Sunday, 4 January 2009

Gaza (part 3)

dari part 1 dan part 2..



apakah kita sedar akan ini?




apakah kita sebenarnya
enak dibuai mimpi?





dari tidur yg didodoi keseronokan budaya barat




cuba kita tny pada diri kita sendiri, apakah wujud 'negara' Israel? apakah mereka berhak utk tinggal di tanah yg mereka tinggal sekarang?


Dari pemerhatian sejarah, mereka selalu diperangi oleh kuasa² besar europah suatu ketika dahulu? nak tahu kenapa? mereka ada 'pemungkir janji' paling gemilang dunia, gunting dalam lipatan, pengkhianat terulung dan pengecut merangkap bacul terbilang.


Flashback


sebelum zaman rasulullah saw lagi mereka bersepah di muka bumi ini, melakukan kerosakan dan menguasai sedikit demi sedikit negara yg mereka tinggal. semasa Perang Al-Ahzab (Perang Khandak), Banu Quraizah (yahudi) mengikat perjanjian dgn rasulullah utk menjaga kawasan di belakang madinah kerana penempatan mereka di sana. namun apabila bermulanya perang ini, Banu Quraizah mengkhianati perjanjian ini kerana mereka adalah 'mastermind' perang ini. Mereka terlebih dahulu 'menjemput' kafir mekah dan musuh² islam utk menyerang madinah dan berjanji dgn mereka utk menyerang madinah dari belakang, sebelum mengikat perjanjian dgn Rasulullah. Walaupun umat islam diserang dari kedua arah, dgn bantuan Allah tentera islam mengecap kemenangan. sejurus berakhirnya Perang Khandak, baginda terus memerangi banu Quraizah dan menghalau mereka tetapi diberi keizinan utk menetap di Khaibar.


mereka adalah penjenayah perang yg nyata


Diorg tak pernah serik, walaupun diberi tmpt tinggal di Khaibar, mereka masih ingin menghancurkan Islam. Mereka berusaha membentuk pakatan memerangi Islam. Namun Baginda saw terlebih dahulu menyerang Khaibar apabila berita mengenai hal ini sampai ke telinga baginda. Maka berakhirlah penempatan yahudi di semenanjung arab (Hijjaz)


mereka adalah pengkhianat terulung


Sehingga mereka mendapat 'wilayah' tersendiri, mereka asyik berpindah-randah kerana diperangi dunia.mereka menyorok di belakang negara yg mereka bakal terkam. sehinggalah berakhirnya perang dunia kedua, mereka berjaya 'mencuri' tanah palestin melalui UN partition plan (United Nations General Assembly Resolution 181) apda November 29, 1947. Plan ini memisahkan kawasan tempat tinggal Yahudi dan arab palestin.


Tanggal 14 mei 1948, Jewish Agency mengisytiharkan 'negara' Israel. Sudah tentu liga arab dan negara disekitarnya bertindak balas. Namun Israel mempunyai bantuan dan pengiktirafan kuasa² besar, Israel berjaya memulakan penjajahan dan membesarkan lagi 'tanah curi' mereka. maka berduyun² rakyat palestin terpaksa meninggalkan tanahair mereka menyelamatkan diri. (1948 Palestin exodus atau Nakbah)


Dari Six-Days War sehingga Oslo Accords, berbagai² lagi event yg berlaku sehingga hari ini. namun ia asyik menguntungkan Israel. Taktik menjajah mereka sungguh halus sekali. Dgn bulldozer, mereka akan sedikit demi sedikit mencuri tanah² jiran. Apabila wujudnya resistance bersenjata, mereka menggunakan nama 'keamanan' dan 'menghapus keganasan'. Kawasan ini dibedil cukup². Yg berjuang utk bertahan dibunuh dan dilabel 'pengganas'. Yg tidak berupaya terpaksa lari sebagai pelarian. Setelah mereka puas hati membunuh wanita dan kanak², mereka pun cepat² bina tembok sempadan. Setelah siap tembok, barulah nk gencat senjata. Yg paling menyedihkan, kezaliman dan pembunuhan yg mereka lakukan diredhai kuasa besar. Bila sudah mengikat perjanjian gencatan senjata, mereka akan tunggu utk bertindak khianat dan menuding jari pada Palestin



dgn 'bantuan' media, pejuang² palestin yg mempertahankan palestin dilabel sebagai pengganas. Kebenaran sebenar ditutup. Propaganda dihebahkan. Di tambah pula dgn tragedi 11 september, Israel berjaya meracuni pemikiran dunia dgn Islamophobia. Yg sedihnya, phobia ini juga meresap dalam jiwa org islam dunia. Terbahak² gelak tawa mereka kerana berjaya menang dalam perang psikologi terhadap islam. Secara tidak langsung menjajah Islam di seluruh dunia dgn menghancurkan kepercayaan sesama Islam.



nk tahu kenapa Gaza diserang kembali setelah Israel berundur?
sila tonton dgn penuh fokus video dibawah






yup, ia adalah isu minyak. Dalam perancangan Israel, setelah mereka menjajah Gaza, dan mmperkotak-katikkan pemimpin palestin di Gaza, mereka boleh menguatkan lagi cengkaman politik dan ekonomi terhadap Palestin. Sbb itulah, bekas preseiden, Ariel Sharon mengumumkan pengunduran dari Gaza pada tahun 2003. Mereka tidak risau mengenai pengunduran ini kerana mereka mempunyai 'org' utk diperalatkan di Gaza. Pengunduran selesai pada tahun 2005. Namun dunia melihat ia sebagai 'Perbuatan baik demi keamanan'.


Namun dgn kuasa Allah, HAMAS pula yg memenangi pilihanraya dan menguasai Gaza pd thn 2006. HAMAS merupakan parti yg lantang memerangi penjajahan Israel. Oleh kerana takut akan HAMAS menggugat penguasaan Israel serta gentar HAMAS akan mendapat sumber ekonomi baru (kerana minyak mahal), Israel pukul canang mengatakan Hamas adalah parti berpaksikan pengganas. kuasa² besar juga melatah. Ekonomi Gaza disekat, sempadan dikepung, dan berbagai² penindasan lain.



Punyalah zalim.. siapa tak bertindak jika ditindas sebegini? kalau anda la kan, duduk dirumah, electrik dicatu, tak boleh keluar sbb dikepung, air pun kena catu, makanan berkurangan dan sebagainya dikepung tanpa sebab, apa reaksi anda?

cuba fikir...


anda ingin memberontak bukan? apa² barang dalam rumah gerenti dijadikan senjata utk menghalau pengepung diluar rumah. tak kisah lah ia cuma kuali, senduk mahupun sudu garfu. Jika melarikan diri, ia hanya menguntungkan pengepung. Rumah bakal diambil dan takkan dikembalikan.


itulah apa yg dialami oleh rakyat Palestin. saudara mara kita di Palestin.


Dan bermula pada 27 Dec 08, Israel mula mengebom Gaza. Dan semalam bermulanya serangan darat. Angka syahid? 470... Dgn alasan 'Hamas yg melanggar gencatan senjata terlebih dahulu dgn buat serangan roket ke atas kami', Israel bertalu² mengebom masjid, memusnahkan tmpt tinggal dan membunuh wanita dan kanak² bermula pada tarikh 27 dec. Padahal mereka terlebih dahulu yg melanggar gencatan senjata.


bukankah sudah jelas mereka adalah penjenayah perang?



bersambung

1 comment:

nu-hja said...

wow ! i love this post !
coz ada sejarah and background dia skali. amazing.. keep up the good work, yeah? :)