dihadapan bagi menyemarakkan semangat² anak buah.

Malangnya dalam chess, kalau king menonong-nonong gi depan, mmg tanda nk cepat kalah la kan? Sbb tuh pada awal game, king mcm pasif. Akn tetapi, bile papan mula tak byk buah, yg tggl cuma watak² picisan, king boleh memainkan peranan penting. Nnti aku cerita dalam bab lain.



Semua org nk jadi ketua, korg perasan tak? Kalau kat France, ada sejenis dish bernama 'gâlet de roi'. Sapa dapat potongan yg special, dier 'ditakhtakan' crown plastik. hehe.. budak² kecik suka rr. Ye la kan? Bukan ke menjadi raja atau ketua kita mempunyai populariti yg agak tggi, kuasa mengarah yg lebih besar, lebih nmpk 'up' sket berbanding org lain dan syok dapat dipuji org saban hari? Sebab tuh org sanggup jadi ketua walau apa jua cara pun. Kalau dah dibutakan dgn kedudukan, halal haram tak kisah, janji ditabur bebyk. Ending²?.. Pephm la ek?.. Pusing tang mana pun, mai situ gak konklusinya (cakap org utara plak..)

hmm.. itu kalu kita label king as org gak rr.. Tapi cuba kita jadikan angkatan catur tu sebuah negara dan king itu.. kita labelkan sebagai satu benda yg subjektif.. mcm kedaulatan.. or.. generasi muda? (eceh, macam ayat Asuma jer...)

Korg msti suda jelas mengenai 'perang mental'. Bahaya tau actually perang mental. Sungguh halus. Musuh tak perlu susah payah yg bekerja keras. Diorg just ubah mentality certain² org, dan org² yg diubah itu bakal melakukan kerja².


Tgk gambar kat atas, black to move. King hitam dah kire hopeless kan? tinggal sensorg. namun, KATAKAN, king hitam ada advantage utk menyerang mental salah sebuah catur putih dan menjadikannya catur hitam. Korg rasa, king hitam akan serang mental sapa supaya dier boleh turn the table around dan mendapat kemenangan instantly?

Kalau anda mendapat jawapan yg betul, sebaik sahaja king hitam mengubah mentality buah tersebut, king putih terus kalah. Lihat. tak kisah la betapa kuatnyer negara itu, kalau mentalitinya lemah; walaupun berdepan dgn lawan yg kecil, anytime sesebuah negara itu diguling dan digiling mcm cili boh. tak dak apa lepas tuh!

Bagi aku, aku labelkan King sbg pemikiran. King kepunyaan aku merupakan pemikiran aku, dan begitu juga sebaliknya. Yup.. aku perlu menyusun strategy utk mempertahankan pemikiran aku. al-maklum lah, duk negara org, dr bgn tido sampai tdo balik, 24/7 kene serang je.. kesian jugak kat kawan² aku yg King mereka itu telah di'capture'.. takkan aku nk duk diam ye tak?


sekian..



p/s: What's your 'King'?




**jawapan; King hitam serang mental queen putih C8.

dalam siri ini:
The Pawn

5 comments:

nu-hja said...

assalamualaikum,
sebijik mcm adik sy, pantang kalah dgn abah, nnt mesti dia jerit2 kata tak adil la, -_-"

lain kali terima je laa bila dh kalah, ye adam? :P

hahahaha, pening baca XD
tp yg xsangka tu, lemah jgk King ni, sbb selama ni ingt dia la yg paling 'power', huhu.. skali lg, sy dh slh sangka.

Simon Malik said...

waalaikumsalam

hehe.. sori la kalau terpeningkan para pembaca.. kalau ada nk tny somthing, boleh jer.. ^^

Niealex said...

haha.. sangat pening kut. i paling tak reti main chess. pakai chess tu buat dam aji bleh la. =P

*sungguh rajin la kamu explain pasal chess. semangat. x_x

Adi said...

salam adam,
mungkin nanti bila adam nak cerita psl buah 'castle', boleh la adam cerita psl special move castling yg melibatkan king.....king boleh 'bergerak' dua petak sekali dlm permainan dlm move nih, so worthwhile la sikit cerita 'hukum hakam castling' nanti.

Simon Malik said...

wasalam..

thx abg D pasal idea nih. insyaAllah lepas nih adam akan teruskan dgn castle.^^