Friday, 25 July 2008

Trip 2 da south

Salam.

Mggu lepas ari jumaat, aku ke selatan tanahcair, ke Johor bharu to be precise. Walopon aku nih dilahirkan di muar johor, Tp aku tak pernah menjejakkan kaki di maner2 bandar atau pekan di johor melainkan Muar dan Tangkak. (Pagoh ader kot, ntah tak pasti..). Maka ini merupakan trip pertama aku ke JB.


Di JB aku tggl bersama kwn abg aku, kirenyer super senior la. Kalu nk diikutkan sejak ahun lepas lagik dier dah mengajak aku ke JB, tp aku last year tak berkesempatan.. Alhamdulillah tahun ni aku ader rezeki lebey, dapat la aku meraser turun ke JB. XD

Dengan tiket berharga RM26.10, aku menaiki bas transnasional pd pkol 430 ptg di stesen bas klang. Perjalanan ke JB mengambil maser hampir lima jam (sejam rehat di machap). Perjalanan yg lamer seperti ini best apabiler ditemani dgn bhn bacaan. Bersama angin air-con yg sejuk, seat yg lagi besh dr seat kapal terbang, mmbolehkan anda melelapkan mata shgga alih2 dah sampai ke destinasi, hehehe.. Namun aku tak tdo, ntah apsal.fresh semacam jer mata aku.. excited kot.


Selepas jer bas, melewati tol skudai, dah raser 'biler nk trun bas nih?' hehe.. mata aku melilau-lilau melihat bangunan2 kat luar.. Setelah bas melepasi Skudai Parade dan Bngunan Majlis Pembandaran Johor Tengah, Aku perasaan satu perkara.. apsal byk sgt stesen minyak kat sepanjang jln nih. Dah la besar2 punya stesen.. Tak cukup satu stesen, setiap kompeni minyak kat msia hav at least 3 bijik stesen kat sepanjang jln yg bas nih lalu ke Terminal Larkin..


Menurut abg jenal, ini disebabkan rakyat s'pore gemar mengisi minyak di JB pd mlm hari kerana masih lagi murah bagi mereka (setelah meng'convert'kan nilai mata wang). So biler demand tggi, kne la peniaga menunaikan permintaan itu. hehe..


Aku turun di terminal larkin around 930 mlm. After abg jenal se'family mengambik aku, diorg bawak aku gi makan kat satu restoran steamboat bernama Sri Rawa. Although ia bukan la restoran buffet, tp overall sedap. Toufu dier besh, tp kalu nk meraser ader udang serta makanan laut yg lain, kne la bayar sket. So kalu ader restorant steambot buffet, jgn lps kan peluang anda utk menyental apa jua juadah yg disediakan, hehehe.. tak pon kalu pegi yg bukan buffet, anda beli sendri bende yg anda mmpu beli cam sayur, suhun, bihun. bhn2 tuh korg siap2kan masuk dlm beg. So maser tgh masukkan udang ke sotong ke aper ke yg korg beli kat restraurant tuh, korg masukkan skali bhn2 yg korg bawak tuh.Pastikan kegiatan anda ini tidak disedari oleh tuan empunya restaurant hehehe..



After mengenyangkan perut. Diorg bawak aku jln2 JB time mlm. Best gak JB nih, bngnn dier mcm masih ader ciri2 oldies. Mengingatkan aku kat Besancon, hehehe.. JB pny bandar aku masih oleh kategorikan sbb 'masih nmpk langit' heh.. So lalu lah aku kat Danga Bay dan sbgnyer.. walopon aku tak berkesempatan utk menjejak kan kaki di danga bay nih, tp aku raser ok kot, sbb aku tgk byk kdai mkn jer. next year insyaAllah kalu ader rezeki...

Aku mengakhiri mlm pertama di JB kat umh abg jenal. sok kitrg plan utk ke singapore. Aku pon menidurkan diri selepas tak sampai seminit mmbuka map s'pore utk tgk jln, hehe..

bersambung

No comments: