Friday, 16 January 2009

Ia tidak berhenti disini (Part end)

Cuba kita lihat kembali brand² barangan yg perlu diboikot. Kita telah memakainya sejak kita kecil lagi. Dari shampoo 'tak pedihkan mata' johnson&johnson semasa mandi, Chipsmores dari Danone utk snack, Happy Meal McD utk lunch, Milo ketika hari sukan sekolah, tuala wanita Kotex, minyak wangi Hugo boss, barangan keperluan rumah dr Carrefour.. kita duk support ekonomi diorg tanpa sedar. Tak cukup lagi dgn itu, kita terhenjut², terlompat²sambil memegang botol Coke di konsert² , atau asyik ber'sms menggunakan Hp Nokia kerana terpengaruh dgn love story dr Disney atau mentekedarah Maggi sbb nk saving duit utk melancong.


habis penulis mahu kami menolak kemajuan, duduk di dalam gua dan meletupkan diri?

---------------------------------------------------------------------------------------------------
salam,

terlebih dahulu aku ingin memohon maaf atas kelewatan part end artikel ini.Ini disebabkan artikel terakhir ini lebih delicate dan perlu jelas apa yg aku ingin sampaikan. Kalau tidak, pembaca mungkin boleh salah faham.. huhu..ini merupakan sekadar pandangan dan pendapat aku. Diharap pembaca memberi sedikit komen dan menegur mana salah dan silap mengenai pendapat aku yg kerdil ini.

oleh sbb lmbt sgt part end nk kluar, kalau boleh aku mohon para pembaca bc balik dr part 1 agar msg yg aku nk sampaikan adalah jelas.. sori sgt..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

sudah hampir sebulan serangan Israel ke atas Gaza. lebih 1000 warga palestin syahid dan lebih 5000 yg cedera parah termasuk yg kritikal. Tidak cukup dgn penduduk paelstin, Israel menyerang Depot UN yg menyimpan makanan dan perubatan. Bangunan media juga diserang. pemimpin² dunia? sibuk buat mesyuarat, sidang, resolusi etc. namun tiada kata sepakat yg dapat dicapai. 'penghapusan etnik' yg sedang giat dilakukan oleh Israel pasti akan berulang walaupun kedua² belah pihak melakukan gencatan senjata.


jadi apakah penyelesaian terhadap masalah ini?

jawapannya terletak pada diri kita sendiri..


lihat sahaja jenama² yg mmpunyai link dgn Israel. Mesti ramai yg kata, kalau boikot stiap satu, kita hidup dalam gua lah!


Mmg benar kita memakai barangan yg mempunyai link dgn Israel saban hari. Jika kita benar² follow satu persatu ekonomi dan perdagangan Israel, kita akan mendapati hanya org asli di dalam hutan dan gua sahaja yg tidak memakai apa² brngn dari Israel.


Berdasarkan sedikit kajian yg aku lakukan, salah satu exports dan industry utama Israel adalah
berlian (diamond) yg siap diprocess. (sumber wiki, nk tak nak aku mengharap gak web nih..huhuhu). Katakanlah Israel mengawal diamond trading worldwide (mmg pun rasanya).. Maka semua berlian di pasaran akan memberi keuntungan pada Israel terlebih dahulu betul tak?


Selain dijadikan perhiasan, berlian juga digunakan utk memotong bahan² lain. Dalam industri oil exploration, kepala gerudi atau 'tricone' pada penggerudi minyak, mata pemotongnya diperbuat drpd berlian. jadi utk membuat tricone ini, berlian perlu dibeli, betul tak?


anda nmpk apa yg aku cuba sampaikan?


ini bermaksud, petrol yg kita pkai setiap hari utk bekerja, mmbeli brg rumah etc.. datang dari telaga minyak yg dikorek oleh tricone yg mata pemotongnya adalah berlian yg sumber pasarannya adalah Israel.


Walau mcm mana kita boikot, kita sentiasa takkan terlepas dari mmbeli brgn yg ada link dgn Israel. aku sungguh kecewa tempoh hari kerana baru menyedari, Quacker Oat yg aku duk mkn utk diet itu compeny asalnya adalah PepsiCo yg ditulis punya kecik di hujung kotak. huhuhu..

jadi maksudnya boikot ini tidak memberi apa² kesan? Dan jika nk betul² berkesan, kita perlu jadi org gua?

tidak sama sekali..


Seperti produk makanan dan produk² komersial, ada bnyk lagi jenama lain dan syarikat alternatif yg menjual produk yg sama. Produk tempatan juga tidak kurang hebatnya. Jadi mengapa perlu bergantung dgn jenama² seperti Coca Cola utk minum air cola yg boleh dapat kencing manis dan kerosakan gigi? Mcm Mcd or apa jua brand yg diboikot sekali pun, mesti ada jenama alternatif yg kita boleh pakai, betul tak?


bagaimana pula dgn barangan² yg masih belum ada alternatifnya?


Disinilah peranan kita sebagai generasi penggerak masa depan.. Inilah dia kepentingan utk mendapatkan ilmu dan pendidikan sejak dari lagi.



Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

surah al-alaq 1- 5

Di sinilah terletaknya kepentingan generasi muda. Apabila kita menyedari kepentingan ilmu dan kesannya terhadap ummah pada zaman akan datang, insyaAllah alternatif kepada barangan Israel akan wujud dan tidak perlu bergantung kepada sumber² dari barat.


Sebagai contoh, world leading label utk processor adalah Intel dan AMD di mana kedua²nya mmpunyai pelaburan di Israel. Jadilah menjadi tggjawab pelajar² dalam jurusan electrik dan electronik mahupun mana jurusan yg berkaitan dgnnya, utk belajar bersungguh² supaya suatu hari nnti akan muncul satu brand yg israel-free. Bukankah ini lebih baik dan dapat menjana serta mengukuhkan ekonomi kita?


Mana² anak tempatan juga boleh usahakan satu brand fastfood local yg insyaAllah setanding dgn mana² brand worldwide. Jadi, jika ditakdirkan Allah, McD terpaksa gulung tikar akibat diboikot dlm 5 tahun lagi dan dalam pada itu muncul satu syarikat local fastfood, pekerja yg kehilangan kerja di McD boleh je kerja dgn syarikat local ini, betul tak?


mustahil utk berlaku?

Mengapa sudah mengalah sebelom mencuba? Mengapa mesti jumut? Mengapa hanya tahu complain itu ini sedang diri masih belum berusaha? inilah masalahnya masyarakat malaysia khusunya org melayu.


Walau apa jurusan yg kita ambil, tggjwb utk belajar dan menguasai jurusan tersebut perlu diambil berat demi masa depan Islam tanpa meninggalkan sedikit pun apa yg dituntut oleh akidah. Inilah sepatutnya dicita²kan oleh generasi muda. Inilah sepatutnya yg tersemat dalam generasi muda. Bukannya mengimpikan rumah besar, duit byk, kereta lawa dan sebagainya, yg sememangnya berbau kepentingan diri sendiri.


Yg sedihnya di Malaysia, ramai generasi muda yg masih tidak mengambil kisah mengenai boikot lagi. siap kata, 'kalau boikot nnti, kesian bile ada org kehilangan kerja bila syarikat itu lingkup. then kalau boikot pun apa la sgt kesannya. sama gak dari tak boikot'


huhu.. nih jenis liat benor nih..


Generasi yg mempunyai potensi utk menjadi tunjang negara pula berbalah sesama Islam semata² kerana tamakkan kuasa dan popularity utk meraih undi ke Uni² yg sedang giat buat 'election'.

Musuh islam mudah sahaja mematahkan semangat menegak islam, semangat mempertahankan islam. terima kasih pada mereka yg merelakan diri mereka dijajah dan berkelakuan seakan² 'lupa' yg mereka ini dijajah.

Jadi mengapa aku seperti mengatakan walaubagaimana cara pun, kita masih berada di tampuk yg kalah? nk tau tau kenapa? Dah dari awal² lagi kita telah memilih tampuk yg salah yg sememangnya membawa kepada kekalahan demi kekalahan pada kita umat islam.

jadi apakah tampuk yg benar dan memberi kemenangan?

Sudah tentu jawapannya pd satu²nya agama yg diredhai Allah iaitu islam. Telah terbukti dalam sejarah, islam adalah adalah agama yg paling cepat mencapai golden eranya .Zaman renaissance juga bermula kerana islam. Ilmu falak,mathemathiques, algebra, perubatan, seni, perkapalan, architecture dan sebagainya, islam telah pelopori terlebih dahulu sebelom barat mencekop dan mencelup idea² ini dan mengatakan itu adalah mereka punya. (dan kita pulak duk puja² diorg dan fikir kne perlu hidup seperti mereka utk berjaya) Senang cerita, kita tak akan merasa apa yg kita ada sekrg jika islam tidak menerokanya terlebih dahulu. sebagai contoh, jika islam tidak menemui angka '0', aku tidak berada dihadapan pc sedang menaip blog. angka '1' dan '0' adalah basic language of computer programming.

anda telah tahu??

aku cuma menceritakan kisah yg kerap kali diulang²??

kalau dah tahu kenapa masih lagi duk terhegeh² follow idealistic barat dalam semua bende yg sah² bawa kepada kehancuran juga??

Idealstic mereka yg tersebar melalui movies, music, philosophies, undang² dan sebagainya, Mereka telah actually mengkaji kekuatan utama islam yg mampu mengubah dunia. Mereka mendapati kekuatan empayar islam adalah berdasarkan pada kekuatan iman.

Jadi tokoh² 'aku-tak-mau-islam-gemilang' seperti Raja Louis IX, berkata, mereka perlu menjauhkan umat islam dgn sumber keimanan mereka iaitu alquran dan sunnah, sehingga dia mewasiatkan:

“Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.”

ini bertepatan dgn firman Allah dalam surah al-baqarah ayt 120 yg bermaksud:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)[...](120)

Kalau mcm tuh, kita kene buang la semua technologie, TV, komputer dan sebagainya dan hidup mundur?

Mmg betul 'serangan minda' mereka dilakukan melalui medium² ini. Tambahan pula mereka yg mendominasi bidang komputer dan sebagainya. Tapi kita tidaklah sampai perlu menolak semua ini. Cuma yg menjadi masalah adalah, kita sendiri yg membiarkan diri kita diserang melalui medium² ini. patutnya kita menggunakan semua ini dalam hal yg berguna seperti mencari ilmu, menyerbarkan maklumat, berhubung dgn sahabat yg jauh dan sebagainya. bukannya main game, tgk web blue, dload movie yg takde input, chatting for hours serta bende lagha yg lain.. (hish.. mohon aku tidak kembali pada jalan jahiliyah itu lagi..)

Bukan ke ia lebih bertepatan dgn kempen boikot brngn israel seperti Intel, IBM, Nokia dan sebagainya..?

bagi yg dr dulu dah terbeli, pakai saje la. lagipun mmg dah takde alternatif lain lagi. Google, wikipedia, discovery, national geographic.. secara peribadi, jika aku menolak semua ini, semmgnya aku tidak akan dapat melaksanakan amanah sebagai seorg pelajar di luar negara. aku ingin memetik sebuah fatwa dari seorang ulama' di Lebanon, Sayyid Muhammad Husayn Fadhlullah:

"The least effort we could make ... is to boycott all those who support the enemy ... We should boycott American goods whenever possible, and you should boycott all Israeli goods as well as all the companies that help Israeli companies financially"

credits to kak nini sbb ambik dr blog dia

seperti dgn kes tricone yg aku sentuh pada awal artikel ini. kita boikot whenever possible.. bagi aku yg penting adalah effort kita nk boikot tuh. kita cuma dapat berdoa yg ia akan memebri kesan yg besar pada Israel suatu hari nnti.

secara personally aku quite taken aback biler tahu bnyk sumber² info dan ilmu semuanya berkaitan dgn Israel. giler tensi aku.. tapi alhamdulillah aku ditenangkan dgn lintasan hati yg berbunyi

Use their weapons againts them

inilah yg actually agak mengganggu kelancaran penulisan post ini.. aku tau ia berbau provokasi.. aku adalah seorg pengguna Intel Core duo tapi sgt tension dan rasa sgt² emotional apabila tahu Intel dtg dr Israel. aku takut sgt yg duit ayg aku beli komputer ini telah digunakan utk membina bom phosforus berangkai yg memamah kulit saudara aku kat palestin... huhu..

Aku ingin mengajak pembaca mengambil pengajaran sebuah kisah dalam perang Khandak yg aku baca dalam Al-raheeq al-makhtum ketika berita pengkhianatan Banu Quraizah dgn tentera islam.

ketika ini tentera islam terjerumus dalam despair dan ketakutan seperti yg disebut oleh Allah swt dlm al-ahzab ayt 10-11 yg bermaksud

Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (10) Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (11)

Segala puji bagiNya, Dialah tuhan yg telah melakukan sesuatu dariNya dgn memecahbelahkan perpaduan musuh musuhnya. Allah telah menyediakan seorg lelaki dari banu Quraizah yg dikenali sebagai Nuaim bin Mas'ud bin 'Amir al-Asyja'i. Dia telah datang pada Rasullullah saw dan mengatakan bahawa dia telah masuk islam dan kaumnya tidak mengetahui perihal itu.

Dia telah diarahkan oleh Rasullullah saw utk memecah perpaduan Banu Quraizah, Musyirikin Mekah dan Banu Ghatafan. Nuaim, dgn menggunakan skill turun-temurunn kaumnya, berjaya memecah belahkan perpaduan 3 sekutu ini dgn izin Allah..

Allah menyokong keadaan ini dgn menghantar tenteranya dalam bentuk angin taufan ke atas tentera musyrikin mekah.

boleh rujuk Al-raheeq Al-Makhtum (penerbitan seribu dinar) m/s 435-437.


Jadi pengajaran yg boleh kita ambil adalah, kita perlu menggunakan tech² dr mereka utk melawan mereka dgn menyebarkan kebenaran, sepertimana rata² bloggers pelajar buat skrg. Contoh lain adalah Youtube. Israel sememangnya mengawal video yg diupload dan mana² user yg mengupload kekejaman Israel akan direkod dlm senarai yg diperhati. Kalau tahap video boleh menggugat strategy world domination mereka,video tersebut akan dipadam. namun, youtubers² tidak mengalah bahkan tidak takut. Mereka malah berbangga apabila nama mereka berada di dalam senarai diperhati kerana mereka tahu, dunia perlu tahu kebenaran sebenar. ini juga berlaku pada web yg aku letak linknya pada Part 1 mengenai gambar² di Palestin.

Jadi pada pendapat aku, kita perlu guna internet, komputer, apa jua technology (dari bende yg takde alternatif) utk melawan mereka. Jika saudara² kita sedang berjihad di Gaza menentang Israel, aku juga nk join gak menentang Israel dalam perang media dan perang saraf!
Bagaimana pula dgn knowledge? Kita sebagai seorg pelajar perlulah grasp knowledge bebetul, perkukuhkan lagi info berdasarkan alquran, translate dan sebarkannya pada yg lain sebagaimana yg dilakukan oleh scholar² di Baitulhikmah di Baghdad.

Sebelum aku mengakhiri aktikel, aku ingin mengajak pembaca merenung sebentar.. sudah mmg ditakdirkan oleh Allah swt berlakunya perang di Gaza. Sudah ditakdirkan yg umat islam di Gaza sedang diuji Allah dgn ujian sebegitu. Namun apakah kita juga sedar yg kita juga sedang diuji olehNya melalui Perang di Gaza?

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (165) Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera di medan perang Uhud) itu maka (adalah ia) dengan izin Allah dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman. (166)

Allah yg sedang menguji iman kita dgn perang di Gaza

aku tidak mahu berhenti memboikot

aku tidak mahu berhenti mendidik diri dan org lain

aku tidak mahu berhenti berdoa

aku tidak mahu berhenti membongkar kebenaran

sbb aku nk hentikan penindasan terhadap saudaraku di seluruh dunia

apa pula yg anda hendak hentikan??


wasalam

p:s gencatan senjata oleh Israel tidak sepatutnya memberhentikan semangat kita utk melawan dan membebaskan bumi palestin!!

2 comments:

fanramli said...

salam.

lately ni, extension wire aku rosak. jadi, komputer sudah tak lagi jadi teman baik aku.

aku beralih kepada peti televisyen. sayangnya, bila aku da beli extension wire yang baru, semangat utk buka komputer tak dtg².

mungkin, j'en ai marre utk sementara waktu. kesimpulannya, apa aku nak ckp, aku da lama tak on komputer so da lama tak jenguk wotpog.

haha. punya panjang mukadimah.

ok. bila baca entri ni, terasa yg sebenarnya, byk gila lagi benda yg setiap satu umat islam perlu buat. tanggungjawab besar.

nampaklah kita kat sini, kalau boikot israel, kita memang susah kan? betullah kata kau dan kebanyakan org lain, kita perlu jadi nadi penggerak utk wujudkan alternatif.

benda ni tak terhad ttg isu boikot je. tapi semua. islam perlu bangun semula.

cuba pikir dalam². islam perlu bangun semula. kat sini je aku da terkena tempiasnya, yg menyatakan ;

masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan.

mana mahu mula?

yup, dgn diri sendiri sambil ajak org sekeliling.

Anonymous said...

askm,
syabas teruskan perjuangan.
insyaallah, allah sentiasa bersama kalian d sana.selamat berjuang.