Thursday, 22 January 2009

terubahnya paradigma

Salam

Aku sedang menghidap penyakit flu secara tetiba. huhu.. sakit kepala aku dibuatnya. mmg satu kejadian normal di eropah ketika musim sejuk. di dalam kelas, ada saja bunyi 'hidung ditarik' kerana selsema. hembusan hingus juga tidak ketinggalan. dan kadang-kala bunyi batuk juga menghias kesunyian dewan kuliah ketika menyalin nota.

Oleh sebab masalah pernafasan dan kekurangan oksigan akibat selsema, kepala aku terasa seperti ada extra weight. rasa nk lentuk je atas meja. maka, semasa rehat tghri, aku ambil keputusan utk tidak mengulang kaji pelajaran tetapi ke Computer lab utk membaca paper online. (patutnya, gi la rehat ye tak? nih la aku.. huhu..) semasa aku melayari internet, aku sengaja masuk ke web wotpog utk membaca kembali post² pada bulan ini. baru aku sedar, yg post 'ia tidak berhenti disini' agak berat sehingga aku bertambah² sakit kepala. huhu.. dah la berat, panjang pulak tuh.. sure ramai yg scroll je kebawah.. agak kiciwa gak la actually. tapi takper, aku biar je la artikel² tuh. mana tau kena kasi ceramah ke one day, ada tmpt nk rujuk, hehehe


maka aku ingin meminta maaf pada para pembaca jika artikel² sebelum ini agak panjang. al-maklum la, serangan di Gaza sebenarnya meninggalkan kesan yg amat besar atas diri aku. Sehingga aku di Uni, apabila aku terpandang seorg pelajar lelaki lain yg berjambang, rambut ada curl² sket or mata sepet².. sure terlintas 'dia ni yahudi agak nya..' gila fobia..tp skrg alhamdulillah.. dah takde dah perasaan tuh. bahaya actually ada prasangka sebegitu.
jadi aku harap para pembaca paham mengapa boleh aku berceloteh pnjg lebar pada artikel² sebelum ini..



apapun aku nk kasi sedikit 'cuitan' pada para pembaca sebelom aku masuk ke tema sebenar post ini. sebagai mana anda sedia maklum, Israel melaksanakan gencatan senjata dan berundur dr Gaza. Dgn ini, Hamas, dgn senjata² picisan, mengecap kemenangan ke atas Israel yg mempunyai tech yg hebat. Gaza cuma kecil, namun penentangan Hamas terhadap tentera penakluk sgt hebat dan Israel kehilangan hampir 80 askar, 4 tank, 1 pesawat pengintip dan sebagainya. Hamas? hny 6 syahid. kita diluar Gaza mgkn telah menganggap Gaza akan tumbang. namun itu tidak berlaku. Walaupun hampir 1120 org awam yg syahid, masyarakat Gaza sendiri tidak menekan Hamas utk mengaku kalah? mengapa? itu adalah persoalan aku kepada anda..


aku berdoa yg saudara²ku di Palestin tidak menghadapi kesengsaraan seperti 24 hari lepas. aku yakin dgn janji Allah seperti dalam surah as-saff ayt 14

[...]Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. / (14) .




Meleret² juga aku.. sori.. so apa kata aku menulis perkara santai? hurm.. aku update skit dgn para pembaca dgn semester 4 aku.

Semester 4, aku perlu mengambil dalam 8 subjek dan insyaAllah, aku akan habis semester ini pada pertengahan Mei 09. walaupun byk subjek, tetapi jadual kami tak pack. ini disebabkan subjek² kali ini byk menghafal fakta² serta nama² fossil sebagainya. sebgi contoh, pada hari khamis, kami hny ada 2 jam kelas kerana group aku tiada kelas TD mahupun TP pada pagi hari.


korg rasa ini telur dinasour ke batu?

result sem 3? erm.. percaya tak korg kalau aku ckp Admin Uni tak nk kuarkan result sbb kebynkkn prof mogok..? tak..? percaya la...

kes nya begini.. kebnykkn prof di Uni kitrg adalah Researcher+Lecturer. tapi baru² ni, gov fr meluluskan akta dimana diorg perlu byk mengajar bukan buat research. jadi, prof² kami ini tak senang duduk maka mereka pun melancarkan mogok.

fasa 1
Exam² yg kitrg ambil bulan lepas dirgo still semak. tapi diorg takkan kira markah keseluruhan. jadi kalau tahun lepas yg baru tamat master atau license, tak dapat la result on black n white. so tak leh apply kerje.. Skrg nih prof² kami masih lagi dalam fasa 1

fasa 2
Dilancarkan secara besar²an bila Gov fr buat bodo ngan gerakan mogok diorg. Fasa ini melibatkan aktiviti membatalkan kuliah, kelas serta menutup dan mengunci pintu masuk ke Uni; (giler radical). boleh berlarutan berbulan². kelas TD dan TP yg tertggh sepanjang mogok, akan diganti semula kalau Gov fr bayar gaji prof time diorg mogok. hehe.. rabak..


Jadi, apa kaitannya semester 4 dgn tajuk besar post ini? hehe.. aku actually telah melakukan satu perubahan besar pada diri aku. sebab suatu hari aku berkata, 'sudah tiba masanya utk adam mengubah paradigma'

jadi aku pun menelefon Amir muhsin, membuat appointment utk gunting rambut. hehe..



panjang rambut sebelum dipotong. boleh gigit kat depan, dan boleh ikat kat belakang



terubahnya paradigma (byknya rambut aku!!)

wasalam


6 comments:

Amir said...

HeHe kemas, alhamdulillah.

Fizikal dan kemas, kemaskan pula rohani.

Kalau rohani dah kemas, boleh tulis Terubahnya Paradigma Part 2

fanramli said...

ni kepala berat lagi ke waktu tulis?

haha.

ada typing error bro.

ps : aku rasa tu telur dinosor.
pss : moga-moga kita semua TAK akan berhenti mendidik diri seolah-olah kita sudah menang secara totaliti, kan?

Simon Malik said...

to amir..

-part 2? insyaAllah.. doakan yg aku masih mampu menulis XD

to fan..

-jzkk.. aku actually tak tau mana yg aku salah. kne bc berkali² baru nmpk kat mana.. kronik gak flu aku nih =p

telur atau tidak? kita tggu lagi 2 tekaan.. hehe

Niealex said...

haha... adoi...

no comment panjang2.. ^0^"

rafizzi said...

salam..
amacam brother adam??
ajk kumpulan explorace aku..
huhu
dahsyatnye mogok prof tu..
dahsyatnya ciptaan Allah.. unik sangat tengok batu tu..
n dahsyatnye sebab adam dah berubah imej.. lagi kemas n segak..
alhamdulillah ^^

Simon Malik said...

wasalam
sehat alhamdulillah..
mggu depan prof masuk fasa kedua kot..
alhamdulillah.. tergerak hati nk potong rambut. bukan senang nk terus pendek. lepas nih tak nk panjang² dah XD