Friday, 16 May 2008

Ulangtahun 60 tahun Israel

salam



Artikel ini adalah ekstrak daripada artikel tulisan Antony Leoweinstein dan Ustaz Abdul Halim.

Kronologi Sejarah

Khamis, 15 Mei 2008 genap sudah penjajahan Israel di tanah Palestin selama 60 tahun, menandakan kelemahan umat Islam paling nyata apabila penjajahan British pada 1917 membuat penghijrahan Yahudi besar-besaran lalu menyerahkannya (negara) kepada ‘pendatang’ baru ini pada 1947, seterusnya membentuk sebuah negara HARAM Israel dan diiktiraf PBB pada tahun 1948. Tidak cukup dengan tanah Palestin, kerakusan Israel meluap-luap hingga menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Gaza milik Mesir, dan Tebing Barat milik Jordan sehingga ke hari ini.

1993 menyaksikan perjanjian Oslo oleh PLO dengan Israel menandatangani perjanjian damai dan pengiktirafan Israel sebagai sebuah negara tanpa mendapat sedikitpun pulangan melainkan elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Rakyat Palestin kemudian beralih arah kepada HAMAS sehingga membawa kemenangan dalam pilihan raya pada 25 Januari 2006. Maka bermulalah pelbagai sekatan oleh Israel, Amerika, Eropah, negara-negara Arab dan Islam (yang mengikut telunjuk barat) dikenakan ke atas 1.5 juta rakyat Palestin sebagai hukuman memilih HAMAS.

Situasi di Australia

Apabila Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang baru-baru ini meminta maaf kepada generasi yang dicuri, komuniti yahudi tempatan turut menyokong sarana memulangkan semula hak kepada penduduk asal, namun hakikatnya mereka tetap tidak bersedia untuk menyatakan hasrat ini kepada penduduk Palestin.

Proposisi (Usul) parlimen Rudd untuk menyambut ulangtahun ke-60 Israel dipertahankan Menteri Luar Stephen Smith. Dia berkata; “Kita percaya bahawa resolusi untuk Timur Tengah (Palestin) ialah dengan solusi dua negara bangsa. Negara bangsa untuk rakyat Palestin dan sebuah negara bangsa untuk Israel”.

Tindakan penjajahan berterusan Israel ke atas kawasan berpenduduk (oleh rakyat Palestin) telah membuatkan usaha untuk membentuk dua negara hampir mustahil adalah tidak terkata. Usul ini disokong oleh wakil dari kedua-dua pihak parti politik.

Namun, seorang ahli parlimen (tanpa portfolio) dari parti Buruh tidak berapa bersetuju dengan usul tersebut. Julia Irwin, memberitahu radio ABC bahawa, ‘sukar baginya untuk mengucapkan tahniah kepada kepada sebuah negara yang mencabuli hak asasi manusia setiap hari dan dengan beraninya menghiraukan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)’.

Ahli parlimen (tanpa portfolio) dari parti Demokrat pula memberi perhatian kepada; kepungan Gaza baru-baru ini, rampasan tanah rakyat Palestin dan pembesaran kependudukan.

Sebuah iklan besar diletakkan di dalam akhbar The Australian, ditanda tangani oleh warga Australia yang prihatin, termasuk Arab dan Yahudi, untuk memberitahu bahawa; ‘Australia dan warganya tidak patut memberi impressi kepada warga Israel dan pemimpinnya, bahawa mereka menyokong tindakan Israel untuk menganiayai warga Palestin.

Apabila ‘Independent Australian Jewish Voices’, mengutuk kekejaman dari kedua-dua pihak dan menggesa dialog antara Yahudi dan warga Palestin, jurucakap Israel menggelar mereka pengkhianat negara. Pada mereka, tindakan Israel bukanlah suatu tindakan kasar, tetapi cumalah langkah perlindungan. Pembesaran kependudukan bukanlah sesuatu yang haram, tetapi suatu ‘pembesaran semulajadi’. Beberapa pihak asal IAJV telah turut menandatangani iklan menentang usul Rudd.

Jurucakap ‘Women for Palestin’ Sonja Kankar dan Amin Abbas menjelaskan; ‘setiap warga Australia perlu menyoal mengapa kerajaan kita dengan tidak malunya tunduk kepada Israel sehingga mereka sanggup pergi sejauh ini untuk menunjukkan persahabatan mereka dengan sebuah negara yang asyik melanggar undang-undang antarabangsa, resolusi PBB, dan konvensyen hak asasi manusia?’

Sebuah buku baru oleh Jonathan Cook, seorang bekas penulis Guardian sekarang berpusat di Nazareth, mendedahkan agenda sebenar negara Yahudi dan penguasaan Washington[1]. ‘Israel dan konflik tamadun[2]’ secara metodnya berhujah bahawa huru-hara setempat sebenarnya membantu, dan bukannya menghalang pelan penjajahan. Cook menulis; ‘matlamat sebenar strategi Israel ialah untuk membuatkan pencipta polisi barat yakin bahawa dengan beberapa perang sivil dan bahagian negeri arab memberi manfaat kepada mereka. Dia meneruskan lagi:

Dengan mengaitkan hakikat pendudukan Israel kepada pendudukan US di Iraq dan perkaitan tentera US dalam pencabulan hak asasi yang tidak ubah seperti yang dilakukan tentera Israel setiap hari di Tebing Barat dan Gaza, akan menyebabkan samada keduanya akan naik atau jatuh bersama. Masa depan penjajahan Israel dan US seperti simpulan yang mustahil untuk dipisahkan.

Kenyataan tidak ikhlas terhadap kedua-dua pihak[3] hanya menyumbang kepada peningkatan peperangan, ceramah-ceramah keamanan yang jelasnya sudah menjadi taktik Israel dalam meneruskan pembesaran kependudukan yang tidak berhenti.

Zionis di Australia menolak untuk mengiktiraf undi baru-baru ini di Israel yang mendapati majoriti warganegara mahu menyertai Hamas. Mereka menghiraukan realiti sebenar yang membiarkan solusi dua negara tidak lagi relevan. Alternatifnya, ialah sebuah negara demokrasi yang sebenarnya, bukan Yahudi ataupun Islam.

[1] Apabila menyebut penguasaan Washington, kita sedia maklum bahawa Washington merupakan pusat pentadbiran Amerika yang menempatkan White House, di sini ia merujuk kepada penguasaan politik dan pentadbiran Amerika.

[2] Israel and the Clash of Civilisation

[3] Buruh dan Demokrat

artikel ini diambil di http://thetalkingpen.blogspot.com/

No comments: