Thursday, 5 February 2009

cerita seorang pemuda dan bintang yg 'hilang'

assalamualaikum wbt..

pernah tak korg mendongak langit pada mlm hari, terkesima tak berkelip mata dan mulut ada terbukak sikit? mesti pernah kan? terutama time bulan penuh or time penuh ngan bintang. sure cam aman je tgk bulan walaupun pada zahirnya dier dipenuhi 'jerawat²' serta 'jeragat²' hasil dr hentaman jasad di angkasa.. hehe..

aku nk berkongsi sikit dgn korg sedikit cerita kelakar yg berlaku pada aku dikala aku tgk langit..

Kisahnya bermula dalam akhir jan/awal feb ketika aku balik dari solat isyak di masjid. masa time nk balik, aku terperasaan fasa bulan awal kat bahagian barat langit. aih.. anak bulan ke? kalau anak bulan awat beso sgt? masa nih dalam pkol 715 mlm. then aku tgk la langit. clear mlm tuh. ada byk bintang. tp yg aku kenal.. orion's belt (3 biji bintang selari, gerenti korg pun biasa nmpk) kat hujung horizon, hmpir ditutup oleh masjid.



oleh sbb di masjid fontaine ecu, solat isyak dilakukan tepat pkol 7, maka aku akan keluar masjid lebih kurang je waktunya setiap hari. maka beberapa mlm sblom hari ini, masa aku pulang, aku nmpk fasa bulan yg seterusnya tapi dgn kedudukan yg lebih tggi dr arituh. orion's belt pun semakin tggi kedudukannya membolehkan aku nmpk buruj orion (the hunter..) secara kasar

tapi oleh sebab cahaya bandar yg agak kuat, langit hanya menghidangkan bintang² besar lagi terang. so bila aku balik,dgn bantuan peta langit kat dalam bilik, aku pon try la ingt kedudukan bintang² utk membentuk buruj orion supaya dapat aku tgk buruj dgn tepatnya( secara peribadi aku mmg hanya kenal yg 3 biji tuh je).

then bila mlm ini aku pulang dr masjid. aku terkejut. apsal lain mcm je nih? kenapa boleh kurang satu bintang utk bentuk orion ini? takkan hilang kot...?

aku duk jap kat tepi, tenung langit lelama mcm org tggu duit jatuh dr langit. ok takper, balik ni tgk balik map.

alhamdulillah kat umh aku, berandanya bebetul mengadap langit. so aku boleh 'mengkaji' kehilangan salah sebuah bintang orion dr dalam rumah. mana la gi Betelgeuse nih..? (nama bintang yg hilang according pd map).. lama gak aku duduk bersila dpn pintu beranda tgk langit..
ish.. mana mungkin boleh hilang.. kalau ditutup awan.. takkan all the way dr aku balik solat. nk kata terang sgt, Betelgeuse nih antara bintang yg kita selalu nmpk even dlm bandar pun. hmm..
wallahualam.. allah dah tamatkan riwayat bintang betelgeuse kot. allah maha kuasa. dia boleh lakukan apa sahaja..

so aku pun try identify nama² bintang lain. tp tak ingt plak memandai je aku bubuh nama. hmm.. takkan nk cabut map yg aku lekat kat dinding.. erm.. ha.. dalam science et vie(majalah science&life) ada la carte du ciel pour ce mois(map langit utk bulan ini). so aku pun bukak la jilid baru majalah nih sedangkan aku terima dah 2 mggu.

sekali lagi aku berteleku dgn pintu beranda. dgn bantuan handphone aku pun tgk la map dlm majalah..

aik? aku tgh mengadap selatan nih. naper dlm map tulis nord? salah cetak ke? then aku terperasan sesuatu yg ajaib. balik masjid td mmg aku nmpk Saturn kat barat, tp asal dalam map juga barat tp bela..h.. ki.. ri.. ya allah!! aku salah orientasi rupanya!

gelak aku sorg² kat ruang tamu sambil menterbalikkan map. padan la boleh 'hilang' Betelgeuse. sbb kat langit skrg, orion terbalik! aku plak boleh memandai pikir buruj takkan terbalik, kepalanya sentiasa kat atas. huhu..

ini la bahananya org yg tak cukup ilmu nk buat sesuatu.. hehe.. konon mcm ahli cerap bintang la kononya td.. hehe

so hari ini aku berkenalan la dgn bintang² lain bernama Bellatrix, Rigel, Aldebaran ( dlm buruj taurus) dan Sirius (dlm buruj Canis Major). alhamdulillah.. kalau ada rezeki lagi, aku berkenalan dgn bintang² yg lain.



seronok juga tgk langit mlm kekadang. dah aku asyik ketuk batu, bergelumang ngan selut pasir dan sebagainya, nk gak aku teruskan minat aku pasal angkasa. ye la kan, tiada satu pun ciptaan Allah di alam ini sia². mcm bintang, Allah jadikannya sebagai kompas utk pengembara dan pelayar sebagaimana yg disebut


Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. (97)
surah al-an'am

kesimpulanya, kalau langit cerah di mlm hari, luangkan sedikit masa utk berkenalan dgn bintang =)

wallahualam..


p/s: teringat masa kecik² selalu cerap bintang ngan mak.. huhu.. rindu bonda..

8 comments:

fanramli said...

salam.

hallaaaaa. sweetnya, cerap bintang ngan makkk.

haha.

awal² entri, aku tak paham dgn terperinci apa yang kau cuba buat. apa yang aku paham, ada satu bintang hilang sbb kau salah orientasi. l'essentiel est là. payah bercakap dgn org geologi ni. segala tentang bumi, dia pakar.

aku kenal tanah pun baru nak mula ni.

aku ada cerita tentang bulan.
bulan dan matahari.

hakikatnya, matahari itu lebih puissance. memancarkan cahaya sendiri.

bulan tugasnya memantul saja. rupanya pula berjerawat.

tapi, manusia tetap agungkan sang bulan.

begitu signifikasi. perumpamaan dari tuhan.

kau faham ke apa aku ckp ni?

manusia itu lebih cenderung kepada yang indah dan yang asyik walaupun sudah maklum ada kecelaan. (hiburan, gaya hidup bebas ; cthnya.)

yang lebih kuat, yang lebih benar, tiada pula diendahnya. (gaya hidup islam, cthnya.)

tiens tiens.
je commence à crapping.

Simon Malik said...

wasalam

takde la ada pakar semua sekali.. surface je..

actually awal` aku nk citer gak pasal bulan di mana bulan di samping mengalami perubahan fasa, die takkan berada kat tmpt yg sama di waktu yg sama. boleh terluper plak..

hoho.. analogi yg menarik. thx berkongsi ngan kitrg di sni. jzkk

Fatehah said...

Hoho, kire ko tw gak ah psl bintang2 ni.org nk detect p0n susah.tp serious best tenung bintang mlm2.time 2 rase alam ni penuh ngn misteri.( mengelamun actually,hehehe), weh yg pling terang kte tgk 2 ada nme ke weh?

Simon Malik said...

bintang yg paling terang kita leh tgk ialah matahari. hehe..

erm.. nama² yg aku sebut dalam entry antara bintang yg terang kat langit. ada lagi actually..

mcm Betelgeuse tuh, saiz die 800 kali ganda dr saiz matahari. so die antara yg terang di langit mlm. =)

nu-hja said...

SUKANYAAAAAAA !!!!!!!!
ni topic paling fav kalau masa science darjah 4-6 !!! tulis la lg, nk brknalan dgn diorg niyh ^-^

Simon Malik said...

HoHo.. takde la pasal semua. berjuta² bintang kat angkasa tuh. kalau kumpul semua, jumlah diorg melebihi jumlah butiran pasir di pantai.

(eceh.. ayat berseni plak kuar..)

Puding Karamel said...

ilmu geology, pertanian, tart nenas, agama, tambah lagi,ilmu bintang ^^"
pengtahuan alam yang hebat!ohoho

menarik juga ye.sy tau orion belt, dan dah berpuas hati.haha...
memang luas betul ilmu allah untuk dterokai.

JZKK atas perkongsian.
semoga ilmu anda bercambah dengan rahmatNya

Simon 'Adam' Malik said...

segala puji bagi tuhan.. dan Hny dia empunya ilmu yang hebat..

true. yang bestnyer, ilmu Allah is unlimited dan ia mengingatkan padasiapa yg patut kita sembah

waiyyaki.