Saturday, 31 January 2009

The Black and White jungle

checkmate!

itulah word yg kluar dr mulut Tee Soon Teck.. die memandang aku dgn wajah tanpa perasaan; aku plak time tuh, terkejut nk mmpus kerana kalah dalam masa 5 min!

camne boleh kalah memalukan nih? di papan chess masih byk lagi buah² catur. Sebaik sahaja Soon Teck makan queen aku, die trus checkmate aku.

aku plak? rien du tout.. sekeping pon aku tak berjaya makan.. n aku cuma kehilangan queen je, yg lain ada lagi blum kene mkn.. tpi checkmate la lepas tuh..

------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt,

itu adalah salah satu pengalaman pahit aku ketika tingkatan dua. kalah di pusingan awal pertandingan catur sekolah. mmg la kalau lawan dgn rival sejati, Soon Teck, aku mmg kalah. tp ini.. kalah memalukan..

terus aku bersara selama 3 thn tak main chess pasal ni. tak matang sggh adam ketika itu..

mgkn bagi anda, ini adalah satu lagi cerita panjang merepek encik adam. yup, aku suka berceloteh dan bercerita terutama kisah² lama mengenai dirku. Namun, aku tak kisah anda nk kata apa. sbb kekuatan aku menulis mukadimah ini dtg dr Allah dan baru hari ini ALlah mengizinkan aku menulis mengenai catur..

Mgkn kebykn sudah tahu mengenai permainan ini. ada yg wakil sekolah, wakil daerah dan sbginya. tapi apa yg membuatkan aku tertarik dgn chess adalah, ia satu permainan yg mempunyai hubung kait yg kuat dgn kehidupan seharian kita.. kesabaran.. perancangan.. membuat pilihan.. mengambil risiko.. berusaha utk bangkit dan sebagainya.. jika nk senarai semua, gerenti tak habis.

Alhamdulillah aku berkenalan dgn chess seawal umur 4 tahun. (awal giler!!??) masa tu aku cuma reti gerak n makan je. tak reti nk plan strategy. org yg bertggjwb memperkenal chess dlm hidup aku adalah abang aku walaupun aku byk menghabiskan masa bermain catur dgn bapa aku.

Ini disebabkan abg aku sentiasa akan bermain chess dgn bapa aku sebaik sahaja bapa pulang. Maka aku pun duk tgk kat tepi tgk diorg main, tgk gelagat dan raut muka diorg dan kadang kala bermain² dgn buah yg sudah terkeluar dr permainan.

jadi, apa yg special sgt dgn papan yg mempunyai 64 kotak dimana 32 putih dan 32 hitam pada adam?



tiada apa yg special, cuma anda tidak akan mendapat sensation, perasaan, tensi mahupun gerak langkah yg sama setiap kali anda bermain chess walaupun anda bermain dgn lawan yg sama. tapi apa yg menarik perhatian aku adalah, psikology pemain²... lebih kerap anda bermain dgn lawan yg sama, lebih mudah anda mengenali peribadi permainannya. cara beliau berfikir.. cara beliau mengambil risiko.. dan kadang kala, anda boleh mengenali sikap dan sifat pemain dgn bermain chess!

Hny kebelakangan ini sahaja aku bermain chess secara 'sebenar'. dulu aku main takde time limit. rupa²nya ada time limit.. hehe... ala, sebelum ini, cara nk letak papan chess dgn betul pun aku tak reti! hehehe.. (cara letak papan chess dgn betul adalah dgn memastikan dipenjuru kanan bwh anda adalah kotak putih)

dan sebelum ini juga aku tak tau pasal 'algebric notation' dalam chess. huhu..



mcm rajah di atas, setiap kotak mempunyai 'nama' atau koordinasi tersendiri. dan nk menamakan kota ini, perlu guna 'algebric notation'. cam contoh kat atas, kotak yg dihighlight merah adalah kotak D5. koordinasi² ini memudahkan pemain² yg really get into chess utk merekod permainan mereka. bagi aku yg main chess for fun, aku tak amik pot pon pasal bende nih,hehehe...

anda juga mgkn sudah tahu nama² buah catur kan? pawn, castle, bishop, knight, queen dan king. pengenalan setiap buah akan aku terangkan utk post² akan datang, insyaAllah..

jadi apakah motif adam utk tetiba menulis berkenaan dgn chess? seperti yg aku katakan awal² td, catur mempunyai hubung kait yg rapat dgn kehidupan seharian kita. disamping itu aku ingin mendedahkan pada korg keseronokan bermain chess ini. mana taknyer.. ada yg label game ini pada nerd² je.. ada yg mls nk main sbb malas nk fikir².. huhu

Dalam post² akan dtg mengenai permainan ini, insyaAllah anda akan faham apa yg cuma aku sampaikan menerusi chess.. welcome to my world..


the black & white jungle

wasalam..

credits: gambar diambil semasa 'tutorial:Chessmaster Grandmaster edition'

1 comment:

nu-hja said...

i hate chess, bahaha XD
sakit hati jeee..
bgus2, knalkn lah chess ni, cara nk main ke, huhu..