Friday, 27 February 2009

February Story

Assalamualaikum wbt



hari ini hari terakhir bulan feb. sok akan masuk bulan mac, makin rapat ngan tarikh yg exam datang menimpa², makin dekat dgn tarikh nk balik msia (yea!) dan tak lupa juga makin dekat ngan tarikh, waktu dan saat kita di panggil Allah awt.. =)


dah dua kali aku hutang cerita bulanan. sori tersgt².. kesibukan melanda diriku ini hingga tak sempat nk wrap up main story and events of the month. so dgn waktu aku aku berjaya selit²kan nih, aku nk terus cerita bulanan seperti biasa. (suka benor buat penulisan bersiri.. huhu..)

pada awal bulan, suasana di Uni agak tidak senang. sebagai sedia maklum drpd entry² sebelum nih, diorg melancarkan mogok tak mengajar kerana tidak setuju dgn dasar penswastaan institusi pendidikan. Entry terlibat:

Bila aku mencari buku, Buku lari dari aku. Huh!
Untitled
Mengapa Kami Mogok?
Untitled 2


Oh ye, dalam bulan nih gak, bandar besancon nih snow lebat! Besançon actually bukanlah satu bandar yg selalu snow dgn lebat sbb dier ada micro-climate tersendiri. disebabkan france di landa ribut salji pada awal bulan selama 2 mggu, Besançon juga terkena tempiasnya. aku? bukan main seronot. hehehe...



seronok biler bangun pagi bukak tingkap, 'eh?? snow!!!' Minta maaf aku mengatakan aku sgt teruja dgn snow! hehe.. so biasanya kalau ada new-fallen snow, aku akan bersiap mcm nk kluar rumah, then aku akan ke park kecik utk amik gambar. hehehe..

Bagi seseorg yg dah duk france dekat 3 tahun, aku takleh nafikan yg aku minat giler snow! kalau snow turun, aku doa dalam hati, turun la lebat lagi... arituh dah lebat pun, aku nk lebat lagi! hahaha!!

Minat aku kat snow nih mgkn sbb aku minat musim snow. aku suka berada kat tanah lapang yg ada semata² snow. macam satu kesucian tidak tertakrif. then kalau time memalam, suasana akan extra sunyi dgn adanya snow. aku nk je duk kat taman memalam buta time snow, tapi tak kesampaian. naya je aku tak gi kelas soknyer. hehe..

kalau diikutkan hati, dah lama aku subat²kan snow dalam sarung bantal, bawak balik umah n peluk time tido! (kalau salji tak sejuk n berair la..), hehehe...^^
tak sememangnya aku tersgt²²² suka salji (udah² la tuh). aku kalau nmpk salji yg dah kene pijak or dah kotor akau mcm.. 'alaaa....' aku pijak salji gak? mmg la. tpi aku akan pijak kat bekas tapak kaki yg sedia ada, especially kat park, taman or tanah lapang. hihi..






oh ye, kalau ada praktikal kat artic ke antartic ke, kalau diizinkan Allah, aku akan pergi. (kemaruk salji adam nih rupanya...). actually bukan hanya salji, tapi suasana musim dingin tuh sendiri. selalu kasi aku this undescrible feeling. tak tergambar oleh mataku, tak tergambar oleh telingaku, dan tak tertaksir oleh otakku.

aku ada semput tak leh gi artic? hehe.. pakai baju tebal² sudey! =p


kan aku pernah cerita Uni aku nih kecil tak lah grand mana kan? hehe, think again when it combine with nature:








then pada minggu terakhir bulan nih, aku kne demam tonsil. aku ada cerita dalam entry sebelum nih [link] . Sekaranga alhamdulillah, aku dah start get back in-shape. cuma still kepala mcm sakit² kalau pressure or terlalu lama bersejuk. hehe.. oh ye, tonsil dah mengecik, mata² mereka pun dah hilang. tapi diorg still sensitif. huhu.. nk kene pujuk slow² la diorg. huhu..

dan pada hari ini, aku akan memulakan kembali semangat 'Mengembara'. Sem lepas aku tak semangat nk travel. so mcm sem nih aku nk travel sket. tak per. mula yg dekat² dulu. so nk ke mana kita? aku hari ini akan ke Tours lawat sahabat² kat sana. next destination? tak tau lagi.... balik biler? pun tak tau lagi... hehehe.. biler tiket pergi je, tiket balik tak beli. ^^

InsyaAllah, kalau ada umur yg panjang, kita akan berjumpa lagi. maaf jika penulisan aku ada menyinggung perasaan sesapa, menyusahkan pemahaman para pembaca sbb tulis meleret², tidak colourful, atau terpaksa baca berulang kali sbb BM adam dah tak betul. sekali lagi ampun dipinta dari aku, Adam Md Shah ^^

sekian




p/s: Seronok mengembara nih! tak caya test la sendiri. duit, aku tak gerenti. hehehe...

Wednesday, 25 February 2009

A small history of 'Tekak Raja'


assalamualaikum wbt

pada hari ini, sakit yg aku dapat ari ahad lepas makin reda. boleh je aku gi kelas td, tapi mcm bdn suro aku duk rumah plak. so dari aku terlebih dose of tidur, baik aku cuba² fokus on buat kerja type blog or somthing. nk test boleh fokus ke tak kalau datang sakit kepala? kalau datang, brapa lama aku dapatkah aku resist paracetamol yg diberi seperti dahulu sehingga bertimbun² painkiller ini di dalam peti ais umh aku di msia? huhu..

ok ok, para pembaca mesti nk tau aku sakit apa. aku demam tonsil. bende kecik je kan? tapi bagi aku bende nih besar, sbb ia berjaya mematahkan keegoan aku utk tidak pergi ke klinik bila sakit sepanjang aku di france. secara pendeknya, semalam merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam sebuah klinik di france, memakan ubat buatan france dan yg paling best, first time in mylife gi klinik persendirian! haha.. masih lagi bende kecik? =p

aku mcm nk citer sket plak my medical history alang² time aku sakit nih, if u all dun mine la. al maklum la, biasanya time² aku sakit duk tak bergerak atas katil tu la, byk memori² sejarah yg lama disimpan dalam otak mula muncul balik. alang² masih lagi fresh from the oven, apa salahnya aku kongi sket². hehe.. 'sihat sebelum sakit', ye tak?





aku tak ingt plak sakit pertama aku yg aku terpaksa jumpa doktor, ye la kan, kecik² mana sgt ingt. tapi yg pastinya, around 1990 aku pernah dimasukkan ke hospital sebab bronkitis (radang peparu tak silap aku). aku tak pernah ingt satu benda pun pasal hal nih. cerita pasal aku masuk hospital pasal sakit nih datang dari mulut bonda aku. aku apa yg aku pasti, masa aku tadika, aku akan tak pergi sekolah sekali sebulan, biasanya ari senin, utk ke hospital (bahagian pakar kanak²). aku kecik² mana la tau aku sakit apa. aku ikut je la cakap mak aku kan? ada la diorg timbang berat, ukur tggi, jumpa doc.. oh ye, around time nih la 'inhaler' menjadi teman rapat aku. hasil bronkitis itu aku mendapat lelah. aku kecik² tak reti sedut, kena ada alat bantuan kalau nk pkai. hehe.. ngada²... ada juga ubat² lain, tapi aku tak ingt apa. yg pastinya semuanya dalam bentuk cecair. kenapa? sebab adam tak reti nk telan pil! hehe.. ngada² sekali lagi..







teman rapat dr kecil, nasib baik dier tak kawan ngan aku lagi skrg.. XD


masuk dejah 1, pada pertengahan tahun 1995 kalau tak silap aku, itu la kali terakhir aku perlu gi ke bahagian pakar kanak², aku ingt lagi doc cakap ngan aku 'tahniah adik, lepas nih adik tak perlu datang lagi' aku angguk senyum tak paham. sbb aku aku kecik² anggap bahagian pakar nih tmpt pesakit luar! hehehe.. namun ceritanya belum berakhir..





mmg benar setelah aku mula alam sekolah rendah, aku dah jarang athma sebab aku masuk kelab taekwando. tapi satu lagi penyakit yg allah beri kat aku. iaitu 'super-sensitive tonsil' (saja nk exagerate)

aku ingt lagi, aku berada di sebuah klinik kerajaan utk pesakit luar bernama klinik anika (sesapa duk klang tahu kot klinik nih). Klinik nih nk kurangkan jumlah pesakit luar kat hospital tengku ampuan rahimah. aku dan bonda sampai skrg gi tmpt nih nk ambil ubat. ala, kan tak yah bayar apa². kalau hilang kad atau pendaftaran baru cuma bayar singgit je! takde standrd or no-class? hehe.. actually tmpt² sebegini yg byk mendidik aku pasal 'the true side of the world' =)




ok ok balik kat cerita aku, doc yg rawat aku tuh lelaki, bonda teman aku. aku plak bawak salah satu mainan kesukaan aku utk bersuka ria di dalam alam fantasy (model plastik F-14 Tomcat berwarna kuning! ntah mana la gi menatang nih..) doc tuh cakap aku demam sebab tonsil aku bengkak. mak aku tny la apa bende yg menyebabkan tonsil aku bengkak? dier mula kasi contoh, macam buah² yg jual tepi jalan, makanan yg tak bersih, dan juga tomcat yg aku bawak kalau aku suka gigit². (aku masa tuh ckp dalam hati, apa plak kne mngena demam aku ngan mainan aku nih?)





so basically aku terpaksa mengeksperimentkan diri terhadap bende² yg aku boleh menyebabkan aku nyer tonsil bengkak. so dalam pada mengeksperimentkan diri aku itu, ulang alik gak la bonda ngan aku ke klinik nih, dan aku plak duk kerap jer telan antibiotic. dah la pahit dan tak sedap.. (aku ketika masih lagi bergantung pada ubat cecair, hehehe..)

so benda yg buat aku nyer tonsil bengkak or athma, akan dimasukkan di dalam 'Adam's ban list'. antaranya, segala jenis ais krim, air sejuk berais, makanan dr gerai tepi jalan yg meragukan, buah²an kecuali dr rumah, pets yg berbulu, soft toys yg berbulu, udang, ketam, and the list goes on.. bonda yg buat list nih. aku plak mana la ingt benda² yg aku tak leh makan. so kekdg aku aku tny la kenapa aku takleh mkn sekian² (terutama ais krim). bonda ngan selamba menjawab 'ko tuh tekak raja! dah demam besok nyusahkan org!'

nota kecil: bunyi macam brutal je bonda aku nih kan? dulu kecik² lom reti pikir tak terasa, dah beso tapi still tak reti pikir panjang, aku mmg terasa la, tetapi dewasa ini, baru la paham msg bonda itu. maksudnyer, 'ko kena la jaga kesihatan ko sendiri dari awal, jgn harapkan mak atau org lain'. oh! ku sayang bonda ku!!







Masuk darjah 4, ia meningkat to the next level. dgn resdung sekali, bila time aku demam, lelah ngan tonsil bergabung. So kalau aku demam lelah, aku akan dapat batuk selsema, kahak dan hingus serta tonsil merah di dalam satu package of sickness, dan kalau aku demam tonsil aku akan dapat demam n sakit kepala, tonsil besar n merah somtimes ada tompok putih, batuk dan selsema sekali dalam satu package of sickness. menarik tak?
so masa aku skolah rendah, mmg selalu je la gi klinik anika amik ubat. secara tak langsung juga aku tak pernah dapat kedatangan penuh time sekolah rendah. maka bermula juga time² itu, antibiotic, ubat batuk, paracetamol menjadi element utama di dalam peti ais rumah kerana diorg ada je sepanjang tahun. kenapa? dah adam nih asyik sakit jer, kan dier tekak raja? =p



hehe.. actually time sekolah rendah aku selalu aku nahas sendiri. ye la, mana leh resist the temptation kat kantin sekolah macam cold-aised sirap masa time panas? atau tembikai merah or betik? or Mat Kool ais krim? hehe.. memang naya la..



so rasa sedap bende² itu dibayar dgn rasa ubat yg lidah aku kecik² muak dah. sampai warna ubat pun aku dah tau dah ubat apa. (ni masa aku still ngengada tak mao pil). warna merah cam sirap ubat demam (paracetamol), warna cam gula perang gelap skit², ubat batuk, tiada warna, rasa cam ais krim soda ( sedap, tp jarang dapat hehe..), ubat lelah dan last but no least, musuh ketat aku, warna pink ala² sirap bandung kunun mcm strawberry milk, antibiotic...

kedegilan aku nk ubat cecair melekat till aku form 1 or form 2. tp around akhir dejah 4, doc mula kasi aku pill gak sbb dos ubat dalam bentuk cecair dah tak cukup utk aku. so terpaksa la bonda larutkan dalam sudu kecik dan aku pula terpaksa mengharungi rasa pahit diluar jangkauan rasa..

mak tak kasi aku panadol kalau aku demam sejak kecik. die guna method kampung. kasi aku minum plain water bebayk, n kepala aku disapu lidah buaya (aloevera) utk membuang haba kat kepala. hehe.. thx mom ^^ sbb tuh menimbun² painkiller nih kat umh dulu sbb tak pakai. hehe...


n biasanya, antibiotic tuh mmg habis aku telan. ubat batuk aku mkn tapi ada je baki yg berlebihan. mgkn sebab dah lepas mkn ubat nih takleh minum air kot? huhu... bagaimana aku leh telan ubat² nih? ntah.. bonda tak pernah kerja aku utk makan ubat. mulutku setia terbuka utk menerima ubat dan ledah redha dgn kepahitan. ms aku kecik² antibiotic aku perlu amik sebiji setiap 6 jam. mak aku yg jadi nurse. so around 6 pagi, mak aku akan kejut, suapkan aku antibiotic yg die dah larut dulu, kasi aku minum air, then aku pun tidur balik.
dah masuk menengah atas, aku dah jarang sakit. tapi kalau sekali kene mmg kaw² la terutama demam tonsil. jadi perkara ini berterusan sampai la aku kat France..


aku pernah je demam kat sini, tp most of it flu, di mana, hnya demam, selsema, batuk, kahak, dan tonsil sikit je radang, tiada lelah.. so bila demam² picisan nih, aku maleh nk jumpa doc. kalau ada temperature, aku minum air bebnyk, aku telan pil minyak ikan, ngan pil vitamin B concentrated, buah perlu ambil, rehat cukup, tidak mandi mlm, tidak bersejuk.. kalau badan sesengal ke sakti kepala ke, ala biasa la tuh, dah nama pun sakit.. sengal² celah ketiak atau bahu itu normal sbb kat situ tertumpunya kelenjar² sel darah putih. so diorg tgh giat buat immunity.
biler badan aku dan mula berpeluh (petanda ada metabolisme), aku akan stop telan vitamin but still maintain water. aku akan mula go fizikal plak, cam jalan kaki gi kedai ke, lari² naik tgga ke..
alhamdulillah semua ini diilhamkan oleh allah sepanjang tempoh aku duk sakit bertahun² kat msia..

so takde la aku jumpa doc, tak datang kelas, kurang nota dan sebagainya (even tahun lpas, aku mcm dah cronik batuk n kahak, aku berdegil tak gi jmpe doc. sbb aku check kat web sakit aku, simptom penyakit disebabkan oleh virus, antibiotic hny works on bakteria je. pegi pun tara guna. so its worth hold on n not going to see a doc, hehehe...)

Dari tahun 2006, setiap demam yg aku dapat, paracetamol aku takkan sentuh. nama manja bende nih ada panadol. nk tau kenapa? masa time form 4 ke form 5, aku baru tau yg paracetamol nih cuma pain killer jer, bukan nyer membantu melawan penyakit dan placebo effect. ceh, baik tak yah makan.

sehingga la kelmarin, ego aku itu berkecai.. aku demam tonsil n tonsil aku membesar kepada saiz yg lebih besar yg aku tak pernah dapat n kedua² belah meradang, dan aku nk telan air liur pon sakit. mcm biasa, aku fight demam aku dulu ngan method 'rumah' aku. then bila kebah, aku gi jumpa doc semalam di klinik persendirian berdekatan. maka aku pun diberi 3 jenis ubat yg salah satunya adalah antibiotic.



yg hampehnyer, doc kasi aku gak ubat demam. dah la casing lawa.. aku teruja je nk telan sebijik mlm tadi. hehe.. tahan.. tahan... selagi leh tahan, painkiller nih tak yah amik.. bukan nk tunjuk kuat but ever heard of moms giving out birth without painkillers? i respect them.

oh ye, ubat yg kedua yg doc kasi menyebabkan mata aku bengkak dan sepet (simptom alergic). aku tepon doc pagi nih, dier kata tak yah amik yg kedua tuh. teruskan dgn antibiotic. yg kelakarnya mlm tadi masa aku tgk muka aku kat cermin, aku gelak sorg² sbb mata aku berubah exactly macam mata makcik aku di Alor gajah! hehe.. ye la.. kalau dah 2² parents pun ada darah cina, menjadi satu keharusan mataku boleh menjadi sepet. ^^

secara peribadinya, aku mcm dah jelak mkn ubat. dari masa aku form 4, aku seboleh² nk cover aku sakit. kalau dah dari kecik duk telan bende nih je, msti tau effect sebenar. aku rasa senang lemah kalau aku telan antibiotic. sama cam hari nih, aku rasa larat je aku gi kelas rasanya, tp body berkeras nk duk umh. yg masa aku kronik batuk tahun lepas aku rilek je fight back. aku gi minum air madu. tak lama lepas tuh mlm exam di mana aku nk peaceful sleep, baru aku telan ubat batuk. itu pun aku bawak dr msia.. hehe..


antara ubat yg aku bawak 3 tahun lps, ada yg dah expired n tak sentuh lansung. Ubat selsema je aku mkn kalau hidung aku mengalir cam air paip tp hembus tak kuar apa



so perlu diingatkan disini, perlulah kita bersyukur dgn nikmat sehat. apabila diberi sihat, gunakan lah ia secara bermanfaat. 5 sebelum 5, sihat sebelum sakit..para pembaca tahu kan bakinya itu? tak perlu aku hurai..^^

sekian



p/s: Plain water is exceptionnally delicious. try it urself. money back guaranteed if unsatisfied

Saturday, 21 February 2009

-Untitled 2-

assalamualaikum wbt

seperti yg dijanjikan smlm, aku nk cerita sikit pasal demonstrasi yg aku join semlm. Prof Petrologie menghantar email 'ugut' dan 'sinis' kat kami yg bunyinye lebih kurang 'jgn kamu berpikir oh saya takde kelas, so boleh lepak kat rumah'

masuk semlm, dah 2 kali aku join tunjuk perasaan. hehe.. sekali masa bulan januari arituh. sekali bulan nih.

Pada mulanya aku sangka mogok yg yg dilakukan kelmarin lebih kurang je mcm apa yg aku hadiri bulan lepas.

namun.. aku sungguh terkejut... sungguh keciwa.. sungguh tak sangka.. buat penat aku jer...

aku aspect, ada jerit melaungkan perasaan tidak puas hati seperti manifestation mengutuk serangan di Gaza, akan tetapi kelmarin, suasana mcm... mcm... perarakan bersuka ria..

aku pelik la mulanya, kenapa slogan² yg diorg laungan tuh berbentuk mcm nyanyian? siap ada tepuk² mcm ala pengakap.. hah! exactly mlm suasana camp fire scout



erm.. kalau korg dulu biasa gi, biasanya stiap troop akan perform tepuk atau nyanyian yg memerli troop lain dgn cara yg sopan dan sinis. sbg contoh, kalau ada troop yg dtg lmbt time mkn, ada troop yg kreatif akan nyanyi:

dia datang!
ceng! ceng! ceng!
dgn.. lenggang lengguk..nya~

dia datang!
ceng! ceng! ceng!

dgn... lapar perot..nya~


camtuh lbh kurang. so masa mogok itu hari lebih kurang la suasananya. aku pelik bebenor. lagu² rakyat diorg ditukar kiriknya kepada slogan² tidak puas hati. mgkn nk matching dgn jumlah hadirin yg rata²nya pelajar agaknya..






secara pendeknya (aku maleh nk tulis pnjg pasal menatang nih), aku spend dalam 2 jam, berjalan dalam kesejukan, kadang² jerit 'RESISTANCE' bila perlu, dan amik gambar biler perlu. huhu.. buat penat badan jer semalam. lagi ramai berbanding manifestation utk Gaza, tp yg utk Gaza tuh lagi sebulat suara lagi dan terasa semangat nk berjuang n bantu sedara-mare di Gaza. mgkn sbb aku datang nih sbb sajer² kot.. itulah.. apa yg yg kita niat, itu la kita dapat.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu


sekian

p/s: masyarakat france dikenakan tax 19.5% pada semua benda. so biler gov tak pulangkan balik duit yg diorg kutip pada rakyat, mmg la masyarakat ada hak nk mogok, kan? kalau ada yg tak paham kenapa bersungguh para pendidik mogok, boleh baca entry semalam.


p/s²: 22 feb time langit baru ada cahaya sikit² di awal pagi, lihat dimana bulan berada. insyaAllah kalau rezeki langit cerah, kita dapat lihat 3 planet dan bulan selari di langit. jupiter yg paling cerah,belah kanannya bulan yg agak² tak nmpk, dan kiri jupiter adalah marikh. Utarid diantara bulan dan jupiter. (source: Sciences&Vie n°1097)

Friday, 20 February 2009

mengapa kami mogok?

Assalamualaikum wbt.

'sekali lagi entry adam berkenaan ngan mogok para pendidik, dah takde subjek lain dah'

Mgkn ramai yg tak tau mengapa prof+students mogok bersungguh ngan gov fr. Aku memula takde la amik kisah sgt pasal hal nih, but aku actually tertarik betapa mereka amik kisahnya mengenai hak mereka dan mereka sentiasa mahu gov mengutamakan kebajikan org awam.

Penggubalan dasar² pendidikan tahun lps sememangnya menyebabkan para pendidik mula berang. jadi pada 22 jan, president ada buat sikit speech utk back-up balik kenapa dia gubal dasar sebegitu. Vid kat bawah nih ada respons pada kata² president yg byk menggunakan fakta palsu utk mengelirukan org. Actually aku tgk vid nih dlm français sbb prof kitrog tyg dalam kelas. Smlm aku terjumpa yg ada subtititle dalam english.

So jgn malu, jgn segan utk tgk balik atau pause mana² bahagian yg korg tak paham..





So, ini baru kemarahan dan terkilan para pendidik. Belum lagi dasar² yg pelik yg dilaksanakan pada bulan lepas. Dgnnya ada ecomoic burst, gov fr sedang sedaya upaya mengukuhkan ekonominya. Hasilnya, 1 pound dah hampir dgn 1 euro!! Akan tetapi tindakan gov fr yg lebih mengutamakan 'bisnes' dan neglect public services, meletopkan semua org. Maka, tanggal 29 jan 09, berlaku 'Black Thursday', di mana rakyat dr pelbagai sektor termasuk sektor pendidikan, bersatu melakukan demonstrasi besar²an.



(1:27, apa yg akak tuh sebut adalah anger, bukan hunger)

Itu adalah tarikh bermulanya tindakan agressif para pemogok. So fokus aku hanyalah pada scope para pendidik+pengkaji dan student. Sememangnya budaya masyarakat france yg suka buat mogok. Tp mogok mereka takde la sampai pecah kereta, baling batu, maki hamun sbb sememangnya mereka masih lagi rasional, waras walaupun meluap² rasa geram ngan gov (eventho mereka semua bukan islam...)

Jadi kebykkn Uni di france melancarkan counter-attack besar²an terhadap gov fr yg sengaja buta dan pekak seperti tidak melakukan/hadiri kelas, atau buat kelas diluar Uni, tunjuk perasaan, sebaran risalah dan sebagai.

Jadi di région (Negeri) Franche-Comte nih juga membuat tindakan mereka. Pada 10 feb, penuntut dan pengajar Uni di bandar Besançon turun ke bandar utk melakukan tunjuk perasaan secara aman. (still jerit² tuh ada la..)

Sebelum aku tunjuk next vid, biar kau terang sedikit sebyk penyiaran tv di france. Di france ada saluran tv utama ala tv3 bernama TF1 dimana, scope news jam 8 merangkupi semua tempat.
Akan tetapi, di France juga ada saluran Regional (saluran France 3) dimana, scopenya hny bertumpu pada region sahaja. Contohnya, jika kat msia ada saluran nama tv7 yg regional ini, time warta berita hny tumpu kat negeri masing². Tv7 kelantan, hny siar news dalam kelantan, tv7 perlis siar news dalam perlis.

So France 3 Franche-comte juga membuat liputan pasal mogok nih. (prime time diorg 730 mlm, kire diorg tak kaco TF1 punya news la).



(huhu.. sori tak dapat translate semua. secara generalnya mereka cakap sebab mereka buat greve )

oh ya, dalam vid tuh ada muka salah sorg prof kitrg yg kuat mogok. Sejak tahun lepas lagi. Dier prof geochimie kitrg tahun lepas dan paleontologie tahun ini. Seorg prof yg exceptionally good in explaining things. (dan juga gemar memancing). Beliau muncul ada mamat yg muncul pada 0:54

Seminggu kemudian (17 feb), sekali lagi tindakan University kami mendapat liputan. Kali ini tindakan departement geology dan pelajar²nya di mana, kami menyebarkan risalah² yg menerangkan pada masyarakat yg kedudukan kami terancam dgn dasar yg baru, kelas di luar Uni , dan even praktikal lab di jalanan.





Sekali lagi prof aku muncul pada 0:43 dimana ia ada lah org yg sama cuma dier tak pakai snowcap utk cover rambutnya yg serabai itu. Macam tak mandi? haha.. aku tak terkejut kalau betul. Dari pemerhatian aku, dier menjadikan University, pejabat dan makmal kepunyaannya adalah rumah utamanya. Dier begitu passionate dgn buat research. bahkan subjek paleontologie bukannya dalam bidang dier, tp dier mempunyai knowledge yg cukup utk mengajar budak.

Apa yg dier katakan ialah,' masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai perkara ini. Gov fr menuduh kami membazirkan budget yg diberi, padahal tidak. Gov juga menuduh kami, para pengkaji tidak melakukan kerja dgn baik dimana tuduhan itu juga tida betul. no 1 di europah dan no 4 di dunia.'. (sila rujuk vid pertama entry di mana france menduduki tpt pertama dalam bidang research dan industry)


Nk tgk rupa antara top student kitrg? Dier muncul pada 1:11. Dier takde lah top no 1, tp dier genius, pandai terang, pandai cakap. Actually hati aku tergerak nk korek pasal hal nih pasal dier rr bila dier kasi speech seblum kelas mula mggu lepas. Huhu.. (sepanjang aku kelas ngan dier, aku tak pernah nmpk dier menguap)

Apa yg dier sebut tuh actually mewakili apa yg student² rasa. 'kami tidak boleh duduk diam goyang kaki. Sebenarnya kami mmpunyai kesedaran politik dan ingin memprotes dasar university yg baru dan kami mahu University utk semua org. kami sggp mengorbankan semester kami asalkan kami dapat pengajar yg berkualiti yg mempunyai kemudahan yg cukup' (sori kalau aku silap translate,siapa² paham lebih baik sila betulkan ek?)

Msti korg pelik, apa significant buat kelas di jalanan atau di tmpt² awam? Ia adalah satu simbol melanbangkan, apabila dasar baru ini dilaksanakan, maka secara tak langsung universiti yg sepatutnya tmpt utk menimba ilmu (bukanya money making) dah tak wujud.



kenapa aku berapi² sgt cerita pasal mogok nih, takde kerja lain?


Actually apa yg tertarik dalam mogok nih adalah:

-masyarakat sgt lantang apabila hak mereka terabai. lantang² pun tapi takde la sampai bakar kereta, pecah kaca, baling batu dan sebagainya

-kesedaran para pelajar akan masa depan diorg di mana mereka mahu pendidikan yg berkualiti dan boleh dinikmati oleh semua pelajar (kaya, miskin,pandai, tak pandai, dalm france, luar france, mahupun berkelulusan bac atau tidak)

-pendidik dan penuntut mahu institusi pendidikan kekal sebagai satu institusi pendidikan, bukannya satu tmpt bisnez dimana University adalah 'syarikat', penuntut adalah 'pelanggan'

-tindakan mereka dalam menyedarkan masyarakat yg masih lagi tak tau kenapa mogok, sgt effectif (secara jujurnya, aku terkena gak)

-masyarakat sentiasa mengambil tahu pasal decision gov, dan memikirkan pro-contranyer, bukan terima bulat²

-ketidakterimaan masyarakat terhadap dasar penswastaan dalam certain² sektor kerana masyarakat tahu, dasar ini hny akan menguntungkan segelintir pihak dan bukannya rakyat secara keseluruhannya.

-kagum melihat ketertiban dan kewarasan masyarakat dalam menunjukkan rasa tidak setuju mereka.

-terpegun melihat tindakan² yg persistant dan membuahkan hasil dalam melawan prob ini. bukan dgn hny laungan² kosong, semangat berapi sekejap.

-masyarakat meletakkan perkara utama terlebih dahulu, dalam kes ini, kesejahteraan masyarakat dalam mengharungi economic burst.




jauh sekali kan dgn negara kita kan?



.. apa la nk jadi..




p/s:hari ini prof larang kitrg datang kelas lagi sbb ada demonstrasi di bandar. aku telah turun padang dan rasa sendiri. insyaAllah lain kali aku cerita ye =)


Wednesday, 18 February 2009

-Untitled-

Assalamualaikum wbt

Hari ini adalah hari yg agak 'eventfull' sikit. Dr aku bangun dr tidur sampai la aku start type blog nih. Of coz, each day yg kita lalui adalah unik. Tetambah plak umur kita mustahil utk meningkat setiap hari bahkan ia hilang sikit demi sikit mcm lilin yg sedang membakar diri..

Pagi ini aku disambut oleh salji tebal. Sehingga perkhidmatan bas terpaksa dihentikan setika. (baru semangat nk gi kelas). Dalam hati, boleh jer aku mengencap 40 min gi Uni dr rumah. mengenangkan salji turun dgn non-stopnya diluar, aku bertambah bersemangat nk jalan gi Uni. Biler lagi nk training nk duk artic or antartika? hehehe..



[...]dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu (ais) itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya[...]
An-Nur:43



Ntah camne semangat itu terganggu mengenangkan pula para prof yg sedang giat mogok. Ala.. prof nih dah dkt 3 kali cancel klas. Kang kalau aku menapak kang tetiba takde kelas? Nyesal jer..

So aku amik keputusan utk tak gi kelas Sedimentologie pkul 930 pagi. Mata aku terlekat dgn PC melihat update perkhidmatan bas. Sambil² tuh, aku ulangkaji sikit Statistique. Patutnya hari ini ada test pertama kami, tapi oleh sebab mggu lps dier mogok, so tak tau arini ada test tak. Tgk la camne.

then around pkol 1015 pg, aku tgk web bas, perkhidmatan bas diteruskan, cuma mgkn lmbt sampaia atau tidak melalui certain² bus stop. Alhamdulillah.. asalkan aku nk gi kelas hari ini.

kelas Histoire de Sciences (Sains History) berjalan cam biasa. Dan seperti biasa, sebelum bermulanya kelas, pelajar atau prof akan memberi sepatah dua ata pasal kegiatan mogok yg diorg buat. Masing² ada pandangan tersendiri. tapi apa yg sama, diorg tak mahu Gov Fr utk meneruskan dasar penswastaan pada Universiti².

dan yg paling aku terkejut bila aku dgr ' kamu semua tidak digalakkan hadir utk kuliah ptg ini sbg tanda protes juga. bukannya kamu akan didenda sbb tak hadir tp anda akan didenda kalau datang. prof bengang kalau ada pelajar still nk study time² ginih!'. aaahh.. sudah.. sampai mcm nih sekali ke? Kalau kat msia nih sure bebudak happy giler. ye la kan? prof sendiri yg galakkan tak yah datang kuliah.

tak cukup ngan itu 'ptg ini dalam pukul 2 ptg, akan diadakan kelas alternatif di Stesen keretapi. pastikan anda hadir beramai²' perghh!!! siap buat kelas kat luar Uni nih!

sepanjang kelas sejarah sains yg menyentuh Archimedes aku tak fokus langsung. Sebaliknya aku tetiba teringat-ingt guru² yg pernah mengajar aku di sekolah rendah dan menengah.. Diorg dah berhempus pulas mengajar kitrg. Plus bonda juga seorg guru, jadi mmg aku paham sgt kehidupan sebagai seorg pengajar.

Aku ingt la Cikgu fizik form 5 aku pernah ckp ngan aku, yg sebenarnya cikgu-cikgi nih sebenarnya dibebankan ngan kerja² yg tak sepatutnya. Rekod mengajar itu lain cerita. Tp ngan rekod pelajar yg kene update la, rumah sukan pny repot la, mesyuarat persatuan la dan tuh tak termasuk kursus² yg menyebabkan bebudak suka sebab 'cikgu tak datang'. macam kes penukaran bahasa utk subjek math n sains. guru² sure dihantar ke kursus yg mettre à niveau (standardize). Tp lihat apa jadi. Kejap BM,kejap BI. penat dan pening tau cikgu²! Ngan nk tahan karenah bebudak lagi. kalau guru itu perempuan, dia juga perlu menjalankan tugas sebagai seorg isteri dan juga ibu di rumah. Sbb tuh ramai jer cikgu² yg berenti then, dier jadi guru tusyen.

maaf kalau aku ter'emo kat sni. Tapi aku takleh kawal ke'sensitif'an aku dalam benda² yg kurang adil dan penindasan terutama pada org² yg aku sayang. Namun aku sgt respek guru² kat msia yg telah mengajar kami badge 1988. Tak kisah la guru sekolah mahupun guru tusyen. Aku tak tau cikgu² zaman skrg setanding diorg ke tak. Tp yg pastinya, cikgu² era kami mmg sah tidak setanding cikgu² yg pernah mengajar parents kita suatu ketika dahulu.



Terus aku set dalam mind aku, aku nk gi kelas alternatif tuh. biar la aku tak gi statistik (kelas sedimentologie juga cancel pagi tuh rupanya). maka dalam pkul dua, aku mengambil bas utk ke gare tuk menghadiri kelas alternatif disana. tema yg diajar. Sejarah Ireland.



tak ramai yg hadir. dalam 20 org je. tindakan ini diambil oleh para pendidik sebagai satu tanda protes. tp yg klakarnya, ada plak kes kat msia yg guru terpaksa mengajar kat bawah pokok sbb pintu pagar dikunci. mcm²..

then 30 min kemudian, Chief Gare datang utk 'menghalau' kami. apa yg aku respect pasal pak cik nih, dier boleh cakap ngan elok atau ngan lebih tepat, takde maki hamun pun. walapun terpaksa merah muka menahan geram pada para pelajar yg bertindak utk mem'back-up' tindakan prof kami mmbuat kelas diluar.

ajaib bukan? pelajar mempertahankan guru.. susah nk cari kan? Kita? bila ada guru.. dimaki, ditendang disepak. Apa jua tindakan guru mengajar pelajar tuk menjadi 'org', dipersalahkan ibu bapa. Result sekolah tak naik atau gagal maintain reputasi, guru kena sekali lagi.. haih...


Kelas alternatif terpaksa dihentikan. Masing² memahami kedudukan dan masalah masing². Masing² juga bertolak ansur. huhu..after that, semua org pulang.. Hari ini sggh meninggal kesan. Dan juga kenangan sekolah juga muncul dr segenap sel otak aku.. bunyi mcm ada siri baru je yg bakal menjelma..



sekian

p/s: setiap pendidik di france perlu bekerja 192 jam setahun. Jumlah masa wajib mengajar it tidak termasuk masa utk research atau administration. namun jumlah wajib kerja itu bergantung directly dr kerajaan. Ternyata ada Uni yg prof nyer kurang waktu wajib mengajar, dan lebih masa utk research dan juga sebaliknya. ketidaksamaan ini juga menyebabkan para prof mogok. Penggubalan dasar pendidikan france ini (pengurangan post jawatan, penambahan waktu kerja dan sebagainya) merupakan salah satu langkah gov fr utk melaksanakan dasar pensyarikatan dan penswastaan secara menyeluruh pada jangka masa panjang. Dasar ini membolehkan gov fr gain profit dr syarikat² swasta yg mmpunyai link dgn mereka dr sektor pengangkutan, perubatan, pendidikan serta mengurangkan kadar spend pada rakyat. utk pengetahuan, sektor pengangkutan, perubatan, dan pendidikan buat masa ini dibiayai oleh gov fr utk kepentingan dan kemudahan rakyat.

Saturday, 14 February 2009

The King






assalamualaikum wbt..

Kembali kita dalam siri 'The Black n White Jungle'. Sblum nih kita telah sentuh Pawn, dan entry kali ini kita sentuh pasal watak penentu kemenangan atau kekalahan iaitu King.

Teringat aku masa kecik² kalau kalah chess, boleh nanges (cememeh sungguh!). Biasanya kalau lawan ngan apak aku... Tak leh menerima kekalahan.. huhu.. ye la. Sapa tak nanges. Biler aku kalah, apak aku akan gelak evil n perli² aku.. huuu...

Dah, dah.. flash back tamat. sori sori.. Terbabas plak.

King dalam bahasa mudahnya, Raja, (Roi dlm french, nk sebutnyer, Rwa) merupakan buah yg menjadi objektif utama pihak lawan. Yup, jika musuh berjaya makan King, maka sudah terang lagi bersuluh yg anda terpaksa gulung tikar. So maksudnyer, walaupun anda masih ada lagi buah catur lain tetapi King anda telah dimakan, anda dikira telah kalah. So tak leh nk memandai kata belum lagi sbb ada lagi buah catur atas papan. Kiranya, bile king mati, yg lain dah takde semangat nk perang lagi so menyerah diri je. (memandai je aku)

Maka, apabila bermain chess, kita msti mengatur strategy utk menyerang king lawan tp pada masa yg sama mempertahankan king kita juga. Bunyi cam komplex? InsyaAllah, setelah main beberapa kali, korg pasti tahu secara automatik apa yg perlu dibuat.

King hanya ada satu je atas papan. Takleh ada 2. Kalau ada dua tuh akan bawa masalah bagi buah² yg lain utk ikut arahan. Ye la kan, kalau sorg kata kiri, sorg lagi kata kanan, tak ke payah tuh?



Berdasarkan gambar kat atas, itu merupakan tmpt initial king utk setiap pemain. Aku 'hilang'kan semua buah lain agar korg boleh nmpk kat mana king perlu berdiri pada awal permainan. King putih di E4 dan king hitam di E8

So, mcm mana king bergerak? kalau dier penentu kemenangan, sudah tentu dier ada super-power yg best². hoho.. anda silap sama sekali. King, walaupun dier penting, tp dier la yg paling sengal. Dier hny boleh gerak ke kotak yg kosong yg tidak dikawal musuh.
so actually, dier mcm pawn gak, di mana satu kotak satu langkah. Tp dier boleh gostan.



Oleh sebab, pihak lawan akan menumpukan serangan utk menjatuhkan king, maka setiap kali king diserang, pemain yg menyerang akan sebut 'check'. Ini bagi memberi satu 'amaran' pada king yg kita serang 'weh, aku tgh nk mkn ko nih, baik ko bergerak'.



Mcm gambar kat atas, pawn putih sedang menyerang King hitam. So king hitam dalam keadaan 'check' dan perlu melarikan diri. So mana dier nk lari? Hanya pada kotak yg berwarna hijau je yg dier boleh lari. Dier tak boleh lari ke kotak merah or makan pawn sebab king putih menjaga pawn dan dua kotak tersebut.

Jadi, jika permainan sampai ke tahap, masing² tinggal King saja, permainan dikira 'draw' yakni 'seri' (bukan tiang seri mahupun krim penyeri muka).

Ada 1 lagi kes utk draw. Mari kita lihat gambar kat bawah.



White to move. King putih perlu bergerak tp dier bukan dalam keadaan 'check'. Namun dier tak leh ke mana² sebab semua kotak dikawal musuh. Kesian dier.. tapi actually keadaan ini sgt menguntungkan dier. Oleh sebab dier tak leh gerak tp dier bukan dalam keadaan check, game akan di'declare' seri. Keadaan ini dinamakan 'stalemate'



So, kalau korg tiba² berada dalam keadaan dimana, buah² yg lain stuck takleh jalan, tggl king je boleh gerak. Maka korg perlu menggunakan kelicikan korg agar pihak lawan tersungkur dalam perangkap 'stalemate'. Draw lebih baik dr lose bukan? bukan kah itu lebih baik. berjuang mati²an, bukannyer menyerah kalah toute suite biler tgk kita sorg² terkontang-kanting yg boleh gerak.



jika terdapat buah catur yg anda masih boleh gerakkan (mcm kes diatas), keadaan belum lagi stalemate. nk senang citer, keadaan stalemate terjadi biler ko takleh gerak king, dan juga buah² catur yg lain.

secara amnya, semua buah² catur yg lain akan bertungkus lumus mempertahankan king nih. so kirenya kita leh label dier sbg ketua angkatan tentera atau flag bearer dalam medan perang.
Namun, kalau kita tgk sejarah kan? Masa time medieval dulu, biasanya ketua angkatan perang yg duk dibaris depan kan? Sbb karisma seseorg ketua perlu berada dihadapan bagi menyemarakkan semangat² anak buah.

Malangnya dalam chess, kalau king menonong-nonong gi depan, mmg tanda nk cepat kalah la kan? Sbb tuh pada awal game, king mcm pasif. Akn tetapi, bile papan mula tak byk buah, yg tggl cuma watak² picisan, king boleh memainkan peranan penting. Nnti aku cerita dalam bab lain.



Semua org nk jadi ketua, korg perasan tak? Kalau kat France, ada sejenis dish bernama 'gâlet de roi'. Sapa dapat potongan yg special, dier 'ditakhtakan' crown plastik. hehe.. budak² kecik suka rr. Ye la kan? Bukan ke menjadi raja atau ketua kita mempunyai populariti yg agak tggi, kuasa mengarah yg lebih besar, lebih nmpk 'up' sket berbanding org lain dan syok dapat dipuji org saban hari? Sebab tuh org sanggup jadi ketua walau apa jua cara pun. Kalau dah dibutakan dgn kedudukan, halal haram tak kisah, janji ditabur bebyk. Ending²?.. Pephm la ek?.. Pusing tang mana pun, mai situ gak konklusinya (cakap org utara plak..)

hmm.. itu kalu kita label king as org gak rr.. Tapi cuba kita jadikan angkatan catur tu sebuah negara dan king itu.. kita labelkan sebagai satu benda yg subjektif.. mcm kedaulatan.. or.. generasi muda? (eceh, macam ayat Asuma jer...)

Korg msti suda jelas mengenai 'perang mental'. Bahaya tau actually perang mental. Sungguh halus. Musuh tak perlu susah payah yg bekerja keras. Diorg just ubah mentality certain² org, dan org² yg diubah itu bakal melakukan kerja².


Tgk gambar kat atas, black to move. King hitam dah kire hopeless kan? tinggal sensorg. namun, KATAKAN, king hitam ada advantage utk menyerang mental salah sebuah catur putih dan menjadikannya catur hitam. Korg rasa, king hitam akan serang mental sapa supaya dier boleh turn the table around dan mendapat kemenangan instantly?

Kalau anda mendapat jawapan yg betul, sebaik sahaja king hitam mengubah mentality buah tersebut, king putih terus kalah. Lihat. tak kisah la betapa kuatnyer negara itu, kalau mentalitinya lemah; walaupun berdepan dgn lawan yg kecil, anytime sesebuah negara itu diguling dan digiling mcm cili boh. tak dak apa lepas tuh!

Bagi aku, aku labelkan King sbg pemikiran. King kepunyaan aku merupakan pemikiran aku, dan begitu juga sebaliknya. Yup.. aku perlu menyusun strategy utk mempertahankan pemikiran aku. al-maklum lah, duk negara org, dr bgn tido sampai tdo balik, 24/7 kene serang je.. kesian jugak kat kawan² aku yg King mereka itu telah di'capture'.. takkan aku nk duk diam ye tak?


sekian..



p/s: What's your 'King'?




**jawapan; King hitam serang mental queen putih C8.

dalam siri ini:
The Pawn

Wednesday, 11 February 2009

Bila aku mencari buku, buku lari dr aku. Huh!

'Ini mesti perkataan yg penting. Selalu jer muncul!'


assalamualaikum wbt..

aku berada di lab Uni skrg.. mengisi masa lapang selama sejam. arini ada satu la pelik berlaku di dalam dewan kuliah sebelum kuliah bermula. ada sorg antara kami mmbuat speech kat depan pasal mogok yg dilancarkan bebaru nih. aku actually takde la amik pot sgt mogok yg diorg buat nih, sbb kalau mogok tandanya cuti free.. tapi dari speech yg kawan aku kasi nih, aku boleh rasa mcm kesian plak budak² lain.

actually para pendidik kat Uni dah lama tak puas hati dgn Gov fr. sejak tahun lepas lagi. tahun lepas, gov tidak mahu lagi mengawal pusat² pendidikan awam kat france nih termasuk Uni. kirenyer diorg nk swastakan la. so maksudnyer, Uni perlu cari dana sendiri utk research, maintainance, tenaga pengajar, penyelidik dan sebagainya. so mana diorg nk cari dana? biasanya dari yuran pelajar dan dr syarikat² penyelidik di France.



yg menjadi tak puas hati adalah, cara ini bakal 'menghapuskan' Uni² yg bersaiz kecil seperti di Franche-Comte. ye la kn, mestilah syarikat² nk sponsor Uni² yg besar dan popular. so mcm Uni yg kecil² nih dianaktirikan dan terpaksa bersaing dgn 'big-guns'. dah la kecik, tak cukup tenaga pengajar plak tuh.. huhu.. mengingatkan aku ngan sekolah aku je dulu yg serba daif.. sbb sekolah separuh dana dr kerajaan..

satu lagi effect dr meminta sponsor dari syarikat² ini adalah, secara tidak langsung, mereka akan intervein dalam pentadbiran Uni. Utk membuat satu² penyelidikan, Uni perlukan dana. so bila diorg dah minta sponsor dr mana syarikat, of cos kebykn syarikat hanya lihat sahaja pada profit. so mana penyelidikan yg tidak mmbawa profit, pasti tidak akan diteruskan. ini lari dari konsep seorg penyelidik.

so kat sini mereka perlu pilih. walau apa jua pilihan yg merela pilih, Uni yg kecil tetap tak cukup tenaga kerja, of coz syarikat ini akan membawa masuk tenaga pengajar yg hanya mengajar. hah.. tindakan ini bukan sahaja menyebabkan prof yg sedia ada tak senang duduk bahkan student juga menyirap. tindakan syarikat ini bagai meletakan satu tembok besar antara mengajar dan menyelidik. so kiranya, kalau semua prof pilih utk stay sbg penyelidik, secara tak langsung, syarikat yg sponsor diorg yg akan menentukan silibus.

so kenapa student pon terpalit gak? Tindakan syarikat mambawa masuk tenaga pengajar dr luar mcm menjadi Uni ini sbg satu 'super-high school'. benda yg diajar terikat pada domain syarikat yg membawa profit pada mereka. sbg contoh, jika Uni kami disponsor oleh sebuah syarikat korek minyak, tenaga pengajar dan silibus pastu akan tertumpu dalam cari gali sahaja. tiada lagi update dan info dari dunia penyelidik dalam perkara lain. jadi jika, seseorg pelajar itu lulus University, dier terpaksa bersaing utk dapatkan kerja kerana kelulusan itu terhad pada certain² domain.. plus tak syok rr tau satu benda je..


'Pulangkan Prof² kami'

actually di france, seorg penyelidik perlu publish 2 kajiannya dalam masa 2 tahun. kalau tak berjaya membuat demikian, ia akan dilabel gov sebagai 'non-publié atau dgn cara kasarnya, 'pemalas'. mmg benar ada diantara penyelidik yg tidak mampu utk mengeluarkan publish dalam tempoh yg ditetapkan. ini kerana dalam tempoh yg sama mereka juga mengajar. akan tetapi, kbykkan kajian mereka begitu menyerlah sehingga baru tahun lepas, ada penyelidik france yg menerima hadiah nobel. di Uni kami juga berlaku. ada seorg penyelidik math, yg kajian nya mengambil masa 3 tahun, tapi penyelidikannya itu sgt² hebat sehingga diguna pakai utk kajian² lain. namun dia dilabel sebagai 'non-publie'. jadi adalah satu 'penghinaan' bagi para penyelidik apabila diorg dilabel tidak 'bersungguh²' oleh gov..

(nih aku tak reti translate, hehehe)

so bara² ketidakpuasan hati ini terbakar apabila gov meniup angin yg sarat dgn Oksigen bila diorg juga tidak mahu membayar 'waktu mengajar tambahan pada para prof'. mana tak bengang diorg. so diorg pun tak nk buat kelas tambahan yg biasanya kelas praktikal kat Uni.

so yg jadi mangsanya adalah student juga. student kat france nih, secara peribadinya aku ckp, diorg sgt matang dan berdikari. diorg nk masuk Uni perlu cari duit sendiri la yg mana tak dapat result yg bagus. yg bagus² pula, biasanya tak mampu nk bayar yuran grand-école atau Uni besar yg tggi. so diorg terpaksa pergi yg kecik² nih..



jadi, diorg nih sgt² la bengang kalau takde kelas. ada satu hari tuh , aku lepak ngan beberapa org kwn dlm library, setelah ada kelas yg batal last min. diorg dah smngt nk belajar dah. tp semangat mereka terpadam kerana prof tak buat kelas huhu..

tahun lepas, gov ada menambahkan lagi waktu belajar dan sebagainya di dalam sys pendidikan france. Uni juga tak terlps dr keputusan ini. dahla prof kat Uni kena ngajar+kaji, mmg tak menang tgn diorg.

'Kita perlu bykkan English, bykkan sukan, bykkan sejarah seni, bykkan penulisan, bykkan pengiraan mental, bykkan informatic, bykkan pendidikan sivik, bykkan lagi kelas tambahan dan kurangkan waktu kelas sbtu pagi'

'..dan lebih keajaiban, kan?'



so mcm gov macam bebetul 'memaksa' prof+penyelidik utk memilih kritirea diorg. diorg pun manusia gak. diorg ada keluarga dan sebagainya. apa yg aku lihat kat Uni aku, setiap prof aku adalah penyelidik dan mmg betul passion diorg utk menyelidik. tak kisah la bende tu bawa profit ke tak. whats in their mind is the value of knowledge and to let everbody know bout it. tapi diorg tak pernah lupa pasal family diorg. kalau aku masuk pejabat diorg, mesti ada gambar² yg anak diorg lukis, gambar family dan sbgnya yg berkaitan.

Malang sekali mereka diperlaku sebegini. namun apa jua keputusan yg diambil oleh merela, ia pasti akan memusnahkan institusi pendidikan yg bersaiz kecil ini mcm Universite de franche-comte.


'Pendidik yg memberontak masih lagi berhimpun utk membantah politik pendidikan kita.'

'Ya.. Saya dapat rasakan kehadiran mereka. Matlamat kita akan tercapai
The force is with me'


jelas kan kenapa capitalisme tidak membawa manfaat dan keadilan? huhu..

kenapa aku berapi² tulis entry pasal nih? ntah.. aku sebenarnya terkesan juga dgn mogok² nih. sem 4 perlu byk menghafal dan kepahaman utk mengaitkan antara sub²-subjek. tak best la blajar sekerat jalan n sikit² nih.. exam tetap ada, tp takat prof ajar je la. best tu best gak sbb sikit jer perlu study.. tapi.. nnti dah kerja, aku terkapai² tak tau.. huhu.. then kalau mogok ini sampai tahap 'tutup Uni', sem aku akan habis lewat. dalam jadual prevu tgh bulan May. huhu.. naseb baik tiket tahun nih boleh claim.. kalau tak, aku pening aku nk pilih tarikh..

sekian..

p/s: nih apa yg aku paham kenapa prof buat mogok. yg mana salah info or tambah.. silakan.. jgn memalu.. nk kongsi prob institusi kat msia pun takper.

Tuesday, 10 February 2009

Di sini bermula

assalamualaikum wbt.

baik, entry kali nih ,biar aku teruskan cerita mengenai angkasa. Dr entry di bawah tajuk 'Kat mana kita actually?' , aku akhiri dgn ayat 30 surah al anbiya. so mari kita tgk sket ayat nih sblom aku cerita lebih panjang. harap korg ada terjemahan ngan korg skrg. =)

dgn nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang.

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (30)


ada dua perkataan yg perlu kita beri fokus iaitu ratqa dan fatqa. Ratqa berasal dprd perkataan Rataqa yg bermaksud, patch up, sew up iaitu 'ditampal' dan 'dijahit'. So mcm melambangkan sesuatu yg terhimpun, terlekat.

Fataq pula berasal drpad perkataan fataqa yg bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu 'dibuka', 'dibelah' dan 'dikoyak'. So mcm melambangkan sesuatu yg terungkai, terbuka..

Berhubung dgn ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata 'Langit dan bumi sebelm ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dgn itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yg dimaksudkan Allah dalam ayat ini'(1)



so actually persoalan kejadian alam sudah disebut dalam alquran dan di kaji 1400 tahun dahulu. teori big bang hny muncul pd tahun 1915 dan benar² kukuh pada tahun 1929.

hmm.. jadi bila berlakunya Big bang dan bermula kejadian pertama alam? adalah dalam 10 - 15 billion tahun dulu. (15 000 000 000 tahun!!)

mmg lama tersgt². alang encik matahari dan bumi berumur hny sekitar 5 billion tahun dulu. manusia muncul biler? lebih kurang 2 juta tahun dulu...(2)
kalau dianalogykan kejadian semua ini dalam masa setahun dimana permulaan kejadian pada 1 jan, kemunculan manusia adalah pada pkol 12.59 mlm pada 31 december!

agak² kat mana point de depart? (titik permulaaan). dari bumi, kita nampak macam semua galaxy hanya menjauhkan diri dr bumi tapi sebenarnya berjauhan antara satu sama lain. maka, titik permulaan? di mana mana! (3)

mcm aku sebut dalam entry 'di mana kita actually', Edwin Hubble mengukuhkan teori big bang pabila dia jumpa, galaxy semakin menjauhkan diri dari bumi.

so mcm mana diorg tahu diorg sedang menjauhkan diri antara satu sama lain? diorg guna prinsip doppler-effect. (apa plak nih...?)

seblom aku terang kaitan dopple effect dan penemuan fenomena ini, aku nk ajak pembaca tgk kat bawah

bila korg dgr ambulan mai, bunyi macam 'sgt bingit'. neeno!!! neeno!!! neeno!!!
bile ambulan makin jauh, bunyinya, neee..nooo.. neee... nooo... neee.. nooo.. kan? kan? haaa.. itula doppler effect.

so kaitannyer? galaxy memancarkan gelombang cahaya. dan dalam cahaya ada 7 warna. setiap warna dibezakan dgn nilai frequensi. So kalau galaxy menjauhi kita, ia bercahaya seperti kemerahan² ( nk dikatakan, semakin pnjg gelombang, semakin rendah frequence, di mana, warna merah muncul dlm spectrum kerana die rendah frekuensi)
kalau galaxy mendekati kita, ia seperti seakan² kebiru-biruan (pnjg gelombang pendek, di mana tggi frekuensi) (4) . - ah sudah.. adam dah peningkan kepala korg

berhubung dgn fenomena pengembangan alam kosmos, dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah menjelaskan,

وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (٤٧

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. (47)


dalam ayt ini, Allah menggunakan perkataan muusi'uun di mana ia berasal dari perkataan wasa-a'.

wasa-a' ini diterjemahkan sebagai to be wide, roomy, extensive yg bermaksud menjadi besar, luas. Justeru Imam Ibn Kathir dalam tafsir al-quran al-azim menyatakan, ayat ini bermaksud "Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru (langit) dan kami meninggikannya tanpa tiang.
Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. (5)

Salah satu teori big bang yg diterima pakai adalah konsep pengembangan alam. mengikut teori ini, lepas je big bang,, alam mengembang 10 kuasa 50 drpd saiz asal dan lepas tuh , proses kembang-mengembang nih menjadi perlahan sedikit demi sedikit. konsep ini diutarakan oleh sorg mamat pakar kosmologi dr Amerika bernama Alan Guth. (6)

Pada 16 mac 2006, pakar² astronomi NASA menemui bukti² baru mengukuhkan lagi teori Big Bang. diorg jumpa pada peringkat awal kejadian kosmos alam nih adalah lebih kecil dr atom. (Hoh!!). kemudian pada masa satu per setrillion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yg luas. Penemuan ini berdasarkan data² yg disalurkan oleh satelit NASA yg dikenali sbg Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. (7)

nampakkan kebenaran al quran? best kan alquran? cukup sempurna ngan fakta² sains, perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya.. namun setakat baca tak paham tak masyuk. kena paham makna sekali. n kalau paham bahasa arab lagi best, sbb membolehkan kita benar² menghayati alquran.

wallahualam..

entry yg seterusnya, kita remonter le temps (rewind masa) ke saat pertama 'Masa' dan kejadian² sebaik sahaja big bang, insyaAllah.

sekian.

Sumber Rujukan

~> Quran Saintifik:Meneroka kecemerlangan Quran drpd teropong sains;Dr Danial Zainal Abidin; terbitan PTS Millenia Sdn Bhd (1) (5) (6) (7)

~>Imagia: L'Univers terbitan Fleurus (2) (3) (4)




p/s: ada sedikit pembetulan pada entry 'Gelak besar Diorg'. kesalahan dalma entry tuh, boleh bawa kepada silap info. harap mana² pembaca yg terbaca sebelum dibetulkan, sila pergi ke comment entry tersebut. maaf pada semua..

Monday, 9 February 2009

Gelak besar diorg

assalamualaikum wbt

hari ini aku takde kelas. prof yg kitrg aim tak buat mogok boleh buat mogok pula arini. masa datang tadi, takde org pun kat Uni. ada beberapa puntung je kat pintu depan. dgr cerita sok pun Uni kat buat Bloqué totale (total blockage). so esok mcm takde kelas juge.. diorg buat blockage ini sbb nk buat manifestation. nk berarak reramai kat jln.

tapi for sure satu benda yg aku tau. diorg kalau buat mogok n tunjuk perasaan, nampak elok je.. yg duk pecah kereta pecah tingkap tuh, jenis actually suka² nk join je. huhu.. then org² yg buat tunjuk perasaan nih akan buat mogok. tak gi kerja.. tak mengajar.. tak meniaga dan sebagainya..

Aku balik umh n bukak la blog org yg mana diupdate n ada entry baru. ada satu blog nih tunjuk vid tunjuk perasaan kat malaysia bebaru nih berkenaan ngan isu politik. habis je aku tgk 9 min video tuh , aku mcm terdgr suara org gelak² seperti pencaturan mereka berjaya.

kalau nk tny aku isu nih, mmg la aku tak reti nk komen apa². but, sepanjang aku tgk video nih aku rasa semcm sebak. tak tau pasal..

mungkin sbb tak sampai sebulan lalu, kita sgt bersatu suara bersatu hati ingin menentang Zionis. tapi semalam, hati ntah ke mana suara ntah ke mana.. huhu..

jika aku letak posisi aku sebagai seorg pengatur kehancuran sesebuah negara, bila aku tgk video nih, sure aku akan tersenyum tgk. tgk perpecahan masyarakat.

jom, mari kita masuk selami sebentar minda sorg mastermind yg berpaksikan kezaliman, menyusun strategynya utk menakluk sesebuah negara.

strategy camne? erm.. structure utama sesebuah negara sudah bergeseran dgn masyarakat yg ambil kesah. biasa yg ambil kisah nih, org² yg berumur, yg dah kerja dan sebagainya. for sure diorg akan sentiasa bergeseran dan akan rosak sendiri. so biarlah aku serang org² yg 'idle' seperti students, kanak² dan org atas pagar.

so mereka yg idle nih, aku serang secara mental. aku sumbat dalam minda diorg dgn hiburan, kelalaian supaya diorg sentiasa tak ambil kisah apa yg berlaku disekeliling diorg. biar diorg hidup dalam dunia diorg sendiri.

jadi, bila kuasa perundangan rosak, tiada 'order', masyarakat buta ngan kemarahan, ekonomi mula susut, pelabur lari, pekerja tak masuk kerja, maka ini akan mmbawa kepada total breakdown. generasi muda plak duk tak amik kisah, sibuk ngan game, tv series, dadah, dan sebagainya. inilah masa utk aku serang.

ada dua cara utk aku serang. satu: total annihilation. aku hantar tentera ramai² bunuh semua org. tapi mcm mahal plak budget. gaji tentera, food supply utk diorg.. nk beli bullet, bom.. then mesti ada prob ngan kesatuan dunia mcm UN. eventho diorg pun aku kawal, tapi tak effective sgt la and boleh bawa kesan kat aku gak.. so aku nk pkai cara halus la. undetectable

aku train agent² aku, utk menyelinap masuk ke dalam setiap structure utama diorg mcm pentadbiran, urusan ekonomi, pendidikan, media dan sebagainya. for sure diorg yg tgh duk semarak ngan marah, bermusuh antara satu sama lain itu terima je buta² benda yg aku tawar ye tak?

agent² aku akan membasuh pemikiran diorg dan semarakkan lagi kebencian antara diorg.. setiap sel otak kitrg akan basuh nk suntik pemikiran kami. so bile dan 100% dibasuh, jadilah diorg macam kitrg. ngehehehe.. so tak yah susah² aku nk rekrut anak² muda aku masuk tentera. diorg sendiri akan melakukan kehancuran dari dalam. apa aku dapat? profit ekonomi la!!

timah ke.. emas ke.. petroleum ke.. research ke.. sektor import-export ke.. ka-ching! ka-ching! duit masuk dalam wallet aku. org yg bodah dan idle kerja utk kita. org yg amik kisah, syok bergeseran antara satu sama lain nkkan kuasa. seronok tgk org bermusuh sesama sendiri nih actually. give us org² yg zalim nih satu satisfaction yg tidak terhingga.

okeh, semua sumber kita dah sedut, boleh la kita tgk bunga api. kita pkai apa² la weapon² yg baru yg kita cipta. boleh la tgk berapa byk yg tergolek duk, berapa byk kanak yg pecah kepala, berapa byk tgn yg putus dan berapa ramai yg mati. the numbers of dead people make us 'high'.. ngehehehe..

terkejut? anda perlu terkejut. Mesti korg teringat time² kita nk merdeka dulu, bagaimana british masih mengekalkan agent²nya. Mesti korg teringat bagaimana Lawrence of arabia berjaya meracuni pemikiran putera saudi utk sama² menjatuhkan khalifah.. huhu..

yup, musuh islam seronok bila kita takde kesatuan. yg laki gelak berdekah² yg pompuan gelak gedik. dari yg kecik sampai ke tua melompat² kegembiraan bila kezaliman dan ketidakbenaran sentiasa tertegak manakala pihak benar duk berpecah belah.

so how to solve this? dalam jiwa tersirat jawapan. huhu.. kita tidak sedar bahawa dgn mendidik diri kita terlebih dahulu dan org sekeliling dgn alquran dan sunnah merupakan jalan penyelesaian terbaik... mgkn kita manusia terlalu inginkan perubahan drastik, kaedah yg kurang sesuai digunakan..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)
Surah Ali-imran

wallahualam..

kat mana kita actually?

assalamualaikum wbt

entry yg lepas tetiba menyemarakkan minat aku pasal angkasa secara tetiba. aku sggh facinated pasal angkasa sejak kecil lagi.

bonda pula asyik bawak balik buku² pasal angkasa. aku masa tuh, standard la budak kecik, tgk gambar je tau. infonya kurang masuk. yg simple² masuk. hehe..

apa sebab aku minat space? hmm.. mgkn dr abg aku kot. die sgt minat perang² galactic+bende² futuristic. sbg contoh mcm anime 'Robotech', Star Wars.. So aku pun terpengaruh gak. Tapi aku memilih sket pasal space. contoh mcm citer² 'Alien' ke, 'Predator' ke, 'Planet of Apes ke.. eventhough ada kaitan ngan angkasa, tapi aku tak minat nk tgk. Ntah kenapa. sbb takde robot² kot. hehe.. biasa la budak kecil. hehe..

ok ok.. aku perlu hentikan hikayat aku, dan kembali pada topik.

Masa aku Semester 1, Uni ada ajar sikit pasal ilmu angkasa nih. jadi aku mcm nk kongsi² ngan pembaca. ada kemungkinan ada info yg pembaca dah tahu. insyaAllah dlm entry pasal angkasa nih, aku akan try masukkan sikit info from side readings, nota kuliah dan sebagainya. =)

Bismillah

Sebagaimana yg kita tahu, kita hidup disebuah planet yg bernama bumi, planet ke-3 dr matahari di dalam sistem suria.


kalau tgk gambar kat atas, mcm dekat je kita ngan Kejora/Zuhrah (Venus). hoho.. kat angkasa, jarak dikira dalam satu level yg lebih tinggi. (sure korg pelik, naper dlm gambar, pluto tak de? insyaAllah, nnti aku bagitau kenapa pada entry yg akan² datang)

So mcm mana diorg kira jarak antara planet? guna mesuring tape ke? hehe.. bukan².. kita guna unit, light years atau 'tahun cahaya' (gapo neyh?)

Untuk pengetahuan semua, kelajuan cahaya adalah 3 kuasa 8 m/s. (299,792,458 (exact)).

unit tahun cahaya tu, kalau nk paham, satu jarak dimana cahaya perlu mengambil masa setahun. so mcm kita ngan encik matahari, jaraknya berapa ye? cahaya Encik matahari mengambil masa 8 minit utk sampai ke bumi.

8 min = 480 saat

so darab ngan 3 kuasa 8... jauh tak? XD


satu lagi unit yg org pakai adalah Parsec. Parsec nih boleh katakan mcm unity yg terawal digunakan. Dia guna princip segi tiga.

masa aku belajar nih time sem 1, aku mcm kurang paham konnsep die tp skrg alhamdulillah phm. insyaAllah aku boleh terang semudah mungkin.

Bayangkan, korg setkan satu laser yg sgt kuat dgn sudut 1/3600° (bukan 1° tp 1 arc second) dr tanah.

sediakan sekeping papan yg mempunyai ketinggiannya sama dgn jarak bumi-matahari. (hoih! gilo gapo?). sbb tuh aku mintak bygkan je.. -_-"

letak papan bebetul depan laser. then undur sikit. sure korg akan perasan, yg titik yg laser point tuh, makin menaik bila korg berundur, betul tak?

jadi.. korg berundur.. berundur.. berundur.. sampai titik laser bebetul tepat kat hujung papan yg menjulang tggi tuh.

nilai yg jarak yg korg undur tuh adalah bersamaan dgn 1 parsec. (agak² korg paham ke?)

gambar kat atas td boleh membantu korg,

'imagenary near star'=punca laser,

1 AU = jarak bumi-matahari aka papan tadi (bulat kuning tuh matahari)

insyaAllah boleh bantu korg paham... =)



-----------------


perbandingan bumi dgn alam yg masih boleh diukur(1)
Terre(bumi), Soleil(matahari), Etoile(bintang)



dr gambar kat atas nih, kecik tak kita kat alam yg Allah ciptakan nih? tapi yg sedihnya, masih ada lagi yg angkuh pada yg Maha Besar, masih ada yg sombong pada yg Maha Bijaksana, masih ada yg lalai pada yg Maha Pencipta..

percaya tak kalau aku cakap yg alam angkasa makin mengembang? and makin mengembang makin laju lagi dier kembang? hehe.. caya la cakap aku.. =) InsyaAllah, aku akan terangkan bagaimana saintis tahu pada entry² akan datang.

actually dari pemerhatian ini, saintis berpendapat yg semuanya dulu asalnya bercantum padu dan berlaku satu letupan kuat. maka wujud la teory big bang (Bang Besar, yahahaha!!!).

Mengikut teori Big Bang, letupan tersbut berlaku sekita 12-14 billion tahun dulu. teori ini asalnya dicadangkan berasaskan General Theory of Relativity dr Einstein dan dikukuhkan lagi oleh sorg mamat pakar fizik dr rusia bernama Alexander Friedmann pd tahun 1922.
then, Edwin Hubble mendapati alam makin mengembang pada tahun 1929. penemuan ini menguatkan lagi pendapat yg alam dulunya ada bercantum padu dan diikuti oleh sebuah 'bang' besar, kerana letupan itulah yg menyebabkan pengembangan angkasa.

Akan tetapi, teori yg diorg jumpa nih, dalam al quran dah sebut terlebih dahulu 1400 tahun dulu, dalam surah al-anbiyak ayat 30

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (30)

jeng.. jeng.. jeng.. sapa kata al quran tak lengkap? tinggal pada diri kita sendiri je nk ke tak nk ambil ilmu dr quran.. huhu.. aku tinggal dulu persoalan ini pada korang. mungkin aku dah kasi cukup pening kat korg. kasi korg bebetul digest dulu. hehe..

insyaAllah, entry seterusnya aku akan sentuh berkenaan kejadian alam dan sedikit sebyk pasal teori big bang. nnti kan ek?

wallahualam..





sumber rujukan

  • Quran Saintifik:Meneroka kecemerlangan Quran drpd teropong sains;Dr Danial Zainal Abidin; terbitan PTS Millenia Sdn Bhd - Bab 16
  • Science de La Terre et de l'univers; Brahic
  • Nota kuliah dr Prof Simmonet 2007(1)


Saturday, 7 February 2009

Gaza, Palestine: Israeli soldiers shot and killed a Palestinian

06-02-2009

By Saed Bannoura

IMEMC & Agencies:

Israeli military sources reported on Thursday evening that a Palestinian man was shot and killed by Israeli soldiers near the Gaza-Israeli border. The army claimed that the man was armed, and tried to throw a grenade at the soldiers.

The Israeli Army said that the grenade exploded near the Palestinian man due to soldiers’ gunfire. The army also briefly invaded the area where the man came from and searched it, Israeli online daily, Haaretz, reported.

Israeli Ynet News reported that the Palestinian man was shot and killed when he approached the border.

According to Ynet, the man approached the Sufa Crossing before the soldiers opened fire at him, and that he was shot after he pulled out a grenade and ignored orders to stop.

Army sources reported that the Israelis need to remain on high alert across the borders with Gaza, and that soldiers were instructed to “treat any incident in which a Palestinian approaches the border fence as an act of terror”, Ynet News said.


http://www.imemc.org/article/58793

------------------------------------------------------

IOF says its troops killed Palestinian near Sofa crossing
[ 06/02/2009 - 12:27 PM ]


KHAN YOUNIS, (PIC)-- The IOF has announced that its troops killed a Palestinian man near the Sofa crossing to the east of the southern Gaza Strip at a late hour Thursday night.

An IOF spokesman said that the Palestinian man tried to hurl a hand grenade towards a group of IOF soldiers who fired at him killing him.

Local sources told PIC correspondent that the heard intensive firing near the Abu Daqqah lagoon east of Khuza'a, but had no idea what was going on.

The sources added that in the IOF troops continued random firing on Friday morning preventing local teams from searching of the body of the man who the IOF says its soldiers have killed.

http://www.palestine-info.co.uk/en/