Monday, 9 February 2009

Gelak besar diorg

assalamualaikum wbt

hari ini aku takde kelas. prof yg kitrg aim tak buat mogok boleh buat mogok pula arini. masa datang tadi, takde org pun kat Uni. ada beberapa puntung je kat pintu depan. dgr cerita sok pun Uni kat buat Bloqué totale (total blockage). so esok mcm takde kelas juge.. diorg buat blockage ini sbb nk buat manifestation. nk berarak reramai kat jln.

tapi for sure satu benda yg aku tau. diorg kalau buat mogok n tunjuk perasaan, nampak elok je.. yg duk pecah kereta pecah tingkap tuh, jenis actually suka² nk join je. huhu.. then org² yg buat tunjuk perasaan nih akan buat mogok. tak gi kerja.. tak mengajar.. tak meniaga dan sebagainya..

Aku balik umh n bukak la blog org yg mana diupdate n ada entry baru. ada satu blog nih tunjuk vid tunjuk perasaan kat malaysia bebaru nih berkenaan ngan isu politik. habis je aku tgk 9 min video tuh , aku mcm terdgr suara org gelak² seperti pencaturan mereka berjaya.

kalau nk tny aku isu nih, mmg la aku tak reti nk komen apa². but, sepanjang aku tgk video nih aku rasa semcm sebak. tak tau pasal..

mungkin sbb tak sampai sebulan lalu, kita sgt bersatu suara bersatu hati ingin menentang Zionis. tapi semalam, hati ntah ke mana suara ntah ke mana.. huhu..

jika aku letak posisi aku sebagai seorg pengatur kehancuran sesebuah negara, bila aku tgk video nih, sure aku akan tersenyum tgk. tgk perpecahan masyarakat.

jom, mari kita masuk selami sebentar minda sorg mastermind yg berpaksikan kezaliman, menyusun strategynya utk menakluk sesebuah negara.

strategy camne? erm.. structure utama sesebuah negara sudah bergeseran dgn masyarakat yg ambil kesah. biasa yg ambil kisah nih, org² yg berumur, yg dah kerja dan sebagainya. for sure diorg akan sentiasa bergeseran dan akan rosak sendiri. so biarlah aku serang org² yg 'idle' seperti students, kanak² dan org atas pagar.

so mereka yg idle nih, aku serang secara mental. aku sumbat dalam minda diorg dgn hiburan, kelalaian supaya diorg sentiasa tak ambil kisah apa yg berlaku disekeliling diorg. biar diorg hidup dalam dunia diorg sendiri.

jadi, bila kuasa perundangan rosak, tiada 'order', masyarakat buta ngan kemarahan, ekonomi mula susut, pelabur lari, pekerja tak masuk kerja, maka ini akan mmbawa kepada total breakdown. generasi muda plak duk tak amik kisah, sibuk ngan game, tv series, dadah, dan sebagainya. inilah masa utk aku serang.

ada dua cara utk aku serang. satu: total annihilation. aku hantar tentera ramai² bunuh semua org. tapi mcm mahal plak budget. gaji tentera, food supply utk diorg.. nk beli bullet, bom.. then mesti ada prob ngan kesatuan dunia mcm UN. eventho diorg pun aku kawal, tapi tak effective sgt la and boleh bawa kesan kat aku gak.. so aku nk pkai cara halus la. undetectable

aku train agent² aku, utk menyelinap masuk ke dalam setiap structure utama diorg mcm pentadbiran, urusan ekonomi, pendidikan, media dan sebagainya. for sure diorg yg tgh duk semarak ngan marah, bermusuh antara satu sama lain itu terima je buta² benda yg aku tawar ye tak?

agent² aku akan membasuh pemikiran diorg dan semarakkan lagi kebencian antara diorg.. setiap sel otak kitrg akan basuh nk suntik pemikiran kami. so bile dan 100% dibasuh, jadilah diorg macam kitrg. ngehehehe.. so tak yah susah² aku nk rekrut anak² muda aku masuk tentera. diorg sendiri akan melakukan kehancuran dari dalam. apa aku dapat? profit ekonomi la!!

timah ke.. emas ke.. petroleum ke.. research ke.. sektor import-export ke.. ka-ching! ka-ching! duit masuk dalam wallet aku. org yg bodah dan idle kerja utk kita. org yg amik kisah, syok bergeseran antara satu sama lain nkkan kuasa. seronok tgk org bermusuh sesama sendiri nih actually. give us org² yg zalim nih satu satisfaction yg tidak terhingga.

okeh, semua sumber kita dah sedut, boleh la kita tgk bunga api. kita pkai apa² la weapon² yg baru yg kita cipta. boleh la tgk berapa byk yg tergolek duk, berapa byk kanak yg pecah kepala, berapa byk tgn yg putus dan berapa ramai yg mati. the numbers of dead people make us 'high'.. ngehehehe..

terkejut? anda perlu terkejut. Mesti korg teringat time² kita nk merdeka dulu, bagaimana british masih mengekalkan agent²nya. Mesti korg teringat bagaimana Lawrence of arabia berjaya meracuni pemikiran putera saudi utk sama² menjatuhkan khalifah.. huhu..

yup, musuh islam seronok bila kita takde kesatuan. yg laki gelak berdekah² yg pompuan gelak gedik. dari yg kecik sampai ke tua melompat² kegembiraan bila kezaliman dan ketidakbenaran sentiasa tertegak manakala pihak benar duk berpecah belah.

so how to solve this? dalam jiwa tersirat jawapan. huhu.. kita tidak sedar bahawa dgn mendidik diri kita terlebih dahulu dan org sekeliling dgn alquran dan sunnah merupakan jalan penyelesaian terbaik... mgkn kita manusia terlalu inginkan perubahan drastik, kaedah yg kurang sesuai digunakan..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)
Surah Ali-imran

wallahualam..

4 comments:

nu-hja said...

ingtkn awk tau psl politic jgk, awk kn umpama encyclopedia :)

hurm, ade jgk info dlm blog awk ni yg sy belum prnah bace lg, tanx krna sudi mngongsi. hmm..

p/s = jgn lupa pluto sy, Encik 21 :P

Simon Malik said...

maaf, ada salah type kat dalam entry

berjaya meracuni putera saudi utk menjatuhkan khalifah.. huhu..

patutnya, berjaya meracuni pemikiran putera saudi utk sama² menjatuhkan khalifah.

sori bebyk pada para pembaca yg dah baca entry nih terlebih dahulu sblom dibetulkan. maaf sekali lagi.

Nini Marini said...

owh, video tuh eh.akak pun sempat tengok.tatau la nak rase ape, sebab akak taktahu sgt pun yg mane betul mane salah.politik memang gtu pun kan.

entahla, smpai sekarang masih duk teringat video tuh. dan sampai sekarang taktahu nak rasa apa.bercampur baur semuanya.

yang penting, kita ada masalah lagi besar.sometimes,malas dah nak terlalu fikirkan tentang masalah negara.semuanya politik,and disgusting!!

sorry2, ter'emo' di sini.=)

Simon Malik said...

to hajar:
pluto? lama lagi tuh nk jawab.. bila masuk bab sistem suria baru muncul jawapan tuh. hehe..


to kak nini:
takper². kat wotpog nk ter'emo' sedu-sedan pun boleh =)
yup yup, skrg nih sy tgk dari jauh je, maleh nk korek² dedalam lagi..