Wednesday, 14 May 2008

Nostalgia

attention, this is a re-post from my FS blog

Salam

Baru balik dari port dickson (PD), dah berjeman tak gi pantai. 4 tahun kot. Paling akhir kalau tak silap, mase tuh tggl kat caravan, then tgk pantai dari cermin kereta mase balik klang..

'PD? amende kat sane? dgn kotor ngan ntah ape-ape! baik la ko gi tioman ke, pangkor ke sipadan ke, baru syok nak mandi ke menyelam ke. ni pantai dah tak bersih, nak have entertainment pun takde. harap boling je, nak wayang kene drive sampai seremban. siapa sanggup! rabak seh PD!'

Itulah keluhan rakyat kiter... mmg tak dapat ditangkis kebenaran yg terdapat dalam keluhan mereka.


Port Dickson or PD, terletak di negeri minangkabau negeri sembilan. 1 jam perjalanan dari bandar seremban bagi meraka yg bawak kereta secara berhemah, setengah jam utk yg pasang NOS atau tak reti baca 110km/j dan kakinya jenis tak kenal pedal brek. Kemudahan lebuhraya dah wujud. Zezaman dulu, kena tempuh pekan Rembau utk ke PD. Sekarang expressway dibina dan exit-nya berdekatan dgn kawasan mandi manda PD. Paling baru expressway ini telah dipanjangkan dan exit-nya yg paling latest berdekatn dgn PD world marina resort. (saja nak terang, sbb mmg ada org tak tau, sbb org zaman skrg, daun cempedak ngan daun nangka pun tak tau beza!)


PD, walaupun kite fikir PD sudah tidak popular seperti dahulu pada tahun 70-an, sangkaan itu meleset sebenarnya. PD masih menjadi tempat pilihan utk me-rilekkan minda bagi mereka yg kurang mampu gi pantai2 mewah. So memane family yg kampung kat selatan, dapat la singgah mandi di pantai PD. Tempat ini masih meriah ngan gelak ketawa kanak-kanak yg tak kisah ape jenis air yg dorg mandi.


PD yg berada di pantai barat semenanjung sentiase 'sibuk' pemandangannya ngan kapal2 pengangkut kontena mahupun bot pancung dari tanah seberang menuju ke Pelabuhan Barat. Maklumlah berada di selat melaka, selat tersibuk dunia. Setiap sabtu malam ahad, ada pasar malam berdekatan ngan stesen minyak petronas (ni kat pinggir PD berdekatan ngan teluk kemang). Lokasi pasar ini tak berubah sejak dulu lagi (sedangkan pasar malam di andalas dah dekat 4 kali tukar tempat!)


Satu lagi yg unik di PD, kebanyakan kedai2 bukak pada hari minggu, dan cuti sekolah. So PD kire sunyi takde org mase hari-hari biase. So, pada hari minggu, macam2 kedai bukak, cam biase, kedai jual pelampung mesti ada. hotel2 mewah, sentiase dibina, yg lame ada yg dijaga, ada yg di biar usang, ada yg diubahsuai... (Mingcourt Hotel tuh signboard 'in renovation' dah dekat 10 tahun dah, bgnn tuh still cam tu gak) dan tak lupa juga projek2 terbengkalai.


Teluk Kemang masih lagi jadi tempat tumpuan umum, dgn kudanya, ngan banana bot nye, ngan jetski nye, ngan pelampung hitamnye. Masih meriah bahkan lebih meriah berbanding dulu!


Saya promote PD? of coz, tempat holiday family saya sejak saya dlm perut mak saya sampai saya berumur 14 tahun! Dulu saya duk PD kat Golden Resort (skrg dah nama Casa Rochado). Dlm setahun tuh dtg sini sampai 3 kali. Tak buat bende sgt pun, berendam dlm swimming pool, main bola, main pasir, cari ketam, main arcade, main console dlm bilik (budak kecik mmg la suka!). Namun tempat ni byk nostalgia menarik. Mengapa? Dah sejak saya duk dlm perut mak saya, satu family sentiase gi sana! Dah macam rumah kedua...


Byk peristiwa menarik kat sini sepanjang hidup saya. Dulu selalu gi time Raya cina, so kekadang ada lion dance. Penah sekali teman sorg pak cik menjala udang, kene sengat ikan sembilang (sakit ooo). hah, percaya atau tidak, kami sekeluarga penah nampak UFO kat sini. twice. Waktu malam. Langit cam cerah semacam sbb ada objek cam bola api kat langit. (tak tau la, mungkin pengkalan tentera kat situ tembak flare).


Sekali lagi percaya atau tidak, kitorg gi lawat, tapak kaki Hang Tuah di perkampungan nelayan kat situ(dah takde dah kampung tu skrang).Nak pergi ke kampung tuh, kena gantung pada nasib, sbb jalan nak ke kampung tu wujud time air laut surut je, time pasang tak leh lalu. Korg mesti tertanya-tanya PD arah mane nih.



Lokasi di Tanjung Tuan(resort saya berada di sini), tanjung kepunyaan negeri melaka tapi berada di negeri sembilan. Simpang di jalan besar, di penuhi pengkalan tentera darat unit artilery. Kat sini ada rumah rehat persendirian kerajaan malaysia, Ilham Resort milik perbadanan nasional berhad, rumah banglo utk percutian milik Maybank. Kini dah ada kem PLKN! Kem Rochado Bay. (ish untung btul kalau dapat sini!)


Di sini terletaknya rumah api tertua malaysia (dibina mase time portugis dulu). Kawasan hutan tanjung tuan diwartakan sebagai hutan simpan dan sanctuary burung2 hijrah(pada masa saya umur 9 tahun baru ada burung hijrah yg singgah sini). Byk spesis kera dan burung hutan yg jrg ditemui disini. Saya masih ada parut cakaran monyet di lutut kiri saya hingga sekarang. Tanjung ni gak banyak peninggalan sejarah. (dan banyak penemuan dirahsiakan!).


Kalau tak silap saya, family saya pernah jumpe satu makam tak bernama, tapi makam tu ditutup dgn kain kuning. Saya pernah baca somewhere, makam itu didakwa milik parameswara!. ntah la... sekali je kitorg jumpe, secara tak sengaja. Second time pergi, tak jumpe pun.

Tanjung Tuan juga terkenal ngan bende2 misteri. betul atau tidak, terpulang pada individu tapi penduduk tempatan mengiakannya. Di rumah api, kita boleh nampak kapal2 sedang berlayar (aritu nampak dlm 20-30 kapal). Di sini juga, saya perhatikan kelmarin (13 mei 2006) arus laut berdekatan tanjung sgt tidak keruan (kecuali di kawasan mandi manda berhampiran ilham resort). Nampak tenang tapi sebenarnya bahaya. kadang-kala ada pusaran air!


Hah! Satu lagi yg unik di tanjung ini, kite boleh melihat matahari terbit dan terbenam bertemakan pantai pada satu tempat! Sebab itu kawasan mandi manda di sini dinamakan Pantai Cermin. Pantai yg mengadap matahari tebit, pasirnya perang dan agak kasar, dan mmpunyai pokok bakau. Manakala pantai mengadap matahari terbenam, pasirnya puith, halus, dan ada tempat makan.

Gabungan kriteria yg unik menjadikan tanjung tuan sgt istimewa bagi saya. Jika saya datang ke PD, saya pasti ke tanjung tuan walaupun jauh dari PD mahupun Teluk Kemang. Sudah hampir 7 tahun saya tidak ke sini dan semalam (13 mei), saya berasa seperti pulang ke kampung yg sudah lama saya tidak pulang... syahdunya.... Lepas nih akan ke France, so tak tau apa akan jadi akan datang... Saya harap Tanjung Tuan masih seperti itu pada masa akan datang kerana di situlah tempat 'getaway' saya...

posted on 14/05/2006 at 0953

No comments: