Wednesday, 11 February 2009

Bila aku mencari buku, buku lari dr aku. Huh!

'Ini mesti perkataan yg penting. Selalu jer muncul!'


assalamualaikum wbt..

aku berada di lab Uni skrg.. mengisi masa lapang selama sejam. arini ada satu la pelik berlaku di dalam dewan kuliah sebelum kuliah bermula. ada sorg antara kami mmbuat speech kat depan pasal mogok yg dilancarkan bebaru nih. aku actually takde la amik pot sgt mogok yg diorg buat nih, sbb kalau mogok tandanya cuti free.. tapi dari speech yg kawan aku kasi nih, aku boleh rasa mcm kesian plak budak² lain.

actually para pendidik kat Uni dah lama tak puas hati dgn Gov fr. sejak tahun lepas lagi. tahun lepas, gov tidak mahu lagi mengawal pusat² pendidikan awam kat france nih termasuk Uni. kirenyer diorg nk swastakan la. so maksudnyer, Uni perlu cari dana sendiri utk research, maintainance, tenaga pengajar, penyelidik dan sebagainya. so mana diorg nk cari dana? biasanya dari yuran pelajar dan dr syarikat² penyelidik di France.



yg menjadi tak puas hati adalah, cara ini bakal 'menghapuskan' Uni² yg bersaiz kecil seperti di Franche-Comte. ye la kn, mestilah syarikat² nk sponsor Uni² yg besar dan popular. so mcm Uni yg kecil² nih dianaktirikan dan terpaksa bersaing dgn 'big-guns'. dah la kecik, tak cukup tenaga pengajar plak tuh.. huhu.. mengingatkan aku ngan sekolah aku je dulu yg serba daif.. sbb sekolah separuh dana dr kerajaan..

satu lagi effect dr meminta sponsor dari syarikat² ini adalah, secara tidak langsung, mereka akan intervein dalam pentadbiran Uni. Utk membuat satu² penyelidikan, Uni perlukan dana. so bila diorg dah minta sponsor dr mana syarikat, of cos kebykn syarikat hanya lihat sahaja pada profit. so mana penyelidikan yg tidak mmbawa profit, pasti tidak akan diteruskan. ini lari dari konsep seorg penyelidik.

so kat sini mereka perlu pilih. walau apa jua pilihan yg merela pilih, Uni yg kecil tetap tak cukup tenaga kerja, of coz syarikat ini akan membawa masuk tenaga pengajar yg hanya mengajar. hah.. tindakan ini bukan sahaja menyebabkan prof yg sedia ada tak senang duduk bahkan student juga menyirap. tindakan syarikat ini bagai meletakan satu tembok besar antara mengajar dan menyelidik. so kiranya, kalau semua prof pilih utk stay sbg penyelidik, secara tak langsung, syarikat yg sponsor diorg yg akan menentukan silibus.

so kenapa student pon terpalit gak? Tindakan syarikat mambawa masuk tenaga pengajar dr luar mcm menjadi Uni ini sbg satu 'super-high school'. benda yg diajar terikat pada domain syarikat yg membawa profit pada mereka. sbg contoh, jika Uni kami disponsor oleh sebuah syarikat korek minyak, tenaga pengajar dan silibus pastu akan tertumpu dalam cari gali sahaja. tiada lagi update dan info dari dunia penyelidik dalam perkara lain. jadi jika, seseorg pelajar itu lulus University, dier terpaksa bersaing utk dapatkan kerja kerana kelulusan itu terhad pada certain² domain.. plus tak syok rr tau satu benda je..


'Pulangkan Prof² kami'

actually di france, seorg penyelidik perlu publish 2 kajiannya dalam masa 2 tahun. kalau tak berjaya membuat demikian, ia akan dilabel gov sebagai 'non-publié atau dgn cara kasarnya, 'pemalas'. mmg benar ada diantara penyelidik yg tidak mampu utk mengeluarkan publish dalam tempoh yg ditetapkan. ini kerana dalam tempoh yg sama mereka juga mengajar. akan tetapi, kbykkan kajian mereka begitu menyerlah sehingga baru tahun lepas, ada penyelidik france yg menerima hadiah nobel. di Uni kami juga berlaku. ada seorg penyelidik math, yg kajian nya mengambil masa 3 tahun, tapi penyelidikannya itu sgt² hebat sehingga diguna pakai utk kajian² lain. namun dia dilabel sebagai 'non-publie'. jadi adalah satu 'penghinaan' bagi para penyelidik apabila diorg dilabel tidak 'bersungguh²' oleh gov..

(nih aku tak reti translate, hehehe)

so bara² ketidakpuasan hati ini terbakar apabila gov meniup angin yg sarat dgn Oksigen bila diorg juga tidak mahu membayar 'waktu mengajar tambahan pada para prof'. mana tak bengang diorg. so diorg pun tak nk buat kelas tambahan yg biasanya kelas praktikal kat Uni.

so yg jadi mangsanya adalah student juga. student kat france nih, secara peribadinya aku ckp, diorg sgt matang dan berdikari. diorg nk masuk Uni perlu cari duit sendiri la yg mana tak dapat result yg bagus. yg bagus² pula, biasanya tak mampu nk bayar yuran grand-école atau Uni besar yg tggi. so diorg terpaksa pergi yg kecik² nih..



jadi, diorg nih sgt² la bengang kalau takde kelas. ada satu hari tuh , aku lepak ngan beberapa org kwn dlm library, setelah ada kelas yg batal last min. diorg dah smngt nk belajar dah. tp semangat mereka terpadam kerana prof tak buat kelas huhu..

tahun lepas, gov ada menambahkan lagi waktu belajar dan sebagainya di dalam sys pendidikan france. Uni juga tak terlps dr keputusan ini. dahla prof kat Uni kena ngajar+kaji, mmg tak menang tgn diorg.

'Kita perlu bykkan English, bykkan sukan, bykkan sejarah seni, bykkan penulisan, bykkan pengiraan mental, bykkan informatic, bykkan pendidikan sivik, bykkan lagi kelas tambahan dan kurangkan waktu kelas sbtu pagi'

'..dan lebih keajaiban, kan?'



so mcm gov macam bebetul 'memaksa' prof+penyelidik utk memilih kritirea diorg. diorg pun manusia gak. diorg ada keluarga dan sebagainya. apa yg aku lihat kat Uni aku, setiap prof aku adalah penyelidik dan mmg betul passion diorg utk menyelidik. tak kisah la bende tu bawa profit ke tak. whats in their mind is the value of knowledge and to let everbody know bout it. tapi diorg tak pernah lupa pasal family diorg. kalau aku masuk pejabat diorg, mesti ada gambar² yg anak diorg lukis, gambar family dan sbgnya yg berkaitan.

Malang sekali mereka diperlaku sebegini. namun apa jua keputusan yg diambil oleh merela, ia pasti akan memusnahkan institusi pendidikan yg bersaiz kecil ini mcm Universite de franche-comte.


'Pendidik yg memberontak masih lagi berhimpun utk membantah politik pendidikan kita.'

'Ya.. Saya dapat rasakan kehadiran mereka. Matlamat kita akan tercapai
The force is with me'


jelas kan kenapa capitalisme tidak membawa manfaat dan keadilan? huhu..

kenapa aku berapi² tulis entry pasal nih? ntah.. aku sebenarnya terkesan juga dgn mogok² nih. sem 4 perlu byk menghafal dan kepahaman utk mengaitkan antara sub²-subjek. tak best la blajar sekerat jalan n sikit² nih.. exam tetap ada, tp takat prof ajar je la. best tu best gak sbb sikit jer perlu study.. tapi.. nnti dah kerja, aku terkapai² tak tau.. huhu.. then kalau mogok ini sampai tahap 'tutup Uni', sem aku akan habis lewat. dalam jadual prevu tgh bulan May. huhu.. naseb baik tiket tahun nih boleh claim.. kalau tak, aku pening aku nk pilih tarikh..

sekian..

p/s: nih apa yg aku paham kenapa prof buat mogok. yg mana salah info or tambah.. silakan.. jgn memalu.. nk kongsi prob institusi kat msia pun takper.

9 comments:

fanramli said...

salam.

aku serious tak ambik pot. bukan tak mahu, tapi tak faham. voilà.

pastu, kalau kau nak tau, kat le havre ni, IUT ktrg terbahagi dua. satu kat ville haute satu kat ville basse. tapi kat ville basse ni ada 3 je course. genie civil conquer 70% iut ville basse ni. aku sorang je kat sini. malaysian lain kat ville haute.

pastu, byk kali jugak, budak² malaysian kat sini tiba² takde kelas sbb greve. tp aku ada je. kelas bejalan spt biasa.

mcm, mentang² ktrg kt bwh, tak diconcern langsung. greve kali ni pun mcm tu. tp baguslah. aku tak payah ratrapper ari sabtu. haha.

aku setuju lah dgn yang kau stated tu, budak sini, walaupun umur baru 18/19/20, diorang keja nak carik duit poket sendiri.

kawan aku penah bengang dgn kawan aku lagi satu sbb dia keja utk dpt laptop sendiri tapi kawan aku yg lagi satu tu dpt laptop hadiah bac pastu ckp besar.

haha.

mase tu agak lawak.
tapi aku termalu sendiri.

amat tak independant aku ni, ok.

Faiz0707 said...

Salam..kesian dkt profs..dan lebih kesian dekt stdents..jadi mangsa keadaan..sedar2 la gov france..penat dah duk layn greve..merci =)

-fiRd- said...

Salam Adam. Saya firdaus, dari malaysia. Skrg ada kat Nevers. Buat internship.
Hope dpt kenal lebih lanjut.
Wasalam
-krausers87@gmail.com

Simon Malik said...

to fan:
wasalam.. (sekali lintas mcm aku jawab salam peminat² plak..hehe)

jgn cakp cam tuh fan, kalau ko tak independent, ko tak pilih utk study sensorg kat iut ville bas tuh, kan? kan?

to faiz:
wasalam. a'ah.. korg still takde kelas ke? nih ktrg still ada TP, prof nyer ada, tp tak ngajar. dier kata belajar tgk batu sendiri.. huhu.. de rien

to firdaus:
wasalam. ooo.. nih la kawan yg chem sebut² tuh. boleh². takde masalah. XD
biler cuti? mcm nk gi sana la..

anumz sarah said...

Salam adam,
serious betul entry kali ini. X sangka sampai mcm tu pendidikan di Uni sana. Cabaran betul. Kami di sini sampai manja mengada. Apa nak bagi ttp x tahu menghargai. Mcm2 kes pula. Aduh,manusia mmg begini. Once dah lost,baru nak appreciate. Ganbatte adam san!(Sy x tahu French tp jepun n arab sikit2) Oh ya,syukran utk bonne chance itu. (wah...br belajar satu perkataan baru dr kamu...^^)

warungkampung said...

bro,kalo dpt tuliskan skali translation utk kartun2 tu bes gak. leh bdk melayu yg tak belajar di perancis gelak ketawa sekali.
thanks!:)

nu-hja said...

assalamualaikum,
isk, terharu part prof ltk lukisan ank kt ofis ;(
mmg tak ptut la gov kt FR ni, boleh pulak cmtu. Xpke pnjg btol.

Simon Malik said...

to warungkampung:
sudah diletakkan bro. =)

to hajar:
waalaikumsalam. a'ah. terperasan masa buat kelas one-on-one ngan prof.
huhu.. diorg pikir duit je actually..

Niealex said...

korang dah la geology kan.. kalau tak buat kelas, pengsan jugak la kalau nak belajar sendiri.

haish.

kene pilih gov. baru la France. apa penyebab gov buat perangai mcm ni kat profs?

wakaranai na.. kat japan mmg susah nak mogok2 ni.

*teringat kat greve bas besancon last year.

haish.(lagi..)