Saturday, 20 September 2008

Bukan cam Cari Batu

salam

ari senin 15 sept aku ada lagi sortie de terrain. kali nih bukan la ikut group tp semua org. nasib baik ms weekend ktrg rehat bebtul. kalu tak gerenti tak larat nk jalan cari batu. namun setelah aku balik n mula duduk menaip post kali nih, aku raser, sortie kali nih bukan cam sortie yg lain. dier cam lawatan sambil belajar. hehe.. ada la gak cari batu (tp more 2 cari fosil) n takde merangkak bawah kawad duri ke, lalu padang org ke mahupun mengejor lembu.

Map Checkpoint

berdasarkan map kat atas, kitrg hanya gi checkpoint² belah kanan atas map, itupon bukan semua. utk trip nih, hentian yg paling jauh adalah checkpoint 9. n kalu nk tau maner bandar besançon? dedekat area checkpoint 1. hehe..

cam ari2 sblom nih kitrg tggu di stesen serbaguna 'l'elephant bleu' (gajah biru). kitrg gi trus ke checkpoint 4 iaitu Montfaucon. checkpoint sblom2, disatukan skali sbb dedekat, so senang jer prof terang n kitrg salin. setelah bas dgn gayanya naik ke puncak, kitrg pon trun bas n mula mendgr penerangan prof. ada satu yg tak kne... Apsal sejuk sgt nih??!!! rupa2nya mmg arini sejuk n berangin walopon ada encik matahari. mula2 rilek la salin nota.. tp biler tapak tgn dah start keras n sejuk, payah btol nk menulis. bbrrr...

Montfaucon

4 bukit yg kitrg kaji tahun lepas.

Coupe Geologique SE-NW de la Citadelle

berdasarkan coupe geologique (keratan rentas geologi), kiter leh nmpk tanah kat région yg aku duduk nih, beralun2. bukan tanah beralun kat msia yg boleh tanam getah tuh, tp naik n trun.
nak senang citer, tanah, bukit,ladang dan sebginyer tterlibat secara lgsg dgn penceritaan sejarah lmpau. structur kat ats tuh dipggl plissement (lipatan).

so setelah sekian lamer dengan hakisan, explotasi pertanian (kalu kat msia, penggondolan,meruntuhan bukit serta menimbus tasik serta paya kerana tamak beno), ada la sket2 perubahan terhadap struc geologique kat sni. (di msia jgn bermimpi, mmg pyh nk cari)
kat sni yg menakjubkan aku adalah,kekuasaan Allah dlm membentuk bumi nih n kaitan nya dgn mmberi rezeki kpd manusia. cam kawasan marne biaser digunakan utk agrikultur. n kat sni kawasan tuh terketak atas bukit, so udara fresh n sbgnya yg sesuai utk penternakan. n jauh sket, kat puncak ada lapisan keras, so boleh bina kubu pertahanan cam La citadelle...

then kitrg gi ke Saune, area kampung yg menarik. nk tau knp? sbb kat sni ada reseau l'eau point simpanan air yg agak aktif.

Map reseau air

Saône

Saône terletak kat no 10 tuh dlm map air. n arrow2 tuh menunjukan adalah connection aliran air diantara reseau² l'eau (kat msia dippgl kwsn tadahan hujan, tp sni hujan nyer renyai2 je, msia hujan cam nk runtuh langit, so tak sesuai guna tadahan). sbg contoh, kalu korg lepaskan ank ikan kat no 6 (antara point 'hilangnyer' aliran), ikan tuh either akan kuar kat punca air point 7 atau 8 atau 9 dgn syarat dier tak mati or makan mata kail org. (rujuk map air). kirenya antara reseau l'eau nih ada connection atau hubungan saliran.

so knp saône di pggl reseau aktif? sbb reseau di Saône cam point tgh2. kire dier terima air dr reseau lain (punca) n dier jugak hantar air ke reseau lain('hilang' air). (rujuk gak map air)
reseau di Saône jugak penting sbb di menghantar air ke punca air no 15 iaitu punca air yg membekalkan air bersih ke bandar besançon. kirenye kalu ada yg takde otak gi buang bhn toksik kat reseau no 10 (reseau Saône), maka ramai lah yg menempah batu nesan di bandar besançon..so kiter rakyat msia yg kemajuan dah 1st class, tp pemikiran 3rd class lagi perlulah menyedorkan diri mengenai alam sekitar. jgn dah terhantuk baru mengadah..

Fallerons

utk aku hentian (checkpoint 6) kat sini adalah yg paling best walopon kat tepi highway. adalah dlm 15 dari Saône.Lapisan batu yg kitrg ketuk nih dr Period Jurrasique Sup yg dipggl Kimméridgien(link menghubungkan kat gambar susunan siri stratigraphy)

yg uniknya kat kawasan nih, dier ada fosil yg dipggl Hexogyra, yg bentuk cam 'koma' or cam kulit kacang pistachio.
ada gak fosil lain, cam spesis nenek moyang kepah,kerang,sipot.. beso2 plak tuh! maser nih aku bergembira seperti sorg pelombong emas yg jumpa amik emas dgn kutip je.. hahahaha!! mmg tak toleh kiri kanan aku maser nih. duk cangkung tenung lama2... gerenti jumpa at least 1. kire bertaburan gak la fosil2 gak sni, kalu nk cari dlm batu ada payah sket.

Fossil Hexogyra

Fossil spesis kepah

aku sajer letak ada butang baju melayu. bukan apa utk skala dan perbandingan saiz utk korg. =)

Fort du Larmont, Pontalier

jauh gak tempat nih. raser mcm 30 min gituh dr last stop. bas kitrg mcm bas genting, bahkan lagi best kot. buat drift sambil naik bukit. hahaha!! kalu sesapa yg mabuk naik bas mmg sah mabuk, sbb lengkok jln cam hairpin =p
actually tmpt nih maser time winter adalah tempat main ski. so nampak la mesin2 cam keta kabel kat cerun2 bukit kat sni.
kalu kat map yg paling atas, ni checkpoint 8.


maser nih kengkawan lain dah asyik duk berangan menguyah sandwich bekalan diorg. haha.. bagus gak posa nih. biler time keje takde pkir nk mkn. time efficiency XD

Coupe geologique NW-SE du Larmont

skali lagi aku ditunjukkan dgn kuasa tuhan memerintah alam nih. kiter manusia perlu merendah diri kpdNya. kiter nih kalu nk diikutkan kecik je, dr segi ilmu ke kekayaan ke kuasa ke berbanding dgn Allah swt yg maha besar.. toksah la bongkak, n pkir hidup nih segala2nya dgn berpaksikan sekularisme. bersyukurla kiter dgn rezeki yg diberi, bcoz semuanya dari Allah oksigen to breath.. even isyarat electric yg berlari dlm saraf kiter yg membolehkan kiter melihat, mendengar,rasa,hidu, jantung mengepam dan sbgnyer...

berdasarkan coupe geology kat atas tuh, org lidi tuh adalah checkpoint kitrg. kota di tempat tggi utk pertahan dr musuh.. tanah yg luas utk pertanian, penternakan dan utk kuda2 berlarian.. dan hutan utk manusia berteduh, bernafas, dan sumber mentah. (dah tau mende2 nih, naper kiter masih lepak melakukan kerosakan ek? renung2 la..)

Verriére du Joux

nih adalah checkpoint sterusnya iaitu checkpoint 9 yg kitrg pegi selepas lunch.kampung nih ada specialnya sbb terletak dekat ngan sempadan Swiss. aku tau pon bile prof ckp ngan aku sejurus seblom naik bas ke check point seterusnya.menurut prof kat kmpg nih ada tmpt mkn dimana pintu depan dr tanah france n pintu kluar kat ke tanah swiss. menarik tak? XD
lapisan tanah kat sni adalah dr period Cretace dan lebih dikenali sbg Myocene. dibandingkan dgn tnh jurassique iaitu hny 20 million tahun lalu. drlm lapisan Myocene nih byk serpihan hidupan marin cam kulit kepah, batu karang, cengkerang, kerang dan kalu nasib baik gigi shark purba. XD

-kanan serpihan fosil cengkerang n kepah.-kiri fossil batu karang.



then kitrg ada sggh jap kat satu rock formation nih. special sgt.. nk citer plak mls.. kalu tak phm hilang lak special dier. nnti korg asyik menguap n cepat jer scroll down ke bwh =p

Vallé de la Loue

dalam 10 min dr check point td, kitrg gi kat satu tmpt yg famous kat besançon n mgkn famous kat dunia iaitu 'Lembah Loue'(checkpoint 10). maser dlm bas biler kengkwn nmpk signboard diorg mcm teruja gak la. kat tmpt parking pon ada org jual souvenirs.. tongkat nk hiking.. postcards.. aku tak menyinggah pon =p
prof ada tny farid, boleh tak jln sket nih? bukan apa sahabat serumah aku nih ada menjalani pembedahan lutut. so tak leh lasak sgt la. so takkan aku nk tggl dier sorg terkial2 jln. baik aku tolong dier sekadar yg mampu. jd tukang support jln ke.. pegang barang ke.. tukang dokong ke.. hehehe
aku antara org yg terakhir sampai. dr jauh ramai2 mengeluarkan kamera phone utk amik gamba. biler aku sampai, aku bisu sejuta kata, tergamam melihat kejadian tuhan..

Source de la Loue

aku penah tgk air terjun, jeram, delta, sawah, parit serta longkang. tp bukan air yg mencurah2 kluar dr tanah. indah ciptaan tuhan..Die sentiasa mencurahkan rezeki dan nikmat pada kiter namun apakah kiter bebnar bersyukur? sbg contoh tmpt nih org dulu penah buat empangan utk kisar gandum etc.. namun oleh sbb punca air kat sni ada connection reseau air kat tmpt lain, so bile ada satu tmpt nih org kampung buat dam gak utk kegunaan kilang, air yg kluar kat souce nih sket giler. sampai bawak kpd pergaduhan bende nih.. huhu.. (cam kes minyak dunia jer..)

kat tmpt nih aku tak segan silu membatakkan diri amik gamba sni sne =p rugi tak bawak kamera? aku pkai kamera phone. so cam raser rugi sket la tak dpt yg high kuality pic. takper, aku akn kembali ke tmpt nih. bukan bersorangan, tp berdua =p, hehehe..

Point du Moine

ni adalah checkoint 11 ialah checkpoint terakhir kitrg. masing dah pkir nk balik dah maser nih. tp aper pon aku suka tmpt lookout nih. air bertiup tak henti2. aku lak diri bebetul tebing tebing. mmg full blast kne air sejuk. suka siut.. hehe..

pemandangan lembah dr lookout

time prof tgh terang somthing. mata aku terpandang sesuatu. aku terpaku jap. semua org pon terdiam. dah la aku impikan bende nih... tp biasernyer aku tak berpelunag tgk sbb dier dua tahun skali kat langkawi.. tp aku raser aku lagi berpeluang. sebb dpt tgk dgn sama ketggian dier terbang... biasenyer org dpt tgk bahagian bawah jer.. bukan hantu raya tp ada 2 bijik EuropeenFighter Typhoon slow2 crusing sepanjang lembah tuh. pergh.. suka aku! tak sempat amik gamba.. huhu.. jenuh gak la aku mencari gamba. camne aku terus tau jenis jet? aku agak jer, tp aku raser tekaan aku tepat =p
nk tau lebih lanjut pasal military aviation yg disponible around the world, click sni

EuropeenFighter Typhoon.

coupe geologique kat sni ada payah sket. so aku tak upload. by the time aku syok layan angin berderu2..kebanyakan org dah gi kat bas. sejuk. hehehe.. n secara terkejut aku sedar yg kiter nk balik dah. bukan aper. mggu lepas maser sortie ngan group aku asyik tak sabar nk balik. nih boleh ckp 'nk balik dah?'.. hee.. pelan2 kitrg menuju ke bas utk pulang dan menamatkan pengembaraan kitrg..


wasalam

6 comments:

masruddin said...

nice nice. even panjang n x terbaca tapi menarik. rajin tul wat report ni. =)

nu-hja said...

best pulak, sape bace blog2 awk bole jd pndai, haha XD love it !
tak scroll down pn, hehe, sbb best.

Simon Malik said...

trimas2 XD
ada satu lagi report sortie coming up =)

cheekylulu said...

salam.. menarik~
sy pun geologi gak.. br 1st year..
mohon link dr blog sy

H2 said...

huhu bro...
best2x...
ermm...
ni ade rase nyesal sket nih reject offer pet suh p wat geo kt canada dlu neyh...
haish, rugi tol...
huhu...
xtau lak bndalah geo nih as interesting as this...

Simon Malik said...

sememang geo mmg interesting (kalu minat la). sbb byk bende nk kene menghafal. byk dier ala² cam medic gak la kot bg aku =)