Tuesday, 26 August 2008

Kenduri Kahwin


salam

Post kali nih bukan la pasal aku yg kawen tp makcik aku yg paling bongsu belah mak aku kawen. Aku boleh jer kawen awal.. Calon n duet jer takdak! hahahaha...!

Cuber kiter renungkan sudah brapa kali kiter menghadiri upacara walimaturus? Mesti bnyk kali, kan? Terutama mereka yg baru balik dari oversea gerenti akan bawak ke majlis kenduri kawen punya. Kalu yg tak nak pegi msti kasi alasan..'malas nk jumpa org'. Mgkn ada yg perasan stiap kali kenduri kawen, msti dpt nasi minyak n bunga telur. Common things.. Takde kelas mkn bawah khemah, panas la etc..

Hoho..buta-tuli sungguh bagi mereka yg tak sedar betapa uniknya perkahwinan beradat orang melayu. Kalu citer ngan omputeh, gerenti diorg facinated punya! XD

Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yg masih mempunyai kampung sbenar; iaitu rumah papan ada simen sket dan mempunyai at least reban ayam, kebun buah kat blakang umh. Secara peribadi aku lebeh suka gi kenduri kahwen versi kampung. Mgkn org zaman skrg lebey suka kahwen di bandar cam dlm hotel ka.. Dewan ka.. Kalu yg berduet byk, Garden wedding ka.. Beach wedding ka.. Tp gerenti tak leh kalahkan keunikan dan keaslian perkahwinan kampung! (yeeaah! old skool rocks!)

Mak cik aku yg berumur 25 tahun membut keputusan utk berkahwin dengan pasangannya pada 16 ogos 2008. Upacara akad nikah diadakan kat umh my grands dlm pkol 11 pagi sejurus pengantin lelaki sampai kat umh. Bagi aku seorg yg pulang sebentar dr perantauan, kenduri kendara mcm nih sukar untk dilepaskan. Sbb nape? Sbb aku nk jumpa pak cik makcik, tuk-tuk nek-nek, sedara mara serta sepupu-sepapat. Aku sampai jer kampung aku dah terkejut betapa dah besau nyer sepupu aku dah. Dlu duk main wrestling skrg dah anak muda.. (oh time flys..)
Akupon memulakan kerja2 bersalaman, meng'update'kan diri kat sdara mara dan yg tak leh tggl, kerja2 mengambik gambar. hehehe...



























Inilah antara uniqueness of kahwen kat kampung. Semua org gotong royong nk potong2, masak2.. Yang aku herannya, takde pon dgr suara jerit2 ngarah2 org. Setiap tetamu yg nk tolong mcm dah tau aper tugas diorg. Takde saper suroh pon. itu yg aku respect sgt. Kalu aku dah sure nganga-nganga aper bende utk ditolong. Hehehe... n kalau korg perasan bahagian dapur nih dimonopoli org warga tua. So maner gi warga muda? Mesti ada yg menjawab telah melarikan diri ke bandar utk mencari kehidupan baru... Senang citer diorg blom capai the required skill lagi utk ke bahagian dapur. So biaser nyer org muda membuat tugas yg lebey berat, iaitu menjadi penanggah. Kene 'top-up' lauk, bersihkan meja, angkat pinggan kotor n basuh, refill air minum n air basuh tangan etc... Kerja2 nih memerlukan stamina yg tggi, so tak sesuai keberikan pada mereka yg berumur XD

Di bandar pulak, mgkn sbb tak cukup ruang nak pasang khemah bebyk n ruang utk masak secara terbuka, masyarakat hire catering jer utk bahagian logistik. Ada gak org tolong menolong utk bhagian hiasan dalam rumah.. bunga telur.. itu pon sedara mara yg duk dekat la. Kalu dpt jiran baek ati, mmg sure punya datang membantu aper yg patut. kalu tak, setakat membantu mengcukupkan kuota budget kepala time makan. ahahahaha!!

Utk menghentikan bebelan aku, voila gambar time2 sblum, semasa dan selepas akad nikah:

Rombongan pengantin lelaki sampai..

Sidang Kampung Batu Gajah memberi ucapan pembukaan majlis

Tok kadi paling kiri n atuk kat tgh

Hantaran lelaki warna kuning, yg hijau balas hantaran

Bonda sebagai wakil nenda

Pengantin lelaki kene kasi khutbah akad nikah, baca jawi ooHH!

Mas Kawen.. kreatif sungguh!

Masa yang ditggu2..

alhamdulillah...

makan time.. XD

abg adi n kak amai mngalahkan pengantin, masih berbulan madu katernyer XD






Masa tamat akad nikah, kerja aku sebagai penanggah bermula. Nghehehe.. mengikut ceritanya disini, mak cik aku telah melangkah bendul. Istilah yg diberi kepada mereka yg kawen terlebih dahulu seblulm abg n kakak mereka. So sbg 'pampasan' atau denda', pihak pngantin lelaki perlu memberi hadiah personal terus kepada yg mereka yg dilangkah itu XD
Majlis makan2 bermula sejurus selepas tamat akad nikah. Hidangan kitrg ialah nasi tomato,kari kambing, ayam masak merah, pajeri nanas dan acar cili. Buah dokong n tapai sebagai side dish. Tapai? yup Tapai pulut! Aku dah la kepingin tapai, ader rezeki aku mkn tapai yg dibuat oleh org kampung. Alhamdulillah.. maser aku duk buat kerja2 penanggah, ader jer familiar faces aku nampak. Tp nk tegur luper lak nama.. huhu.. inilah penyakit yg slalu dialami oleh mereka yg pergi merantau ke oversea, tak kenal sedara mara. So klu ada mak aku, boleh la aku knl ngan diorg n diorg pon bleh kenal aku. itu pon ingt time tuh jer, lepas tuh tak ingt.. huhuhuhu...

Dalam pkol 1, pengantin nak bersanding. Yeah, maser yg ditggu2! The kompang! The bunga manggar! Kalu aku kecik2 mesti nk follow belakang diorg. Kali nih, aku tak boleh la menggedik mcm dlu, buang tebiat jer. Kerja2 mengambil gmbar n information giving perlu diteruskan.hehe


Kalu maser dlu2.. pengantin laki dtg ngan rombongan dier, n pengantin perempuan duduk kat tempat persandingan. Then biler pengantin lelaki nk duduk sama2, dier kene 'bayar tol'. Biaser kepada mereka yg tgh duduk 'menghalang' laluan pengantin lelaki. (syok tol org dlu, free2 jer dpt fulus) . Biasernyer yg buat bende2 nih adalah mak andam. Kire die org yg menyerikan majlis dengan bende nih. 'Tol' nih aku raser kat mana negeri pon ada. Tp kalu kat melaka biasennya sekali dgn berbalas pantun antara mak andam n wakil pengantin lelaki. Takde skrip2.. Pure invention on da spot, respect spring aku. Skrg boleh jer n invent words on the spot, tp nnti jadi MC battling plak. rosak majlis. ahaahaha!!

Aku pernah baca somewhere, mak andam juga zaman2 dlu org yg mudah melatah. Bukan aper, kan kiter ketawa tgk org melatah.. so dier perlu lah menceriakn majlis dan penanggah2 yg tengah bertungkus lumus kerja serta tetamu yg bertungkus lumus makan. XD

Time bersanding la, kiter renjiskan pengantin dgn air mawar n piliskan diorg ngan bunga rampai.
Biasernyer 'org2 besar' kedua2 belah pihak. kire mcm restu kawen la..
berikut gambar2 yg menarikz:

Bagi yg nak menaikkan saham, jadilah pengapit pengantin! hahaha

Mesra: Alin menyuap pulut kuning kat pengantin XD

Pengantin n sedara mara perempuan.
gambar ngan sedara mara lelaki xde sbb semua tgh kerja XD


Aku ada rezeki mkn bersama pengantin. So dpt la meraser lauk yg special sket iaitu udang goreng. Sedapnya masyaAllah... udang tempura pon kalah! kulit yg garing serta manis mcm isinya. Biasernyer org tak suka makan udang goreng sbb terlalu masin. dari segi pengamatan aku, udang tuh tak perlu digoreng lamer tp perlu menggunakan api yg besar (hukum stir fry). Letak bawang besar sket n cili utk variety'kan raser. XD
Aku dah kenyang mkn sblom tuh, tp biler dah kerja menjadi penanggah n private photographer membuatkan aku lapar kembali. Tp aku takde la pulun nasi, tp aku pulun udang goreng. gehehehe...

Ramai gak yg dtg kat majlis kawen nih. mgkn sbb paling last kenduri kawen dibuat kat umh my grands nih ader la time 2000-2002. Pak cik yg kawen tuh dah ader anak dua org dah. Penat gak la jadi penanggah.. Last2 biler org dah kurang, aku melepakkan diri ngan sepupu-sepupu aku. Lamer siut tak borak ngan diorg. Time2 dlu aku ingt lagi, kne dukung diorg la, buat kapal terbang kertas la, kene mainkan game la.. Dah berlalu siut zaman tuh.. Tgh2 syok2 borak, sepupu2 perempuan aku syok plak menyakat aku dengan menyorok beg2 aku. berkali2 plak tuh..huhu.. tak pe la.. bukan selalu diorg nk nyakat aku, setahun tak sekali XD

Mlm tuh plak, masa utk membuka hadiah2 yg pengantin dpt from tetamu2. Dapat la aku melihat dan mendpt idea brg aper nk kasi kat sesapa kawan aku yg nk kawen nnti.hehe.. Biler tgh syok2 bukak, tetiba kecoh sebentar pabila satu kotak dibuka:
Kecoh sbentar apabila satu kotak nih penuh dgn hadiah2 kreatif

antara isi kotak tersebut. idea yg menarik bagi aku.. hehe

Bagi pendapat aku, hadiah tersebut dlm lingkungan budget rm20, sesuai bagi mereka yg masih student. Tak ramai memikirkan utk memberikan hadiah sperti ini sbb takot pengantin teraser. Tp klakar la.. n bende2 mcm nih yg slalunya kiter terlepas pandang ketika hendak memulakan hidup baru dgn pasangan hidup. Apepon, keikhlasan memberikan hadiah perlu ada XD.

So bagi kengkawan aku yg akan kawen pada masa akan datang, korg tau la siapa kasi hadiah seperti itu. hehe XD

Keesokan harinya, aku join rombongan utk mengantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki berasal dari muar. Menurut sumber aku, org muar lambat memulakan masjlis kawen. Bukan tak menepati waktu, tp budaya masyarakat muar utk mula berkenduri pada pkul 2. Kire diorg sempat la la gi kebun ke.. gi toreh getah ke pada waktu pagi. So takde la diorg miss kerja harian diorg. So maser pagi ahad tuh, sempat gak la aku berkenalan dgn kueh abuk-abuk (kiri) dan melepaskan rindu ngan kuih takung (kanan)

Mak aku ckp, kueh abuk-abuk diperbuat dari campuran sagu n kelapa parut. Setelah digaul dgn sebati, campuran diamsukan dlm lipatan daun pisang, gula melaka diisi dan campuran ditambah sehingga menutup inti. after dat kukus. Aku dpt gak makan kueh buah melaka yg diperbuat dr tepung pulut n coated wit kelapa. Inti nya semestinya gula melaka n kueh nih perlu dimakan sekali gus kalu tak mesti inti memercik kluar. (maap,aku luper nk amik gamba.. huhuh)
kuih takung atau kuih pelita amat la common trutama nk bulan puasa nih. So tak perlu la aku elaborate kan? =)

Umh pengantin lelaki berada di Kampung Tengah, Muar. Konvoi from kampung batu gajah sebanyak 6 kereta. Semestinya kitrg perlu singgah ke satu rumah yg dekat ngan umh majlis. Ada istilahnya, tapi aku dah luper. Bukan aper, dapat la pihak lelaki bersiap sedia mana yg lom sedia lagi plus dpt la pengantin perempuan re-make up, kot2 ada maskara tanggal ke.. hahahaha!!

Aku join acara berarak. Geng kompang siap ader gendang lagi. Maka aku pon mensteadykan muka bila org nk amik gambar pengantin. Dah aku jln bebetul blakang diorg, so kne la steady kalau tak rosak gambar diorg, hehehe..


Biasernyer time2 skrg ada pertunjukan silat depan pengantin. Dah lamer aku tak nmpk.. huhuhu.. tak kan nk mintak yg lebih tua, mampos patah pinggang diorg. hehe.. So ader la sorg dr pihak lelaki nih bergurindam dan berseloka dgn pengantin serta tetamu dr pihak perempuan.

Maser pengantin naik ke rumah utk bersanding. Aku perhatikan acara bersanding kat muar nih ada lain sket dr kitrg. Aku agak, berbeza ikut tempat gak. Mcm kat melaka arituh ader menyuap pengantin ngan pulut kuning. Kat umh pengantin lelaki guna telur asin utk bunga telur diorg. Jenuh nk abiskan tuh.

Yang bestnyer org muar kawen adalah selepas bersanding pengantin akan membuat sesuatu yg pasti mencuit hati para tetamu. Korg msti familiar ngan omputih baling bungakan? Tp kat muar nih, pengantin akan menbaling duit2 syiling yg bercampur dgn gula2 serta bunga rampai. Padan lah byk jer budak kecik tertonggoh depan pengantin. Itu baru bersanding dlm umh. Masa pengantin nk turun makan pon ada gak buat depan pintu!

tetamu tengah menadah tangan, klakar siut gelagat diorg XD


Biaser pihak mengantar dtg utk makan jer. Dah semlm kitrg punya side. hehehe.. lepas mengeyangkan perut dgn pengantin kitrg pon balik. =p

Sekecoh-kecoh, seceria-ceria majlis, perlu diingatkan kembali tujuan utama majlis perkahwinan. Perlu lah tidak boleh melalaikan dan wajib mempunyai batas pergaulan. Ye aku stuju, majlis kawen merupakan cara mudah utk 'memberitahu' masyarakat ttg berita gembira terjalinnya ikatan yg sah. Aku bukan nk takutkan korg tapi kawen adalah titik permulaan kehidupan baru. Maklumlah, dlu semua kiter punya skrg kne berkongsi.. Dlu ada sepasang parents skrg 2 pasang.. Dlu ada berapa puntung adik beradik skrg berpuntung-puntung. maka perlu diingtkn disini,

kawen bukan setakat menghalalkan apa yg haram, malah ia merupakan pengikat antara 2 buah keluarga. Aku tak dpt ulas byk sbb aku sendrik lom kawen, hehehe. so sesapa yg nk kawen cepat, sila lah beringat2 ye?

wasalam..

semoga Allah merahmati pasangan ini dan berbahagia hgga ke syurga.
amin..












Monday, 18 August 2008

la sallian 4 life

salam

pada 9 ogos, dengan izin tuhan aku bertemu dgn sahabat2 forever dr sekolah rendah. Sharil Anuar yg skrg sedang training menjadi pilot di langkawi, menelefon aku malam2 buta ketka aku tgk syok nk dibuai mimpi.. hehehe.. dier ajak aku kuar, maklum la aku nih stahun skali balik.

so dlm time tghri aku gi la rumah dier kat shah alam tuh. pergh.. rindu seh aku ngan mamat nih. dari dejah satu aku knal mamat nih. dier pernah skali duk belakang aku dgn sepupu time dejah satu. pernah gak rr gadoh gan dier tp kejap jer, cam adik beradik pny gdo ler.. ehehe...

aku meneman dier gi repair Xbox dier yg overheated tuh kat the summit. then after pekena game time crisis (game ltihan menembak aku, mana tau diperlukan pada masa akan dtg..) aku gi lunch kat Restoran Molek, kedai makanan org kelantan. Aril mempromote aku kedai nih coz dier kater nasi kerabu kedai nih best n air sirap bandung dier yg special name 'bandung molek'



lauk pilihan, ayam atau ikan. nasi dihidang mcm gambar atas. kalu org puteh msti terkejut tgk nasi warna biru. hehehe.. nih disebabkn nasi ditanak bersama sejenis daun nih (baru borak ngan bonda semlm pasal nasi nih, luper plak namer daunnyer). yg special adalah air sirap bandung dier. yg dekat ngan kamera tuh maser lom kacau lagi,yg jauh sket bandung yg sedia diminum, n org yg tgh posing tuh kawan aku XD
apa yg menarik adalah, sirap merah tuh aku rasa la seblom aku kaco. takde raser manis lagsung. mcm sirap asli tanpa gula (aku agak la..) warna dier pon mcm melekat tak tanggal2. mengingatkan aku dengan Buah naga merah yg biler mkn sure gigi baru mentekedarah org..hehehe..
total semua rm16, so satu kepala rm8 la. (mcm mana aku leh mempromote bende nih?)


abis jer lunch kitrg gi balik kat umh aril. tak lamer kemudian, sahabat aku bernama Shahul Reza (amik degree meka kat uitm) n Alif Farhan (kat MMU melaka) tiba di rumah. masyaAllah.. rindu btol aku ngan diorg. 2 org nih aku kenal dr dejah satu gak! maser aku menyalam mak aril, dier kater kitorg dah beso panjang dah.. yup, parents kitrg pon mengenali antara satu sama lain. lamer gak rr kitrg borak2. topik yg tak pernah miss kalu reunion cam ni, pngalaman suka duka kat skolah especially skolah menengah. hehehe.. saket rahang aku sb asyik ketawa n senyum.. =p

dlm pkol 6 cam tuh kitrg balik ke rumah masing2. mlm tuh aku gi andalas corner jumpa Al ngan farizul (juga sahabat skolah). then biler borak2 kjap, tetiba oleh jumpa ngan cikgu zainon sefamily kat situh. then dlm stengah jam, jumpa plak jivan n rakannyer yg juga kawan skolah. aku bersyukur sgt aku dpt jumpa ngan diorg, dlm satu hari plak tuh. ada lagi sahabat2 dan kawan2 dr skolah rendah yg aku masih lom jumpa. tgk la mgkn aku akan bertemu dgn diorg satu hari nnti.. insyaAllah..

dr kiri: Aril, Alep n Reza

wasalam

Friday, 15 August 2008

Pulasan


salam

kali nih aku nk citer sket pasal buah pulasan. Pulasan atau namer saintifik nyer Nephelium mutabile Blume adalah saudara terdekat buah rambutan. kalau rambutan mempunyai 'rambut' yg boleh di'perm' atau di'spike'kan, pulasan mcm takde rambut. rambut kat kulit tuh dah macam tayar racing kenderaan padang pasir, hehehe..
warna pulasan yg aku tau warna merah gelap. tak pernah nampak plak yg berwarna oren mahupon ungu.
nk kopek pulasan nih kalu tak mahir kne pkai pisau sbb cam tebal kulitnyer.kalu mahir, cara bukak nyer adalah dgn cr memulas. (bahasa melayu takde idea lain la nk kali namer.. kalu rumput ader buah yg boleh mkn sure dipanggil rumputan, yahahaha!!!)

isi pulasan cam putih2 sket n yg best kalu dpt isi yg lekang. kalu dapat yg masam biasenyer msti isi susah nk tanggal dengan biji. pulasan kurang mendapat populariti berbanding saudaranya rambutan. mgkn sbb rakyat msia tak mengundi pulasan semasa program tv realiti. mgkn juga sbb pulasan tidak menampilkan gaya seksi dan jogetan seperti penyanyi zaman skrg menyebabkan pulasan tidak popular. hny mereka yg bebtul2 menghargai luaran dan dalaman pulasan ini pasti mengatakan pulasan lebey enak dr rambutan.. (harga pon mhl ooOO, kat KL rm5 sekilo)

wasalam..

Tuesday, 12 August 2008

kem KIBAR 08


salam

Tanggal 4 ogos, aku telah menyertai kem KIBAR di gombak. Kem nih sebenarnyer bermula pada 3 ogos dan berakhir pada 10 ogos. Oleh sebab2 tertentu aku hny dpt menyertainya dr 4-8 ogos ajer...

Pada awal pagi ari senin, aku dgn 2 buah beg beserta sleeping beg terhegeh2 menaiki komuter pd awal pagi ke kl sentral. Semua duk pandang aku jer.. maner tak nyer, yg lain nk gi kerja, aku mcm nk lari dr rumah. Hehehe.. maser aku sampai kat KL sentral, aku amik keputusan utk tidak mengambik terus putra ke terminal gombak . Kasi org2 yg nk gi kerja dlu. Ye la kan.. mane tau oleh sbb ada extra insan pada ketika ini menyebabkan ada yg lmbt gi keje sebab putra dah sarat.. So aku duk breakfast dlu.. Dlm pkol 10 lby baru aku sampai kat 'the jungle lodge'.. sbenarnyer KIBAR nih kem blaja bahasa arab. Ala2 summer camp gituh. Tak rugi masuk kem2 mcm nih. Mgkn ada insan yg malu nk join bende2 mcm nih sbb alasan malu sbb tak cukup ilmu.. Salah tuh.. Kalu kiter tak mula skrg, smpi biler pon kiter tak cukup ilmu.. Yg penting niat kiter ikhlas nk blaja ilmu agama dan mempraktikkannyer.. Kalu ada yg tak betul, dpt la kiter memperbetul sbb ada org yg menegornya bila tak betul, betul tak? XD


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا لله
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ة
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ))

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Kelas bahasa arab pada waktu pagi hgga tghri. Ptg n mlm diisi dgn pengisian serta tazkirah bermanfaat. Yg seronokn kem2 sebegini adalah.. Anda meraser tak senang duduk biler melihat rakan2 lain duduk tilawah dan menghafaz alquran ketika lapang, maka anda pon nk join skali.. Lamer kelamaan bende nih menjadi satu habit dlm diri anda. kan elok tuh? XD

Satu lagi yg syok adalah, stiap waktu solat anda akan berjemaah. Dlm 5 hari aku duk kat kem nih, baru aku sedar besh solat berjemaah. Skrg aku boring solat secara solo, gerenti laju semacam je..

Ari kamis time tghri, kitrg mula berjungle trekking. Around lepas zuhur kitrg bertolak. Sblom kitrg masuk futher deep inside da forest, kitrg main war game kejap. war game belon air hehe.. stiap group ada 6 frontline yg ditutup mata mereka, 2 org pemegang bendera dan bakinyer bakinyer command. Kalu nk cerita secara terpeinci mmg tak guna, anda perlu mengalaminyer.. hehehe..
Game nih mmbuat aku berbuak2 ingin memulakan post under title 'Flashbang,Bullets and Pray' yg aku pkir dlm sebulan yg lalu. sampai skrg lom start lagi, hehehe... Dlm pada kami meneruskan perjalanan (destinasi kami adalah air terjun).. Byk tol keajaiban ciptaan tuhan yg kami lalui... dr setitis air kat daun sampailah butiran2 pasir di tebing.. n aku pon duk terbongkok2, membelek2 batu, ehehehe... (cant let my passion walk away XD )

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. (12)
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. (13)
Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur. (14)
Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (15)


~surah an-Nahl ayt 12-15~


Dalam around 3pm rasernyer kitrg sampai di air terjun. As for me, inilah pengalaman pertama saya mandi di air terjun (tgk air terjun penah la tp tak pernah mandi) XD

Aku duk lepak tgk diorg mandi air terjun camne, (innocent giler aku).. ooOO senang jer.. Aku pon menerjunkan diri dan mandi bersama sahabat2. Namun kekdg aku duk korek2 pasir, dok tenung2 batu/tebing lelamer.. Ganjil n weird gak r aku.. hehehe... Lps mandi, ktrog solat asar berjemaah dlm hutan. Kotor? Asal ader alas kepala suda.. Org arab lepak jer solat kat padang pasir.. huhu.. Solat kan tggjwb org islam, wajib ditunaikan dimana2 dlm apa jua keadaan.. =)


Maser nk balik ke kem, kitrg lalu jln mudah sbb ada yg cedera sampai takleh jln (skrg nih alhamdulillah).. Mlm tuh sblom kitrg masuk tdor, kitrg dpt kek mango! MasyaAllah sedap btul. Dah pekena kek mangga, pulun berbiji2 durian lepas tuh secara berjemaah, hehehe... masing2 dah kepenatan sbnarnyer.. Sahabat2 kami dr russia ajak main war game tgh mlm tuh. Hanya berapa puntung jer yg menyahut cabaran.. uhuhu..(diorg tak follow trekking sbenarnyer ngan kitrg, program lain, eheh)
Pada ari jumaat, ramai juga yg pulang.. hal keluarga agaknyer.. namun apepon, perjalanan kami belum berakhir. Perlu diingt hidup yg bakal kami tempuhi bukan lah jalan yg mudah dan senang spt jln yg diclearkan oleh polis supaya leh speeding, tp jln yg menentang arus higway di mana kereta speeding tahap 170 km/j! (kalu anda menentang dgn 110 km/j, maka korg mendekati dgn kelajuan 280km/j!!)

Jadi utk menempuh yg sedemikian,hadapi dugaan dan cabaran secara pintar, hendak lah berhati2, rancang steps, dan jgn gopoh. Kalu tidak anda pasti menjadi mangsa kemalangan jalan raya sbb dilenyek oleh lori pencuri pasir..


wasalam

Monday, 11 August 2008

Cucur udang?


salam

oleh sebab kepulangan sorg student oversea biasernyer akan memburu bnde2 mkn yg besh2, maka ku secara tak lgsg meneruskan kerja2 tersebut ketika aku balik.. hehe.. secara tak lgsg aku mempromote sektor pelancongan tempatan XD

Cucur udang di Alor Gajah mmg famous. sejak zaman aku masih menghisap puting lagi kedai nih dah wujud sehingga sekarang. terletak di bandar alor gajah berdekatan dgn pasar dan stesen bas.so ada la dlm 10 mins perjalanan ke pekan dr tol alor gajah. kalu anda dtg ke alor gajah time weekend, biasernyer ada pasar malam. so payah nk parking. plus kalu time weekend cepat jer bende nih abis. satu lagik time cuti skolah, eventho jln di alor gajah dah di upgrade, sure gerenti cam byk kereta sbb org nk ke A famosa resort.

cucur udang alor gajah nih dier punya kuah dier sedap. n tambahan ayam n tempe boleh diminta kalu tak abis. kiter boleh pilih hidangan utk sorg ke.. dua org mkn ke.. 4 org ke... setiap hidangan ader cucur udang, taufu, hirisan timon sket m etc. drpd korg mkn bende2 barat yg buat mngembungkan perut serta dompet diorg, baik korg mkn hidangan tempatan. so kalu korg otw ke muar guna Lebuh AMJ, buat la detour kecik kat pekan alor gajah, pekena cucur udang nih utk brunch or minum ptg. saper kater makanan tempatan tak famous n takde kelas? org yg kufur nikmat duk msia jer ckp mcm tuh.. XD

wasalam

Rambutan

salam

biasernyer time2 bulan jun hingga ogos, adalah musim buah-buahan. rambutan la.. durian la.. langsat la.. so kiter rakyat msia yg amat menggemari buah2 ini selain dr epal mahupon limau sunkist pasti akan membelinya jika takde kebun la. so mane yg ada kebun, pasti sampai termuntah2 memakan rambutan serta memulun durian. kalu tak seikat rambutan seari, 5 biji durian disebat..

malangnyer.. apakah kita bebetul kenal buah2an kiter sehingga ke pokok dan daunnyer? patutkan kiter dikenal sbg org yg reti menyebat tanpa kenal bbtul rezeki ciptaan tuhan ini.. maka inilah tujuan post kali ni..



rambutan atau namer saintificnyer Nephelium lappaceum merupakan buah yg paling common di malaysia. ader dua colour jer, merah dan kuning. bg aku dier cam sepupu sepapat lychee kot cuma lebey beso n berbulu.. aku mgkn tak perlu citer byk pasal rambutan nih sbb mgkn korg dah tau kot.

pokok rambutan mengambil maser 3 tahun utk berbuah kali pertama. so kalu anda selalu trim n maintain pokok, pokok rambutan gerenti rendang jer, tak payah nk panjat tggi2.. hehe..
rambutan merah ada bberapa jenis. yg aku tau 'anak skolah' 'jeli' ngan 'gula batu'
  • Anak skolah cam chumel2 buahnyer. biasernyer lekang (isi tak melekat kat biji), manis, n kalu diihat dr jauh cam berkelompok kt pokok. kat kebun den ada la 3 batang kot rambutan jenis ni n mmg juling kalu makan tk henti, hehehe..
  • Jeli plak dier cam lonjong sket kalu tak silap n ramai tak suke mkn sbb tak lekang. kurang komersial n kulitnyer agak tebal
  • Gula batu plak aku kureng pasti camne tp isi dier besh, manis yg memikat dan isi yg kurang lekat pd biji.

untuk rambutan kuning plak kulitnyer nipis n isinyer montel. tp kekdg dier tak lekang. sometimes ada traces of masam2 sket kat hujung2 n quiet juicy gak. rambutan kuning walopon dier adik beradik kandung rambutan merah, tp oleh sbb dier kurang sket komersial (susah nk hidup kot) dier cam di anak tiri kan kekdg.
namun rambutan kuning nih tak bersedey kot, sbb org aggp dier cam rambutan yg org susah nk carik. tapi aper yg lebey menyedeykn adalah, di kmpung, rambutan hanya dijual 30 sen sekilo sbb hampir stiap rumah ada at least sebatang pokok rambutan.. kat bandar sperti di klang misalnyer, RM3 sekilo! gilo rr.. baik tanam jer ramutan kat laman, tggu 3 tahun berbuah la.. so bagi yg study kat oversea, boleh la start tanam skrg so biler dah balik bawak degree,ada pokok rambutan menanti anda... XD

wasalam


Sunday, 10 August 2008

not just D_ordinary ipoh..

salam

sblom aku berceloteh, aku ingin meminta izin dr seseorg utk menggunakan namer blognyer sbg tajuk aku, hehehe (jgn mare.. ^^ )

pada 30 julai 2008, aku gi ke ipoh utk 3 hari 2 mlm. bukan aper, ingin mengaco apak aku yg bekerja kat saner. hehehe.. dr klang, bas transnasional tak menyediakan bas ke ipoh, so aku kne pilih syarikat bas lain. kopak gak la rm 25. bas yg aku naik tuh dlm pkol 11 pagi. selepas mengantar ashraf kat stesen komuter klang n berjumpe Firdaus n Zam, aku patah balik ke stesen bas klang utk mengambik bas ke ipoh. tggu punya tggu, cam takde je bas, maka aku pon bertanya akak di kaunter aku mmbeli tiket ke ipoh tempoh hari.

naseb baik bas tak menigglkan aku. kalu tqk naya jerk.. dgn perjalanan yg agak bumpy n cam buhsan smacam, aku akhirnya sampai kat stesen medan gopeng. yg klakar nyer, mase sampai, the drebar dok jerit 'ipoh2' tak sapa yg bgn. ruper2nyer aku la the only one person yg telah melambatkan penumpang2 ke penang sbb aku sorg trun ipoh. ngeh2.. tak rr, ader jer insan2 yg nk gi penang dr ipoh. XD


stelah melepak2 kat umh apak aku, ptg tuh apak aku bwk aku jln2 sket. ada satu tmpt nih namernyer Gunung Lang (tp tak nmpk gunung pon, hehe) kat sni boleh naik bot , ala2 feri gituh ke tmpt rekresi. kire mcm leh gi private island la kot. aku tak naik menatang nih, sbb takde geng hiruk pikuk yg boleh menghuru-harakan keadaan... hehe.. takde rr, aku gi ngan apak aku so mcm kureng sesuai aku mengajak apak aku mmbuat aktiviti seperti org muda. so aku duk lepak2 kejap tgk ikan yg super debab.. aku plek giler diorg boleh gemok cam tu. mgkn sbb org duk beli makanan tiap2 ari duk campak setiap minit dlm kolam nyeh, apa lagi, kenduri 24 jam la ikan2 nih. aku raser diorg pon maleh nk carik makanan sendrik dah. duk berenang mengangakan mulut kat surface jer dah kenyang, hehe..

mlm tuh aku ke tesco carik baju utk hiking kat gunung kledang, aku bawak baju cam ala kadar er, hehe.. teruk tol aku.


pada keesokan arinyer pada pkol 645 pagi aku mula mendaki gunung kledang sorg diri (sorg diri? biar betik??!) ala, ader jalan tar, jalan je la sampai puncak. hehe... ramai org2 ipoh hiking tapi tak sampai puncak. i'm not suprise if org2 ipoh build for hiking mountains coz mcm hobi diorg jer naik kledang nih. gunug kledang nih letak berdekatan dgn junction menglembu rasernyer.
dengan 18727 steps (trimas dgn new HP aku skrg leh kire steps, ooppss) aku sampai kembali kat kaki bukit.aku menyarankan kalu nk naik sampai stesen pemancar harap berteman gak la, kalu tak, mental sket biler kiter tak nmpk dah kat maner letaknya stesen tuh. otw to the top, byk giler flora n fauna, subhanallah, aku 1st time tgk semut hutan yg tersgt la besar serta 'the walking stick'. bg pencinta alam yg ingin mem'blend' diri dlm nature sebentar dengan kicauan burung dan bunyian serangga, boleh la hike gunung kledang nih time pepagi buta supaya trun takde la panas sgt. total naik n turun adalah dlm 2-3 jam ikut speed.




setelah aku kuar dari alam hutan menghijau yg menenangkan, aku dibawa ke warung dedekat ngan stadium ipoh utk brunch. ipoh mmg terkenal dengan kuey teow grg kerang udang n telur. hoho..
rasernyer cukup istimewa (tah aper la yg dibubuh dlm bende nih) seperti biaser tauge n daun bawang mmbawa raser fresh pada hidangan stir fry. kebiasaan masak secara stir fry adalah cara org cina. so perlu diketahui disini, kiter yg telah lamer hidup dalam perpaduan kena lah bersyukur yg perpaduan telah tercipta melalui makanan. kalu tak caya cuba kuar umh dan lihat, n tgk sapa yg makan nasi lemak/roti canai/mee sup etc..
satu lagi bende yg mesti makan or kat kes nih minum.. ialah ipoh white coffee.. raser dier ada sket lain, not just ordinary kopi susu la. cukup kaw n well balance raser pahit n manis.

perlu diingt disini, aku makan brunch nih betul2 lepas aku trun gunung kledang (kalu dah tggu dekat sejam apak aku tak sampai2 nk amik aku, kire direct ke?) so aku balik kejap, quick wash then kuar balik. kali nih apak aku bawak makan lunch ( biar btol adam nih?? bukan baru rembat kuey teow?) kalu nk diikutkan lamer gak aku lepak kat warung tuh dengan sepinggan kuey teow goreng. so bley katerkan aku dah lapo balik.
hehehe...






time tghri aku di bawa ke satu kedai kopitiam dekat jalan yong kalsom kot kalu tak silap. kat sni ada satu kdai yg tersgt popular dikalangan org ipoh biler time lunch. mgkn kalu bukan org ipoh pasti menganggapnyer adalah satu kedai makan cina biaser. tp anda silap,tuan punya kedai mmg btul cina, tp diorg jual air jer. mereka mengongsi kedai mereka dengan tauke kedai nasi kandar. eventho cara penyampaiannyer mcm nasi kandar tp mmg lain. senang citer, bukan nasi kandar la. nasi dier ada cam letak santan sket, raser cam lemak gituh.. then nasi yg raser cam nasi lemak mmg best mkn dgn timon. secara kebiasaannya kalu nasi kandar akan dibubuh semua jenis kuah sket2, tp nasi nih letak cuma 5 kuah jer, tp aku tak ingt aper. utk menu biaser tanpa penambahan lauk2 lain, nasi nih dihidang bersama dgn ayam goreng. ayam goreng nih unik sket, mgkn ada berpendapat mcm ayam goreng berempah, tp bagi aku tak. dier cam ayam masak merah yg telah digoreng semula hingga kering. masyuk gak rr.. n sambal spesel diorg, aku tak tau aper namer tp cam ader traces of kerisik, susu masam, kunyit n lada.


(maap, gambo tak brapa clear)

kedai nih dah lamer wujud, semenjak apak aku blajar kat STAR ipoh.

the thrill of eating nasi nih kat kedai nih adalah, tukang serve nasi bekerja dgn cepat dan pastinya akan raser sakit ati biler anda terhegeh memilih lauk tambahan. so buat pilihan lauk awal2 kalu tak amik hidangan biaser jer. 2nd thrill adalah, dgn kedai yg agak kecik serta berkuap, ketika anda mkn, anda pasti berpeluh dan takkan toleh kiri dan kanan ketika makan. aku sendrik tgk pelanggan2 buat camtuh. so apakah namer nasi ini sehinggakan terjadinya perkara2 sedemikian rupa? namernyer nasi wang-geh (tamil word kot) or kekdg kater nasi dadah.. kerana anda PASTI akan mencari nasi wang-geh apabila anda ke ipoh.. o_O

n suda pastinya kedatangan anda ke mana bandar pasti tidak lengkap kalu tak singgah ke pasar mlm tempatan. pada mlm tuh aku gi ke pasar mlm berdekatan. ada la aku beli laksa kuala kangsar,murtabak, roti goreng, ngan char koy.. aku tak sempat nk amik gamba sbb bende2 tuh trus masuk di dlm perutku.. hehehe..takde rr... aku penat sgt, sampai aku luper nk amik gamba makanan sblom aku mkn.. huhuhhu...

aku pulang ke klang ari jumaat pagi. mmg bukan satu bandar yg biaser ipoh nih.. maner tak abnormal, dah aku asyik mengisi perok jo.. ^^



wasalam