Thursday, 25 December 2008

Try not to Cry

salam..

berikut adalah video dr lagu Try not To Cry dari Outlandish dan Sami Yusuf. Ambillah ikhtibar wahai para pembaca.. apakah kita hny sekadar melihat ia seperti warta jam 10 atau kita dapat rasakan kepedihan mereka?

Sunday, 21 December 2008

Semester 3 report

salam

pada tahun ini, saya memulakan semester 3 saya pada 8 september 2008 di Universite de Franche-Comte. Kami yg mengambil mention, Terre et Environment berjumlah lebih kurang 50 org keseluruhannya. apa yg saya perasan, ada bebearpa org yg repeat, 2 org dr bandar lain, sorg yg tukar course setelah dapat master chemistry,dan bakinya kawan2 yg saya pernah nampak ketika semester 2.

Ada lebih kurang 7 subject yg dipelajari utk Sem 3.
  1. Carthographie
  2. Minéralogie
  3. Physiques
  4. Géochimie (Geochemistry)
  5. Chime (Chemistry)
  6. Anglais (English)
  7. Atelier Project Professionelle
Sujet Carthographie terbahagian pada 2 bahagian:

  • Sortie Terrain: Kami keluar menkaji structure kawasan, amik spesimen batu dan buat Report. Markah report dibawa terus utk Markah Exam. ada dlm 3-4 kali keluar cari batu..
  • Carte Geologique: Dalam kelas, kaji structure kawasan berdasarkan pemerhatian map, buat Coupe geologique etc.. Tiada exam besar, markah diambil stiap kali kelas.


Minéralogie terbahagi kpd 2 bahagian juga:

  • Cristallographie: bahagian ni kami belajar mengenali mineral secara teori berdasarkan ciri² sesuatu structure cristal, cara mengira ukuran dan susunan atom yg membolehkan kita identify mineral yg dikaji, adakah satu mineral baru or sudah lama wujud. Kami juga ada mempelajari Projection Stereographique (yg ini memerlukan imaginasi yg tinggi). Bahagian ini ada 2 exam kecik dan 1 exam besar.
  • Pratical: Kelas di dalam lab, kmi mempelajari mineral² keluarga silicate, dan beberapa keluarga phosphate serta oxydes. setiap kelas hampir 3 jam, dan kami belajar mengenali setiap mineral secara macroscopique dan microscopique( polaroid light & non-polaroid light). jadi kiranya kami sentiasa menggunakan microscope setiap kali permbelajaran. kemahiran melukis juga diasah semasa practikal ini. selepas memngenali mineral, dgn ilmu² tersebut kami mempelajari batu² magmatique, jenis² batu magmatique, mineral² yg terkandung dalam setiap jenis batu, dan bagaimana mengenal pasti mereka. Bahagian praktikal ada 2 exam kecil dan 1 exam besar. kelas terkahir kami diakhiri dgn lawatan ke makmal membuat slide batu. facinated gak la tgk053


Pemberat Minéralogie adalah 6, iaitu yg paling besar


Physiques pula terbahagi kepada 3 topic. Physiques juga ada praktikal dan hampir 30% markah diambil dari lab report. pada sem 3 kami perlu membuat 4 experiment fizik, 1 berkaitan dgn bendalir, 1 berkaitan dgn haba dan 2 berkaitan dgn moment du force.

  • Topic 1 --> Mécanique du fluide. Topic yg paling besar, kami belajar semua mengenai ciri² bendalir, teori tekanan air, teori bernoulli, archimedes dan sebagainya. Prof dalam kuliah siap membawa alatan utk menunjukkan experiment mudah. topic yg paling aku suka XD. Cecair atau bendalir yg sehari² disekeliling kehidupan kita banyak menyimpan rahsia. Byk penciptaan dan inovasi dalam hidup kita, kita sentiasa terlepas pandang akan pengajarannya.. pembinaan empangan, sistem pengairan, oil pipe-line dan sebagainya mempunyai cerita mereka tersendiri. apakah kita sebagai manusia yg mencipta semua ini boleh berasa megah dan sombong terhadap maha pencipta dgn hasil inovasi mereka?
  • Topic 2 --> Thermodynamique. mengenali haba dgn lebih baik. amat berguna bagi mereka yg tinggal di kawasan² sejuk tapi inginkan kepanasan optimum tanpa menaikkan harga bil. baru saya tahu, kenapa pentingnya membuat 'double vitrine' dan jumlah tenaga haba yg diterima bumi dari matahari. topic yg dihabiskan dgn hny 2 kuliah.
  • Topic 3 --> Moment de Force. dgn masalah utk aku memahami principe vektor, ini adalah topic yg paling saya susah nk paham. walau apa pun, saya telah dapat membayangkan perubahan sesuatu objek yg dikenakan force dan bagaimana utk mengira. topic ini bagi saya penting utk geo-tectonique yg mengira pergerakan bumi dan sebagainya. Ini adalah kerana kami mempejari Module de Young, coefficient de poisson, cisaillement..


Geochimie dahulunya bergabung dgn chimie, tapi pada sem kali ini,pihak université telah mengasingkan kedua² subjek ini. Utk subjt ini, kami mempelajri bagaimana utk menentukan sejarah penhasilan sesebuat jenis batu magmatique dgn kajian yg menggunakan diagramme binaire dan ternaire (Diagramee pressure dan temperature), kajian menggunakan peratus element² Rare Earth dlm batu guna spidergramme. banyak kepada intrepetasi graf, pengiraan. subjek yg perlukan pemahaman sebelum mengira.













Chimie pula kami mmpelajari mengenai bhn radioaktif dan bagaimana mengira umur sesuatu bahan uji dgn mengira tempoh sesuatu element radioaktif utk desintégré atau dlm bm nyer, berubah menjadi isotope yg lebih stabil.more kepada pengiraan guna carbon-14, uranium-238 dan methode potassium argon. dalam 2 bulan kami dah habis subjek ini dan menghdapi exam besar pada awal bulan nov.



utk subjek english, kami lebih tumpukan pada cara2 membuat dan memberi speech english dgn baik. (bosan giler, seriously. walaupun kelas bahasa arab yg saya belajar diluar dan english sama panjang iaitu 2 jam, saya rasa lebih merana dalam kelas english. the miserable 2 hours each monday)


APP, subjek markah free. cuma kena selalu hadir ke kelas dan membuat presentation pada kelas terakhir. Presentation mengenai pekerjaan pilihan kami. pertama kali bagi saya memberi pembentangan dalam french pada org2 french.075 Satu pengalaman berharga walaupun, subjek ntah apa-apa. alhamdulillah..



Semester kali ini lebih mencabar berbanding dgn semester2 lepas. Cabaran pertama adalah, keluar mencari spesimen batu dan mengkaji terrain ketika bulan puasa. Alhamdulillah, diriku ini tabah menghadapinya kerana saya tahu, puasa merupakan salah satu tiang seri Islam dalam diri saya. hanya redha Allah yg saya cari, bukan pujian atau kekaguman org bukan islam melihat diri saya masih mampu ber'jungle trekking', mengetuk² batu walaupun sedang berpuasa. ada yg kagum, ada yg menganggap ia satu perbuatan gila.. bagi mereka,mereka tidak mampu menghadapi hari tanpa sekunyah makanan dan seteguk air. Kesian pada mereka yg tidak mengerti akan kebenaran. Moga Allah memberi hidayah pada mereka.

Cabaran seterusnya adalah kami mula perlu belajar sendiri utk certain2 subjek. sem2 sbelum ini, hampir kesemuanya boleh didapati dari kuliah. cuma perlu baca sikit2 utk perkukuh nota. akan tetapi, pada sem 3, jika tidak membaca bacaan2 sampingan, gerenti tak boleh menjawab exam. huhu.. bahan2 sampingan seperti di dalam wikipedia dan buku2 yg prof pakai adalah bahan rujukan utama utk menyempurnakan nota. maka disini kami perlu mula belajar berdikari utk belajar. kami patut mula sedar yg kami belajar utk zaman akan datang, bukan semata2 utk pass semester. namun perlu diingat bahawa, belajar menjadi ibadat apabila kita niat semata2 utk Allah swt. dgn itu, kita pasti akan bersungguh2 melakukannya, ye tak?

Pada sem 3 juga, saya buat kali pertama makan di Resto U (cafeteria). yup, sejak sem 1, saya tak pernah makan disitu. ini pun saya makan sbb ada org nk belanja saya makan. kalau tak, saya memegang record, setahun setngh tidak pernah makan tghri di Resto U. hehe..

Selain itu, sem ini juga, saya berkerja dgn partner org perancis dan bekerja dalam kumpulan tanpa org msia. mula2 rasa kekok juga lah, selalu ada 'the ackward silence'. 027hehe.. saya melihat ini adalah satu peluang utk menunjukkan identity sbenar sorg islam. yup, mereka yg tidak mengerti hanya bergantung pada media yg mudah didapati utk mendapatkan info. malangnya media2 tersebut dicemari dgn unsur2 penipuan dan ketidakbenaran. jadi, adalah menjadi tggjwb kita utk memberitahu mereka perkara sebenar dan menunjukkan cara hidup islam adalah cara hidup yg paling ideal di dunia.

secara peribadi, saya boleh lakukan yg lebih baik tahun ni, namun ntah macam mana tahun ini, mudah cuai ketika jawab soalan dan selalu tertidor dalam kuliah terutama waktu ptg. yg paling sedih, aku tertidor ngan mata terbuka dan tgn masih berjalan menulis..037 huhuhu tersedar je, ada line gelombang n coret2 alien.biasanya utk geochime aku dapat sindrome nih. selain itu, saya masih kurang berdikari utk menyempurnakan nota2 kuliah terutamanya subject mineralogie. alhamdulillah, pada akhir bulan nov, Allah berikan kekuatan pada saya utk bangkit semula

kebykkan exam akhir utk kebanyakan subjek adalah pada bulan dec. dan pada 19 dec kami menamatkan semester 3 utk penggal 2008/2009084 alhamdulillah..

wasalam..

Friday, 19 December 2008

selesai sudah

salam

hari ini secara rasminya aku telah tamat peperiksaan. aku ingatkan dalam 20 hari, rupa²nya habis sehari awal. hehehe.. dapat la aku melakukan kerja² meng'update blog ku ini yg lebih dua minggu tanpa sebarang post. byk juga event² yg berlaku semasa aku tak aktif awal bulan 12..

utk hari ini cukup la sekadar memberitahu yg aku sudah menamatkan semester 3, tahun kedua di Université de Franche-comte. result bakal keluar pada awal bulan january insyaAllah. maka di kala ini aku sedang bercuti sehingga 6 january 2009.

ke mana aku cuti kali ini? hmm.. aku tidak ke mana², cuma tidak melancong kali ini. aku pun macam nk save duit n nk build up stamina n endurance membaca. (aku dah developpe penyakit baca satu jam dah tak leh fokus or tertidur dalam kuliah dgn mata terbuka n tgn masih menulis..)

selain itu, aku mcm nk postkan mana² post yg aku asyik tunda kerana tidak cukup masa n belum sempat membuat sedikit recherche. insyaAllah, post² itu bakal naik.

oh ye, aku ada alter sikit layout blog ini, harap mana² yg kurang, ditegur la ye? mcm tulisan kecik sgt ke.. lagu tak best ke..

Photobucketselamat bercuti semua!
moga anda mengisi masa dgn aktivit yg bermanfaat

wasalam

Monday, 1 December 2008

November Story

Salam

esok kita akan memasuki bulan december. bulan terakhir setiap tahun. bulan cuti sekolah di malaysia dan bulan penuh exam bagi mereka yg study kat oversea.. insyaAllah 8 dec kita akan menyambut Hari Raya Korban. jgn lepaskan peluang utk perbykkan amal² sunat cam puasa, zikir dan membaca alquran dalam 10 hari pertama bulan zulhijah. moga amal yg kita lakukan itu diberi ganjaran oleh Maha Esa insyaAllah..

bulan november aku lalui dgn begitu byk sekali dugaan dan cabaran. bulan yg boleh aku kategorikankan sebagai bulan rebound, tapi dugaan yg mendatang bertimbun² cam beribu² lemon yg jatuh dr langit. hehe..

pada awal bulan aku mendaftar masuk ke kelas bahasa arab. sebulan 40€, setiap ari ahad dan setiap kelas 2 jam stengah. mesti korg pelik kenapa aku tetiba masuk kelas bahasa arab sedangkan french aku masih ditahap merangkak². actually, aku mmg nk belajar bahasa arab sejak habis spm. keinginan itu datang apa perasaan sesal mula timbul di hati aku ini disebabkan aku main² di sekolah agama time sekolah rendah dulu. semasa aku tingkatan 2/3 aku pernah memasang niat utk belajar b.arab tapi malangnya niat itu dikaburi dgn perasaan perlunya meningkatkan pengusaan english terlebih dahulu. setelah Allah memberikan rezeki utk aku belajar di france di mana english boleh dikategorikan sebagai bahasa yg tidak boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, maka tiada alasan lagi utk aku tidak belajar bahasa arab apabila peluang ini datang bergolek². diingatkan disini, di dlm kelas tersebut, b.arab diajar dlm french. jadi secara tidak langsung aku blaja 2 bahasa sekali dlm waktu yg sama.XD

dalam bulan ini juga aku telah membuat satu keputusan yg drastik dalam certain² hal yg tidak boleh dicerita disini, di mana ia telah merentap kejap kewarasan, kesihatan dan pemikiran aku. (lihat post bertajuk tak mao dan dihantui oleh). quiet a blow secara fizikal dan mental juga la. masa ini menggelupur juga la aku. alhamdulillah.. allah telah berikan kekuatan kepada aku utk terus bertahan..

dalam bulan ini juga aku terpegun setiap kali bila nk masuk waktu maghrib. pada waktu tersebut, beratus² ekor burung gagak akan terbang ke arah south-east (arah kiblat). tahu la mereka balik ke sarang kesayangan mereka, tapi apa yg aku rasa kagum adalah, mereka tahu waktu bilakah yg sesuai utk mereka pulang. kita tahu haiwan tidak dikurniakan akal n mereka sememangnya tak reti membaca jam mahupun angka.namun begitu, mereka tahu waktu utk pulang.

masuk minggu² terakhir november, byk betul event yg berlaku. snow turun di Besançon, aku kelam-kabut siapkan projek, aku first time bentang presentation kat depan sorg², first time tgk match basketball, first time bakar cake, aku dapat anak buah pertama, aku first time format pc aku.. hehehe..
walau baik buruk event ini, ada pengajaran disebaliknya. tak guna kita bersedih dgn kesilapan semalam, n sepatutnya kita berusaha utk tidak mengulangi kesilapan itu. jadi disini para pembaca, sejarah itu penting! XD

sebelum aku akhiri celoteh aku kali ini, aku ada nk bagi satu pengumuman. bulan december nnti aku akan menghadapi exam besar. setiap minggu sehingga 20 dec ada at least satu paper. maka mulai 1 dec, insyaAllah aku tidak online di ym mahupun aktif dalam blog. nk pulun betul² la katakan.. kiranya aku isytihar darurat la. insyaAllah pada 20 dec, aku akan aktif semula dalam blog. doakan aku utk berjaya memahami dan mengingati setiap matapelajaran dan berjaya menjawab exam dgn tenang. personally bagi aku, setiap kali nk exam besar, aku ada sedikit 'war-minded'. kira aku anggap exam itu cam hari perang la. weird, but it kinda give me the urge not to lay back, 'laisse-moi tranquille', and it also give me the spirit to workhard n push my mind to da limits. again, it may sound weird to you, but i'm happy with it.


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. (15)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya[...] (60)

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66)

-ayat² dari surah al-anfal-

kenal dulu ketakutan yg kau simpan
barulah lepaskan
kenal dulu kekuatan
yg kau ragukan
Photobucket

wasalam..


5 hari perlu direnung

Lima hari perlu jadi renungan untuk keberkatan
Oleh Irwan Mohd Subri (Berita Harian 27 nov)


Ummah perlu nilai amalan masa lalu, buat kebaikan masa kini dan mencari bekalan untuk akhirat


SELAIN hari yang dilalui dalam seminggu, ada hari yang perlu diketahui sebagai mengingatkan kepentingan menghargai waktu dilalui supaya diisi dengan perkara berfaedah selain berusaha mencari keredaan Allah.


* Yaum mafqud (hari yang sudah hilang). Hari yang hilang ialah hari kelmarin kita tinggalkan bersama amalan baik, buruk, kenangan pahit atau manis. Ia tidak akan kembali semula dengan apa cara sekalipun. Kita hanya mampu mengambil iktibar dan pengajaran dari hari kelmarin.

Jika kelmarin berlalu dengan kebaikan dan amalan salih, maka ia perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi tanpa henti, tetapi jika ia berlalu dengan kejahatan dan maksiat kepada Allah, maka ia perlu dihentikan dan dibajai dengan rasa menyesal supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Hari kelmarin juga mengajar kita sentiasa muhasabah diri dan mengenal pasti segala kekurangan serta kelemahan untuk diperbaiki. Orang yang membiarkan kelmarinnya berlalu tanpa penilaian adalah orang yang tidak mempedulikan nasib dirinya, tidak mahu mengubah nasib hidupnya ke arah lebih baik dan diredai Allah.


Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." ? (Surah al-Ra'd, ayat 11)


Nasib seseorang akan berada di takuk lama jika dia sendiri tidak mahu dan berusaha mengubah nasib hidupnya.


* Yaum masyhud ialah hari yang sedang disaksikan iaitu hari yang kita berada padanya. Sudah pasti hari itu kita mempunyai banyak tugas untuk diselesaikan tidak kira sama ada doktor, pensyarah, jurutera, pekerja kilang, polis, petani atau nelayan. Yang penting ialah kepandaian mengurus dan mengatur tugas itu.

Orang bijak akan mendahulukan perkara utama yang perlu diselesaikan daripada perkara lain. Sebab itulah kita perlu memahami perkara keutamaan dalam hidup kita. Dengan memahami keutamaan, urusan hidup akan berjalan lebih lancar dan selesa.


Selaku mukmin sejati, kita juga digesa menyelesaikan perkara yang boleh diselesaikan pada hari itu dan tidak menangguhkannya sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, "sesungguhnya aku akan melakukannya keesokan hari". ? (Surah al-Kahfi, ayat 23)


Sifat suka menangguhkan kerja akan menyebabkan kerja itu bertimbun dan akhirnya ia tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Ia akan menjadi beban berpanjangan kepada kita.

* Sementara hari yang mendatang atau yaum mawrud ialah hari yang mendatang ialah hari esok yang bakal kita tempuhi. Sebaiknya kita mempunyai perancangan menghadapi hari esok supaya urusan hidup tidak terbantut. Kita masih boleh memperbaiki dilakukan hari ini dengan memastikan ia kelemahantidak berlaku lagi keesokan harinya.

Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' amat tepat dalam menanti kedatangan hari esok. Kita perlu bersedia untuk apa keadaan sekalipun sama ada yang baik atau buruk.


Contoh terbaik ditunjukkan Nabi Yusuf dalam merancang untuk menghadapi keadaan kemarau setelah diketahui ia akan berlaku, patut diteladani kita semua. Perancangan Nabi Yusuf berjaya menyelamatkan rakyat Mesir ketika itu daripada bencana kemarau selama tujuh tahun.


* Yaum maw'ud iaitu hari yang dijanjikan ialah hari kiamat yang dijanjikan Allah akan berlaku. Hari kiamat ialah rukun iman kelima yang wajib diimani setiap orang Islam. Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi menceritakan perihal hari kiamat yang dahsyat kerana ia adalah hari kemusnahan dunia.


Langit dan bumi akan hancur, begitu juga planet dan cakerawala yang ada di dalam alam maya ini. Hari kiamat juga menyaksikan semua manusia akan mati termasuk makhluk lain, malah malaikat juga akan mati. Yang kekal ketika itu hanyalah Allah kerana Allah itu Maha Kekal Abadi.


Tiada siapa yang tahu bilakah hari kiamat akan berlaku. Nabi Muhammad sendiri tidak diberitahu oleh Allah kerana ia urusan Allah. Apa yang Allah tunjukkan hanyalah tanda yang dapat dilihat manusia supaya insaf dan beriman kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Anas bin Malik dalam sahih Muslim yang bermaksud: "Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua jari ini. (Anas) berkata: Baginda menghimpunkan (mengisyaratkan) antara jari penunjuk dan jari tengah."


Nabi Muhammad SAW menggambarkan hari kiamat itu amat hampir dengan mengisyaratkan jarak hari kiamat dengan zaman Baginda sama seperti jarak antara jari telunjuk dan jari tengah. Jika pada zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu pun jaraknya sudah hampir, apatah lagi dengan zaman kita sekarang ini. Oleh itu kita mesti bersiap sedia dengan memperbanyakkan amalan salih untuk menghadapi hari kiamat yang akan tiba pada bila-bila masa saja.

* Hari pembentangan (yaum mamdud) ialah hari dibentangkan semua makhluk di hadapan Allah di padang Mahsyar. Pembentangan bertujuan menjalani upacara menghitung amalan baik untuk diberi ganjaran nikmat syurga dan menghitung amalan jahat untuk diberi azab neraka.

Kehidupan di akhirat bersifat kekal abadi yang tiada kesudahannya sampai bila-bila. Ia memang tidak dapat difikirkan akal fikiran tetapi wajib diimani setiap umat Islam bahawa mereka akan dihidupkan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab oleh Allah.


Penyelamat utama bagi umat Islam pada hari Mahsyar nanti hanyalah rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad SAW. Untuk mendapat tiket rahmat dan syafaat pada hari itu ialah dengan beriman kepada Allah dan memperbanyakkan amalan salih di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (amal salih)." - (Surah al-A'raf, ayat 56)

Berbahagialah orang beriman dan beramal salih kepada Allah dan amat rugilah orang yang ingkar kepada Allah. Begitulah lima hari yang perlu direnung supaya hidup kita sentiasa diberkati dan diredai Allah.