Thursday, 25 December 2008

Try not to Cry

salam..

berikut adalah video dr lagu Try not To Cry dari Outlandish dan Sami Yusuf. Ambillah ikhtibar wahai para pembaca.. apakah kita hny sekadar melihat ia seperti warta jam 10 atau kita dapat rasakan kepedihan mereka?

Sunday, 21 December 2008

Semester 3 report

salam

pada tahun ini, saya memulakan semester 3 saya pada 8 september 2008 di Universite de Franche-Comte. Kami yg mengambil mention, Terre et Environment berjumlah lebih kurang 50 org keseluruhannya. apa yg saya perasan, ada bebearpa org yg repeat, 2 org dr bandar lain, sorg yg tukar course setelah dapat master chemistry,dan bakinya kawan2 yg saya pernah nampak ketika semester 2.

Ada lebih kurang 7 subject yg dipelajari utk Sem 3.
  1. Carthographie
  2. Minéralogie
  3. Physiques
  4. Géochimie (Geochemistry)
  5. Chime (Chemistry)
  6. Anglais (English)
  7. Atelier Project Professionelle
Sujet Carthographie terbahagian pada 2 bahagian:

  • Sortie Terrain: Kami keluar menkaji structure kawasan, amik spesimen batu dan buat Report. Markah report dibawa terus utk Markah Exam. ada dlm 3-4 kali keluar cari batu..
  • Carte Geologique: Dalam kelas, kaji structure kawasan berdasarkan pemerhatian map, buat Coupe geologique etc.. Tiada exam besar, markah diambil stiap kali kelas.


Minéralogie terbahagi kpd 2 bahagian juga:

  • Cristallographie: bahagian ni kami belajar mengenali mineral secara teori berdasarkan ciri² sesuatu structure cristal, cara mengira ukuran dan susunan atom yg membolehkan kita identify mineral yg dikaji, adakah satu mineral baru or sudah lama wujud. Kami juga ada mempelajari Projection Stereographique (yg ini memerlukan imaginasi yg tinggi). Bahagian ini ada 2 exam kecik dan 1 exam besar.
  • Pratical: Kelas di dalam lab, kmi mempelajari mineral² keluarga silicate, dan beberapa keluarga phosphate serta oxydes. setiap kelas hampir 3 jam, dan kami belajar mengenali setiap mineral secara macroscopique dan microscopique( polaroid light & non-polaroid light). jadi kiranya kami sentiasa menggunakan microscope setiap kali permbelajaran. kemahiran melukis juga diasah semasa practikal ini. selepas memngenali mineral, dgn ilmu² tersebut kami mempelajari batu² magmatique, jenis² batu magmatique, mineral² yg terkandung dalam setiap jenis batu, dan bagaimana mengenal pasti mereka. Bahagian praktikal ada 2 exam kecil dan 1 exam besar. kelas terkahir kami diakhiri dgn lawatan ke makmal membuat slide batu. facinated gak la tgk053


Pemberat Minéralogie adalah 6, iaitu yg paling besar


Physiques pula terbahagi kepada 3 topic. Physiques juga ada praktikal dan hampir 30% markah diambil dari lab report. pada sem 3 kami perlu membuat 4 experiment fizik, 1 berkaitan dgn bendalir, 1 berkaitan dgn haba dan 2 berkaitan dgn moment du force.

  • Topic 1 --> Mécanique du fluide. Topic yg paling besar, kami belajar semua mengenai ciri² bendalir, teori tekanan air, teori bernoulli, archimedes dan sebagainya. Prof dalam kuliah siap membawa alatan utk menunjukkan experiment mudah. topic yg paling aku suka XD. Cecair atau bendalir yg sehari² disekeliling kehidupan kita banyak menyimpan rahsia. Byk penciptaan dan inovasi dalam hidup kita, kita sentiasa terlepas pandang akan pengajarannya.. pembinaan empangan, sistem pengairan, oil pipe-line dan sebagainya mempunyai cerita mereka tersendiri. apakah kita sebagai manusia yg mencipta semua ini boleh berasa megah dan sombong terhadap maha pencipta dgn hasil inovasi mereka?
  • Topic 2 --> Thermodynamique. mengenali haba dgn lebih baik. amat berguna bagi mereka yg tinggal di kawasan² sejuk tapi inginkan kepanasan optimum tanpa menaikkan harga bil. baru saya tahu, kenapa pentingnya membuat 'double vitrine' dan jumlah tenaga haba yg diterima bumi dari matahari. topic yg dihabiskan dgn hny 2 kuliah.
  • Topic 3 --> Moment de Force. dgn masalah utk aku memahami principe vektor, ini adalah topic yg paling saya susah nk paham. walau apa pun, saya telah dapat membayangkan perubahan sesuatu objek yg dikenakan force dan bagaimana utk mengira. topic ini bagi saya penting utk geo-tectonique yg mengira pergerakan bumi dan sebagainya. Ini adalah kerana kami mempejari Module de Young, coefficient de poisson, cisaillement..


Geochimie dahulunya bergabung dgn chimie, tapi pada sem kali ini,pihak université telah mengasingkan kedua² subjek ini. Utk subjt ini, kami mempelajri bagaimana utk menentukan sejarah penhasilan sesebuat jenis batu magmatique dgn kajian yg menggunakan diagramme binaire dan ternaire (Diagramee pressure dan temperature), kajian menggunakan peratus element² Rare Earth dlm batu guna spidergramme. banyak kepada intrepetasi graf, pengiraan. subjek yg perlukan pemahaman sebelum mengira.













Chimie pula kami mmpelajari mengenai bhn radioaktif dan bagaimana mengira umur sesuatu bahan uji dgn mengira tempoh sesuatu element radioaktif utk desintégré atau dlm bm nyer, berubah menjadi isotope yg lebih stabil.more kepada pengiraan guna carbon-14, uranium-238 dan methode potassium argon. dalam 2 bulan kami dah habis subjek ini dan menghdapi exam besar pada awal bulan nov.



utk subjek english, kami lebih tumpukan pada cara2 membuat dan memberi speech english dgn baik. (bosan giler, seriously. walaupun kelas bahasa arab yg saya belajar diluar dan english sama panjang iaitu 2 jam, saya rasa lebih merana dalam kelas english. the miserable 2 hours each monday)


APP, subjek markah free. cuma kena selalu hadir ke kelas dan membuat presentation pada kelas terakhir. Presentation mengenai pekerjaan pilihan kami. pertama kali bagi saya memberi pembentangan dalam french pada org2 french.075 Satu pengalaman berharga walaupun, subjek ntah apa-apa. alhamdulillah..



Semester kali ini lebih mencabar berbanding dgn semester2 lepas. Cabaran pertama adalah, keluar mencari spesimen batu dan mengkaji terrain ketika bulan puasa. Alhamdulillah, diriku ini tabah menghadapinya kerana saya tahu, puasa merupakan salah satu tiang seri Islam dalam diri saya. hanya redha Allah yg saya cari, bukan pujian atau kekaguman org bukan islam melihat diri saya masih mampu ber'jungle trekking', mengetuk² batu walaupun sedang berpuasa. ada yg kagum, ada yg menganggap ia satu perbuatan gila.. bagi mereka,mereka tidak mampu menghadapi hari tanpa sekunyah makanan dan seteguk air. Kesian pada mereka yg tidak mengerti akan kebenaran. Moga Allah memberi hidayah pada mereka.

Cabaran seterusnya adalah kami mula perlu belajar sendiri utk certain2 subjek. sem2 sbelum ini, hampir kesemuanya boleh didapati dari kuliah. cuma perlu baca sikit2 utk perkukuh nota. akan tetapi, pada sem 3, jika tidak membaca bacaan2 sampingan, gerenti tak boleh menjawab exam. huhu.. bahan2 sampingan seperti di dalam wikipedia dan buku2 yg prof pakai adalah bahan rujukan utama utk menyempurnakan nota. maka disini kami perlu mula belajar berdikari utk belajar. kami patut mula sedar yg kami belajar utk zaman akan datang, bukan semata2 utk pass semester. namun perlu diingat bahawa, belajar menjadi ibadat apabila kita niat semata2 utk Allah swt. dgn itu, kita pasti akan bersungguh2 melakukannya, ye tak?

Pada sem 3 juga, saya buat kali pertama makan di Resto U (cafeteria). yup, sejak sem 1, saya tak pernah makan disitu. ini pun saya makan sbb ada org nk belanja saya makan. kalau tak, saya memegang record, setahun setngh tidak pernah makan tghri di Resto U. hehe..

Selain itu, sem ini juga, saya berkerja dgn partner org perancis dan bekerja dalam kumpulan tanpa org msia. mula2 rasa kekok juga lah, selalu ada 'the ackward silence'. 027hehe.. saya melihat ini adalah satu peluang utk menunjukkan identity sbenar sorg islam. yup, mereka yg tidak mengerti hanya bergantung pada media yg mudah didapati utk mendapatkan info. malangnya media2 tersebut dicemari dgn unsur2 penipuan dan ketidakbenaran. jadi, adalah menjadi tggjwb kita utk memberitahu mereka perkara sebenar dan menunjukkan cara hidup islam adalah cara hidup yg paling ideal di dunia.

secara peribadi, saya boleh lakukan yg lebih baik tahun ni, namun ntah macam mana tahun ini, mudah cuai ketika jawab soalan dan selalu tertidor dalam kuliah terutama waktu ptg. yg paling sedih, aku tertidor ngan mata terbuka dan tgn masih berjalan menulis..037 huhuhu tersedar je, ada line gelombang n coret2 alien.biasanya utk geochime aku dapat sindrome nih. selain itu, saya masih kurang berdikari utk menyempurnakan nota2 kuliah terutamanya subject mineralogie. alhamdulillah, pada akhir bulan nov, Allah berikan kekuatan pada saya utk bangkit semula

kebykkan exam akhir utk kebanyakan subjek adalah pada bulan dec. dan pada 19 dec kami menamatkan semester 3 utk penggal 2008/2009084 alhamdulillah..

wasalam..

Friday, 19 December 2008

selesai sudah

salam

hari ini secara rasminya aku telah tamat peperiksaan. aku ingatkan dalam 20 hari, rupa²nya habis sehari awal. hehehe.. dapat la aku melakukan kerja² meng'update blog ku ini yg lebih dua minggu tanpa sebarang post. byk juga event² yg berlaku semasa aku tak aktif awal bulan 12..

utk hari ini cukup la sekadar memberitahu yg aku sudah menamatkan semester 3, tahun kedua di Université de Franche-comte. result bakal keluar pada awal bulan january insyaAllah. maka di kala ini aku sedang bercuti sehingga 6 january 2009.

ke mana aku cuti kali ini? hmm.. aku tidak ke mana², cuma tidak melancong kali ini. aku pun macam nk save duit n nk build up stamina n endurance membaca. (aku dah developpe penyakit baca satu jam dah tak leh fokus or tertidur dalam kuliah dgn mata terbuka n tgn masih menulis..)

selain itu, aku mcm nk postkan mana² post yg aku asyik tunda kerana tidak cukup masa n belum sempat membuat sedikit recherche. insyaAllah, post² itu bakal naik.

oh ye, aku ada alter sikit layout blog ini, harap mana² yg kurang, ditegur la ye? mcm tulisan kecik sgt ke.. lagu tak best ke..

Photobucketselamat bercuti semua!
moga anda mengisi masa dgn aktivit yg bermanfaat

wasalam

Monday, 1 December 2008

November Story

Salam

esok kita akan memasuki bulan december. bulan terakhir setiap tahun. bulan cuti sekolah di malaysia dan bulan penuh exam bagi mereka yg study kat oversea.. insyaAllah 8 dec kita akan menyambut Hari Raya Korban. jgn lepaskan peluang utk perbykkan amal² sunat cam puasa, zikir dan membaca alquran dalam 10 hari pertama bulan zulhijah. moga amal yg kita lakukan itu diberi ganjaran oleh Maha Esa insyaAllah..

bulan november aku lalui dgn begitu byk sekali dugaan dan cabaran. bulan yg boleh aku kategorikankan sebagai bulan rebound, tapi dugaan yg mendatang bertimbun² cam beribu² lemon yg jatuh dr langit. hehe..

pada awal bulan aku mendaftar masuk ke kelas bahasa arab. sebulan 40€, setiap ari ahad dan setiap kelas 2 jam stengah. mesti korg pelik kenapa aku tetiba masuk kelas bahasa arab sedangkan french aku masih ditahap merangkak². actually, aku mmg nk belajar bahasa arab sejak habis spm. keinginan itu datang apa perasaan sesal mula timbul di hati aku ini disebabkan aku main² di sekolah agama time sekolah rendah dulu. semasa aku tingkatan 2/3 aku pernah memasang niat utk belajar b.arab tapi malangnya niat itu dikaburi dgn perasaan perlunya meningkatkan pengusaan english terlebih dahulu. setelah Allah memberikan rezeki utk aku belajar di france di mana english boleh dikategorikan sebagai bahasa yg tidak boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, maka tiada alasan lagi utk aku tidak belajar bahasa arab apabila peluang ini datang bergolek². diingatkan disini, di dlm kelas tersebut, b.arab diajar dlm french. jadi secara tidak langsung aku blaja 2 bahasa sekali dlm waktu yg sama.XD

dalam bulan ini juga aku telah membuat satu keputusan yg drastik dalam certain² hal yg tidak boleh dicerita disini, di mana ia telah merentap kejap kewarasan, kesihatan dan pemikiran aku. (lihat post bertajuk tak mao dan dihantui oleh). quiet a blow secara fizikal dan mental juga la. masa ini menggelupur juga la aku. alhamdulillah.. allah telah berikan kekuatan kepada aku utk terus bertahan..

dalam bulan ini juga aku terpegun setiap kali bila nk masuk waktu maghrib. pada waktu tersebut, beratus² ekor burung gagak akan terbang ke arah south-east (arah kiblat). tahu la mereka balik ke sarang kesayangan mereka, tapi apa yg aku rasa kagum adalah, mereka tahu waktu bilakah yg sesuai utk mereka pulang. kita tahu haiwan tidak dikurniakan akal n mereka sememangnya tak reti membaca jam mahupun angka.namun begitu, mereka tahu waktu utk pulang.

masuk minggu² terakhir november, byk betul event yg berlaku. snow turun di Besançon, aku kelam-kabut siapkan projek, aku first time bentang presentation kat depan sorg², first time tgk match basketball, first time bakar cake, aku dapat anak buah pertama, aku first time format pc aku.. hehehe..
walau baik buruk event ini, ada pengajaran disebaliknya. tak guna kita bersedih dgn kesilapan semalam, n sepatutnya kita berusaha utk tidak mengulangi kesilapan itu. jadi disini para pembaca, sejarah itu penting! XD

sebelum aku akhiri celoteh aku kali ini, aku ada nk bagi satu pengumuman. bulan december nnti aku akan menghadapi exam besar. setiap minggu sehingga 20 dec ada at least satu paper. maka mulai 1 dec, insyaAllah aku tidak online di ym mahupun aktif dalam blog. nk pulun betul² la katakan.. kiranya aku isytihar darurat la. insyaAllah pada 20 dec, aku akan aktif semula dalam blog. doakan aku utk berjaya memahami dan mengingati setiap matapelajaran dan berjaya menjawab exam dgn tenang. personally bagi aku, setiap kali nk exam besar, aku ada sedikit 'war-minded'. kira aku anggap exam itu cam hari perang la. weird, but it kinda give me the urge not to lay back, 'laisse-moi tranquille', and it also give me the spirit to workhard n push my mind to da limits. again, it may sound weird to you, but i'm happy with it.


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. (15)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya[...] (60)

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66)

-ayat² dari surah al-anfal-

kenal dulu ketakutan yg kau simpan
barulah lepaskan
kenal dulu kekuatan
yg kau ragukan
Photobucket

wasalam..


5 hari perlu direnung

Lima hari perlu jadi renungan untuk keberkatan
Oleh Irwan Mohd Subri (Berita Harian 27 nov)


Ummah perlu nilai amalan masa lalu, buat kebaikan masa kini dan mencari bekalan untuk akhirat


SELAIN hari yang dilalui dalam seminggu, ada hari yang perlu diketahui sebagai mengingatkan kepentingan menghargai waktu dilalui supaya diisi dengan perkara berfaedah selain berusaha mencari keredaan Allah.


* Yaum mafqud (hari yang sudah hilang). Hari yang hilang ialah hari kelmarin kita tinggalkan bersama amalan baik, buruk, kenangan pahit atau manis. Ia tidak akan kembali semula dengan apa cara sekalipun. Kita hanya mampu mengambil iktibar dan pengajaran dari hari kelmarin.

Jika kelmarin berlalu dengan kebaikan dan amalan salih, maka ia perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi tanpa henti, tetapi jika ia berlalu dengan kejahatan dan maksiat kepada Allah, maka ia perlu dihentikan dan dibajai dengan rasa menyesal supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Hari kelmarin juga mengajar kita sentiasa muhasabah diri dan mengenal pasti segala kekurangan serta kelemahan untuk diperbaiki. Orang yang membiarkan kelmarinnya berlalu tanpa penilaian adalah orang yang tidak mempedulikan nasib dirinya, tidak mahu mengubah nasib hidupnya ke arah lebih baik dan diredai Allah.


Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." ? (Surah al-Ra'd, ayat 11)


Nasib seseorang akan berada di takuk lama jika dia sendiri tidak mahu dan berusaha mengubah nasib hidupnya.


* Yaum masyhud ialah hari yang sedang disaksikan iaitu hari yang kita berada padanya. Sudah pasti hari itu kita mempunyai banyak tugas untuk diselesaikan tidak kira sama ada doktor, pensyarah, jurutera, pekerja kilang, polis, petani atau nelayan. Yang penting ialah kepandaian mengurus dan mengatur tugas itu.

Orang bijak akan mendahulukan perkara utama yang perlu diselesaikan daripada perkara lain. Sebab itulah kita perlu memahami perkara keutamaan dalam hidup kita. Dengan memahami keutamaan, urusan hidup akan berjalan lebih lancar dan selesa.


Selaku mukmin sejati, kita juga digesa menyelesaikan perkara yang boleh diselesaikan pada hari itu dan tidak menangguhkannya sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, "sesungguhnya aku akan melakukannya keesokan hari". ? (Surah al-Kahfi, ayat 23)


Sifat suka menangguhkan kerja akan menyebabkan kerja itu bertimbun dan akhirnya ia tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Ia akan menjadi beban berpanjangan kepada kita.

* Sementara hari yang mendatang atau yaum mawrud ialah hari yang mendatang ialah hari esok yang bakal kita tempuhi. Sebaiknya kita mempunyai perancangan menghadapi hari esok supaya urusan hidup tidak terbantut. Kita masih boleh memperbaiki dilakukan hari ini dengan memastikan ia kelemahantidak berlaku lagi keesokan harinya.

Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' amat tepat dalam menanti kedatangan hari esok. Kita perlu bersedia untuk apa keadaan sekalipun sama ada yang baik atau buruk.


Contoh terbaik ditunjukkan Nabi Yusuf dalam merancang untuk menghadapi keadaan kemarau setelah diketahui ia akan berlaku, patut diteladani kita semua. Perancangan Nabi Yusuf berjaya menyelamatkan rakyat Mesir ketika itu daripada bencana kemarau selama tujuh tahun.


* Yaum maw'ud iaitu hari yang dijanjikan ialah hari kiamat yang dijanjikan Allah akan berlaku. Hari kiamat ialah rukun iman kelima yang wajib diimani setiap orang Islam. Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi menceritakan perihal hari kiamat yang dahsyat kerana ia adalah hari kemusnahan dunia.


Langit dan bumi akan hancur, begitu juga planet dan cakerawala yang ada di dalam alam maya ini. Hari kiamat juga menyaksikan semua manusia akan mati termasuk makhluk lain, malah malaikat juga akan mati. Yang kekal ketika itu hanyalah Allah kerana Allah itu Maha Kekal Abadi.


Tiada siapa yang tahu bilakah hari kiamat akan berlaku. Nabi Muhammad sendiri tidak diberitahu oleh Allah kerana ia urusan Allah. Apa yang Allah tunjukkan hanyalah tanda yang dapat dilihat manusia supaya insaf dan beriman kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Anas bin Malik dalam sahih Muslim yang bermaksud: "Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua jari ini. (Anas) berkata: Baginda menghimpunkan (mengisyaratkan) antara jari penunjuk dan jari tengah."


Nabi Muhammad SAW menggambarkan hari kiamat itu amat hampir dengan mengisyaratkan jarak hari kiamat dengan zaman Baginda sama seperti jarak antara jari telunjuk dan jari tengah. Jika pada zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu pun jaraknya sudah hampir, apatah lagi dengan zaman kita sekarang ini. Oleh itu kita mesti bersiap sedia dengan memperbanyakkan amalan salih untuk menghadapi hari kiamat yang akan tiba pada bila-bila masa saja.

* Hari pembentangan (yaum mamdud) ialah hari dibentangkan semua makhluk di hadapan Allah di padang Mahsyar. Pembentangan bertujuan menjalani upacara menghitung amalan baik untuk diberi ganjaran nikmat syurga dan menghitung amalan jahat untuk diberi azab neraka.

Kehidupan di akhirat bersifat kekal abadi yang tiada kesudahannya sampai bila-bila. Ia memang tidak dapat difikirkan akal fikiran tetapi wajib diimani setiap umat Islam bahawa mereka akan dihidupkan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab oleh Allah.


Penyelamat utama bagi umat Islam pada hari Mahsyar nanti hanyalah rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad SAW. Untuk mendapat tiket rahmat dan syafaat pada hari itu ialah dengan beriman kepada Allah dan memperbanyakkan amalan salih di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (amal salih)." - (Surah al-A'raf, ayat 56)

Berbahagialah orang beriman dan beramal salih kepada Allah dan amat rugilah orang yang ingkar kepada Allah. Begitulah lima hari yang perlu direnung supaya hidup kita sentiasa diberkati dan diredai Allah.

Sunday, 30 November 2008

useful tips...

salam..

pada hari ini, aku menghantar post dr sebuah komputer yg baru 'dibunuh' kemudian 'dihidupkan' semula (bahasa mudah, baru diformat.. hehehe..) yup, inilah kali pertama aku mengformat komputer aku ini setelah 2 tahun aku beli. aku beli komputer ini akhir bulan november 2006. kire mmg genap 2 tahun. mengapa aku tggu sampai 2 tahun baru format? hehe.. kalau kom ini tak buat masalah besar mcm hari jumaat mlm, aku rasa aku takkan format agaknya.. hehehe.. jadi aku berkongsi sikit tips², do's n dont's sebelum dan selepas. hehe.. buat pengajaran n teladan.. XD

TIPS 1
setelah anda baru membeli 'girlfriend' atau 'boyfriend' terbaru anda di Low Yat atau mana² kedai pc di Malaysia atau di France, jgn malas utk membuat 'Recovery Disc'. mungkin anda rasa anda boleh survive atau benda ini remeh-temeh. tidak wahai para pembaca.. CD inilah yg memudahkan kerja² format anda. satu lagi, jgn lupa labelkan yg mana CD 1 ke CD 2 ke. dan CD² ini disimpan ditempat yg anda boleh cari dan anda ingt. bukannya dicelah² casing CD lagu tau diantara tindihan² DvD kosong..Photobucket

TIPS 2
setelah itu, anda tentu akan mensaratkan kom anda dgn mcm² software. al maklum lah, baru dapat kom sendiri.. hehe.. tak kisah la apa yg anda dload, tp jika merupakan software yg penting seperti spyware, daemon tools dan sebagainya, anda digalakkan simpan execute file of setup file di dalam satu folder. ini memudahkan kerja mendapatkan balik ciri² yg sama setelah anda format kom anda. sebab kekdg, masa baru format, time itu juga la, internet down atau masalah router rumah anda. so drpd sakit hati tak dpt dload benda tersebut atau terlupa mana anda cari software tersebut, baik anda simpan benda² itu. (it really made my life easy as i couldnt connect to the internet right after formating..)

TIPS 3
anda juga nk install hardware² seperti webcam, wireless keyboard dan sebagainya.. nk nmpk power la kan..? hehe.. boleh itu boleh, tapi simpan la installer disc itu..simpanlah ditempat² yg anda senang nk cari seperti 'recovery disc'.. jangan jadi macam aku, aku hilang installer disc aku utk wireless USB.. menggelupur kejap. nasib baik Iz tolong dloadkan di internet guna laptop dia. tp aku terfikir.. jika aku berkongsi internet, aku baru lepas format n kehilangan disc tersbut manakala housemate aku tiada dirumah.. boleh nangis tak berlagu rasanya..

TIPS 4
tidak kisah la anda pengguna Desktop or laptop, anda pasti mempunya external betul tak? laburkan la sedikit utk membeli external yg besar saiz capasity nya. kan 500 G dah ada? hehe.. selain anda memenukan setiap byte dlm external anda dgn video, gambar, dan sebagainya, masukkan la juga file² di dalam 'My documents' anda. jadi, anda tak ada lah rasa satu kehilangan yg besar utk format kom anda.segalanya sudah diselamatkan terlebih dahulu. jadi after format, copy paste saja la XD

TIPS 5
bagaimana hendak tahu kom anda perlu diformat? erm.. seperti kes aku, sejak aku balik dr Malaysia, ada je windows prompt kata ada problem sini sana... kom selalu hang kalau byk sgt atau 'laju' sgt pemakaian.. susah nk shut down sbb ada certain program not responding.. tapi korg faham lah aku, selagi belom critikal, aku buat dek je.. hehehe
sampai la pada hari jumaat, setelah aku install something and restart, dia tak mahu load masuk windows. so tamat la riwayat kesan degil..

TIPS 6

semasa anda anda selesai format kom anda, kom anda akan auto download updates dan sebagainya.. (kalau kat msia susah sikit kot, sbb pkai pirated windows.. ngehehhePhotobucket)
sama juga dgn software² yg anda baru anda install balik menggunakan installer yg anda simpan. biasanya dia akan di'update ke version baru. jadi, anda akan menghabiskan masa yg agak lama di depan pc anda. mengapa? tggu benda tuh siap... jadi, aku nasihatkan, buat la benda lain time ini. masak ke.. kemas bilik ke.. lap meja ke.. baca quran ke..

selain daripada tips² yg aku bagi ini, aku juga ada terfikir sesuatu yg mungkin para pembaca pernah terfikir. aku malas nk format kom aku disebabkan perasaan 'sayang' akan kehilangan benda² yg masukkan ke dalam kom kita.padahal aku tahu kalau aku format, its for greater good. setelah aku format kom ini aku terfikir lagi.. apakah aku mahukan the exact same software to he last end or i want to change to a better one. these thoughts knocks another thoughts. jika aku analogy'kan kejadian ini dgn hidup kita, ada persamaannya. r we willing to change to be better? or just wait till the moment it becomes worst? hidup kita sentiasa turun naik. cuma kita tak tahu, bila saatnya saraf dijantung kita berhenti menghantar isyarat kpd otot jantung utk berdenyut. setiap hari kita diberi peluang utk 'format' (taubat) balik diri kita. apakah kita boleh sanggup tggu sampai disaat² terkahir? jgn sampai nyawa kita di halkum baru nk format.. itu pon belum tentu Allah terima.. mcm kes firaun dalam surah yunus

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (90)

(Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?. (91)


wasalam..

Wednesday, 26 November 2008

Anakmu Cucumu

salam


aku nk letak lagu lama dr Pak Pandir. aku tak rasa yg korg kenal artis nih sbb dia mmg dah lama tak keluar album. kalau korg pernah dgr lagu 'Yang Remeh-temeh', itu lah artisnya XD



lagu yg nk letak ni, ada la sikit tema dapat anak. ngehehe.. Photobucket al-maklum la, baru dapat anak pertama n cucu pertama in da family. saja nk usik abg aku.. (hehe.. jgn marah..). mgkn bagi telinga yg dah biasa dgr music modern janggal sikit dgr lagu ni, tapi apa pun, hayati lirik and ambil pengajaran.. XD

semoga kau dilindungi Allah dari kejahatan dunia sepanjang hidupmu dan melaksanakan tujuan hidupmu apabila kau mampu kelak, wahai Adreana Nur Sarah.. amin.. (20 nov 08)

(the new family member,alhamdulillah.. i'm officially a 'pak cik'!)

Monday, 24 November 2008

Betapa kerdilnya aku..

salam.

hari minggu kali ini ditemani oleh suasana sejuk, wap² berkepul² keluar dr mulut dan hidung, tapak tgn sekali sekala digenggam kerana kesejukan dan tidak ketinggalan juga air² batu yg turun dr langit yg membaluti fana ciptaan tuhan. syukur.. snow turun hari sabtu pada waktu pagi. tapi sebentar je. namun aku bersyukur, dapat tgk snow trun. Photobucket


semenjak friendstercuba merendahkan popularitinya dgn membuat magic chipsmore 'kejap ada kejap tak da' terhadap friends yg berjaya ditambah, aku buka la balik blog Friendster aku utk melihat apa yg berlaku terhadap blog tersebut setelah hmapir 4 bulan meninggalkannya. kemudian aku terbaca artikel yg aku tulis dibwaha tajuk 'Events yg menyerlahkan kekerdilanku'. aritkel ini ditulis pada tahun 2007 pada 18 nov. semasa aku membaca artikel ini, satu demi satu scene ketika aku mengharungi semester satu di Uniersiti. artikel ini berkisahkan aku dgn paramesium sp
berdasarkan kisahnya bermula semasa aku di dlm makmal biology dan aku perlu memerhatikan haiwan micro ciptaan Allah ini dan melukisnya. akan tetapi aku lebih suka memerhati 'gelagat' haiwan micro ni! aku ingt lagi, aku dapat memerhatikan 3 ekor paramesium. mereka seronok berenang! ke hulu ke hilir... tapi yg kelakarnya, setiap kali mereka berada betul² dalam pemerhatian aku, mereka akan berhenti. kemudian mereka pusing²,.. putar².. ala² menari gituh! subhanallah.. kemudian dalam aku syok tgk mereka 'menari', ada seekor yg terperangkap dlm sejenis membran. Tika ini aku menyaksikan sesuatu yg menakjubkan! lagi dua ekor cuba utk melepaskan kawan mereka yg terperangkap ni! selama 20min aku perhatikan mereka. cuba punya cuba.. yg terperangkap itu, berenang bebas semula.. Subhanallah.. haiwan micro yg sebesar satu sel, badan pon tak complex mana pun (ada nukleus, silia utk berenang ngan bukaan mcm mulut utk makan), bantu-membantu!Photobucket
kita yg diberi akal ini, hidup cantas-mencantas, dengki-mendengki, pijak-memijak. rasa nk tenyeh² je mereka muka mereka yg bersifat mcm ni dgn cili kering made in thai. sudah tahu kita berkemampuan,, mengapa kita boleh sombong utk membantu orang yg memerlukan? Padahal, kuasa dan kehebatan yg kita ada itu datang dari Allah swt. ish.. ish.. zalim.. zalim..
cukuplah dgn kisah kawanan paramecium itu.. oh ya.. dalam 2 minggu lepas aku ada exam Geochimie pada hari jumaat 7 nov kalau tak silap. semasa hari exam tersebut, aku diuji Allah swt seblom exam dimulakan! aku diuji dgn penyakit cuai dimana, aku tertinggal alatan perang utama iaitu calculator...Photobucket... cuak juga la aku. bila dapat kertas soalan, aku tgk bnyk beno pulak soalan mengira.. syukur pada hari tersebut, aku bawa handset aku. aku pon dgn buat muka seposen minta izin guna handset sebagai calculator. alhamdulillah, aku diizinkan..

keputusannya aku terima minggu ini. masa aku tgk markah, aku lulus. lulus pun aku macam nk nangis dah; (emo btol nih..) sebab dgn soalan yg susah, dgn panik takda calkulator, dgn entah macam² lagi, aku berjaya lulus.. Photobucketsegala puji bagi tuhan..

dan pada hari jumaat, prof buat semakan bersama. maka aku dapat la jenguk balik kertas aku. masa aku scan balik, aku tertanya².. mcm mana aku boleh jawab soalan ini hari itu? kemudian ada certain soalan, prof beri juga markah sikit utk jawapan yg kurang tepat. dalam hati aku, kalau budak lain ni, aku rasa prof tak sebaik ini agaknya.. dan sekali aku rasa bersyukur.. walaupon prof salah kira markah tp aku rasa tak patut pula pergi tuntut satu markah yg kurang itu setelah diberi byk juga peluang.. alhamdulillah.. aku bersyukur sgt yg Allah telah membantu aku dalam hal ini. aku teringat firman allah yg bermaksud, allah pasti akan menolong org yg menolong agama allah (tolong ya bagi ayat n surah yg mana satu.. jzklh)

dan pada hari sabtu, salji turun pada waktu pagi. tak byk, tapi cukup membangkitkan rasa teruja kerana mengetahui kedatangan musim kegemaran aku yg bakal tiba. ptg itu, aku ke colmar utk melawat junior². alhamdulillah.. semua nampak sehat. kemudian aku pulang semula ke besançon pada pagi ini. oleh sebab teruja sgt dgn snow, ambil juga gambar walaupun di bandar org. hehehe..

snow covered car..


trak keretapi berais


semasa perjalanan pulang..

pada hari khamis minggu ini aku bakal ada exam mineralogy(killer subjek tahun nih). doakan yg aku mendarah dagingkan ilmu ini. amin..

wasalam

Sempitnya perkauman, luasnya prinsip Islam

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Sejak kebelakangan ini tempikan slogan membela bangsa kedengaran hebat sekali. Soal warisan bangsa, semangat dulu kala dan cerita datuk nenek lama dibangkitkan semula. Keris yang disimpan mungkin ada yang ingin kembali menciumnya, sirih pinang mungkin ada yang ingin kembali mengunyahnya, zapin dan joget mungkin ada yang ingin kembali ditarikannya.

Terpulanglah, namun apa yang perlu diingat, perjuangan bangsa itu jauh lebih sempit dari perjuangan membela prinsip Islam yang bersifat sejagat lagi adil untuk semua. Tidak salah perjuangan ingin menolong bangsa sendiri. Namun adalah salah jika ia bertukar menjadi semangat perkauman yang boleh membawa kepada menzalimi pihak yang lain. Nabi saw sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda saw pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-‘Asy‘ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Namun baginda juga memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban.

Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa Melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi Arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa Cina tidak mungkin dapat menjadi Melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa India tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi Cina. Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang pelbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh menjadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya. Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukang azan) Nabi saw Sehingga orang Melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan. Sabda Nabi s.a.w.: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas A’jam (yang bukan Arab), atau A’jam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai oleh al-Albani).

perjuangan

Maka perjuangan yang hanya terhad untuk membela sesuatu bangsa cuma, amatlah sempit dan terbatas. Ia perjuangan yang tidak dapat dikongsi kebaikannya oleh kaum yang lain sekalipun keadaan mereka sama. Umpamanya, perjuangan untuk membela fakir miskin bangsa tertentu tidak dikongsi kebaikannya oleh bangsa yang lain, sekalipun kemiskinan mereka itu sama. Bahkan kadang-kala ia boleh bertukar menjadi perkauman yang amat sempit dan mengorbankan pelbagai pihak atas sentimen kepuakan. Namun jika kemiskinan cuba dilangsaikan atas nama prinsip Islam, sesiapa saja yang miskin ada hak yang boleh diperoleh sedekah Islam – termasuk dari zakat wajib dan wang baitulmal walau siapa pun keturunannya, bahkan walaupun berbeza agama, selagi dia seorang miskin. Di sudut ikatan nasab pula, seorang Cina, Melayu atau India tidak boleh menjadi Arab, tetapi mereka boleh menjadi Islam. Apatah lagi, prinsip-prinsip Islam itu mementingkan keadilan tanpa pernah mengenal batasan warna kulit, rupa dan kedudukan. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

Maka, orang Melayu jika mereka hendak mulia, bukanlah dengan inang dan zapin, atau makyung dan joget, tidak juga institusi raja atau adat, tetapi menegakkan prinsip-prinsip Islam yang tulen. Bukan bererti saya menyeru agar dihapuskan identiti kaum, adat dan budaya mereka. Tidak! Sama sekali tidak! Jika adat dan budaya tidak bertentangan dengan Islam boleh diteruskan. Namun, kemuliaan insan yang hakiki tidak dapat dicapai hanya di atas semangat puak atau bangsa, sebaliknya dengan menjunjung prinsip-prinsip Islam. Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

Kata al-Imam Qatadah al-Sadusi (meninggal 118H) lebih 1,300 tahun yang lalu kepada orang Arab: “Dahulunya bangsa Arab ini manusia yang paling hina, paling buruk kehidupannya, paling sesat, paling kurang pakaian dan paling lapar. Dicengkam antara dua singa; Parsi dan Rom. Demi Allah! Tiada di tanah air Arab apa yang memboleh orang lain iri hati kepada mereka. Sesiapa yang hidup di kalangan mereka, hidup dalam keburukan dan yang mati pula, binasa dan dibuang ke dalam api. Mereka dimakan, mereka tidak memakan. Demi Allah! Kita tidak tahu adanya bangsa di bumi ini pada masa itu yang paling rendah dan lekeh daripada mereka. Sehinggalah Allah membawa Islam kepada kamu (wahai orang Arab!). Allah bekalkan kepada kamu al-Quran, Dia membuka kepada kamu bumi jihad, Dia meluaskan untuk kamu rezeki, Dia jadikan kamu memerintah manusia. Dengan Islamlah Allah berikan kepada kamu apa yang sedang kamu lihat. Bersyukurlah terhadap nikmat-nikmat-Nya kerana tuhan kamu pemberi nikmat yang sukakan mereka yang bersyukur. Mereka yang bersyukur pula sentiasa mendapat tambahan”. ( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari -tahziban- 2/349, Damsyik: Dar al-Qalam).

Sebelum itu, saya selalu ulangi apa yang ‘Umar bin al-Khattab ucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma‘rifah).

Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa Melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik Melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri. Orang lain berpolitik secara seni yang akhir mengaut untung untuk dibahagi sesama mereka. Sementara kita bertarung bermati-matian sesama sendiri sekalipun sehingga tergadai negeri dan kota. Kedengkian sesama sendiri, melebihi cemburu kita kepada ‘orang lain’. Ada pula yang diberi amanah, negara dijadikan modal untuk kocek sendiri, anak menantu dan juga segala macam kroni. Sementara yang hendak membaiki, ada pula yang sanggup menanggalkan prinsip perjuangan kerana melihat ‘kerusi idaman’. Begitulah kita seadanya. Silap hari bulan, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Mungkin kita mempunyai kejayaan menjadi bangsa yang memiliki ‘penagih dadah yang teramai’, pengidap HIV AIDS yang terbanyak, berjaya memenuhi semua jawatan mat rempit dan mat lepak dan segala macam kedudukan yang bangsa lain dalam negara ini kosongkan agar dapat kita penuhi tanpa persaingan. Itulah realitinya, suka atau tidak!

kepentingan

Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhan raya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda Melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka. Mereka juga kadang-kala yang menindas sesama bangsa kerana kepentingan kocek sendiri, kemudian apabila datang muncul berkempen mereka berlagak menjadi pejuang bangsa, bahkan agama. Siapa yang menjadi “ali baba?”, “siapa yang menjual Tanah Melayu?” siapa yang mendiskriminasi sesama Melayu? Sebahagiannya, mereka inilah.

Sementara Melayu yang menggunakan nama Islam pula, ada yang hanya menjadikannya modal kempen. Hari ini prinsip-prinsipnya pun sudah mula luntur. Dulu ada yang bukan main ekstrem sehingga saya pun diserang dan dituduh longgar. Hari ini ada di kalangan penceramah yang sedemikian yang kelihatan bukan sahaja longgar, tapi mungkin boleh terlondeh. Ada juga di kalangan semua itu yang benar-benar jujur, saya tidak nafikan.

Saya katakan; masa depan orang Melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah. Penafsiran terhadap Islam ini hendaklah bebas dari kepentingan kerusi, parti, bangsa, puak, mazhab, aliran dan segalanya. Hanya Islam yang tulen, seperti mana hari ia diturunkan oleh Allah. Itulah penyelamat Arab zaman dahulu, dan itulah penyelamat Melayu! Bukan Islam ala Melayu yang mewajibkan Marwan bin Ah Seng mengubah nama bapa kerana bapanya Cina dan Ah Seng bukan nama Arab. Tetapi dapat pula menerima Marwan bin Awang, kerana Awang bangsa Melayu sekalipun Awang bukan nama Arab. Bukan yang sibuk dengan orang lain hendak menggunakan nama Allah pada hal Allah mengizinkan, tetapi tidak pula sibuk membaiki penerangan akidah. Bukan yang hanya meletakkan nama Islam untuk politik, tetapi gagal mengislamkan lidah ketika berkempen politik. Bukan hanya yang menggunakan nama Islam untuk mengutip zakat, tetapi melupai amanah Islam dalam membahagikan zakat. Begitulah seterusnya. Islam tulen, seperti zaman salaf dalam akidah dan ibadah, dan melihat keluasan agama dalam urusan umum kehidupan. Islam yang akan menjadikan kita umat dakwah dan pembawa risalah keagungan agama, bukan yang hanya memikir pembinaan bangunan tetapi membiarkan keruntuhan akidah dan akhlak. Seperti kata al-Nadwi yang selalu saya ulangi: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah Islamiah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).

Seperti orang Arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah.

ehsan utusan malaysia

Saturday, 22 November 2008

Mantera Beradu




Lagu tema baru blog ini.. hayati lirik wahai para pembaca


Mantera beradu -
Malique feat M Nasir


Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Yo!..Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah alang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...

que pensez-vous à cette chanson? apa pendapat korg? what's your opinion bout this song?

Thursday, 20 November 2008

Dialog Imam Abu Hanifah dgn Dahri

salam

Berikut adalah kisah dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?


Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.


Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.


Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.


Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.


“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.


Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.


“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.


“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.


“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.


Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)


Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.


“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.


“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.


“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.


“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.


“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.


“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.


“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.


“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.


Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”


Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”


Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.


“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”


Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.


“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.


“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.


Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.


Tidak terfikir


Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”


“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”


Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.


“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.


“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.


“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:


“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”


Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.



Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.


Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.


Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.



utusan malaysia, 16.11.2007,
bicara agama, (jumaat)

Monday, 17 November 2008

Tanda-tanda dunia kita mula terbalik

PENA MUFTI
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(16/11/08)

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda 'dunia sudah terbalik'. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga 'fatwa' tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan. Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina. Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin 'hubungan seks' sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas 'pengkid' atau 'tandas saudarai'. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau 'saudarai' boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku. Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn 'Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi 'nafsu bercinta'. Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang 'haram pengkid' dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh 'insan-insan berjawatan' itu mengambil kira soal kedudukan dan 'keselesaan kerusi' masing-masing. Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap 'bersuami dua'. Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa. Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya. Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai 'karenah pengurusan' yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Kuasa

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan. Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap 'berdasarkan undang-undang syarak'. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu sayang ulangi: "Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail). Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan 'operasi mengintip' maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; "Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami". Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di'bin'kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap 'anak luar nikah'.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya. Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka 'aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat.

Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw: "Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa'd bin Abi Waqqas dengan 'Abd bin Zam'ah. Sa'd membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya 'Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam'ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun 'Abd bin Zam'ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam'ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa'd mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya 'Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai 'Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa'd. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam'ah dengan bersabda: "Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)". Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim". (lihat: islamonline.net). Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Palestine: Four fighters killed in an Israeli airstrike in Gaza

By Saed Bannoura

International Middle East Media Centre:

Palestinian medical sources reported on Sunday morning that four fighters were killed and two others were wounded in an Israeli airstrike that targeted Al Qobba area, east of Gaza City.

The sources stated that the bodies of the four fighters were severely mutilated, and that the two wounded fighters were hit by fragments of the missile in several parts of their bodies.

The targeted fighters are members of the Al Quds Brigades, the armed wing of the Islamic Jihad.

Abu Ataya, spokesperson of the Brigades, identified the fighters as Talal Al Amoudy, 23, Mohammad Hassouna, Ahmad Al Hilo, and Basil Al-of. All are in their early twenties.

Abu Mojahid, media spokesperson of the Popular Resistance Committees, vowed fierce retaliation to the Israeli attack and called on all factions to participate in the retaliation.

Hamas movement also vowed retaliation. Hamas media spokesperson, Ismail Radwan, said that the truce will not oblige the Palestinians to remain idle while Israeli continues its violations.

Furthermore, Israeli sources claimed that two homemade shells were fired from Gaza on Sunday morning. The shells, according to the sources, landed and detonated in open areas causing no damage or injuries.


http://www.imemc.org/article/57680

Monday, 10 November 2008

from laundry to court with smile..

salam..

mlm nih merupakan mlm yg aku raser paling bersejarah sekali.. aku boleh duduk atas meja dan buat kerja. hehehe...
pada hari jumaat yg lalu, aku gi la Dijon melawat zam n daus. tp aku gi saner dgn mmbawak beg yg besar cam org nk gi camping semggu. apa yg diisi? cadar, sarung selimut etc utk dibasuh di Dijon.. ya rabbii... cam la takde mesin basuh kat rumah.. hehehe.. kat sni cuaca cam mendung je sekrg, kalu ampai gerenti masam n kekdg boleh terjadinya ladang cendawan kalu tak bernasib baik. alang2 gi Dijon dlm program ari mggu aku, aku pon bawak la sekali dobi aku kat saner. hehehe..

maser aku kat umh zam, aku diajak utk tgk tv series kat tv3 (tgk online...). aku yg tgh lapar n nk makan kebab yg dibeli pon layan la. zam plak suka tgk citer hantu, maka dier mengenalkan aku dgn siri seram kat tv3 yg pkol 11 mlm tiap² mlm jumaat. sblom aku tgk 'puaka nyang rapik' (bg aku lebey tepat' puaka yang merepek', sbb aku lebih byk gelak berbanding suspens) zam ada yg bg sipnopsis cerita kekasih kuseru.. menarik gak la dr segi penceritaan siri karut malaysia skrg (semua bende menarik kalu kiter sedang seronok santap makanan ketika lapar)

paginyer aku ke dobi, gi pasar beli ayam, beras etc.. tghrinyer buat discussion. ktrg menggunakan teknology secara maksima sbb kitrg ada ajak mmber berbincang sekali yg tinggal beratus km jauhnyer. =)
maksudnyer, kalu tak mggunakan teknologi skrg secara bermanfaat.. rugi ler..

selepas mengeyangkan perut kami dgn nasi minyak, ayam masak merah n kek coklat special dr daus (hey hey, we found a baker here!) kitrg pon pulang ke besançon. mlm tuh (sabtu mlm ahad) ada match basketball kat Palais des Sport. match between Besançon and Strasbourg. so maner leh lepaskan peluang ini! hehehe..

Palais des Sport nih terletak dlm 5 min perjalanan bas dr umh kitrg. terletak berhampiran dgn tmpt shopping brg rumah kitrg n inilah kali pertama aku dtg kat sni setelah setahun duk kat besançon, hehehe.. tiket berharga 8€ n student 6€. ramai gak la org. tp dr segi ke'fanatik'an, aku raser bola lagi teruk kot. hehehe.. match start pkol 815. pasukan Besançon berbaju putih manakala pasukan Strasbourg berbaju merah. aku tgk gak la list pemain. ada gak diorg import rupernyer.. dr US ada.. Italy ada.. ketinggian plak, paling tggi 204cm n yg paling rendah 177cm.. gerun siut aku.. nmpk cam pendek je 177 tuh, padahal aku yg yg rendah dr tuh tak sedor diri. =p


maser starting match, Strasbourg yg mengawal game. kelam kabut gak la aku tgk tuan rumah main. mgkn diorg cam raser intimidated ngan pemain² lawan yg semuanya hampir sama tggi.
Strasbourg sentiasa memastikan yg diorg melebihi mata dr Besançon. so biler tuan rumah score, dier gerenti balas balik. cam video seterusnya, Besançon cube meningkatkan kualiti permainan tp Strasbourg tampak tenang.

aku plak sibuk merakam game. kire aku menikmati permainan menerusi scrin kamera aku. hehehe.. tp takde la sepanjang waktu. ader la jugak aku amik sket² gamba²..







1st quarter berkesudahan dgn 25 berbalas 24. maser masuk 2nd quarter, Besançon tetiba mcm tak fokus. jauh gak la ketinggalan, dekat 9 mata dlm 3 min pertama 2nd quarter. maser time nih penyokong² tuan rumah byk mendiamkan diri dan menggigit jari. hehehe... cuak gak la diorg, n gerenti malu kalu kalah tmpt sendri. then besac bersemangat utk bangkit. pemangkinnyer? pemain no7. dier yg paling rendah n paling tua sekali. tp dier main lincah giler. kekdg dier dive supaya lawan kne penalty point (hahahaha). kire killer la nih...

pemain no 7 Besançon

kalu aku diantara diorg, aku mesti cam dwarf =p



2nd quarter tamat dgn Besac ketgglan 2 mata di belakang Strasbourg. kire Besac still putting on pressure kat strasbourg dgn menetapkan gap mata kurang dr 5 sepanjang 2nd quarter. maser time nih ramai yg kuar nk gi mkn² kat luar. bagus btol la org sni, mkn ada tmptnyer.. maser tgk game, tgk game bebtul. so takde la tertumpah air ke.. ada cebisan makanan ke.. ish ish.. susah btol nk dpt keadaan camni kat msia..
kitrg duk je lepak kat tmpt duduk kitrg sampai abis break. best sit nih, kang kalu org amik naya jer. Palais des Sport nih dibina pada tahun 1967 n dinaik taraf tahun 2005. sitting dier ada 2 bahagian. yg bahagian biaser mcm sitting stadium la. yg bahagian satu lagi, dah mcm kusyen, siap ada tmpt letak tgn lagi (ala² seat wayang gituh). selain utk kegunaan pertandingan basketball, tmpt nih gak boleh dijadikan tmpt utk match handball. jumlah tmpt duduk adalah dlm lebey kurang 3380-4200 seats.


maser 3rd quater, besac menggandakan asakan. mmg best rr tgk, sampai aku sendri raser kalu aku asyik rakam video or amik gamba game akan rugi. maka bersorak² la kami bertiga walopon kekdg terkeluar perkataan dlm BM seperti 'satu lagi! satu lagi!' atau 'jaga la dier tuh!' dan sebagainyer. hehehe.. time nih jugak la, para peyokong Besac menggunakan perang psykology terhadap 'away team'. stiap kali diorg pegang bola.. mula la diorg 'huuuu....' bersiul dan sbgnyer. and then yg klakar nyer, kalu Strasbourg dpt free throw kan, penonton blakang ring, riuh rendah cuba mengganggu konsentrasi pemain. hhahaha.. gelak aku. cam gamba sblah nih. mmber nk buat free throw, diorg, gi kibar² bendera la, pkol gendang la, buat bising, itu lom termasuk kitrg lagi. hehehe...


maser final quarter, permainan mula agresif. mcm main rugby pon ada nk rebut bola. maser nih mmg nmpk kedua² team tertekan nk cuba memotong mata. time nih Palais des Sport mmg kecoh rrr, ngan ref pon kekdg buat silap, tak nmpk foul dan sbgnyer. yg maner penonton yg tak puas hati, macam² word kluar. naseb baik aku tak paham. kalu tak, makin kaya kosa kata aku. hehehe...


maser saat² terakhir, Besac berjaya mendahului dgn 2 mata. tggl kurang dr seminit lagi. asal ada foul, ader je team yg nk time out. strategy itu penting, and dlm basketball, dlm 10 saat mcm² boleh berlaku. Besac bertahan je aku tgk. maser Strasbourg gagal menyamakan mata pd 5 saat terakhir kitrg dah bersorak dah! tetiba pemain no 7 di foul kan. tggl 2.2 saat je lagi. aku tgk moral pemain lawan dah rendah. tp ada yg bersemangat. sbb maser nih Strasbourg mintak Time-out. tense giler maser nih.. then biler timeout abis, permainan bersambung kitrg berdebar² tggu hasil.. n Strasbourg gagal menyamakan mata dlm 2.2 saat itu. bersorak bagai nk rak kitrg.. maka game tamat dgn Besac 74 n Strasbourg 72




Semangat kesukanan..


mmg kitrg puas hati ngan game yg kitrg tgk nih. mcm nk jadikan tgk match nih sbg satu hobi hari mggu plak. hehehe.. tiket 6€ je. tp balik kne jln balik rumah la sbb takde bas direct ke rumah dr Palais des Sport selepas pkol 8 mlm. ala, maser balik jln tuh pon kalu duk borak² gerenti tak sedar dah sampai rumah dah. XD
baru aku sedar, aku asyik tersenyum je sejak dr Dijon sampai la aku balik rumah lps tgk match..

wasalam

p/s: aku actually nk upload video time match. tp lembab benor.. maka aku give up dan takde la video. aku ada rezeki boleh diupload dgn mudah. aku akan update insyaAllah.. best video nih..