Friday, 9 January 2009

Ia tidak berhenti disini (Part 1)

esok ada perhimpunan tunjuk perasaan di Place de Revolution. awk pegi?


insyaAllah.. mari kira beramai² bersatu suara menentang Israel. di Strasbourg mggu lepas hampir 500 org berkumpul menyuarakan ketidakpuasan hati


insyaAllah aku pun akan pergi besok. jgn lupa sebarkan pada yg lain ye?


salam wbt

Itulah suara² yg aku dengari semasa aku sedang mengambil kasut utk pulang dr solat jumaat hari ini. Teringat aku dgn kata² imam ketika khutbah jumaat. Walaupun kita tidak bersama berperang di Gaza dgn saudara² kita, kita masih boleh sama² berjuang di sini dgn menyebarkan kebenaran sebenar di Palestin.


Hari ini merupakan hari kedua kuliah aku di University de Franche Comte. Sudah masuk 4 hari aku menamatkan post mengenai 'Gaza'. Ini tidak bermaksud yg aku telah mendiamkan diri selepas padamnya semangat menentang kebatilan. InsyaAllah selagi diri ini mampu lagi utk menulis, selama itu aku akan cuba menyebarkan kebenaran.


Pertama sekali aku ingin melahirkan perasaan kesal atas kelewatan post Gaza. Hanya pada hari ke-6 serangan baru aku mencari² update mengenai Gaza. Aku sebenarnya ada winter gathering atau Rencontre D'hiver (RDH) di Besançon. Kami ber'gathering dr 29 dec 08 sehingga 2 jan 09. segala details mengenai RDH akan aku postkan dalam bulan ini InsyaAllah..(bukan nk salahkan RDH ek? Aku mengaku yg aku kurang prihatin mengenai hal ini sebelum ini)

Dan pada hari Khamis 8 jan, aku dan rakan² telah memulakan semester 4, tahun kedua License Terre et Environmnet. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, segala detail mengenai Semester 4 akan dipostkan dalam bulan ini atau bulan depan InsyaAllah.


Kemudian, aku ingin melahirkan rasa syukur terhadap Allah swt yg aku telah melihat umat islam sedunia mula menyatukan suara ingin membebaskan Palestin. Malaysia juga tidak ketinggalan. Tunjuk perasaan.. kutipan derma.. boikot barangan Israel dan AS.. dan sebagainya. Alhamdulillah, kita telah merasa keperitan saudara mara kita di Palestin kerana ditindas Israel.

Semasa aku mendengar khutbah td, aku bertanya pada diri sendiri. Adakah aku sedih melihat saudara mara aku mati syahid? Atau aku berasa sedih kerana saudara maraku ditindas Israel dan dunia mendiam diri bagaikan merestui perbuatan mereka? dan pelbagai lagi persoalan yg aku kemukakan pada diriku ini sejak kebelakangi ini.

Beberapa hari lepas aku menelefon sorg kenalan aku di Malaysia. Perbualan kami berubah menjadi satu perdebatan hebat dan aku dipanggil 'gila' dan 'pemikiran tidak relevan'. Aku juga dikatakan mempunyai pemikiran tidak matang kerana masih lagi di alam university.. Mgkn sbb aku terlalu emotional agaknya sehingga aku mengeluarkan frasa² yg kurang relevan agaknya hari itu. Inilah bahaya sifat amarah. Syaitan boleh berbisik pada hati kita dan menyemarakkan lagi kemarahan itu. Akan tetapi, siapa yg tidak emotional saban hari melihat adik², kakak² dan mak² kita disembelih begitu sahaja tanpa pembelaan dunia?



Kita lihat sahaja kebiadapan Israel melanggar pelan resolusi PBB hari ini.. Kita lihat sahaja pembunuhan beramai-ramai di perkampungan Zeitun yg didedahkan PBB.. Kita lihat sahaja Israel menyerang pasukan medic.. kita lihat sahaja Israel menyerang convoi UN yg cuba menghantar bantuan.. Ini bukan perang. ini adalah penghapusan warga.

nk tgk gambar di Gaza yg tak keluar kat media? sila click sini.
(mohon ampun pd para pembaca, web ini telah diberhentikan oleh gov Fr, huhu..)

Sudah cukup terbukti yg Israel, walau apa jua sekali pun perundangan mahupun suara kita, dia tetap bersuka ria membunuh rakyat palestin. Sbb mereka tahu, mereka mmpunyai rakan sekutu yg boleh back-up diorg dalam apa jua keadaan seperti Eropah dan AS. Sudah masuk hari ke-14 serangan terkutuk dr Israel yg terkutuk itu. sasaran? Masjid, bangunan awam, sekolah, bangunan awam, bangunan kosong dan masjid. Walaupun Israel masih giat mengebom sasaran awam, penduduk palestin tetap melaksanakan solat jumaat walaupun masjid mereka musnah. Ini kerana di dalam hati mereka, Israel tidak akan menggoncang iman mereka dan pada Allah sahaja mereka takut..

allahuakbar..

aku sungguh mengagumi keimanan mereka..

sambung mengenai perbualan aku bersama kenalan aku itu; aku ditanya; aku hny seorg pelajar, apa yg aku boleh buat selain derma, solat hajat, tunjuk perasaan, doa, qunut nazilah dan boikot? aku dibentak lagi, adakah aku hendak mensia² kan masa depan aku dn pemikiran kolot aku itu? adakah aku sanggup membazirkan amanah rakyat yg diberikan pada aku?

terkesima aku..

astaga.. ternyata hasutan iblis berjaya menyemarakkan nafsu amarah aku. Aku hny memikirkan the short term dalam menyelesaikan masalah umat ini.. bukan maksud kwn aku itu yg kita tidak perlu bertindak jika maruah islam diganggu. Tetapi biarlah tindakan kita dalam mengatasi masalah ini dgn baik, tidak mengeruhkan lagi keadaan dan yg penting, masalah ini tidak berulang.

Secara peribadi, pada mulanya aku agak bengang dgn kenalan aku itu. Sehingga aku merasakan kenalan aku itu memperkecilkan para syahid di palestin. Akan tetapi hari ini, alhamdulillah aku ditunjuk oleh Allah maksud sebenar kenalan aku itu.

Aku ingin mengajak para pembaca berfikir sejenak. Buat masa ini kita bersungguh² utk boikot. Buat masa ini kita bersungguh menderma dan mengajak org lain utk menderma. Buat masa ini kita bersemangat utk join unjuk perasaan. Katakanlah kita berjaya menekan kuasa² besar utk menghentikan Israel dan perjanjian damai tercapai. Apa berlaku selepas itu? Apakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita sudah menang? Apakah kita lupa sesuatu?

Palestin masih lagi dijajah!

Berdekah² gelak tawa Israel melihat ini. Ini bagaikan latihan drama yg skripnya sudah berulang kali ditayangkan bagi mereka. Mereka pun mulalah tunjuk baik, mematuhi peraturan UN dan meminta maaf atas kematian kanak² dan wanita. Then apabila sudah reda, ekonomi dan ketenteraan pulih semula di Israel. Cengkaman ekonomi dan politik mula kukuh. maka.. bermulalah kembali pengkhianatan Israel tehadap so-called truce dan memperbesar negara Israel.

bermulalah kembali pembunuhan


bermulalah kembali penyeksaan


bermulalah lembali tunjuk perasaan


bermulalah kembali kutukan² tawar dr penakut antarabangsa


bermulalah kembali penghantaran pasukan keamanan


bermulalah kembali boikot besar-besaran



ya.. semua ini dalam pengiraan Israel.. sebab itu mereka tidak takut! Nak tau apa diorg akan kata? Boikot bakal menjatuhkan ekomomi kami? what a laugh! We gain free money from US since 1948! Even if our economy crumble, for let say, for 6 years, our economics shall boom again! We'll buy more weapons and as an honor to US, EU and the world, we'll test it on Palestinians, muhahaha!!


mana datang keyakinan diorg nih??


keyakinan mereka terletak pada generasi muda khususnya generasi islam yg mereka jajah secara mental seluruh dunia..


bersambung

3 comments:

fanramli said...

salam.

cepat sambung. time naik semangat, tiba-tiba, bersambung

persoalan yang kau ajukan buat diri kau sendiri telah berjaya dgn bergayanya menempelak aku.

aku ini sedih kerana saudara-maraku mati dek peluru di tanah palestin sana

atau

aku ini sedih kerana saudara islam aku yang lain sengaja butakan mata dan tidak ambil pusing

atau

aku ini sedih kerana terlalu banyak rakan sekhemah dgn si zionis jahanam yang menjadikan mereka kuat dan tak lut sikit pun dgn usaha kita

atau

aku ini sedih kerana presiden mesir yang agamanya sendiri ialah islam, perilaku nya macam sampah hanya kerana dendam

atau apa?

ah. kau la ni. buat aku emo.
ish.

Simon Malik said...

wasalam

sabar2, aku sedang mencari video di youtube yg tetiba2 'hilang'. nasib baik aku dah dload video tuh kt umh. aku berada di colmar kononnya ingin sambung dikala di sini

insyaAllah part 2 akan naik dalam mggu ini insyaAllah.. harap boleh tggu..

nu-hja said...

hm, suka paragraph yg sebelum and selepas this sentence "Palestin masih lagi dijajah!".
xtrpke pn sblum ni.
hmm, hmm, hmm.
ada pelbagai persoalan di fikiran sy ni, but nvrmind. nk baca ur next blog dlu.