Tuesday, 12 August 2008

kem KIBAR 08


salam

Tanggal 4 ogos, aku telah menyertai kem KIBAR di gombak. Kem nih sebenarnyer bermula pada 3 ogos dan berakhir pada 10 ogos. Oleh sebab2 tertentu aku hny dpt menyertainya dr 4-8 ogos ajer...

Pada awal pagi ari senin, aku dgn 2 buah beg beserta sleeping beg terhegeh2 menaiki komuter pd awal pagi ke kl sentral. Semua duk pandang aku jer.. maner tak nyer, yg lain nk gi kerja, aku mcm nk lari dr rumah. Hehehe.. maser aku sampai kat KL sentral, aku amik keputusan utk tidak mengambik terus putra ke terminal gombak . Kasi org2 yg nk gi kerja dlu. Ye la kan.. mane tau oleh sbb ada extra insan pada ketika ini menyebabkan ada yg lmbt gi keje sebab putra dah sarat.. So aku duk breakfast dlu.. Dlm pkol 10 lby baru aku sampai kat 'the jungle lodge'.. sbenarnyer KIBAR nih kem blaja bahasa arab. Ala2 summer camp gituh. Tak rugi masuk kem2 mcm nih. Mgkn ada insan yg malu nk join bende2 mcm nih sbb alasan malu sbb tak cukup ilmu.. Salah tuh.. Kalu kiter tak mula skrg, smpi biler pon kiter tak cukup ilmu.. Yg penting niat kiter ikhlas nk blaja ilmu agama dan mempraktikkannyer.. Kalu ada yg tak betul, dpt la kiter memperbetul sbb ada org yg menegornya bila tak betul, betul tak? XD


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا لله
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ة
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ))

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Kelas bahasa arab pada waktu pagi hgga tghri. Ptg n mlm diisi dgn pengisian serta tazkirah bermanfaat. Yg seronokn kem2 sebegini adalah.. Anda meraser tak senang duduk biler melihat rakan2 lain duduk tilawah dan menghafaz alquran ketika lapang, maka anda pon nk join skali.. Lamer kelamaan bende nih menjadi satu habit dlm diri anda. kan elok tuh? XD

Satu lagi yg syok adalah, stiap waktu solat anda akan berjemaah. Dlm 5 hari aku duk kat kem nih, baru aku sedar besh solat berjemaah. Skrg aku boring solat secara solo, gerenti laju semacam je..

Ari kamis time tghri, kitrg mula berjungle trekking. Around lepas zuhur kitrg bertolak. Sblom kitrg masuk futher deep inside da forest, kitrg main war game kejap. war game belon air hehe.. stiap group ada 6 frontline yg ditutup mata mereka, 2 org pemegang bendera dan bakinyer bakinyer command. Kalu nk cerita secara terpeinci mmg tak guna, anda perlu mengalaminyer.. hehehe..
Game nih mmbuat aku berbuak2 ingin memulakan post under title 'Flashbang,Bullets and Pray' yg aku pkir dlm sebulan yg lalu. sampai skrg lom start lagi, hehehe... Dlm pada kami meneruskan perjalanan (destinasi kami adalah air terjun).. Byk tol keajaiban ciptaan tuhan yg kami lalui... dr setitis air kat daun sampailah butiran2 pasir di tebing.. n aku pon duk terbongkok2, membelek2 batu, ehehehe... (cant let my passion walk away XD )

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. (12)
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. (13)
Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur. (14)
Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (15)


~surah an-Nahl ayt 12-15~


Dalam around 3pm rasernyer kitrg sampai di air terjun. As for me, inilah pengalaman pertama saya mandi di air terjun (tgk air terjun penah la tp tak pernah mandi) XD

Aku duk lepak tgk diorg mandi air terjun camne, (innocent giler aku).. ooOO senang jer.. Aku pon menerjunkan diri dan mandi bersama sahabat2. Namun kekdg aku duk korek2 pasir, dok tenung2 batu/tebing lelamer.. Ganjil n weird gak r aku.. hehehe... Lps mandi, ktrog solat asar berjemaah dlm hutan. Kotor? Asal ader alas kepala suda.. Org arab lepak jer solat kat padang pasir.. huhu.. Solat kan tggjwb org islam, wajib ditunaikan dimana2 dlm apa jua keadaan.. =)


Maser nk balik ke kem, kitrg lalu jln mudah sbb ada yg cedera sampai takleh jln (skrg nih alhamdulillah).. Mlm tuh sblom kitrg masuk tdor, kitrg dpt kek mango! MasyaAllah sedap btul. Dah pekena kek mangga, pulun berbiji2 durian lepas tuh secara berjemaah, hehehe... masing2 dah kepenatan sbnarnyer.. Sahabat2 kami dr russia ajak main war game tgh mlm tuh. Hanya berapa puntung jer yg menyahut cabaran.. uhuhu..(diorg tak follow trekking sbenarnyer ngan kitrg, program lain, eheh)
Pada ari jumaat, ramai juga yg pulang.. hal keluarga agaknyer.. namun apepon, perjalanan kami belum berakhir. Perlu diingt hidup yg bakal kami tempuhi bukan lah jalan yg mudah dan senang spt jln yg diclearkan oleh polis supaya leh speeding, tp jln yg menentang arus higway di mana kereta speeding tahap 170 km/j! (kalu anda menentang dgn 110 km/j, maka korg mendekati dgn kelajuan 280km/j!!)

Jadi utk menempuh yg sedemikian,hadapi dugaan dan cabaran secara pintar, hendak lah berhati2, rancang steps, dan jgn gopoh. Kalu tidak anda pasti menjadi mangsa kemalangan jalan raya sbb dilenyek oleh lori pencuri pasir..


wasalam

1 comment:

nu-hja said...

minat arab eh????
bagus2 :D
xramai nk blaja bahase ni.
npela xbgtau, org gune buku biase tu je blaja, so tak tau sebutan btol ke tidak :P
yg best tu, g sini pn tgk batu XD