Tuesday, 10 February 2009

Di sini bermula

assalamualaikum wbt.

baik, entry kali nih ,biar aku teruskan cerita mengenai angkasa. Dr entry di bawah tajuk 'Kat mana kita actually?' , aku akhiri dgn ayat 30 surah al anbiya. so mari kita tgk sket ayat nih sblom aku cerita lebih panjang. harap korg ada terjemahan ngan korg skrg. =)

dgn nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang.

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (30)


ada dua perkataan yg perlu kita beri fokus iaitu ratqa dan fatqa. Ratqa berasal dprd perkataan Rataqa yg bermaksud, patch up, sew up iaitu 'ditampal' dan 'dijahit'. So mcm melambangkan sesuatu yg terhimpun, terlekat.

Fataq pula berasal drpad perkataan fataqa yg bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu 'dibuka', 'dibelah' dan 'dikoyak'. So mcm melambangkan sesuatu yg terungkai, terbuka..

Berhubung dgn ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata 'Langit dan bumi sebelm ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dgn itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yg dimaksudkan Allah dalam ayat ini'(1)



so actually persoalan kejadian alam sudah disebut dalam alquran dan di kaji 1400 tahun dahulu. teori big bang hny muncul pd tahun 1915 dan benar² kukuh pada tahun 1929.

hmm.. jadi bila berlakunya Big bang dan bermula kejadian pertama alam? adalah dalam 10 - 15 billion tahun dulu. (15 000 000 000 tahun!!)

mmg lama tersgt². alang encik matahari dan bumi berumur hny sekitar 5 billion tahun dulu. manusia muncul biler? lebih kurang 2 juta tahun dulu...(2)
kalau dianalogykan kejadian semua ini dalam masa setahun dimana permulaan kejadian pada 1 jan, kemunculan manusia adalah pada pkol 12.59 mlm pada 31 december!

agak² kat mana point de depart? (titik permulaaan). dari bumi, kita nampak macam semua galaxy hanya menjauhkan diri dr bumi tapi sebenarnya berjauhan antara satu sama lain. maka, titik permulaan? di mana mana! (3)

mcm aku sebut dalam entry 'di mana kita actually', Edwin Hubble mengukuhkan teori big bang pabila dia jumpa, galaxy semakin menjauhkan diri dari bumi.

so mcm mana diorg tahu diorg sedang menjauhkan diri antara satu sama lain? diorg guna prinsip doppler-effect. (apa plak nih...?)

seblom aku terang kaitan dopple effect dan penemuan fenomena ini, aku nk ajak pembaca tgk kat bawah

bila korg dgr ambulan mai, bunyi macam 'sgt bingit'. neeno!!! neeno!!! neeno!!!
bile ambulan makin jauh, bunyinya, neee..nooo.. neee... nooo... neee.. nooo.. kan? kan? haaa.. itula doppler effect.

so kaitannyer? galaxy memancarkan gelombang cahaya. dan dalam cahaya ada 7 warna. setiap warna dibezakan dgn nilai frequensi. So kalau galaxy menjauhi kita, ia bercahaya seperti kemerahan² ( nk dikatakan, semakin pnjg gelombang, semakin rendah frequence, di mana, warna merah muncul dlm spectrum kerana die rendah frekuensi)
kalau galaxy mendekati kita, ia seperti seakan² kebiru-biruan (pnjg gelombang pendek, di mana tggi frekuensi) (4) . - ah sudah.. adam dah peningkan kepala korg

berhubung dgn fenomena pengembangan alam kosmos, dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah menjelaskan,

وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (٤٧

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. (47)


dalam ayt ini, Allah menggunakan perkataan muusi'uun di mana ia berasal dari perkataan wasa-a'.

wasa-a' ini diterjemahkan sebagai to be wide, roomy, extensive yg bermaksud menjadi besar, luas. Justeru Imam Ibn Kathir dalam tafsir al-quran al-azim menyatakan, ayat ini bermaksud "Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru (langit) dan kami meninggikannya tanpa tiang.
Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. (5)

Salah satu teori big bang yg diterima pakai adalah konsep pengembangan alam. mengikut teori ini, lepas je big bang,, alam mengembang 10 kuasa 50 drpd saiz asal dan lepas tuh , proses kembang-mengembang nih menjadi perlahan sedikit demi sedikit. konsep ini diutarakan oleh sorg mamat pakar kosmologi dr Amerika bernama Alan Guth. (6)

Pada 16 mac 2006, pakar² astronomi NASA menemui bukti² baru mengukuhkan lagi teori Big Bang. diorg jumpa pada peringkat awal kejadian kosmos alam nih adalah lebih kecil dr atom. (Hoh!!). kemudian pada masa satu per setrillion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yg luas. Penemuan ini berdasarkan data² yg disalurkan oleh satelit NASA yg dikenali sbg Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. (7)

nampakkan kebenaran al quran? best kan alquran? cukup sempurna ngan fakta² sains, perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya.. namun setakat baca tak paham tak masyuk. kena paham makna sekali. n kalau paham bahasa arab lagi best, sbb membolehkan kita benar² menghayati alquran.

wallahualam..

entry yg seterusnya, kita remonter le temps (rewind masa) ke saat pertama 'Masa' dan kejadian² sebaik sahaja big bang, insyaAllah.

sekian.

Sumber Rujukan

~> Quran Saintifik:Meneroka kecemerlangan Quran drpd teropong sains;Dr Danial Zainal Abidin; terbitan PTS Millenia Sdn Bhd (1) (5) (6) (7)

~>Imagia: L'Univers terbitan Fleurus (2) (3) (4)




p/s: ada sedikit pembetulan pada entry 'Gelak besar Diorg'. kesalahan dalma entry tuh, boleh bawa kepada silap info. harap mana² pembaca yg terbaca sebelum dibetulkan, sila pergi ke comment entry tersebut. maaf pada semua..

1 comment:

Niealex said...

wah... mcm penyelidikan. siap ada rujukan. =)

*merci-arigatou for sharing~ ^-^