Monday, 1 December 2008

November Story

Salam

esok kita akan memasuki bulan december. bulan terakhir setiap tahun. bulan cuti sekolah di malaysia dan bulan penuh exam bagi mereka yg study kat oversea.. insyaAllah 8 dec kita akan menyambut Hari Raya Korban. jgn lepaskan peluang utk perbykkan amal² sunat cam puasa, zikir dan membaca alquran dalam 10 hari pertama bulan zulhijah. moga amal yg kita lakukan itu diberi ganjaran oleh Maha Esa insyaAllah..

bulan november aku lalui dgn begitu byk sekali dugaan dan cabaran. bulan yg boleh aku kategorikankan sebagai bulan rebound, tapi dugaan yg mendatang bertimbun² cam beribu² lemon yg jatuh dr langit. hehe..

pada awal bulan aku mendaftar masuk ke kelas bahasa arab. sebulan 40€, setiap ari ahad dan setiap kelas 2 jam stengah. mesti korg pelik kenapa aku tetiba masuk kelas bahasa arab sedangkan french aku masih ditahap merangkak². actually, aku mmg nk belajar bahasa arab sejak habis spm. keinginan itu datang apa perasaan sesal mula timbul di hati aku ini disebabkan aku main² di sekolah agama time sekolah rendah dulu. semasa aku tingkatan 2/3 aku pernah memasang niat utk belajar b.arab tapi malangnya niat itu dikaburi dgn perasaan perlunya meningkatkan pengusaan english terlebih dahulu. setelah Allah memberikan rezeki utk aku belajar di france di mana english boleh dikategorikan sebagai bahasa yg tidak boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, maka tiada alasan lagi utk aku tidak belajar bahasa arab apabila peluang ini datang bergolek². diingatkan disini, di dlm kelas tersebut, b.arab diajar dlm french. jadi secara tidak langsung aku blaja 2 bahasa sekali dlm waktu yg sama.XD

dalam bulan ini juga aku telah membuat satu keputusan yg drastik dalam certain² hal yg tidak boleh dicerita disini, di mana ia telah merentap kejap kewarasan, kesihatan dan pemikiran aku. (lihat post bertajuk tak mao dan dihantui oleh). quiet a blow secara fizikal dan mental juga la. masa ini menggelupur juga la aku. alhamdulillah.. allah telah berikan kekuatan kepada aku utk terus bertahan..

dalam bulan ini juga aku terpegun setiap kali bila nk masuk waktu maghrib. pada waktu tersebut, beratus² ekor burung gagak akan terbang ke arah south-east (arah kiblat). tahu la mereka balik ke sarang kesayangan mereka, tapi apa yg aku rasa kagum adalah, mereka tahu waktu bilakah yg sesuai utk mereka pulang. kita tahu haiwan tidak dikurniakan akal n mereka sememangnya tak reti membaca jam mahupun angka.namun begitu, mereka tahu waktu utk pulang.

masuk minggu² terakhir november, byk betul event yg berlaku. snow turun di Besançon, aku kelam-kabut siapkan projek, aku first time bentang presentation kat depan sorg², first time tgk match basketball, first time bakar cake, aku dapat anak buah pertama, aku first time format pc aku.. hehehe..
walau baik buruk event ini, ada pengajaran disebaliknya. tak guna kita bersedih dgn kesilapan semalam, n sepatutnya kita berusaha utk tidak mengulangi kesilapan itu. jadi disini para pembaca, sejarah itu penting! XD

sebelum aku akhiri celoteh aku kali ini, aku ada nk bagi satu pengumuman. bulan december nnti aku akan menghadapi exam besar. setiap minggu sehingga 20 dec ada at least satu paper. maka mulai 1 dec, insyaAllah aku tidak online di ym mahupun aktif dalam blog. nk pulun betul² la katakan.. kiranya aku isytihar darurat la. insyaAllah pada 20 dec, aku akan aktif semula dalam blog. doakan aku utk berjaya memahami dan mengingati setiap matapelajaran dan berjaya menjawab exam dgn tenang. personally bagi aku, setiap kali nk exam besar, aku ada sedikit 'war-minded'. kira aku anggap exam itu cam hari perang la. weird, but it kinda give me the urge not to lay back, 'laisse-moi tranquille', and it also give me the spirit to workhard n push my mind to da limits. again, it may sound weird to you, but i'm happy with it.


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. (15)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya[...] (60)

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66)

-ayat² dari surah al-anfal-

kenal dulu ketakutan yg kau simpan
barulah lepaskan
kenal dulu kekuatan
yg kau ragukan
Photobucket

wasalam..


6 comments:

anjut said...

abis atau tak tahun ini, anda telah di tagged.jawab la kalo berani!

Nini Marini said...

salam..
laa,awak ke simon malik tu.ingatkan sape la...

akak link kan awak eh?

haa,lagi satu,nak request ni,lain kali awak tukarkanlah coulour text tu kpd terang sikit yea.susah akak nak bace tauuu.akak ni dahla rabun.~~

gadis =) said...

all the best, adam. =)

AISHAH roslan said...

salam. all the best exam. may Allah bless u. amin ...

fanramli said...

salam.

tak penah perasan ttg burung² tu. lepas ni mau jadi lebih peka.

hehe.
sejarah itu penting. tanpa sejarah, siapa kita hari ini?

diamnya. dah tak ada cerita ttg roches magmatiques yg bertexture grenue atau microlitique lagi ke?

haha.

aku cube berbicara ttg connaisance geologi yg aku belajar scr kecil-kecilan awal semester.

fuh. nasib baik dah habis.
mcm mana la kamu dan yana boleh obses dgn batu?

*angkat kening*

Simon Malik said...

trimas pada yg wish me luck XD

to anjut:
bebila la aku jawab tag ko ek?

to kak nini:
akan diusahakan dalam masa terdekat

to fan:
ada jer cerita, tapi tak menang tangan nk post time² exam. nih dah cuti insyaAllah muncul la balik batu² tuh.

aku tak obses sgt batu yana jer.. tp aku obses structure geologique.

*senyum tunjuk gigi*