Tuesday, 26 August 2008

Kenduri Kahwin


salam

Post kali nih bukan la pasal aku yg kawen tp makcik aku yg paling bongsu belah mak aku kawen. Aku boleh jer kawen awal.. Calon n duet jer takdak! hahahaha...!

Cuber kiter renungkan sudah brapa kali kiter menghadiri upacara walimaturus? Mesti bnyk kali, kan? Terutama mereka yg baru balik dari oversea gerenti akan bawak ke majlis kenduri kawen punya. Kalu yg tak nak pegi msti kasi alasan..'malas nk jumpa org'. Mgkn ada yg perasan stiap kali kenduri kawen, msti dpt nasi minyak n bunga telur. Common things.. Takde kelas mkn bawah khemah, panas la etc..

Hoho..buta-tuli sungguh bagi mereka yg tak sedar betapa uniknya perkahwinan beradat orang melayu. Kalu citer ngan omputeh, gerenti diorg facinated punya! XD

Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yg masih mempunyai kampung sbenar; iaitu rumah papan ada simen sket dan mempunyai at least reban ayam, kebun buah kat blakang umh. Secara peribadi aku lebeh suka gi kenduri kahwen versi kampung. Mgkn org zaman skrg lebey suka kahwen di bandar cam dlm hotel ka.. Dewan ka.. Kalu yg berduet byk, Garden wedding ka.. Beach wedding ka.. Tp gerenti tak leh kalahkan keunikan dan keaslian perkahwinan kampung! (yeeaah! old skool rocks!)

Mak cik aku yg berumur 25 tahun membut keputusan utk berkahwin dengan pasangannya pada 16 ogos 2008. Upacara akad nikah diadakan kat umh my grands dlm pkol 11 pagi sejurus pengantin lelaki sampai kat umh. Bagi aku seorg yg pulang sebentar dr perantauan, kenduri kendara mcm nih sukar untk dilepaskan. Sbb nape? Sbb aku nk jumpa pak cik makcik, tuk-tuk nek-nek, sedara mara serta sepupu-sepapat. Aku sampai jer kampung aku dah terkejut betapa dah besau nyer sepupu aku dah. Dlu duk main wrestling skrg dah anak muda.. (oh time flys..)
Akupon memulakan kerja2 bersalaman, meng'update'kan diri kat sdara mara dan yg tak leh tggl, kerja2 mengambik gambar. hehehe...



























Inilah antara uniqueness of kahwen kat kampung. Semua org gotong royong nk potong2, masak2.. Yang aku herannya, takde pon dgr suara jerit2 ngarah2 org. Setiap tetamu yg nk tolong mcm dah tau aper tugas diorg. Takde saper suroh pon. itu yg aku respect sgt. Kalu aku dah sure nganga-nganga aper bende utk ditolong. Hehehe... n kalau korg perasan bahagian dapur nih dimonopoli org warga tua. So maner gi warga muda? Mesti ada yg menjawab telah melarikan diri ke bandar utk mencari kehidupan baru... Senang citer diorg blom capai the required skill lagi utk ke bahagian dapur. So biaser nyer org muda membuat tugas yg lebey berat, iaitu menjadi penanggah. Kene 'top-up' lauk, bersihkan meja, angkat pinggan kotor n basuh, refill air minum n air basuh tangan etc... Kerja2 nih memerlukan stamina yg tggi, so tak sesuai keberikan pada mereka yg berumur XD

Di bandar pulak, mgkn sbb tak cukup ruang nak pasang khemah bebyk n ruang utk masak secara terbuka, masyarakat hire catering jer utk bahagian logistik. Ada gak org tolong menolong utk bhagian hiasan dalam rumah.. bunga telur.. itu pon sedara mara yg duk dekat la. Kalu dpt jiran baek ati, mmg sure punya datang membantu aper yg patut. kalu tak, setakat membantu mengcukupkan kuota budget kepala time makan. ahahahaha!!

Utk menghentikan bebelan aku, voila gambar time2 sblum, semasa dan selepas akad nikah:

Rombongan pengantin lelaki sampai..

Sidang Kampung Batu Gajah memberi ucapan pembukaan majlis

Tok kadi paling kiri n atuk kat tgh

Hantaran lelaki warna kuning, yg hijau balas hantaran

Bonda sebagai wakil nenda

Pengantin lelaki kene kasi khutbah akad nikah, baca jawi ooHH!

Mas Kawen.. kreatif sungguh!

Masa yang ditggu2..

alhamdulillah...

makan time.. XD

abg adi n kak amai mngalahkan pengantin, masih berbulan madu katernyer XD






Masa tamat akad nikah, kerja aku sebagai penanggah bermula. Nghehehe.. mengikut ceritanya disini, mak cik aku telah melangkah bendul. Istilah yg diberi kepada mereka yg kawen terlebih dahulu seblulm abg n kakak mereka. So sbg 'pampasan' atau denda', pihak pngantin lelaki perlu memberi hadiah personal terus kepada yg mereka yg dilangkah itu XD
Majlis makan2 bermula sejurus selepas tamat akad nikah. Hidangan kitrg ialah nasi tomato,kari kambing, ayam masak merah, pajeri nanas dan acar cili. Buah dokong n tapai sebagai side dish. Tapai? yup Tapai pulut! Aku dah la kepingin tapai, ader rezeki aku mkn tapai yg dibuat oleh org kampung. Alhamdulillah.. maser aku duk buat kerja2 penanggah, ader jer familiar faces aku nampak. Tp nk tegur luper lak nama.. huhu.. inilah penyakit yg slalu dialami oleh mereka yg pergi merantau ke oversea, tak kenal sedara mara. So klu ada mak aku, boleh la aku knl ngan diorg n diorg pon bleh kenal aku. itu pon ingt time tuh jer, lepas tuh tak ingt.. huhuhuhu...

Dalam pkol 1, pengantin nak bersanding. Yeah, maser yg ditggu2! The kompang! The bunga manggar! Kalu aku kecik2 mesti nk follow belakang diorg. Kali nih, aku tak boleh la menggedik mcm dlu, buang tebiat jer. Kerja2 mengambil gmbar n information giving perlu diteruskan.hehe


Kalu maser dlu2.. pengantin laki dtg ngan rombongan dier, n pengantin perempuan duduk kat tempat persandingan. Then biler pengantin lelaki nk duduk sama2, dier kene 'bayar tol'. Biaser kepada mereka yg tgh duduk 'menghalang' laluan pengantin lelaki. (syok tol org dlu, free2 jer dpt fulus) . Biasernyer yg buat bende2 nih adalah mak andam. Kire die org yg menyerikan majlis dengan bende nih. 'Tol' nih aku raser kat mana negeri pon ada. Tp kalu kat melaka biasennya sekali dgn berbalas pantun antara mak andam n wakil pengantin lelaki. Takde skrip2.. Pure invention on da spot, respect spring aku. Skrg boleh jer n invent words on the spot, tp nnti jadi MC battling plak. rosak majlis. ahaahaha!!

Aku pernah baca somewhere, mak andam juga zaman2 dlu org yg mudah melatah. Bukan aper, kan kiter ketawa tgk org melatah.. so dier perlu lah menceriakn majlis dan penanggah2 yg tengah bertungkus lumus kerja serta tetamu yg bertungkus lumus makan. XD

Time bersanding la, kiter renjiskan pengantin dgn air mawar n piliskan diorg ngan bunga rampai.
Biasernyer 'org2 besar' kedua2 belah pihak. kire mcm restu kawen la..
berikut gambar2 yg menarikz:

Bagi yg nak menaikkan saham, jadilah pengapit pengantin! hahaha

Mesra: Alin menyuap pulut kuning kat pengantin XD

Pengantin n sedara mara perempuan.
gambar ngan sedara mara lelaki xde sbb semua tgh kerja XD


Aku ada rezeki mkn bersama pengantin. So dpt la meraser lauk yg special sket iaitu udang goreng. Sedapnya masyaAllah... udang tempura pon kalah! kulit yg garing serta manis mcm isinya. Biasernyer org tak suka makan udang goreng sbb terlalu masin. dari segi pengamatan aku, udang tuh tak perlu digoreng lamer tp perlu menggunakan api yg besar (hukum stir fry). Letak bawang besar sket n cili utk variety'kan raser. XD
Aku dah kenyang mkn sblom tuh, tp biler dah kerja menjadi penanggah n private photographer membuatkan aku lapar kembali. Tp aku takde la pulun nasi, tp aku pulun udang goreng. gehehehe...

Ramai gak yg dtg kat majlis kawen nih. mgkn sbb paling last kenduri kawen dibuat kat umh my grands nih ader la time 2000-2002. Pak cik yg kawen tuh dah ader anak dua org dah. Penat gak la jadi penanggah.. Last2 biler org dah kurang, aku melepakkan diri ngan sepupu-sepupu aku. Lamer siut tak borak ngan diorg. Time2 dlu aku ingt lagi, kne dukung diorg la, buat kapal terbang kertas la, kene mainkan game la.. Dah berlalu siut zaman tuh.. Tgh2 syok2 borak, sepupu2 perempuan aku syok plak menyakat aku dengan menyorok beg2 aku. berkali2 plak tuh..huhu.. tak pe la.. bukan selalu diorg nk nyakat aku, setahun tak sekali XD

Mlm tuh plak, masa utk membuka hadiah2 yg pengantin dpt from tetamu2. Dapat la aku melihat dan mendpt idea brg aper nk kasi kat sesapa kawan aku yg nk kawen nnti.hehe.. Biler tgh syok2 bukak, tetiba kecoh sebentar pabila satu kotak dibuka:
Kecoh sbentar apabila satu kotak nih penuh dgn hadiah2 kreatif

antara isi kotak tersebut. idea yg menarik bagi aku.. hehe

Bagi pendapat aku, hadiah tersebut dlm lingkungan budget rm20, sesuai bagi mereka yg masih student. Tak ramai memikirkan utk memberikan hadiah sperti ini sbb takot pengantin teraser. Tp klakar la.. n bende2 mcm nih yg slalunya kiter terlepas pandang ketika hendak memulakan hidup baru dgn pasangan hidup. Apepon, keikhlasan memberikan hadiah perlu ada XD.

So bagi kengkawan aku yg akan kawen pada masa akan datang, korg tau la siapa kasi hadiah seperti itu. hehe XD

Keesokan harinya, aku join rombongan utk mengantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki berasal dari muar. Menurut sumber aku, org muar lambat memulakan masjlis kawen. Bukan tak menepati waktu, tp budaya masyarakat muar utk mula berkenduri pada pkul 2. Kire diorg sempat la la gi kebun ke.. gi toreh getah ke pada waktu pagi. So takde la diorg miss kerja harian diorg. So maser pagi ahad tuh, sempat gak la aku berkenalan dgn kueh abuk-abuk (kiri) dan melepaskan rindu ngan kuih takung (kanan)

Mak aku ckp, kueh abuk-abuk diperbuat dari campuran sagu n kelapa parut. Setelah digaul dgn sebati, campuran diamsukan dlm lipatan daun pisang, gula melaka diisi dan campuran ditambah sehingga menutup inti. after dat kukus. Aku dpt gak makan kueh buah melaka yg diperbuat dr tepung pulut n coated wit kelapa. Inti nya semestinya gula melaka n kueh nih perlu dimakan sekali gus kalu tak mesti inti memercik kluar. (maap,aku luper nk amik gamba.. huhuh)
kuih takung atau kuih pelita amat la common trutama nk bulan puasa nih. So tak perlu la aku elaborate kan? =)

Umh pengantin lelaki berada di Kampung Tengah, Muar. Konvoi from kampung batu gajah sebanyak 6 kereta. Semestinya kitrg perlu singgah ke satu rumah yg dekat ngan umh majlis. Ada istilahnya, tapi aku dah luper. Bukan aper, dapat la pihak lelaki bersiap sedia mana yg lom sedia lagi plus dpt la pengantin perempuan re-make up, kot2 ada maskara tanggal ke.. hahahaha!!

Aku join acara berarak. Geng kompang siap ader gendang lagi. Maka aku pon mensteadykan muka bila org nk amik gambar pengantin. Dah aku jln bebetul blakang diorg, so kne la steady kalau tak rosak gambar diorg, hehehe..


Biasernyer time2 skrg ada pertunjukan silat depan pengantin. Dah lamer aku tak nmpk.. huhuhu.. tak kan nk mintak yg lebih tua, mampos patah pinggang diorg. hehe.. So ader la sorg dr pihak lelaki nih bergurindam dan berseloka dgn pengantin serta tetamu dr pihak perempuan.

Maser pengantin naik ke rumah utk bersanding. Aku perhatikan acara bersanding kat muar nih ada lain sket dr kitrg. Aku agak, berbeza ikut tempat gak. Mcm kat melaka arituh ader menyuap pengantin ngan pulut kuning. Kat umh pengantin lelaki guna telur asin utk bunga telur diorg. Jenuh nk abiskan tuh.

Yang bestnyer org muar kawen adalah selepas bersanding pengantin akan membuat sesuatu yg pasti mencuit hati para tetamu. Korg msti familiar ngan omputih baling bungakan? Tp kat muar nih, pengantin akan menbaling duit2 syiling yg bercampur dgn gula2 serta bunga rampai. Padan lah byk jer budak kecik tertonggoh depan pengantin. Itu baru bersanding dlm umh. Masa pengantin nk turun makan pon ada gak buat depan pintu!

tetamu tengah menadah tangan, klakar siut gelagat diorg XD


Biaser pihak mengantar dtg utk makan jer. Dah semlm kitrg punya side. hehehe.. lepas mengeyangkan perut dgn pengantin kitrg pon balik. =p

Sekecoh-kecoh, seceria-ceria majlis, perlu diingatkan kembali tujuan utama majlis perkahwinan. Perlu lah tidak boleh melalaikan dan wajib mempunyai batas pergaulan. Ye aku stuju, majlis kawen merupakan cara mudah utk 'memberitahu' masyarakat ttg berita gembira terjalinnya ikatan yg sah. Aku bukan nk takutkan korg tapi kawen adalah titik permulaan kehidupan baru. Maklumlah, dlu semua kiter punya skrg kne berkongsi.. Dlu ada sepasang parents skrg 2 pasang.. Dlu ada berapa puntung adik beradik skrg berpuntung-puntung. maka perlu diingtkn disini,

kawen bukan setakat menghalalkan apa yg haram, malah ia merupakan pengikat antara 2 buah keluarga. Aku tak dpt ulas byk sbb aku sendrik lom kawen, hehehe. so sesapa yg nk kawen cepat, sila lah beringat2 ye?

wasalam..

semoga Allah merahmati pasangan ini dan berbahagia hgga ke syurga.
amin..












17 comments:

Sha.Ree.na said...

Nasi Tomato.....hmmmmmmm

Asma' said...

Uiks laporan lengkap yg sangat menarik. Tapi kampung kek mano nie?

=)

Simon Malik said...

oh.. luper nk tulis la nih. kat kampung batu gajah melaka. near sg rambai.

=D

Asma' said...

Oh patutlah the ambience perkahwinan cm sangat² familiar..

=)

Simon Malik said...

oh, akak nyer kampung kat melaka gak ke?

zarith said...

tetibe rendu nak pg kenduri kawen ala2 kmpung nih.hmmm

Niealex said...

u boleh post ni as an in-formal article. -saya suka-

p/s; c u next year.

fz said...

adam...istilah rumah yang kita singgah sebelum bersanding tu di panggil "bersanggah".
Kalau tak silap k.fz la hehe :)

Simon Malik said...

thx kak fz. by the way, adam dah selamat sampai france. XD

nu-hja said...

EHEM ! betul ke tak berpunye..?
haha, jgn mrh, gurau je :)

anyway, gle pening bab2 kawen ni, tp to be honest, ni la topic yg sgt menarik prhatian sy coz....
sy xtau lgsung bab2 ni, tak pernah g majlis org kawin..jd yg tau cume nasi minyak je, huhu XD So, tanx adam :D

p/s = bayar tol tu ape?? sorry, tak paham XD

Simon Malik said...

kan istilah 'tol' diberi kalu kiter perlu memberi somthing utk meneruskan perjalanan..(trimas to samy velo, hehe)

maka disini, pengantin lelaki ke kasi upah utk sesapa yg menghalang dier nk naik ke pelamin tuh. cam kat melaka dlu, diorg berbalas pantun XD

Fatehah said...

kalo kawen dari negeri yg same,no prob kot..tapi kalo berlainan negeri, adatnyer of course len..lg2lelaki..kena adapt la..ehehe

Simon Malik said...

aku tak brapa tau tmpt lain. cuber ko explain sket kat tempat ko. leh ada segmen kungsi2 lps nih. hehe..

Fatehah said...

eheh..
ala ko..mcm ne nk ckp ek..
saye org nomad, so xdela tau sngt psl bab2 sebegini..koy3..
selangor~sarawak~perak~kelantan..
eheh..klu tau pon xdela sedetail ko weyh..ekeke
cmne ko tw psl kawen tuh?
ko tnye mk ck2 kt kmpong ko ek?
ke melalui pemerhatian ko?

Simon Malik said...

maser time kawen tuh, aku lepak ngan golongan veteran mcm nek sedara aku. ada yg diorg cerita ada gak yg aku tny utk tau lebey detail lagi.ada gak dr segi pemerhatian aku. hee..
=)

Niealex said...

kiranya, u jadi reporter for the whole wedding la ni kan.. do the couple know about this post? I bet that they'll love this. =)

Simon Malik said...

yeah. diorg tau. i bgtau maser i amik gambar diorg. XD